Pages

Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

Aug 5, 2013

Lalala Kerjalah

aku rasa malam ni macam kemaruk nak menulis entri la.haha.


ok kali ni nak cerita pasal keje.ok mari sini aku cerita rutin harian aku dipejabat ye.

diam tak diam dah masuk 2 bulan aku keje.woah.macam tidak percaya.huhu so far keje ok.aku masuk keje jam 8 setengah.ok.selalu aku keluar rumah jam 7 setengah.sejam awal.ini kerana aku perlu menghantar emak aku ke tempat kerja.tak jauh.dalam kajang jugak.baguskan.tempat kerja dekat dekat.so bulan puasa ni ok la kalau nak keluar jam 7.45 ka.kira tu paling lewat la.sebab tak singgah beli kuih.

so sampai dalam pukul 8 suku ke tempat kerja aku.sampai je tengok la.kadang kadang bukak pc dlu.kadang kadang bukak hp dulu.oh ya! sampai tempat kerja.aku parking luar.sebab...malam nak bersesak sesak kat parking company.selalu kat luar.aku drop kan kakak aku depan pintu syarikat Y.baik tak adik macam aku ni? layan kakak macam mem besar.bhahaha.pastu parking kat luar.ha ni ada alkisah.aku selalu parking ikut sukahati aku.kadang kadang senget.kadang kadang sukahati je aku melintangkan kereta aku.ah semua suka hati aku.

perjalanan dari tempat thumb print sampai ke pintu opis agak jauh.so orang dari canteen akan nampak ko.so bila jalan tu.aku suka bukak hp.bukan mesej ke apa pun.bhahah saje cover konon ngah sibuk layan mesej ke apa ke.baru la konon wah pepagi dah berbalas esemes.padahal....

sampai tempat aku.bukak la pc.macam aku cakap.kadang kadang tak bukak lagi.bukak hp.tengok buku ke.aku ada buku citer.memang wajib.kat beg pun kena ada.sebab yela.forever alone macam aku ni.yang tak ada orang nak mesej take care konon haktuih.so buku la peneman setia.boleh la bajet bajet ulat bukuuu.hahaha

pepagi check email.dulu aku semalamnya tu dah tulis da keje apa kena buat untuk esoknya.but now.aku buat pagi.keje apa yang dah siap belum siap.lepas tu kumpul dokumen untuk bincang pape dengan bos Mr O.

email.hurm.aku malas nak balas email.tapi suka terima email.haha.

Aku adalah manusia paling malas nak jumpa Mr O.tak ada la serius sangat perbincangan dia.tapi..malas kan.faham tak aku malas.hewhew.oh selalu kalau jumpa.sejam dua jam.kalah jumpa papa.pernah aku masuk.aku ketuk and nak bagi salam.sekali tengok bukan islam.aku jadi blur.eh nak cakap apa eh.aku syak Mr O nampak riak muka aku yang kecelaruan.

Mr O dulu aku memang bayangkan dia macam si perengus snow white tu.kawan kawan aku semua kenal la Mr O ni.means familiar la nama ni dengan hidup aku.dia offer aku keje.thanks la.entah kenapa.dulu dia tak suka aku.tula.dulu tak suka.tengok sekarang.amik keje dah.so kalau tak suka tak suka.jangan cakap tau.

ha gittew pulak.tetibee.haha.

pernah ada keje.kena betulkan satu procedure.aku pening.terus cakap Mr O saya peningg peningg peningg  sambil pegang kepala.over tak? hahaha sampai dia cakap haiya kenapa mau pening pening? so nak setel.diskus sesama.setakat ni dia membantu.setakat ini la.esok lusa.i dono.

Mr O ok.tak garang.cuma ada part tegas la.dulu aku selalu lambai lambai dia.masa zaman intern bebudak dulu.zaman tak tau malu.sekarang dah ok boleh control.hahaha.sedar diri sikit.tapi aku ni entah la.kadang kadang tak tau pape.refer la bos aku ni.

Mr O tolong tengokkan.betul tak saya buat.

lagi satu hal dia nak tengok balik.check balik.betulkan balik.pergh.nasib tak kena marah.sukahati aku je.

lepas jumpa Mr O.hati aku tenang sikit.aku jarang turun.sebab kadang kadang keje kat atas banyak.kadang kadang malas.tapi aku rasa banyak malas dari banyak keje.hoho.statement statement.tapi turun seronok.kalau tak panas.kalau panas.terbakar.

sebelah aku Madiha.budak admin.depan dia layun.aku suka gelarkan kawasan aku adalah convent area.haha sebab muda muda semuanya.bos madiha cuti sekarang.so kami bertiga asik berjoget joget je la.

tak habis habis dengan joget joget.joget joget tanda hati bahagia.haha tetibee.

rehat.

ok puasa ni rehat setengah jam.ok pengakuan.memula aku follow la rehat setengah jam tu.tapi sejak akhir akhir ini.aku rehat 45 minit.ok la tu kan? aku tidoooo.ngantuk sesangat puasa ni.tatau nape.masuk surau.tido tak ingat dunia.orang keluar masuk pun tak sedar.isk.penat betul keje ye.

puasa ni jugak.aku lakukan aktiviti tak sihat.tak sihat sebagai pekerja la.aku tertunggu tunggu jam 5.mood menunggu ni datang selalunya bila selepas jam 12 tengah hari.so mula pukul 1.00 aku da tulis kat kertas setiap jam jam yang tinggal.dah lama da aku buat.haha.tapi masa bulan puasa ni la.entah.keje tak banyak kot.tu yang buat keje merapu.

tapi esok last day aku keje sebelum pulang ke kampung.so aku kena keje kuat kuat.mohon 8 jam tak cukup.kekeke.

setakat ni keje kat syarikat Y...ok.aku suka main main.gelak gelak.oh aku kena buli korang tau.dengan sorang engineer ni.hampeh tol.pasal adala satu sistem ni.dia yang patut buat.ok la tak salah dia nak suh aku buat.tapi aku baru kot.aku report kat bos melayu aku.Mr Y.dia bekap aku.aku rasa berkuasa.aku pun sukahati bagi arahan

"ok encik dot dot.apa kata encik dot dot set up kan satu masa then panggil saya bila nak jalan."

ok macam ni.keje nya aku kena jalan di alam nyata untuk cari sendiri menatang menatang tu sebagai contoh kompressor.aku kena pegi tengok pelan dan tengok in real life.kompressor tu wujud tak macam kat pelan.

tu bukan keje aku ok.

tapi kalau aku nak belajar.aku boleh buat.kachang je.tapi buang masa.keje aku belambak lagi.orang tu sibuk cakap aku hutang dia bla bla bla.cakap dia sibuk la menda la.sampailah aku cakap.

"encik dot dot.saya pun sibuk.saya ni lagila.jaga safety jaga environment.saya ada 8 jam je sehari.nak jaga dua benda tu tau.kita sama sama sibuk.why not encik dot dot cari satu masa then just let me know bila"

dah dia suh aku 4 jam safety 4 jam environment.memang tu aku buat.tapi tak masuk skop keje yang tak patut aku buat.pastu terus aku cakap.t bila encik dot dot free.call saya.serius aku cakap macam tu.sebab aku bengang gila.mau aje aku tamporkan mamat ni.

malas aku nak melayan.orang macam ni bersepah ada dimana mana.kata pandai.bila mintak ajar.tetiba cakap tak pandai.padahal dah pergi kursus.bila cakap isu pergi kursus.cakap la tak competent.bila kita cakap ok la separuh competent.tak nak.nak jugak cakap tak pandai.tapi gaya macam...

macam macam.

so far aku enjoy keje sini.setakat ni ok.tak stress.stress kejap je.bila ada dateline.sekarang ni aku kena buat 2 projek.PPE dengan safety briefing video.aigo.muntah.aku syak kena Ot afta raya ni.its ok.ai loike.


ok nak kemas baju balik kampung.tahun ni balik johore.rabu pagi! yahoo boleh joget joget dengan sedara sengal ain nafisah sambil verangan depan kamera.mohon kampung intenet masih wujud.tapi rasanya tak dah.sebab rumah dah kosong.

ain nafisah sedara aku.budak darjah enam.selalu aku stalk dia kat twitter.sibuk cakap pasal lelaki.euwww.serius kelakar.thats why aku suka retweet status twitter dia.sebab aku rasa kelakar dan mengarut.hahaha sape nak ngorat boleh email saya.bhahaha.sedara kecik kecik.punca kenapa diri macam mak cik mak cik.asal cuti sekolah je kena bawak sedara beramai ramai ke shopping mall.ya allah.sedihnya kehidupan aku.bulan 12 bawak main go kart.ikut perancangan la.jatuh weh saham aku.bawak anak anak orang jenjalan.dah rupa macam baby sitter.isk T-T 

pening kepala.

Apr 16, 2013

#8 Cendol

Assalammualaikum!

aceli aku nak post entri pasal kehidupan aku kat syarikat Y.lebih lebih lagi aktiviti yang terbaru aku buat.last week.makan kek kat pantry semasa kerja bersama rakan rakan dan keluar rehat tidak punch kad dan..balik jam 2.30.

aku dah bagi summary tu.so adik adik.jangan ikut perangai akak ni ye.masa ni.tagline ai follow~ tak boleh guna.cannot cannot.

tapi dah cerita tu.aku nak cerita la jugak kan.hahaha.tapi more to penjelasan lah.kenapa aku buat semua tu.kekeke


1.makan kek dipantry semasa waktu bekerja.
okay.yang ni.aku mengaku aku salah.tapi kalau ikut logik.it's normal.bukan maksud selalu berlaku.tapi it's okay la.terkawal.selagi ko tak makan nasi bungkus sesorang kat pantry.tu salah la.alah.kek je pong.takkan la berlama lama sangat kan? hahaha.aceli aku lapar gila babeng ah masa tu.aku ke pantry nak buat melo.then nampak madiha n yun.budak admin.keluarkan kek dan potong dan pelawa aku.jadi.janganlah kita menolak rezeki.peluang pun datang sekali.yang tak boleh bla.dah makan kat sana.aku siap bungkus bawak balik meja.ok itu kebulur namanya.kekeke *gelak tutup mulut*

2.keluar rehat tak punch kad.
okay.yang ni aku tak ada reason.entah kenapa aku tak punch.sebenarnya.aku dah punch pun.tapi entoh la.punch kad syarikat Y ni.zaman 60 an aku rasa.ke 40 an.super lama ko tau tak.jadi.aku punch kan itu kad.dia tak kuar nombor.so..malas aku layankan.so..berjoget joget lah aku semasa pi makan.ewah! ewah!.hahaha

3.balik rehat jam 2.30
ini memang salah! pegi mana mana kompeni pun.ini memang salah! ehem.okay.kenapa aku balik lambat.sebab aku ke hospital serdang.melawat salah seorang bos department yang masuk wad dek kerna serangan jantung.oh ya! so aku kan tak punch kad kan? so boleh tak cakap ini adalah bonus.aku riso gak tau sebenarnya.tapi..masa balik tu.aku pura pura punch kad.hahaha.gila jahat kan? berjoget joget episod dua lah lepas punch kad tipu tipu tu.haha.tapi bila masuk opis.nampak Mr S dah duduk kat tempat dia.aku ni dah la keluar awal sebelum dia.balik pun lagi lambat dari dia.so..adik adik.nonono.jangan ikut ye.

ok.itu je citer hal hari tu.aceli dah basi.malas aku nak cerita lebih lanjut.hahaha tapi nak cerita jugak kan.

ehem.bebalik pada kisah hari ini.hurm.lately aku rasa asik penat lah.kenapa eh? aku ni.bila bab lemah lemah ni.mula lah fikir bukan bukan.bukan mula.rajin.rajin fikir bukan bukan.

so sekarang aku risau.

aku risau kenapa aku asik penat.penat dia macam.

huarghhhh..penatnyaaa *sandar di kerusi malas*

oh mai god.ai die ai die ai die *telentang di tengah rumah*

fuh.teruk gila lah.kenapa ye.kenapa kenapa kenapaaa.

pening tu.pening jugak.ah kalau dah penat tu.memacam la mula menjajah di kepala.huhu

kalau kawan kawan yang kenal aku.dorang tau la aku ni macam mana.risau yang hiperbola gila.masa aku terkena gatal gatal dulu.aku 2 3 kali pergi injection.sanggup pulak pegi injection.pergh.

yang super mengarut.adalah..kisah si pacat.aku sangat sangat takutkan pacat.lintah.caceng dan keluarga merayap mereka.apa apa yang tiada kaki.aku geli.ok yang paling dasyat ni.pacat dan lintah la.sebab depa kalau kita pi jungle trekking tu *awat speaking utara pulak nih* ehem! sebab kalau kita pegi jungle trekking tu kan.pacat dan lintah ni suka kan singgah sahur eh.singgah kat kaki tangan kita suma kan.

so..kerisauan aku akan melanda bila dah balik bercamping.masa ni aku akan duduk termenung.baring sambil termenung.seolah olah dunia sudah berakhir.kenapa? sebab masa tu aku akan merasakan perut aku kejang dan....

aku asik terfikir yang pacat atau lintah masuk dalam badan aku dan...yelah.beranak kat rahim aku.so thats why perut aku tak sedap. *eh ada kaitan ke?*

urghhhhhhhhh! ape nie cahh!!

betul! aku tak tipu.last aku risau pasal ni.masa team building kat jempol dulu.entah.setiap kali balik camping perasaan ni muncul.*ayat tak boleh belah.sungguh versi luahan hati* bila balik aku risau.aku siap google.dan aku jumpa! aku jumpa apa? aku jumpa ada kes orang mati sebab pacat o lintah masuk dalam badan mereka dan aku mesej semuaaaa kawan kawan aku.bukan takat mesej.malah aku kacau hidup dorang atau sapa sapa yang aku tak ada nombornya.di fesbuk.twitter dan sebagainya.

aku tanya.

'pacat boleh masuk dalam badan tak?' 

berulang ulang aku tanya soalan sama.faraha kawan aku.dah lali melayan.meyakinkan aku bahawa itu semua palsuuu.dan adik aku.uyun cakap.

'kalau ko risau sangat.ko pergilah buat check up'

pergh.

dan aku ingat lagi.naq iaitu kawan aku cakap.

'janganlah fikir benda yang bukan bukan, mengarut..bla bla'

hahahahahah.sampai macam tu sekali.

ok.kenapa aku bayangkan dia masuk dalam badan?

ok sebab.dia mengengsot.jalan jalan jalan.kalaulah kita mangsa tak sedar.dia naik sampai badan.dan sampai ke alat sulit.pastu dia mengecikkan badan dia.dia masuk dalam rahim melalui alat sulit.perghhhh.seram kottt.pastu dia akan hirup darah kita mangsa .kita mangsa akan kurus.dan dia akan memenuhi ruang perut kita mangsa atau rahim dan orang akan ingat kita mangsa mengandung dan mangsa akan mati! sebab kuman atau mungkin kekurangan darah.oh tidakkkkkkkk.huarghhh *pengsan*

logik tak? aku rasa logik.cuma mampu ke pacat tu kecikkan badan dia? kata rai.classmate aku.dia cakap.pacat tak boleh masuk dalam badan.lintah boleh.sebab dia boleh kecikkan badan dia.huarghhhh.yeke?? 

so ini jugaklah yang berlaku sekarang.aku risau kenapa aku penat.dengan sekarang yang kecoh dengan selesama burung.meningkatkan lagi tahap kerisauan.

mujur dah besar ni.matang sikit.tak mesej tanya bukan bukan kat kawan dah.huhu. =p

so akhir cerita.aku selitkan lah satu kata kata yang berbaur peringatan.especially untuk kita kita.pompuan.kita kita jee.haha.peringatan untuk aku jugak.dan selain itu.aku suka ah tengok gambar aku 'praktis make perfect' ni.hahaha.ketawa gila kalau tengok.sebabnya..yelah.sungguh perasan gila.hahahah.oh well.bila lagi nak perasan perasan ni kannn. =P 

ok.xoxo! nanito! =D




*Oh ya! ini telah dicilok dari blog blogger terkenal shea.hehe*


*sumpah perasan gila okay.tengs to my photog.cik afidot.cun ah.good job! haha ttbee lak*


Feb 12, 2013

Sindrom: Bosan

Assalammualaikum!


ini alkisah semalam.


bosan.bosan yang luar biasa.tak tau nak buat apa.so lepak bilik.baca segala buku yang ada.tak adalah baca semua.baca yang mana berkenan dimata je.tak sangka.tajuk buku 'monyet yang tamak' jadi pilihan.

monyet menjadi tamak mengisarkan tentang seekor monyet yang pemalas.punya rumah diatas pokok yang cantik gila.besar kot.berdasarkan gamabr yang dilukis.so setiap hari kerja dia adalah mencari makanan.dia malas nak cari makanan.so satu hari tu dia jumpa satu dusun yang banyakkkk gilaaa buah pisang.oh ya.sang monyet suka makan pisang.alah nama pun monyet kan? mula mula.dia bawak balik buah sikit je.keesokan harinya.dia bawak balik banyakkk buah pisang.lagi banyakkk dari semalam.sebab apa dia bawak banyak banyak? sebab.dia malas nak keluar amik buah pisang tu lagi.so harapan dia bawak banyak banyak tu.supaya dia tak payah keluar dah.bangun tido makan je.dan oleh disebabkan itu.pisang yang terlampau banyak.dia tak mampu makan.dan jadi busuk.dan rumah dia busuk.dan banyak lah lalat coming home.so dia pun pindah keluar dari mahligai istana cinta dia yang dahulunya cantik gilers.

ewah.rajin pulak aku menceritakan kisah monyet ni.bosan.sehinggakan sanggup baca buku kanak kanak.sebab buku lain semua dah berapa kali trip dah aku baca.katam dah.buku novel aku tak leh accept.itu pantang larang diri aku.nanti aku jeles.so tak boleh baca! kena baca buku ilmiah je! >.<

habis baca kisah monyet.baca siri salma pulak.popular kan siri siri penyiasatan ni zaman sekolah rendah dulu.terus tunjuk kat syira.adik aku.cakap kat dia.kalau dia pergi library.boleh baca banyak buku macam ni.bila aku offer buku tak bersaiz tebal.sibuk pulak dia tanya aku buku tebal macam kamus ada tak kat library.haih.nak menangis aku.

semalam.aku habiskan masa di rumah.petang plan nak berjoging dengan ain hamdan.tapi kensel.sebab dia ke kepong.nenek dia demam.aku pun sebenarnya rasa nak demam jugak bila nampak ayat 'joging' tu.haa..tu baru nampak.belum sebut.belum eja.belum buat.kalau joging.mau pengsan terus.haih.

bila dah kensel.kita lepak kat bilik je lah seharian.online pun malas dah.muntah muntah tengok fesbuk sendiri.hahaha.sungguh syiok sendiri.

malam tu borak dengan ina risma hasmie.ina gigih betul carikkan jodoh untuk aku.tegur dekat fesbuk.borak sikit.terus tanya.

"ape cer tempat keje? dah dapat pakwe baru? hahahah"

so memang tak ada la kan jawapan aku.nepalian nepalian je yang ada.okay la oversea punya orang kan? nanti anak jadi pandai kawin kacuk ni.pui la kan.geli je.muntah bergelen gelen.

ina sambung lagi.

ina: ada sorang budak tu..dia baru gak kat sana..baru dalam bulan 1 ke 2 agaknya..dulu dia praktikal sana gak..then mintak keje dapat lak...

belum sempat ina habis.aku potong.

aku: ooo.tapi dia da kawin?
ina: muka boleh tahan la..not bad..oh nonono..bukan yang itu.
aku: DAH KAWIN kan!
ina:tu dah lama keje..
aku: DAH TUNANG kan!
ina: bkn!!!!!!!!!!! ni yang lain!!!!!!!!
aku: DAH ADA AWEK kan!!!
ina:aku belum sempat nak siasat lebih lanjut lagi..lek luu.

gigih kan ina? hahaha.aku layan kan aje.layan kan aje semangat ina yang membara bara.aku berani jamin lelaki itu punya makwe.masakan tidak kan? hahaha.kelakar lah ina.aku terkekeh kekeh gelak kot.mujur uyun tak ada.kalau dia ada.sah sah dia label aku gila.

dah habis borak.uyun balik dari kerja.dia keje speedmart.ajak pergi rest one.sebab dari petang tadi aku merungut kebosanan.bosan sampai rasa nak tengok pondan dipekan kajang.masha allah.sungguh diluar tabii perbuatan itu.kajang ada lorong haji taib.aku rasa semua penghuni kajang tahu kewujudan kak bang kak bang disini.menjadi kelaziman dan perkara biasalah.untuk anak anak muda lelaki kajang pergi jenguk golongan ini espeselli.duduk dalam kete.pastu roundlah satu kajang.amboih.bagi tips lagi kau.teruk! teruk! ala biasalah kaedah macam ni kan.huhu

aktiviti melihat pondan kensel.sebab nak makan.pekena mee mamak.saje nak comparekan dengan dselera punya mee dengan rest one.aku rasa dselera menang dihati.lepak mamak dengan uyun and azmeer.bercerita tentang gadjet.tak habis habis.

balik online sekejap.tiba tiba ada orang tegur.hariz.dia bilang pada aku.dia ingat aku praktikal jauh dari kajang.maka tidaklah dia belikan apa apa untuk aku.buah tangan dari langkawi.oh hariz! y u so jujur meh? aigooo.ko buat aku tersusuk jiwa dek sembilu.hehehe.hariz kerja dilangkawi.dia balik kajang sempena cuti raya cina.hariz kawan sekolah menengah.form 5 kami sekelas.dia baik pandai dan..muda setahun dari aku.

so aku meroyan.cakap sampai hati dia tak belikan ape ape! sedih! sedih! terus dia offer lagisatu hadiah.kata nak tak? terus aku cakap.tak nak cekelat.hahaha.demand gila akak ni.so dia assume aku tak nak.so tak jadi lah dia bagi hadiah yang tinggal se tu.aku mintak dia belikan minyak angin untuk next time.dia pening.orang belikan ape je dari langkawi? sah sah cekelat? takkan belikan pinggan mangkuk untuk aku.then aku mintak sudu.

jahat tak? haha

so dia bercakap isu elaun.pui.sekarang ni trend nak habiskan duit elaun aku je.haha.terus dia cakap.tak apelah.dia tak masuk dalam list kot.haaa.tau pun.hahahaha.alah orang dah keje.dah kaya! kenapa nak mintak elaun dari ai! haha.aku cerita perihal kerja.dia nasihat untuk aku jadi seperti kopi.terus aku blur.korang tau cerita perihal kopi? karot dan telur? aku baru first time dengar.then hariz gigih ceritakan aku dari mula

mengisahkan seorang anak menceritakan kisah tekanan kerja dia ditempat kerja.so mak dia bawak dia ke dapur.tuang secawan air panas dan keluar kan tiga bahan tu.mula mula karot.karot jadi lembik bila masuk dalam air panas.dari keras ke lembik.kemudian telur.telur jadi keras.dari lembik ke keras.dan kopi.bila masukkan serbuk kopi.air menjadi kaler hitam.so mak dia tanya.which one are u? 

so secara konklusi.aku kena jadi macam kopi! tak kisah orang gelakkan kita sebab kita pakai mask.sebab at the end.sorang mesti akan ikut! hariz doakan aku jadi seperti kopi.oh terharu.isk isk isk.terharu jugak bila ada kawan ingat kita semasa diperantauan.isk isk isk.

baik hariz! tocey! 

cuti empat hari ni.aku betul betul merehatkan diri.sampai dah habis rehat dah.sampai rasa bosan seperti mahu meroyan.tapi tak ada lah bosan sampai nak maki orang.kekeke.mujur mak aku tak pekena pelempang sulung melayankan mulut aku terkumat kamit cakap bosan.huhu bosan.tapi malas nak keluar rumah.sebab no money.kenapa tak main badminton? lepak rumah kawan? kawan semua keluar.rumah aku tak ada orang.mengerti kau? haha

ok.sindrom bosan ni.menyesakkan jiwa lah.fuh.

esok keje.yayy! keje 3 hari je! yayy! 

Dec 29, 2012

sindrom

Assalammualaikum!


semalam ada seorang kawan lelaki tanya aku.ape ciri ciri lelaki yang boleh aku rasakan..aku suka and berkata oh lelaki inilah!calon bakal suamiku! 

pertanyaan tu tak ada maksud apa apa pun.since kami ni kawan.so mungkin dia mintak pendapat atas dasar pandangan seorang perempuan.tapi pertanyaan tu buat aku berfikir terdiam dan mengelamun.

then aku jawab

"untuk dimata kita la kan..protective.and..solat 5 waktu and..entah."

actually aku tak ada mood nak cerita ciri ciri lelaki idaman ni.nak bagi pendapat perihal ciri ciri lelaki.oh lagilah.blank.i have no idea about that.so bagila idea yang ntah pape.tapi sebenarnya banyak jugak aku nak cakap.yelah.perempuan.mestilah dah ada imaginasi lelaki macam ni macam ni kan? tapi masa yang sama tak ada idea.malas nak bukak mulut and rasa pendapat aku tak penting and macam macam lagilah.

aku tak tau la.sejak beberapa menjak ni aku mengalami sindrom observe tingkah laku seseorang esspecially lelaki dengan terlalu terperinci.even little things pun aku amik kira.aku observe keseluruhan gaya cara and macam macam lagi.dan kemudian aku menjadi terlalu fussy terlalu banding beza dan terlalu terlalu macam macam lah.haih.

cara dia duduk, cara dia makan, cara dia cakap dengan waiter, cara dia cakap dengan aku, cara dia berjalan, cara dia drive, cara dia susun duit, cara dia pegang dompet, cara dia bangun lepas makan means tarik kerusi atau tak, cara dia jawab call, cara dia berfikir, cara dia berborak means point ape yang dia guna untuk berborak, cara dia communicate dengan orang.oh macam macam lagi.

macam tak logik kan? mesti rasa aku ni macam gila je.aku perhati dan aku buat kesimpulan sendiri.tapiii..selalunya aku tak terus buat conclusion pasal orang tu dihari pertama.kita observe lagi.next next and next.so dun wori.haha. =P

tapi kadang kadang first time jumpa pun aku dah reject dah.even tulah.benda remeh.

contoh 1

jalan jauh kehadapan.ok ini berlaku bila lepas makan.dari mamak contohnya nak ke kereta.bila dia jalan dulu dari aku.aku dah fikir kalau lah lelaki ni kawin dengan aku.lepas kawin nanti dia mesti tak tunggu aku dan biarkan aku jalan sesorang kat belakang.aku suka lelaki yang jalan seiringan dengan aku.haha.sebab aku tak rasa ditinggalkan.so REJECT!

contoh 2

makan tak habis.pada aku lelaki kena makan habis! tak elok makan tak habis ni.membazir.and aku malu sikit bila kua dengan orang yang makan tak habis.tak sopan.lebih lebih lagi lelaki.haha.lelaki kena makan habis! lelaki kan kuat makan.lelaki kan metabolism tinggi.jadi kena makan habis! =P so tak habis makan kita REJECT!

contoh 3

merokok.lelaki merokok.aku tak suka.sebab..posibility untuk dia berhenti adalah sangat sangat rendah.mungkin tak ada kot.aku kenal diri aku.diri aku tak reti nak paksa untuk buat benda yang dia tak suka.ghahaha.so aku tak nak risiko kan diri aku untuk terpaksa redha dengan pasangan perokok.aku tak reti nak ugut ugut.

'eh yu pilih! yu nak ai ke rokok! kalau yu pilih rokok! tinggalkan ai!'

cewahh! drama giteww.

haa.tapi yang ni ai tak reti.esok boleh la ai ugut ugut.2 3 hari kemudian dah pasrah dah.dah malas da.dah fed up dah.so..macam tu lah.dan aku tak nak risikokan kesihatan aku demi pasangan yang ketagihan merokok.anak anak aku nanti? macam mana? oh tak leh.bau dia lagi? ouh headache.actually aku malu gak kua ngan orang merokok.rasa macam kau merelakan je diri ko di..di bahayakan atau didedahkan dengan macam macam kesan yang memudaratkan kesihatan.so..perokok kita REJECT!

ni beberapa benda benda remeh yang..aku terlalu fikirkan.tapi merokok tu bukan hal remeh sebenarnya kan.serius kan? kan? kan? 

orang lelaki mesti menyampah je bila tahu aku observe dari a sampai z.tapi ni belum  z lagi ni.tak salah kan? ni hak kita la kan.cuma ni satu cara untuk kita kenal dengan siapa kita deal, dengan siapa kita bergaul and bla bla bla.aku bukan la nak yang terbaik or perfect ke apa.cuma..aku rasa ni sindrom remeh yang ntah hape hape.remeh gila.serius.dan..

tipulah bila tanya perempuan apa ciri ciri lelaki yang dia rasa nak buat lelaki dia tak tau kan? dan ciri yang aku nak..

ada la beberapa.

yang PALING penting 

pakai spek pls.

hikhik.gurau.

pakai spek tu bukan point remeh ke? haha

nak macam afgan.boleh? 



haha.

bila sindrom remeh ini tak diubati secepat mungkin.aku rasa ianya bakal memudaratkan diri ibarat sel kanser.haha.over.

p/s: sayang apa khabar dengan mu..? currently addict with this song! he! he! he!

Oct 4, 2011

monolog

hai.nama saya norraisyah ahmad.saya berumur 22 tahun.saya belajar kat uitm puncak alam.saya amik jurusan kesihatan persekitaran dan keselamatan.kebiasaannya.saya gemar memanipulasikan jurusan yang saya amik bila becakap dengan orang.kadang kadang saya cakap saya amik fizik.kadang kadang mascom.kadang kadang nak tunjuk best sikit.cakap la engineer.jahat kan? bukan apa.saya tak suka nak terang lebih lebih kat orang ramai berkenaan kos saya.sebab ramai sangat tak faham.memanglah kita kena terangkan kat orang ramai apa kos yang saya amik.tapiiiii saya lagi rasa tak best bila orang tanya saya.

"amik kos apa?"
"environmental health and safety"
"hah?"
"kesihatan persekitaran dan keselamatan."
"oooo"

lepas tu orang orang ni akan diam dan terus ubah topik.seee.nampak sangat kan dorang tak tau kos apekah ini.kemudian saya akan rasa bersalah dan nak menangis sebab topik saya macam tak best dan tak diminati.sejak hari hari itu.saya berazam untuk tipu jurusan yang saya amik.senang hati bila orang faham apa yang kita cakap.betul tak?

besday saya? dah lepas dah.bulan tiga hari tu.15hb 3.kalau nak bagi hadiah.boleh boleh.belated besday punya la.tapi boleh je.saya tak kisah.saya ada twitter.blogger dan facebook.oh ya.myspace pun ada lagi rupanya.lama saya tak bukak myspace.apa kabarlah agaknya kawan kawan lama disana.twitter saya suka.sebab saya boleh buat sesi luahan perasaan serta kutukan kat sana.teruk kan? saya tak kisah.sukahati saya lah.tu kan twitter saya.betul tak? facebook? ada jugak.mestilah ada kan? facebook saya apa? ala malulah nak sebut.disebabkan saya minat kat salah sorang artis dari taiwan ni.so saya pun dengan gatalnya bubuh la nama saya dengan nama dia.aisyah achou.macam gabung gabung gitu.tapi tak maksud pape pun.saja suka suka.ada kawan kawan yang tak suka.diaorang kata kesian ayah saya.tapi saya tak kisah orang nak cakap apa.sebab ni kan main main je.janganlah serius sangat.bukan saya nak guna nama artis taiwan tu masa saya akad nikah nanti.nama kat kad pengenalan masih aisyah ahmad.bukan aisyah chou.orang panggil saya pun nama aisyah ahmad lagi.relakslah kawan kawan.

blog? lagilah malu.malu ke? perlu ke nak malu.saya tak tau kenapa saya bubuh nama tempoyak durian.tak komersial langsung kan? tapi nama blog yang tak komersial ni la yang saya berjaya sikit mengarang dan tambah follower dan macam seakan aktif sikit.nak harapkan yang lama lama? this is much much better.saya tak suka tempoyak.tapi saya sangat cintakan durian.pada saya.saya ibarat puteri durian.sebab bila makan durian sebanyak banyak mana pun.saya tak panas badan.baik kan durian terhadap saya.terasa seperti disayangi oleh buah durian.

saya anak kedua.dari 5 orang adik beradik.dulu kawan kawan saya ingat saya anak bongsu.anak tunggal.pelik.adakah saya nampak sangat kebudak budakan.ah.persetankan.saya kakak yang garang.cerewet.dan suka ketawa berdekah dekah.oh ya.juga kakak yang cuai.bila keluar dengan adik saya.mereka yang jaga saya.angkat barang untuk saya.saya tak buli.tapi sebab saya gemar berpura pura tak berdaya.over kan.

saya ada kucing.nama kucing saya yayang.yayang seekor kucing gagah tapi pemalu.dulu dia ada makwe.makwe dia selalu datang rumah untuk jemput dia pergi dating.ibarat perigi mencari timba.tapi malang.yayang dah tak betul.dia selalu menjerit jerit bila balik rumah.suara dia sangat nyaring.kadang kadang saya stress bila tengah tidur.kalah jam loceng.saya konfius.sejak kejadian kucing cantik datang rumah.dia semacam tak keruan.padahal dia tak menyukai kucing cantik tu.oh ya.yayang adalah seekor jantan.saya harap yayang berubah menjadi normal.dan makwe dia? hilang tak dijumpai.sudah mati mungkin.

status? soalan susah tu.in a relationship.dengan sapa? kawan sepergaduhan masa sekolah.so pengajaran.jangan gaduh gaduh.nanti lain jadinya.kalau saya stress.saya suka menulis.macam sekarang.tengoklah hasil stress saya.sebuah entri yang merapu saja.tapi tak kisahlah.janji dapat meneruskan semangat berblogging pun dah kira baik la tu kan.positif positif.selain menulis.saya suka bercakap dengan banyaknya kalau saya stress.okay.sebab sebab menulis banyak banyak.salah satunya sebab saya naak bercakap.dan tak ada sumber yang sesuai untuk saya ceritakan atau saya tak ada mood nak cerita kat sapa sapa.so saya merapu je la kat blog ni.kalau saya banyak cakap.99 peratus adalah angan angan kosong yang konon konon terjadi lagi 10 tahun.itupun kalau ada rezeki dan panjang umur.sangat hebat kan rapuan saya.

saya seorang yang suka marah.dan saya selalu sangat terlepas cakap.tapi muka saya berwajah tanpa perasaan.rasa teruk.baru perasan masa kerja hari tu.lagi lagi orang lelaki gatal.keterlepasan kata kata makin menjadi jadi.saya terlepas cakap.bukan sengaja.kira kata kata itu jujur dari fikiran.mujur tak jadi apa apa kan? bahaya.berbalik kepada marah.iye.saya cepat marah.percaya tak.harus.tapi masalahnya.saya cepat lembut hati.ini satu kelemahan.

saya tak suka lipat kain.saya harus cari bakal suami yang pandai lipat kain.eh bukan pandai tapi suka lipat kain.semua orang pandai lipat kain bukan.jikalau saya tak menjumpai bakal suami yang suka melipat kain.saya bercadang untuk membeli sebanyak mungkin almari besar dan container untuk menggantung baju baju saya.mudah bukan.tak perlu lipat.atau mungkin saya perlu beli mesin lipat kain? idea baik.saya tak pandai masak megi.pada saya megi adalah makanan yang paling susah untuk masak.ini berita baik kepada bakal suami saya.

saya suka simpan perasaan.tak baik bukan.

saya asalnya bercadang menjadi seorang cikgu bahasa melayu.cita cita yang paling teruk saya pernah cakap adalah untuk menjadi akauntan.macam mana nak jadi akauntan bila subjek matematik adalah musuh kita.nampak sangat cita cita nak best aje.

penulis novel? dulu la.sebab musim orang baca novel dan pertumbuhan penulis penulis muda yang sangat banyak.

okay.itu saja.babai.





Mar 26, 2011

Day ONE: TEN things about ME



1. sukakan warna kuning! tapi tak banyak koleksi warna kuning.



2. tak suka cokelat tapi suka semua kek coklat! nyum! nyum!


3. tak makan benda bercangkerang.siput? lala? kerang? ketam? sila lupakan.tak minat.


4. tak pernah berjaya masak megi dengan lazat.semua misi gagal.selalu suruh adik lelaki masakkan.kepada future husband.masakan megi tak mungkin akan disajikan untuk hidangan kita bersama.janji.


serius menangis suami aku tengok maskan megi aku.tak sanggup.


5.kalau makan luar.MCD contohnya.menu yang sama je selalu order.iaitu Mc Chic.kalau makan nasik campur.lauk yg sama aku amik sepanjang bulan.tahun.semester.bajet setia.haha bosan? nope nope.

6.seorang yang emosional.sensitif.kuat menangis.cry baby cry. =P


7. sangat cintakan ayam.tanpa ayam.tak berseri hidup.oh ayam!


8. cepat menggelabah.blergh.tak cool langsung!

9. tak pernah ingat jalan.even da pegi satu tempat beratus ratus kali.banyak kali dinasihati encik akmal.tapi buat tak tau.mungkin aku short memory.oh dem.


10. kakak yang garang.kuat membebel.roar!



sekian.