Pages

Oct 4, 2011

monolog

hai.nama saya norraisyah ahmad.saya berumur 22 tahun.saya belajar kat uitm puncak alam.saya amik jurusan kesihatan persekitaran dan keselamatan.kebiasaannya.saya gemar memanipulasikan jurusan yang saya amik bila becakap dengan orang.kadang kadang saya cakap saya amik fizik.kadang kadang mascom.kadang kadang nak tunjuk best sikit.cakap la engineer.jahat kan? bukan apa.saya tak suka nak terang lebih lebih kat orang ramai berkenaan kos saya.sebab ramai sangat tak faham.memanglah kita kena terangkan kat orang ramai apa kos yang saya amik.tapiiiii saya lagi rasa tak best bila orang tanya saya.

"amik kos apa?"
"environmental health and safety"
"hah?"
"kesihatan persekitaran dan keselamatan."
"oooo"

lepas tu orang orang ni akan diam dan terus ubah topik.seee.nampak sangat kan dorang tak tau kos apekah ini.kemudian saya akan rasa bersalah dan nak menangis sebab topik saya macam tak best dan tak diminati.sejak hari hari itu.saya berazam untuk tipu jurusan yang saya amik.senang hati bila orang faham apa yang kita cakap.betul tak?

besday saya? dah lepas dah.bulan tiga hari tu.15hb 3.kalau nak bagi hadiah.boleh boleh.belated besday punya la.tapi boleh je.saya tak kisah.saya ada twitter.blogger dan facebook.oh ya.myspace pun ada lagi rupanya.lama saya tak bukak myspace.apa kabarlah agaknya kawan kawan lama disana.twitter saya suka.sebab saya boleh buat sesi luahan perasaan serta kutukan kat sana.teruk kan? saya tak kisah.sukahati saya lah.tu kan twitter saya.betul tak? facebook? ada jugak.mestilah ada kan? facebook saya apa? ala malulah nak sebut.disebabkan saya minat kat salah sorang artis dari taiwan ni.so saya pun dengan gatalnya bubuh la nama saya dengan nama dia.aisyah achou.macam gabung gabung gitu.tapi tak maksud pape pun.saja suka suka.ada kawan kawan yang tak suka.diaorang kata kesian ayah saya.tapi saya tak kisah orang nak cakap apa.sebab ni kan main main je.janganlah serius sangat.bukan saya nak guna nama artis taiwan tu masa saya akad nikah nanti.nama kat kad pengenalan masih aisyah ahmad.bukan aisyah chou.orang panggil saya pun nama aisyah ahmad lagi.relakslah kawan kawan.

blog? lagilah malu.malu ke? perlu ke nak malu.saya tak tau kenapa saya bubuh nama tempoyak durian.tak komersial langsung kan? tapi nama blog yang tak komersial ni la yang saya berjaya sikit mengarang dan tambah follower dan macam seakan aktif sikit.nak harapkan yang lama lama? this is much much better.saya tak suka tempoyak.tapi saya sangat cintakan durian.pada saya.saya ibarat puteri durian.sebab bila makan durian sebanyak banyak mana pun.saya tak panas badan.baik kan durian terhadap saya.terasa seperti disayangi oleh buah durian.

saya anak kedua.dari 5 orang adik beradik.dulu kawan kawan saya ingat saya anak bongsu.anak tunggal.pelik.adakah saya nampak sangat kebudak budakan.ah.persetankan.saya kakak yang garang.cerewet.dan suka ketawa berdekah dekah.oh ya.juga kakak yang cuai.bila keluar dengan adik saya.mereka yang jaga saya.angkat barang untuk saya.saya tak buli.tapi sebab saya gemar berpura pura tak berdaya.over kan.

saya ada kucing.nama kucing saya yayang.yayang seekor kucing gagah tapi pemalu.dulu dia ada makwe.makwe dia selalu datang rumah untuk jemput dia pergi dating.ibarat perigi mencari timba.tapi malang.yayang dah tak betul.dia selalu menjerit jerit bila balik rumah.suara dia sangat nyaring.kadang kadang saya stress bila tengah tidur.kalah jam loceng.saya konfius.sejak kejadian kucing cantik datang rumah.dia semacam tak keruan.padahal dia tak menyukai kucing cantik tu.oh ya.yayang adalah seekor jantan.saya harap yayang berubah menjadi normal.dan makwe dia? hilang tak dijumpai.sudah mati mungkin.

status? soalan susah tu.in a relationship.dengan sapa? kawan sepergaduhan masa sekolah.so pengajaran.jangan gaduh gaduh.nanti lain jadinya.kalau saya stress.saya suka menulis.macam sekarang.tengoklah hasil stress saya.sebuah entri yang merapu saja.tapi tak kisahlah.janji dapat meneruskan semangat berblogging pun dah kira baik la tu kan.positif positif.selain menulis.saya suka bercakap dengan banyaknya kalau saya stress.okay.sebab sebab menulis banyak banyak.salah satunya sebab saya naak bercakap.dan tak ada sumber yang sesuai untuk saya ceritakan atau saya tak ada mood nak cerita kat sapa sapa.so saya merapu je la kat blog ni.kalau saya banyak cakap.99 peratus adalah angan angan kosong yang konon konon terjadi lagi 10 tahun.itupun kalau ada rezeki dan panjang umur.sangat hebat kan rapuan saya.

saya seorang yang suka marah.dan saya selalu sangat terlepas cakap.tapi muka saya berwajah tanpa perasaan.rasa teruk.baru perasan masa kerja hari tu.lagi lagi orang lelaki gatal.keterlepasan kata kata makin menjadi jadi.saya terlepas cakap.bukan sengaja.kira kata kata itu jujur dari fikiran.mujur tak jadi apa apa kan? bahaya.berbalik kepada marah.iye.saya cepat marah.percaya tak.harus.tapi masalahnya.saya cepat lembut hati.ini satu kelemahan.

saya tak suka lipat kain.saya harus cari bakal suami yang pandai lipat kain.eh bukan pandai tapi suka lipat kain.semua orang pandai lipat kain bukan.jikalau saya tak menjumpai bakal suami yang suka melipat kain.saya bercadang untuk membeli sebanyak mungkin almari besar dan container untuk menggantung baju baju saya.mudah bukan.tak perlu lipat.atau mungkin saya perlu beli mesin lipat kain? idea baik.saya tak pandai masak megi.pada saya megi adalah makanan yang paling susah untuk masak.ini berita baik kepada bakal suami saya.

saya suka simpan perasaan.tak baik bukan.

saya asalnya bercadang menjadi seorang cikgu bahasa melayu.cita cita yang paling teruk saya pernah cakap adalah untuk menjadi akauntan.macam mana nak jadi akauntan bila subjek matematik adalah musuh kita.nampak sangat cita cita nak best aje.

penulis novel? dulu la.sebab musim orang baca novel dan pertumbuhan penulis penulis muda yang sangat banyak.

okay.itu saja.babai.





Oct 3, 2011

manic monday

hari ni teruk! dah nama pun isnin kan? aku seolah olah tak percaya yang kena pergi kelas hari ni.over tak? haha bangun pagi rasa macam.ohhh tidakkkk.kenapa kena pegi kelas? haha sengal.padahal aku dah tidur awal kot.kul 12.tu pun dah gelabah sebab rasa dah lambat sangat aku tidur.kenapa aaku tak tidur pukul 11 tadi! hah macam tu pulak kan.

kelas pagi je aku dah terkapai kapai.bila masuk kelas kedua.kelas encik rahim.aku dah exhausted.bila lecturer aku cakap nak lepaskan awal.aku dah beria.sampai dia kata.nak keluar pukul 1 o 12 setengah? aku salah sorang yang tak rasa bersalah jerit.

"12 setengahhhhh~"

haha.kejam.kalau aku jadi lecturer dan dapat student macam ni.menangis aku. T-T

petang lab.lab IHS.masa ni rasa terkapai kapai.sebab apa rasa terkapai kapai untuk subjek IHS? sebab tiba tiba tadi kena demonstrate alat yang bakal kita guna.uhuhu.sepatah haram langsung tak faham plus tak reti guna pun.tapi kami berjaya larikan diri dari di paksa untuk demonstrate.

hari ni kira macam nasib baik.semua nasib baik.baru kitaorang terfikir macam macam.tulah.bila otak mula didesak.masa ni la macam macam terfikir.nasib baik jugak kitaorang jumpa balik lab assisstant.mintak pendapat semua.tanya senior.kebetulan senior ada di tempat kejadian so serbu je la akak amirah dengan abang afiq tu.

lepas jumpa.baru rasa ada sinar sikit.baru rasa macam ada lorong lorong cerah.hahaha.baru rasa semangat sikit.dorang kata benda ni simple.tapi kenapa nampak sangat sangat complicated? bijak gila diaorang.huhu.

berita baik selaku ajk publisiti.poster untuk seminar IHS.ajk montaj yang buat.hahaha i like this.so kitaorang just helo helo je.bila mau anta itu sama itu kedai buat poster? ahahaha.boleh la hembus nafas lega sikit.hahaha

lab IHS.aku dah kritikal sampai tak boleh kritikal dah.haha.kepala sakit pun jadi lagi sakit sebab kena betulkan macam macam.kena tengok macam macam demonstration oleh group lain.memang kena banyak kajian sendiri untuk faham IHS ni.yang aku pulak? macam syok sendiri.

petang tu memang masing masing dah kritikal.aku tak suka lab.aku suka lecture.sebab boleh sandar dan tidooo.hahahah =P

betul tak?

ok.kena buat essay mandarin.tajuk.menonton tv.huhu


Oct 2, 2011

bebel

hai! salam!

aku rasa lama sangat aku tak mengarang dekat sini.dah macam satu musim pulak.ramai yang tak update blog.haha.musim kat kawasan aku je kot.aaaaa.aku bukan malas nak menulis.kalau ikutkan banyak sangat yang nak kena tulis tapiiii busy lah.haha busy ke? eh mestila!=D

so dah 3 minggu rasanya kelas aku dah berjalan.secara keseluruhannya.aku risau.sangat risau.permulaan yang tidak baik.pada aku.aku seolah olah masih tidur.haha.over tak? jangan tanya aku sama ada aku sedang berdengkur ke tak.tu lagi over.hurm.serius betul.aku rasa aku tengah tidur lagi.teruk kan? macam entah.tekejut.blur.n banyak lagi.just imagine.ko tengah tidur.pastu orang kejut ko tiba tiba.hah! macam tu la aku rasa.aku rasa blur.blur yang tak tau bila habis.huhu aish.risau! =.=''

dengan subjek sem ni yang sangat sangat mencabar.buat aku lagi menggigil lutut.seakan satu habit atau perasaan fobia.entah la.tapi bila setiap awal sem je.perasaan nak quit belajar tu.menebal gila.haha ngok ngek pun ada.mood tu macam hilang.asik fikir nak kejeeee je.ok sejujurnya.aku memang nak semua ni habis dengan cepat.setiap hari.eh tak ada lah setiap hari sangat.selalunya la.aku akan kira bila nak habis.hoho.over lagi kan? kadang kadang bila dah tak fokus kat kelas tu.hah.mulalah.berangan.dan salah satu angan angan aku adalah.tempoh tamatnya semua ini dari berlaku.huaaaaaaaaa.oh masa.cepatlah lari dengan laju.

subjek paling busy sem ni dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.aku rasa dah tepat dah nama subjek ni.subjek ni aku kena pegi lawat kilang.bukan takat lawat.kena buat kajian.perghhh.dah macam final projek.tapi bezanya.kitaorang buat kajian secara berkumpulan.nasib tak menyebelahi.aku dapat parameter yang aku tak suka.apakah dia? udara.huuu.nampak senang.tapi sebab da pernah tolong kawan dulu buat kan? so rasa macam.aaaaaaaa~ jumpa lagi kau rupanya! haaa.macam tu la lebih kurang keluh kesahnya.udara ni macam kita nak check kualiti udara tu.capai standard tak? contoh kalau ada gas co2 kan? hah.tahap co2 kat kilang tu.bahaya tak? kesan dia kepada pekerja? aaaaaaaaa.lebih kurang macam tu la.hahaha =P *see.tak serius lagi*

sekarang sibuk buat proposal.jumaat ni nak kena pegi kilang kecik.next weeknya berangkat ke kilang besar.adodoi.fening.tu belum habis.semua hasil kajian kitaorang.kena present.huaaa.tu yang gugupnya.entahla.cuma harap aku dapat buat yang terbaik.tapi masalahnya.aku malas la sekarang ni.oh ecah.bangunlah! bangunlah! *pelik je*

next subjek adalah env built n tech.ni kitaorang jadi macam arkitek.hahaha.geli pulak.tapi betul tau.kitaorang kena design satu kawasan penempatan yang env friendly.macam macam lah.dari rumah sampailah tol semua.yang ni nak terang.tak cukup satu entri.haha yang ni haris dah aturkan temu janju dengan kawan dia.just hope everything goes well.sebab beberapa minggu ni kitaorang tak habis habis dengan subjek IHS je.huah.subjek aku untuk sem ni.bukan 2 ketul ni je tau.ada tujuhhh semuanya.rasa rasa 2 subjek tak ada final.so 5 subjek la aku kena hadap masa final nanti.macam haris.aku pun nak doakan final cepat datang.hahaha =P

sebenarnya aku baru balik kajang ni.3 minggu gak tak balik.haha so macam nak balik la.amik selimut je kot.ahaha puncak alam ni dah macam genting dah.tapi kadang kadang je la.atau mungkin rumah aku je kot.haha bertuah kan? aku harap minggu ni aku berubah jadi kuat secara tiba tiba.kuat means bersemangat! bukan macam makhluk hijau! ahahahahah! 

ok.bai!