Pages

Showing posts with label karut marut. Show all posts
Showing posts with label karut marut. Show all posts

Jan 9, 2013

cendol

Assalammualaikum.

jam menunjukkan jam 1.13 pagi.


eh da pagi da ye? pagi hari rabu.awal pagi.dan dan awal pagi.

bosan.

masih memperdengarkan lagu little talks.telinga hampir bernanah nak dengar.tapi tak cukup lagi buat aku bosan.itu mungkin petanda yang aku setia orang nya.cewah gitu.exposure time, volume, frekuensi. semua ni efek kan? so boleh la buat personal noise measurement kat aku.anyone? 

perempuan ni.

lately cepat lapar.faraha kata aku dah kurus.salina kata aku kurus sebab makan hati.sentap ai.actually mana tak kurusnya.stok makanan dah berkurang.jemu makan oreo dengan chipsmore.dua ni je bekalan makanan aku.nak drive pergi kedai.memang bukan jiwa aku la nak keluar.boleh pulak tahan lapar.so inilah rahsia diet tak sihat aku.sape nak tiru silakan.perut berkeroncong tak kira masa.sampaikan kena letak orea sebelah bantal.kot kot tengah malam terjaga dek kerna perut berkeroncong.harap tak ngigau sambil makan oreo dan kemudian tersebar berita aku mati tercekik dek makan waktu tido.gila.

malam ni aku beranikan diri untuk edit balik setting chat box kat facebook tu.entah menatang ape nak sebut.tak tau.aku pernah invisible kan kat mama M bukan nama sebenar.banyak pulak watak bukan nama sebenar hari ni ya.tak kisah la.janji tak sebut nama.eh bukan tadi tu dah sebut nama ke? haaaa.

ok sambung.

dan.ramalan aku tepat.beberapa minit konon nak tutup facebook.mama M menjelma.actually aku suka mama M.but then, entah.hasrat dia tak dapat aku tunaikan.maybe sebagai konklusinya.aku patut kawin dengan mama M je.atau jadi mak uda untuk anak anak mama M.haha.best kan? senang cerita.tapi mampus la aku nak cakap lagu gitu kat mama M.part yang mak uda tu.tujuh keturunan dia sumpah aku.tapi aku just selamba cakap.

'saya kawin dengan mak cik je lah'

best gak.pasangan bahagia.kata serasi gitew.and paling best.masuk muka depan majalah metro.sangat kelasi.kan?

dan lagi satu.am i look younger than my age? rasanya macam iya.haha.sila muntah.kalau muntah lap sendiri la ye.sape suh tak sediakan baldi.konon nak kata howt lettew.pui la.memang howt.howt macam lady gagak.

haris cakap aku macam perempuan meroyan.eh terbubuh nama.it's ok.nevermind.haris ok je.pui! hahaha.sampai hati dia kata aku lagu gitu.tak pe.aku meroyan kejap je.lepas amik dadah.ok la.the more i meroyan the more stonger i get.konon.hakhak.

ok sekarang tukar lagu.lagu it's time.

it's time to begin! isn't it! I'm just the same as I was

sedap lagu ni.rasa nak pukul drum puas puas.oh cita cita main derum tak tercapai lagi.bila eyh.kena tunggu dapat pakwe drummer pulok.haha.gatai.

gangguan.

kumbang terbang.i don like this flying flying things la.eh saje menteraburkan grammar.bayangkan kumbang terbang masuk telinga.beranak dalam atau terperangkap dalam lubang telinga.uew.tragis.pastu kena gigit dengan kumbang terbang ni.euw lagi.serius kali ni tragis.

ok.sungguh minah jenin.

ina dah tido.tapi tak berdengkur.so maksudnya.dia tak penat la kan? atau tak punya masalah pernafasan.betul ke? tapi tido dalam lampu terpasang.saje sumbangkan kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat penyakit kanker.haha.

so tak nak jadi punca penyakit kanker.konon.so minah jenin di sini nak tidoq.

so maaf.entri ni bukan sebab cendol.but aku cakap terlalu banyak.macam macam citer lah kononnya.terlalu banyak perisa dan campuran disitu.so that.yelah.macam cendol.

oh lapar.cendol bertukar ke oreo.oreo lagi.see.aku setia kan? 

nite uols.

hug n kisses.
xoxo.
=D






Jan 8, 2013

exam selingan

Assalammualaikum!


Alhamdulillah.paper kedua final selamat di gorengkan sebentar tadi.uyun which is my sister setengah jam aku dah keluar dewan.setengah jam dah habis exam.baru dia wish.

"salam, orang gaji.goodluck exam."

sentap mak enon masa dapat mesej.nasib tak tersembur air mangga fresh dari ladang.aku ingat tak ada lah dia guna title orang gaji untuk masa masa kini.hampeh ini budak.dia panggil aku orang gaji.tapi aku kurniakan dia title cinderella.kelas kan? kadang kadang hamba abdi.haha.yang ni versi kejam tapi tak sekejam firaun la.

sudah lah panggil orang gaji.pastu lambat wish pulak tu.orang dah habis goreng dah jawapan tu.kalau tengah masak.dah masuk perut dah pun makanan tu.silap silap dah sendawa.

ok paper technology entrepreneurship selamat masuk dalam sampul surat untuk diberikan kepada encik hardi emri.haaa.ingat dah nama dia.ejaan pun dah betul dah.secara keseluruhannya.aku tak minat konsep pilih soalan ni.sebab aku adalah pembuat keputusan paling teruk di muka bumi ini.aku akan rasa.

"eh betul ke keputusan aku amik untuk menjawab soalan no..bla bla bla..tu?"

dan perasaan dilema akan dan terus terusan menebal.sejak keluar dari bilik exam.eh bukan bilik.dewan.dewan exam sampai lah ketika mengarang entri ini.ouh ai headache.pastu sebab orang lain tak jawab apa yang aku jawab kan.so ai rasa sooo cuaks yu noe.ok gediks.mestilah lain kan.sukahati dorang lew nak jawab apew.ko ni sibuk jew.pastu nak gelabah gelabah jew.haha.

so aku berdoa agar encik hardi berasa tenang ketika menanda kertas jawapan aku yang tulisan aku rasa cantik sikit dari dulu dulu.tak macam ribut berpusing pusing dah.tak macam awan tornado dah.kali ni tema tulisan versi lurus seperti lidi giteww.cewahh.bertema tema kau.

ok tu perihal exam tadi.jam 9 sampai 12.haaaa.part masa ni aku gelabah gila tadi woi.aku ingat habis pukul 11! tiba tiba bengap pulak kira masa.untuk paper 3 jam adalah dari jam 9 sampai 12.bukan jam 9 sampai 11!! sudahlah terang benderang dia tulis kat papan putih kat depan.yang aku kat belakang gelabah siapkan sebelum jam 11.pastu sibuk marah marah pengawas yang jaga sebab bagi student keluar jam 10.45.suppose mana boleh! suppose boleh keluar setengah jam sebelum masa tamat! hahaha.pastu baru sedar yang kat papan depan tu tulis jam 9 sampai 12. sengal betul.siap kerut kerut dahi kot tengok budak budak keluar.entah ape ape je aku ni.

ok ok.time time exam ni.of kos la gigih study kan? yela untuk aku yang last punya final exam.last la nak feeling feeling gelabah nak masuk exam hall.tak tido malam semua.tapi yang aku perasan la.sepanjang aku study masa final ni.mesti ada selingan selingan borak dengan kawan aku ina.atau nama manja dia.ina risma hasmie.LOL.

it's normal la selingan selingan ni.mana ada orang study berderettt je kan.tapi selingan yang aku perasan la.selalu berkenaan topik yang sama.grah! grah! grah! which is about lelaki.ok kami sungguh membosankan.hahaha.

ina selalu cerita perihal abeng dia.ok let me tell uols.nama dia secret.shhhhh..tolong keep it as a secret k.kalau ina risma hasmie tau cheq dok promote abeng secret dia kat blog cheq.mampuih.ina akan kata "no more daging salai for you ecah! no more!" haha.ok secret bukan nama sebenar.hoi! memang la bukan nama sebenar.ada ke orang nama asal dia secret.ish kau ni ecah.actually nama dia lain.tapi dah biasa asik panggil secret secret.so TERtepek la nama secret kat beliau.

ok sambung.citer citer rancak kitaorang ni selalu pasai lelaki.dan selalunya isi penting yang paling utama adalah.lelaki lambat balas mesej!!!!

betul! betul! betul! 

lelaki selalu balas mesej lambat.masa pengalaman aku dulu pun sama.kita duk pung pang pung pang bercerita.aku dah sampai laut cina selatan dah kot.eksited bercerita.orang belah sana pun eksited membalas.sekali tiba tiba tengah rancak habis ni.tiba tiba hilanggggg.hilang dibawa angin laluuuuu.pi lalu mana cheq pun tak tauuu.lalu tepi kita ka.kanan ka.tak tau le.

pastu balas setengah jam.satu jam kemudian.dan ini membuatkan kaum wanita marah! marah sebab mesejnya tidak dibalas dengan cepat! hahaha.over.

ada yang bernasib baik.mesej itu dibalas dalam setengah jam la paling awal.yang tak bernasib baik.terus berjam jam kemudian baru balas.dengan topik tadi pun dah ke laut.dengan mesej baru tanya soalan innocent. 

"hai ngah wat pew tuew"

saje tiru ejaan budak sekolah sekarang yang sungguh ai tak faham.rasa dagu kedepan pulak.tuew tuew.euw.

so disini ina pun alami benda yang sama.dan aku sebagai penadah telinga yang setia berkhidmat! hiyah!

hurm bukan apa.yela.kita sibuk kan bercerita.kadang kadang luahan hati untuk hari ni.yela.perempuan suka bercerita.pada siapakah yang kami ingin bercerita selain dari our beloved kekasih selain our beloved freng.siapa? siapa? siapaaa??

aku pernah tanya soalan ni kat kawan aku.budak lelaki lah.dia just diam senyum dan jawab.

jawapan dia.lelaki bukan multi-tasking.depa tak leh buat kerja banyak ngatt dalam satu masa.lain lah pompuan.baca buku pun boleh men mesej.

ok sentap ai disitu.hahahahah! so dem dem true.hahahah! makan dalam takkk? 

so aku pun guna la teori yang sama pi bagi kat ina.tapiiiii..aku rasa lah kan.

ish! tak leh la! kena balas jugak la! mana adil macam ni!! 

haha.kena balas jugakk! =P

ok nak tidoq.tido sambil tersenyum sebab dengar kemeriahan lagu little talks.lately lagu ni menjadi kegilaan jiwa dan mental aku.suara lelaki tu sungguh..ouh merdu.lol.oh tolonglah doakan kejayaan aku menjawab exam kali ini.terima kasih!! Kepada paper terakhir saya hari jumaat ini.disease control.ini surat untuk awak! bacalah! =D

Dear disease control, 

I hope you will be nice to me on this Friday.I hope I will happily answer your question without any kerut kerut dimuka sampai melahirkan kedut you noe? Ouh disease control.I'm begging U.*begging! begging uuuu~*. Then I will belanja u makan makan lah ye.hurm..Ikea meatball? deal?  =)

Warm regards,
Aisyahcun.

ok.crazy me.sungguh rasuah.mujur rasuah kepada benda bukan hidup.tak dosa.

hug n kisses.
xoxo~~~~




Oct 4, 2011

monolog

hai.nama saya norraisyah ahmad.saya berumur 22 tahun.saya belajar kat uitm puncak alam.saya amik jurusan kesihatan persekitaran dan keselamatan.kebiasaannya.saya gemar memanipulasikan jurusan yang saya amik bila becakap dengan orang.kadang kadang saya cakap saya amik fizik.kadang kadang mascom.kadang kadang nak tunjuk best sikit.cakap la engineer.jahat kan? bukan apa.saya tak suka nak terang lebih lebih kat orang ramai berkenaan kos saya.sebab ramai sangat tak faham.memanglah kita kena terangkan kat orang ramai apa kos yang saya amik.tapiiiii saya lagi rasa tak best bila orang tanya saya.

"amik kos apa?"
"environmental health and safety"
"hah?"
"kesihatan persekitaran dan keselamatan."
"oooo"

lepas tu orang orang ni akan diam dan terus ubah topik.seee.nampak sangat kan dorang tak tau kos apekah ini.kemudian saya akan rasa bersalah dan nak menangis sebab topik saya macam tak best dan tak diminati.sejak hari hari itu.saya berazam untuk tipu jurusan yang saya amik.senang hati bila orang faham apa yang kita cakap.betul tak?

besday saya? dah lepas dah.bulan tiga hari tu.15hb 3.kalau nak bagi hadiah.boleh boleh.belated besday punya la.tapi boleh je.saya tak kisah.saya ada twitter.blogger dan facebook.oh ya.myspace pun ada lagi rupanya.lama saya tak bukak myspace.apa kabarlah agaknya kawan kawan lama disana.twitter saya suka.sebab saya boleh buat sesi luahan perasaan serta kutukan kat sana.teruk kan? saya tak kisah.sukahati saya lah.tu kan twitter saya.betul tak? facebook? ada jugak.mestilah ada kan? facebook saya apa? ala malulah nak sebut.disebabkan saya minat kat salah sorang artis dari taiwan ni.so saya pun dengan gatalnya bubuh la nama saya dengan nama dia.aisyah achou.macam gabung gabung gitu.tapi tak maksud pape pun.saja suka suka.ada kawan kawan yang tak suka.diaorang kata kesian ayah saya.tapi saya tak kisah orang nak cakap apa.sebab ni kan main main je.janganlah serius sangat.bukan saya nak guna nama artis taiwan tu masa saya akad nikah nanti.nama kat kad pengenalan masih aisyah ahmad.bukan aisyah chou.orang panggil saya pun nama aisyah ahmad lagi.relakslah kawan kawan.

blog? lagilah malu.malu ke? perlu ke nak malu.saya tak tau kenapa saya bubuh nama tempoyak durian.tak komersial langsung kan? tapi nama blog yang tak komersial ni la yang saya berjaya sikit mengarang dan tambah follower dan macam seakan aktif sikit.nak harapkan yang lama lama? this is much much better.saya tak suka tempoyak.tapi saya sangat cintakan durian.pada saya.saya ibarat puteri durian.sebab bila makan durian sebanyak banyak mana pun.saya tak panas badan.baik kan durian terhadap saya.terasa seperti disayangi oleh buah durian.

saya anak kedua.dari 5 orang adik beradik.dulu kawan kawan saya ingat saya anak bongsu.anak tunggal.pelik.adakah saya nampak sangat kebudak budakan.ah.persetankan.saya kakak yang garang.cerewet.dan suka ketawa berdekah dekah.oh ya.juga kakak yang cuai.bila keluar dengan adik saya.mereka yang jaga saya.angkat barang untuk saya.saya tak buli.tapi sebab saya gemar berpura pura tak berdaya.over kan.

saya ada kucing.nama kucing saya yayang.yayang seekor kucing gagah tapi pemalu.dulu dia ada makwe.makwe dia selalu datang rumah untuk jemput dia pergi dating.ibarat perigi mencari timba.tapi malang.yayang dah tak betul.dia selalu menjerit jerit bila balik rumah.suara dia sangat nyaring.kadang kadang saya stress bila tengah tidur.kalah jam loceng.saya konfius.sejak kejadian kucing cantik datang rumah.dia semacam tak keruan.padahal dia tak menyukai kucing cantik tu.oh ya.yayang adalah seekor jantan.saya harap yayang berubah menjadi normal.dan makwe dia? hilang tak dijumpai.sudah mati mungkin.

status? soalan susah tu.in a relationship.dengan sapa? kawan sepergaduhan masa sekolah.so pengajaran.jangan gaduh gaduh.nanti lain jadinya.kalau saya stress.saya suka menulis.macam sekarang.tengoklah hasil stress saya.sebuah entri yang merapu saja.tapi tak kisahlah.janji dapat meneruskan semangat berblogging pun dah kira baik la tu kan.positif positif.selain menulis.saya suka bercakap dengan banyaknya kalau saya stress.okay.sebab sebab menulis banyak banyak.salah satunya sebab saya naak bercakap.dan tak ada sumber yang sesuai untuk saya ceritakan atau saya tak ada mood nak cerita kat sapa sapa.so saya merapu je la kat blog ni.kalau saya banyak cakap.99 peratus adalah angan angan kosong yang konon konon terjadi lagi 10 tahun.itupun kalau ada rezeki dan panjang umur.sangat hebat kan rapuan saya.

saya seorang yang suka marah.dan saya selalu sangat terlepas cakap.tapi muka saya berwajah tanpa perasaan.rasa teruk.baru perasan masa kerja hari tu.lagi lagi orang lelaki gatal.keterlepasan kata kata makin menjadi jadi.saya terlepas cakap.bukan sengaja.kira kata kata itu jujur dari fikiran.mujur tak jadi apa apa kan? bahaya.berbalik kepada marah.iye.saya cepat marah.percaya tak.harus.tapi masalahnya.saya cepat lembut hati.ini satu kelemahan.

saya tak suka lipat kain.saya harus cari bakal suami yang pandai lipat kain.eh bukan pandai tapi suka lipat kain.semua orang pandai lipat kain bukan.jikalau saya tak menjumpai bakal suami yang suka melipat kain.saya bercadang untuk membeli sebanyak mungkin almari besar dan container untuk menggantung baju baju saya.mudah bukan.tak perlu lipat.atau mungkin saya perlu beli mesin lipat kain? idea baik.saya tak pandai masak megi.pada saya megi adalah makanan yang paling susah untuk masak.ini berita baik kepada bakal suami saya.

saya suka simpan perasaan.tak baik bukan.

saya asalnya bercadang menjadi seorang cikgu bahasa melayu.cita cita yang paling teruk saya pernah cakap adalah untuk menjadi akauntan.macam mana nak jadi akauntan bila subjek matematik adalah musuh kita.nampak sangat cita cita nak best aje.

penulis novel? dulu la.sebab musim orang baca novel dan pertumbuhan penulis penulis muda yang sangat banyak.

okay.itu saja.babai.





Oct 2, 2011

bebel

hai! salam!

aku rasa lama sangat aku tak mengarang dekat sini.dah macam satu musim pulak.ramai yang tak update blog.haha.musim kat kawasan aku je kot.aaaaa.aku bukan malas nak menulis.kalau ikutkan banyak sangat yang nak kena tulis tapiiii busy lah.haha busy ke? eh mestila!=D

so dah 3 minggu rasanya kelas aku dah berjalan.secara keseluruhannya.aku risau.sangat risau.permulaan yang tidak baik.pada aku.aku seolah olah masih tidur.haha.over tak? jangan tanya aku sama ada aku sedang berdengkur ke tak.tu lagi over.hurm.serius betul.aku rasa aku tengah tidur lagi.teruk kan? macam entah.tekejut.blur.n banyak lagi.just imagine.ko tengah tidur.pastu orang kejut ko tiba tiba.hah! macam tu la aku rasa.aku rasa blur.blur yang tak tau bila habis.huhu aish.risau! =.=''

dengan subjek sem ni yang sangat sangat mencabar.buat aku lagi menggigil lutut.seakan satu habit atau perasaan fobia.entah la.tapi bila setiap awal sem je.perasaan nak quit belajar tu.menebal gila.haha ngok ngek pun ada.mood tu macam hilang.asik fikir nak kejeeee je.ok sejujurnya.aku memang nak semua ni habis dengan cepat.setiap hari.eh tak ada lah setiap hari sangat.selalunya la.aku akan kira bila nak habis.hoho.over lagi kan? kadang kadang bila dah tak fokus kat kelas tu.hah.mulalah.berangan.dan salah satu angan angan aku adalah.tempoh tamatnya semua ini dari berlaku.huaaaaaaaaa.oh masa.cepatlah lari dengan laju.

subjek paling busy sem ni dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.aku rasa dah tepat dah nama subjek ni.subjek ni aku kena pegi lawat kilang.bukan takat lawat.kena buat kajian.perghhh.dah macam final projek.tapi bezanya.kitaorang buat kajian secara berkumpulan.nasib tak menyebelahi.aku dapat parameter yang aku tak suka.apakah dia? udara.huuu.nampak senang.tapi sebab da pernah tolong kawan dulu buat kan? so rasa macam.aaaaaaaa~ jumpa lagi kau rupanya! haaa.macam tu la lebih kurang keluh kesahnya.udara ni macam kita nak check kualiti udara tu.capai standard tak? contoh kalau ada gas co2 kan? hah.tahap co2 kat kilang tu.bahaya tak? kesan dia kepada pekerja? aaaaaaaaa.lebih kurang macam tu la.hahaha =P *see.tak serius lagi*

sekarang sibuk buat proposal.jumaat ni nak kena pegi kilang kecik.next weeknya berangkat ke kilang besar.adodoi.fening.tu belum habis.semua hasil kajian kitaorang.kena present.huaaa.tu yang gugupnya.entahla.cuma harap aku dapat buat yang terbaik.tapi masalahnya.aku malas la sekarang ni.oh ecah.bangunlah! bangunlah! *pelik je*

next subjek adalah env built n tech.ni kitaorang jadi macam arkitek.hahaha.geli pulak.tapi betul tau.kitaorang kena design satu kawasan penempatan yang env friendly.macam macam lah.dari rumah sampailah tol semua.yang ni nak terang.tak cukup satu entri.haha yang ni haris dah aturkan temu janju dengan kawan dia.just hope everything goes well.sebab beberapa minggu ni kitaorang tak habis habis dengan subjek IHS je.huah.subjek aku untuk sem ni.bukan 2 ketul ni je tau.ada tujuhhh semuanya.rasa rasa 2 subjek tak ada final.so 5 subjek la aku kena hadap masa final nanti.macam haris.aku pun nak doakan final cepat datang.hahaha =P

sebenarnya aku baru balik kajang ni.3 minggu gak tak balik.haha so macam nak balik la.amik selimut je kot.ahaha puncak alam ni dah macam genting dah.tapi kadang kadang je la.atau mungkin rumah aku je kot.haha bertuah kan? aku harap minggu ni aku berubah jadi kuat secara tiba tiba.kuat means bersemangat! bukan macam makhluk hijau! ahahahahah! 

ok.bai! 
  

Mar 26, 2011

Day ONE: TEN things about ME



1. sukakan warna kuning! tapi tak banyak koleksi warna kuning.



2. tak suka cokelat tapi suka semua kek coklat! nyum! nyum!


3. tak makan benda bercangkerang.siput? lala? kerang? ketam? sila lupakan.tak minat.


4. tak pernah berjaya masak megi dengan lazat.semua misi gagal.selalu suruh adik lelaki masakkan.kepada future husband.masakan megi tak mungkin akan disajikan untuk hidangan kita bersama.janji.


serius menangis suami aku tengok maskan megi aku.tak sanggup.


5.kalau makan luar.MCD contohnya.menu yang sama je selalu order.iaitu Mc Chic.kalau makan nasik campur.lauk yg sama aku amik sepanjang bulan.tahun.semester.bajet setia.haha bosan? nope nope.

6.seorang yang emosional.sensitif.kuat menangis.cry baby cry. =P


7. sangat cintakan ayam.tanpa ayam.tak berseri hidup.oh ayam!


8. cepat menggelabah.blergh.tak cool langsung!

9. tak pernah ingat jalan.even da pegi satu tempat beratus ratus kali.banyak kali dinasihati encik akmal.tapi buat tak tau.mungkin aku short memory.oh dem.


10. kakak yang garang.kuat membebel.roar!



sekian.