Pages

Jan 15, 2014

15012014

hari ni kejadian yang tidak diingini telah berlaku terhadap aku. peh. cemana aku boleh bertindak balas refleks seperti itu. 

btw! selamat hari jadi 24 tahun 10 bulan to meeeee!

hahaha kawan opis aku yang kira. aku pun tak tau betul ke tak kiraan dia tu. 

biarkan. 

okay. aku rasa aku tak boleh ah keje dengan sesuatu yang melibatkan belas ehsan. hish! aku tak leh la. hati aku terlalu lembut. apekah aku terlalu naif dan sebagainya. 

aku keje kat pusat tuisyen as kerani ni. aku rasa kesian tengok budak budak yang datang bayar duit. mahal kot. aku rasa betapa kasihan parents dorang keluarkan duit untuk bayar semua tu. aish. 

so aku rasa la kan. aku ni kalau nak berbisnes. kena bisnes yang memang orang datang untuk beli. memang dia suka pegi sana. aku tak leh la perniagaan yang melibatkan keterpaksaan dan bermain dengan perasaan.

eh ape aku cakap ni. hahahaha. 

sebab apa. nanti aku kasihan. dan aku akan relakan dia datang tanpa pembayaran dan pada masa yang sama akan menyusahkan aku jugak. aku jenis yang cepat kasihan kat orang. aish! 

so aku tak tau la bape lama aku leh bertahan keje situ. dek sebabkan tidak mampu hadapi perasaan belah ehsan yang terlalu tinggi. 

lulz.

ok nite! esok ada visit. so kena bagi safety briefing. xoxo!

Jan 14, 2014

penat.

aku gemar bermain dengan masa. mencabar metabolism badan untuk masa. 


dan hari ni serius aku berkejaran disebabkan masa. hari ni public holiday. ya bagi sesetengah orang dan tidak bagi aku. 

hari ni jadual aku padat nak mampuih. 

pagi tadi jam 7.30 pagi aku dah melepek kat pusat tuisyen kat kajang ni as kerani. jeles ittew tengok orang lain tido lagi. wuwuwuw. pasar pun penuh orang balik joging je. nak gelak tengok orang balik joging beli nasi lemak. tahan gelak ok. eiii jahatnya! tu mengumpat cara halus namanya! hahaha. 

bukan ngumpat. juz lucu u noe. tolonglah faham perasaan lucu dihati saya ini. haha

habis keje tuisyen aku g pekan somonyih. pegi tempat keje aku weh. syarikat Y tu. amik la letter head bagai. aku terima kasih gila kat kawan aku si mira. I heart yu Mira. serius talk ok. hahaha. 

balik tacap sikit report pastu begegas ke shah alam. hari ni driving skill aku macam nasib baik je. tau tak aku ni gigil gila bila drive guna lane kanan. so hari ni berapa kali lane kanan aku tempuh. aku pun tak tau. pegi ok lagi. balik la. memang kanan saje. jangan surat saman sampai sudeh. 

pegi shah alam nak buat jilid report. peh. ramai gila student. aku menyampah je nak buat jilid ni. sebab teringat zaman buat thesis. teruknya umang aiii. gila betei. tak leh lupa 3 orang budak yang tolong aku buat segala benda. tapi hari ni sorang je. newbie kot. haha. konsep aku sama. masih menyusahkan orang. 

yang kelakar nya! secara tak langsung semua orang terpaksa bertungkus lumus tolong aku. contoh budak tu nak fotostat dia la bertungkus lumus suh aku cek balik. padahal aku rasa. lantak pi sana la. hahaha. yang lagi kelakar bila aku ajak haris suh datang sekali dia pun terlibat dalam misi mengemas kinikan report. peh. ini lucu. dah la mintak tolong. pastu suh dia bayar duit teh o ais dengan alasan aku seorang musafir. 

alasan buat semua orang nak muntah kangkung. lulz

so kepada semua. ini tips untuk mintak belanja. aku yakin. bila haris dengar ayat ni. jauh disudut hati dia. macam syahdu je. kuikui. so dia pun belanja la aku. kahkahkah! 

balik aku kena sambng keje kat pusat tuisyen tu. alhamdulillah. hari ni tak ramai atau tak seramai isnin dan minggu lepas. so ok la. aku sampai sana tepat tepat jam 8. peh. 45 minit dari shah alam ke kajang. gila. gila aku drive hari ni. 

T_T

so nak citer ni!! ha panjang gila kau mukadimah dia. ha aku citer citer ngan tirah tadi. aku rasa tirah tu bagus la. atau dia memang bagus. pada aku bila seseorang tu keje dengan pendapatan sederhana dan mampu bagi mak, ayah, adik duit. aku rasa...kau adalah seorang yang bagus. sangat sangat bagus. so tirah ni baguslah. aku mintak tips macam mana nak jadi macam dia. kata dia kena manage duit. 

betul. dan lagisatu aku akui. kalau duit kita habis. macam air. dan kita frust sebab kita keje penat penat duit habis. tapi jauh disudut hati kita. kita akan rasa sedikit lega sebab at least kita dah bagi mak ayah adik kita duit. kira yang tak cukup tu. bahagian kita. its okay kalau kita sendiri tak cukup. janji mak ayah adik semua cukup hutangs emua bayar. ha..dan paling penting. percayalah. rezeki pasti ada. 

ha gittew.

banyak kali aku puji tirah cakap dia bagus. dia kata dia tak bagus. sebab dia tak ada pekerjaan tetap lagi. tak macam aku. tapi just imagine. ko tak ada pendapatan tetap pun still boleh bagi parents duit. 

peh.hebat weh. serius. aku kagum.

so aku kena jadi macam dia!!!! caiyok! 

selamat malam melesia.

Jan 12, 2014

kawan saya.

ini adalah sponsored post. kahkah. just imagine kalau ini adalah sponsor punya post. rasa rasa sape nak sponsor? adakah faja? hahaha. gila betei kalau faja sponsor entri pasal dia. apekedehalnya ntah. hahaha. 

sewel.

semalam aku berborak dengan tirah. banyak benda. tirah kawan baru aku. kawan kat tempat keje tuisyen. 

sebagai seorang wanita yang tak boleh duduk diam kat rumah. kalau duduk diam pun tengok tv dengan intenet atau tido. so benda tu bosan. aku tak leh. kalau nak kua berlibur lagi maleh. memacam aku fikir. duit minyak. tol. belanja. makan. bla bla bla. 

jadi untuk mengisi kekosongan diri. aku keje la part time as kerani kat pusat tuisyen terkemuka atau soon to be terkemuka di kajang. lulz.

ok berbalik pada berborak dengan tirah. kitaorang bercerita tentang faja. ye. faja seorang yang hebat. dikagumi oleh dua awek cun yang super baik yang baru meniti kehidupan bekerjaya. kuikuikui. 

dulu aku pernah citer kot pasal faja ni. maybe tak terperinci. okay faja adalah kawan super baik aku sedari tadika. kami dah berkawan lama. kira dia dah kenal aku sesangat la. hahaha. dulu masa sekolah tadika. kitaorang selalu gaduh. masuk sekolah rendah apentah lagi. faja dulu masa tadika lagi pandai dari aku. masuk sekolah kebangsaan. aku la lagi pandai. kuikui. tapi aleh aleh.result UPSR sama jugak. 

tak malunya ngaku diri pandai dari faja. bahaha. sukahati aku je. kitaorang sekolah rendah dulu suka compete antara satu sama lain. okay faja seorang pengawas yang berwibawa. aku tak. aku hanyalah seorang murid biasa yang perasan macam pengawas. kira tak sedar diri punya orang la. dah la cikgu tak pilih. pastu sesukahati aku je nak ikut pengawas which is faja pegi jaga kelas. nampak tak betapa tak sedar dirinya aku. tu baru part ikut dia jaga kelas. belum part ikut dia rehat. ikut dia jaga tangga. ikut dia pegi rombongan pengawas. pehhh. 

tak malu. 

dulu masa sekolah rendah kan ada rombongan rombongan ni kan? faja ni ada penyakit apentah. duit dia mesti akan hilang/tercicir watsoever waktu rombongan ni. menda la faja ni. aku la kena belanja dia. masa tu kira bongkak gila bila tau dia tak ada duit sebab hilang. so eksyen la.eiii jahatnya aku. apelah aku fikir masa tu. haha. 

dulu sekolah rendah kitaorang satu taman. bas sekolah poyo gila. dah la datang lambat. pastu ada masa tu tak nak amik kitaorang. mementang sekolah sri jelok tu tersorok. di anak tirikan gegila. so ada satu masa tu. ada latihan sukan kot. so kitaorang balik lambat. so tak ada bas la kan. makanya kami jalan kaki lalu short cut balik rumah. short cut bukan sebarang short cut tau. kami lalu hutan. ada gaung belah kirinya. gila betui. ni aku tak tau nakal ke apa atau sindrom anak solehah ke apa. sebab tak nak inform parents nak survive balik sesorang. adui. pemikiran jenis apekah ini. 

sampai sekarang kitaorang musykil dengan diri kitaorang waktu dulu.

tu satu hal. belum lagi hal melepak jam 5 petang. ha...dulu kitaorang suka melepak jenjalan satu taman konon eksasais la. beli goreng pisang satu hinggit pastu beli ais kosong rm 20 sen. pastu lepak kat bangku. minum dan bergosip memacam. hahaha. ramai sangat dah cam dengan tebiat petang hari kitaorang. tu belum masuk kes tawaf satu taman cukup 7 kali. heilu. weolls eksasais okay. tapi versi jalan punya. bukan joging.

yang aku tak leh lupa masa darjah enam. kitaorang main solek solek. bersolek dekat luar rumah faja. so tengah kusyuk aku solekkan mata faja. terdengar la suara jiran feweit feweit. pehhh. kemain semua orang gelakkan kitaorang. hey! sukahati la!! kata main solek solek!!!

hahahaha

tabiat faja yang aku kagum sampai sekarang adalah dia sangat berjimat cermat. dari sekolah. kira masa kat sekolah dulu. antara aku dengan dia. secara halusnya kami macam bertanding la,. sape paling jimat kira the best la. aku kalau lapar gegila tapi tengok faja beli roti je. terus kenyang. nak beli roti jugak. hahaha. faja sangat jimat. until now. kalau aku beli selendang nak kat salam saje. tapi tidak bagi faja. dia beli kat downtown. baju semua yang downtown je. aku je poyo nak g butik bagai. so faja sangat the best. 

sampai aku dah keje ni siap aku tanya dia cemana dia simpan duit.jawapan dia bagi kurangkan shopping. beli murah murah je. bukan orang tau pun. dan lantak la orang nak kata apa. huhu. 

iye. salah satu perangai dia jugak. tak kisah apa orang cakap pasal dia. orang cakap dia keje biasa biasa je pun dia tak kisah. betul. kadang kadang aku citer masalah aku. tu jugak dia cakap bila berkaitan dengan mulut orang. buat tak tau je. persetankan. kalau kita yakin sesuatu tu terbaik untuk kita. jangan fikirkan tentang orang lain. 

entahla. aku banyak sebenarnya belajar dari faja. aku rasa frust sangat bila dia tak nak sambung. result dia ok jugak. lebih kurang aku. tapi dia tak nak sambung. kalaulah dia sambung. mesti aku tidak kesunyian selama beberapa tahun merantau study di klang lama dan puncak alam. kekeke. 

macam...aku pernah ikut dia keluar dengan famili dia. jenis aku yang suka perhatikan orang. aku tengok dia seorang yang pemurah. dengan famili. sebab tu rezeki dia murah. segala yang dia buat pun dimudahkan. dari situ aku belajar. even ko tak da duit. tak cukup duit. lebihkan jugak la untuk famili. insyallah segalanya dipermudahkan. 

masa tu aku tengah study degree. so kami ke pasar malam masjid india. faja keje biasa je. tapi dia mampu belanja aku. belanja famili dia. sapot duit tol. sapot duit minyak. so..aku sangat sangat kagum. sampai sekarang aku kagum. aku terfikir macam mana faja survive. peh. she iz iron ledi ai told ya. kuikui. 

bila tahun lepas dia kawin. aku rasa separuh nyawaku hilang. peh. over nak mampuih. hahaha. aku tidak hadir ke majlis dia yang bertandang punya. aku rasa berpuasa hati bila dapat tolong dia macam macam untuk kenduri dia. even aku adalah pengapit paling teruk diabad ini. lulz. 

sekarang faja dah kawin. dah jadi puan faziah dah. perasaan bila kawan baik kita dah kawin ni...aku ingatkan aku dah kehilangan kawan. tapi tidak. rupanya faja masih ingat aku selain suami dia. kahkah. dia ajak jugak la aku hang out dengan dia. so terharu ittew bila kawan kita dah kawin dia ingat lagi kat kita dan ajak kita pegi jenjalan. best. rasa diingati dan disayangi. lulz.

kepada faja. serius talk ko sangat baik. aku dan tirah sangat kagumi ko. semoga kehidupan ko dirahmati Allah. kami merindui kamu. lulz. 

saranghae~~~ kekeke

okay okay. sebenarnya nak bagitau yang saya merindui faja. 

comel tak saya? LOL.


Jan 5, 2014

Hari Ahad

hari ni hari ahad tak berkualiti boleh aku katakan. sesuatu hari itu hanya berkualiti bila aku dapat duduk dibilik dalam gelap. 


tidak hari ini. 

hari ni aku ke pekan kajang. cita cita aku adalah untuk tidak keluar dari rumah mahupun buang sampah atau angkat kain. peh. kalau mak aku tau cita cita aku hari ni. mau menjerit ke atas aku dengan cita cita mengarut ini.

aku terpaksa batalkan niat. atau cita cita ini tidak menjadi kenyataan kerana sedari pagi aku diminta menjadi runner untuk beliau. hantar jam 9 dan balik jam 11. dah alang alang keluar dari rumah marilah bersosial sebentar di pekan kajang.

aku masuk kajang melalui metropoint. ini kawasan memang mintak caci maki kalau masuk. kadang kadang siap mengeluh secara muhasabah dengan menyatakan kenapalah ini berlaku disini. lulz. situ selalu jem. jem sebab orang keluar parking.pastu orang masuk dari situ dari sini. jenis aku yang suka perasan sorang sorang. bila berjaya buat kereta mewah kalah dengan aku. aku bangga. dan inilah terjadi tadi. 

kuikuikui. 

mak ajak pergi minum kopi di dunkin donut. peh. nak dunkin donut saje. aku tolak. ajak minum kopi di gerai norainis. mulalah kami berjalan kaki ke metro kajang setelah park kereta di pasar kajang. adalah setengah kilometer berjalan. lulz. 

aku lurus pagi ni. mak aku ajak minum kopi. aku ikut pegi minum kopi. tiada tolakan atau cadangan. makan sandwich sambil minum kopi jam 12 tgh hari. ni waktu eropah sangat paginya. lulz. kecelaruan waktu disitu. berborak dan merancang. macam macam isu kami borakkan. perbualan ibu dan anak. aku ni jenis yang akan cerita semua hal kat mak aku. semua. hal keje kawan kawan. kecuali cinta. nampak tak ego disitu. kahkah. 

so aku tak pasti apa dalam fikiran mak aku tentang perihal kisah cinta aku. yela tak macam ayu dan uyun. kemain dorang tu. eiii.

aku selekeh gila hari ni. berseluar tracksuit bermuka pucat. tak putus putus aku berdoa agak tidak diketemukan dengan orang yang aku kenal. malu la ai. tapi melihat manusia yang rancak bersolek membuatkan aku ketawa berdekah dekah dalam hati. aku kejam dalam diam rupanya. eish. tak baik la oi.

kami ke watson. sorga duniya. pesen yang jenis suka terai barang tester macam aku ni memang best sesangat la rasanya. masa ni dialog mak pergi la mana mak suka. berapa jam pun tak kisah la laju je keluar dari mulut aku. jelas raut kelegaan terpancar dari muka mak aku. 

sebab apa tau. aku jenis yang tak larat. kahkah. alasan sangat. kalau ikut mak aku shopping. 10 minit kemudian aku akan ajak balik. penat. dan ini merimaskan mak aku adik aku dan kakak aku. aku akan lembik dan mengeluh nak pengsan. 

over ke tak over sekarang ni. so bila dialog berapa lama nak shopping keluar dari mulut aku. siapalah tak lega. silap silap mau buat sujud syukur agaknya. kahkah. 

lebih sejam setengah berada diwatson. dengan beli champs dan scrub dan nite cream. kami berjalan ke kedai 2 ringgit. 3 barang untuk satu jam setengah di watson. saya bersyukur dapat seorang mak yang penyabar bab melayan saya beli barang mekap dan akhirnya tak beli. sindrom pilih-berjam-jam-tapi-tak-beli memang mintak caci maki dari sesapa. tapi tidak mak saya. 

kami ke kedai 2 ringgit. sebelum tu terserrempak dengan mak ekin. jiran lama. nama dia cik fauziah. tapi dulu zaman budak budak konsep panggil nama kawan mak kita dengan nama kawan kita. maka jadilah nama dia mak ekin. eh faham tak ape aku tulis ni? 

borak borak dikaki lima kedai kasut. aku kalau jadi owner kedai kasut tu. sakit je mata aku tengok orang borak borak depan kedai aku. depan kasut aku. kasut mahal pulak tu. menghalang kehendak manusia yang berkeinginan nak beli kasut berjenama. tapi yang peliknya. kenapa aku tak berniat nak mengajak acik tu ke kedai kopi. barulah sepadan dengan lagu cerita kedai kopi. maafkan saya mak ekin. mai bed. mungkin sudah tertulis yang mak ekin tidak dapat dibelanja saya hari ini. lulz.

berbalik ke kedai 2 ringgit. susah nya nak cari kedai 2 ringgit dizaman era globalisasi ni. pekan kajang dah berprofil tinggi. tiada langsung kedai 2 ringgit. ini semua sebabkan nak cari bekas nak isi mekap mekap ittew. nak citer ni. semalam satu malam aku tengok kat yutiup pasal deco deco bilik ni. ha tu le kemain nak carik bekas. tapi nak demand yang murah. rm4-rm5 considered mahal. 

kedekut hak tuih.

last last beli bekas bawang. eksited kemas. mak aku jamin benda tu tak kekal lama. 

aippp. jangan cabar. lulz.

p/s: esok hari yang mendebarkan. minggu ni minggu yang mendebarkan. 

Jan 2, 2014

2014 : Hari pertama bekerja

Jangan salah faham. tajuk tidak bermaksud aku bekerja di tempat baru dan sedang mengharungi hari hari sebagai pekerja baru. 

Nununu. 

tapi over tak kalau cakap perasaan bekerja hari ni seolah olah hari pertama aku bekerja di syarikat baru. neves dia semacam tau tak. malam tidoq asik tejaga je. aku ni kan jenis kepochi punya orang. so sampai opis. kira kira jam 8.30 aku tanya Mr M. 

Aku : Encik M. encik M neves tak datang keje tadi?
Mr M : Neves? Kenapa nak neves. 
Aku : Yela kan tahun baru. tak neves ke datang keje? 
Mr M : Tak da tak da. saya cuma tau umur saya dah meningkat. 
Aku : oh okayyyy. *Bo Bo Boringgg~*

nak bagitau ni. hari ni aku mencemar duli beli nasi lemak telur mata rm 2.80. nak menangis. sebab lapar je weh. kalau tak. takkan sesekali aku mencemar duli keatas kedai (bukan kedai. but gerai but then tak macam gerai. oklah. gerai orang kaya. ke warung? eh entahlah!) tersebut. haih. makan dalam betul la bila makanan yang dijual melebihi had yang sepatutnya. eh eh wah~

baiklah. aku bukan nak membebel banyak banyak. cuma hari ni macam baik je perasaan hati ni. contoh Terry. hari ni dia tak kena marah dengan aku. aceli bukan marah. cuma aku suka potong cakap dia dan buat dia sakit hati selalunya. tapi hari ni tidak. lulz. 

Aku : Hai terry. happy new year! 
Terry : Oh haii..happy new year! 
dia memang sedang ke arah aku. sebab tu aku wish dia happy new year. ceria punya version tau. 
Aku: Baik tak I hari ni? wish u happy new year? 
Terry: Baikk..baik sangat..nak gula gula. 
Aku : Oh gula gula? Bolehhh. tade hal.
Terry : Tak nak gula gula durian tau. 
Aku : Okayy..so bila u nak bagi ai cekelat? 
Terry : Haiyaa...hari tu ai sudah beli tau..
Aku : Oh yu aaaa. gula gula nak. coklat tak nak bagi pulak kan. *Mula dah version mak tiri tak berapa jahat punya karektar nak terserlah*
Terry: Sabar sabar..sabar menanti jodoh.
Aku : Tu jodohhh bukan coklat. coklat bukan jodoh okay. 
Terry: Yela yela..nanti ai belikan la yu..
Aku: Yu jangan main main ha...kalau u tipu..ai jadi orang teraniaya. so yu bersalah! doa orang teraniaya makbul tau. haa...
Terry: iye..iye... 

lalu berlalu meninggalkan daku. 

Aku : Hai Mr D! Happy new year! 
Mr D : Hai hai! happy new year. 

lalu ke arah tempat duduk aku. dan...menghulurkan tangan untuk bersalam. dan entah kenapa terkejut tak boleh control. aku menjawab. 

Aku : Eh mana boleh! tak boleh! tak boleh! 

means tak boleh berjabat tangan. ni terkejut versi over gila. macam kesalahan terlalu besar yang tak boleh diampunkan. kalau kena hukum. kira terus gantung tanpa dihakimi. 

ok statement tu over k. 

Mr D: Oh tak boleh eh...aku mana tau..ingat semua sama je..
Aku : Hhahaha, tak boleh Mr D. taboley taboley. 

dan Mr D berlalu sambil tersenyum. Y Mr D? Apa yang kelakarnya. saya serius hokay. 

hari ni aku sibuk. aku mencik *ok sila amik baldi untuk muntah dengan penggunaan ayat geli ini* dengan budak admin 2 ketul sebelah aku. bukan mencik. tapi jelly. sebab hari ni system down. so mostly keje dorang berkaitan dengan system. bila system down. so dorang tak tau nak buat keje apa. sampai bagi pertanyaan bakar line kat aku. memang seratus lima puluh juta hampeh la kan. 

Yun : Aisyah. kenapa awak nampak busy sangat eh? Saya tak ada keje langsung tau. 
Aku: Tut Tut Tut *Cengkerik menyanyi*

Shaun : Ada pape keje tak untuk saya? system down. saya tak boleh nak buat keje. 
Aku : *Cengkerik menyanyi episod dua*

pukul 5 kebiasaannya memang masa untuk senang lenang lima saat. so sebab budak admin tak ada keje. dihasutnya aku sekali untuk join tengok gambar dinner syarikat Y lelama dulu. zaman muda remaja mereka. serius kelakar. untuk manusia macam aku. gambar yang tak kelakar pun boleh jadi bahan ketawa. 

ampun. 

yang memalukan petang tadi yang buat kitaorang gelak. bila aku tengok henpon. ada orang miskol jam 8 setengah pagi tadi. dan aku call balik dan tengah aku tunggu orang angkat. ada suara berkata. 

'eh kenapa yu miskol ai?'

ok fine. mari ketawa. itu shaun. itu adalah nombor shaun. dan beliau call henpon aku depan mata aku pagi tadi. di pantry.  dan how come aku boleh lupa dan hanya kol dia kembali pada jam...5.30 dimana ingatan sudah lupus dan perasan 'eh sape miskol ai ni!' 

padahal tu budak admin kot. sebelah aku kot. dia dah save no aku kot. 

memalukan. Mr M dan yun ketawa beria. Ai hate both of yu. no more air kotak and gula gula and cekelat fo both of yu. 

serius talk. urusan kerja untuk 2014 agak mencabar. marilah kita berjuang dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. 

Amin. 

p/s: esok jumaat yaw.