Pages

Jul 17, 2013

Bicara Ramadhan

salam ramadhan! 

kejap je dah masuk seminggu kita berpuasa.sejujurnya aku merasakan yang puasa kali ni aku tak produktif langsung.letih la.penat.keje kan? so entah.aku syak aku kena makan super banyak vitamin ko tau.

sebab letih sangat.ai dono what happeng to me.aku rasa diri ini sangat penat dan terlalu penat.hewhew.over.

masa ni pepatah disorongkan bantal tu dah tak jadi pepatah dah.dah jadi betul punya.pantang orang sorongkan bantal.komfem tido.masa ni ungkapan tidur dimana mana dah jadi sebati dalam diri aku.ehehehe.

puasa kali ni bukanlah kali pertama aku puasa ketika bekerjaya.cewah.yela dulu dah biasa dah keje.keje kat meden.paksen.mana ada kelapangan aku komfem keje.jarang lepak rumah.tak boleh.boleh jadi gila.atau histeria secara tiba tiba.serius.

dulu tak ada lah selembik ini.dulu lagilah.keje lebih dari 8 jam.yela bulan puasa.mana boleh balik macam biasa.mesti kena ot ma.untuk aku yang gilakan duit atau TERlalu gilakan duit.sangat sangat suka bila disuruh OT.tahun ni tak dak.tahun ni balik ikut tymee.so kualiti tyme untuk keluarga sangat bermakna.kihkih.

dugaan bulan puasa? apa ye.okay memandangkan aku memandu ke tempat kerja ya.jadi..setiap pagi aku kena kuatkan semangat untuk menempuh kenderaan kenderaan mahupun segolongan manusia yang...yela yang mungkin tak berapa mahir tentang peraturan jalan raya yang kerap kali mencabar jiwa.

untuk aku yang ke semenyih dan ke nirvana semenyih yang jalannya dua lane je.kalau motor lalu pastu kongker satu lane tu.pergh.memang mengundang kesabaran tinggi.bila jentolak lalu atau aku panggil transformer.pergh masa ni la nak tunjuk skill gunakan gear dengan macho dan bergayanya.

dan selalu aku doa masa potong itu jentolak.aku berjaya lepas tanpa halangan.penah je time nak potong depan ada kete dari arah bertentangan.masa ni aku lupa aku tadi guna gear bape.bahaya tau.gila betul aku ni.

gila kan? huhu

tak ada la gila sangat.kerja kat opis masa ni tak banyak sangat.kadang kadang aku mushkil jugak.awat sikit sangat ja keje hari ni.mihmih.alhamdulillah la.keje sikit kan.masa ni la tengok department admin kat sebelah sibuk kemain.sampai cakap.

'korang nampak sibuklah'

pastu gelak gelak.bengkek je hati layun dengan madiha.aku syak dorang merindukan saat sibuk aku.sebab dulu aku sibuk gila sampai jeles tengok dorang relaks gila.hahaha.tu lah dikatakan hidup manusia ibarat roda kan.hari ni kita sibuk.esok lusa tak dah.pastu sibuk balik.aku syak lepas raya aku sibuk.kekeke.

lagi nak citer apa ye? hmmmm.keje ok.setakat ni la.ramai tanya interview watsoever semua tanya pasal keje.alhamdulillah.keje manyak ok ma kat sini.setakat ni la.esok lusa tatau.hahaha.ayat klise je.bajet berilmu dan positif thinking punya orang.

keje ok.cuma keje nak deal dengan orang aku malas.tolonglah.aku adalah manusia yang sangat sangat tak suka deal dengan orang.tapi keje terpaksa la deal dengan orang.lagi lagi pasal PPE.haih.penat la.malas lagi.

keje kena berani tau.aku kena pura pura berani.sebab kena deal dengan banyak bos atasan.so enjoice je la.sampai ada bos cakap.hati manyak senang eh? senang la.muda lagi ma.hati senang la.hahah.tapi tak ada lah aku jawab macam tu kan.dapat kaki naya je.oh ya! adalah satu kesukaan bila kita dapat jawab pertanyaan bos bos atasan yang ala ala lecturer tanya soalan masa presentation.kesukaan gila.rasa dihormati dan disegani.kekeke.

so puasa ni aku keje 8 jam macam biasa.rehat setengah jam saje.setengah jam lagi aku mintak potong.sebab nak balik kul 5.semua orang kat syarikat Y ni buat macam ni.aceli bukan semua la.yang beragama islam sajer.pukul 12 setengah rehat.aku ke surau.tido.beria gila tido.macam kat rumah dah.aku jarang tido.satu hari tu aku pegi la.sebab ngantuk gila kan,so aku tido..pukul 1 tu ada la yang dah bangun.aku bangun jugak.pastu tido balik.bajet dalam 15 minit.pastu bangun balik.bentang sejadah nak solat.pastu tido balik.ajet 5 minit je.sampai ada akak tu cakap. 

'nak sembahyang ke?'

aku jawab la 'haah.tapi nak tunggu madiha balik dari amik semayang dulu.tido jap.'

last last 1 setengah baru kembali ke tempat.ya allah.teruknya akuuu :O

tak senonoh kan? hahaha.hari seterusnya aku tido gak.tido muka suci je.hahaha.akak sebelah aku la cakap.bukan aku.beria tido ni.sampai bape kali dia kejut aku.bahhaha! malu ai.balik tu terserempak dia tanya aku.

'ko puasa tak?'

ada ke tanya soalan tu.aku pun jawab 'puasa la kak!' muka beria bagitau.

'iye iye.saje akak tanya.tengok ko tido tadi akak tau dah'

bhahaha.siud je.tak sempat nak tanya aku berdengkur tak masa tido tu.haha.

puasa ni kerap ngantuk.betul ke minum minuman hijau dapat kurangkan ngantuk? 

ai dono.

ok sambung later k.

selamat berpuasa! ^_^

No comments:

Post a Comment