hari ni hari ahad tak berkualiti boleh aku katakan. sesuatu hari itu hanya berkualiti bila aku dapat duduk dibilik dalam gelap.
tidak hari ini.
hari ni aku ke pekan kajang. cita cita aku adalah untuk tidak keluar dari rumah mahupun buang sampah atau angkat kain. peh. kalau mak aku tau cita cita aku hari ni. mau menjerit ke atas aku dengan cita cita mengarut ini.
aku terpaksa batalkan niat. atau cita cita ini tidak menjadi kenyataan kerana sedari pagi aku diminta menjadi runner untuk beliau. hantar jam 9 dan balik jam 11. dah alang alang keluar dari rumah marilah bersosial sebentar di pekan kajang.
aku masuk kajang melalui metropoint. ini kawasan memang mintak caci maki kalau masuk. kadang kadang siap mengeluh secara muhasabah dengan menyatakan kenapalah ini berlaku disini. lulz. situ selalu jem. jem sebab orang keluar parking.pastu orang masuk dari situ dari sini. jenis aku yang suka perasan sorang sorang. bila berjaya buat kereta mewah kalah dengan aku. aku bangga. dan inilah terjadi tadi.
kuikuikui.
mak ajak pergi minum kopi di dunkin donut. peh. nak dunkin donut saje. aku tolak. ajak minum kopi di gerai norainis. mulalah kami berjalan kaki ke metro kajang setelah park kereta di pasar kajang. adalah setengah kilometer berjalan. lulz.
aku lurus pagi ni. mak aku ajak minum kopi. aku ikut pegi minum kopi. tiada tolakan atau cadangan. makan sandwich sambil minum kopi jam 12 tgh hari. ni waktu eropah sangat paginya. lulz. kecelaruan waktu disitu. berborak dan merancang. macam macam isu kami borakkan. perbualan ibu dan anak. aku ni jenis yang akan cerita semua hal kat mak aku. semua. hal keje kawan kawan. kecuali cinta. nampak tak ego disitu. kahkah.
so aku tak pasti apa dalam fikiran mak aku tentang perihal kisah cinta aku. yela tak macam ayu dan uyun. kemain dorang tu. eiii.
aku selekeh gila hari ni. berseluar tracksuit bermuka pucat. tak putus putus aku berdoa agak tidak diketemukan dengan orang yang aku kenal. malu la ai. tapi melihat manusia yang rancak bersolek membuatkan aku ketawa berdekah dekah dalam hati. aku kejam dalam diam rupanya. eish. tak baik la oi.
kami ke watson. sorga duniya. pesen yang jenis suka terai barang tester macam aku ni memang best sesangat la rasanya. masa ni dialog mak pergi la mana mak suka. berapa jam pun tak kisah la laju je keluar dari mulut aku. jelas raut kelegaan terpancar dari muka mak aku.
sebab apa tau. aku jenis yang tak larat. kahkah. alasan sangat. kalau ikut mak aku shopping. 10 minit kemudian aku akan ajak balik. penat. dan ini merimaskan mak aku adik aku dan kakak aku. aku akan lembik dan mengeluh nak pengsan.
over ke tak over sekarang ni. so bila dialog berapa lama nak shopping keluar dari mulut aku. siapalah tak lega. silap silap mau buat sujud syukur agaknya. kahkah.
lebih sejam setengah berada diwatson. dengan beli champs dan scrub dan nite cream. kami berjalan ke kedai 2 ringgit. 3 barang untuk satu jam setengah di watson. saya bersyukur dapat seorang mak yang penyabar bab melayan saya beli barang mekap dan akhirnya tak beli. sindrom pilih-berjam-jam-tapi-tak-beli memang mintak caci maki dari sesapa. tapi tidak mak saya.
kami ke kedai 2 ringgit. sebelum tu terserrempak dengan mak ekin. jiran lama. nama dia cik fauziah. tapi dulu zaman budak budak konsep panggil nama kawan mak kita dengan nama kawan kita. maka jadilah nama dia mak ekin. eh faham tak ape aku tulis ni?
borak borak dikaki lima kedai kasut. aku kalau jadi owner kedai kasut tu. sakit je mata aku tengok orang borak borak depan kedai aku. depan kasut aku. kasut mahal pulak tu. menghalang kehendak manusia yang berkeinginan nak beli kasut berjenama. tapi yang peliknya. kenapa aku tak berniat nak mengajak acik tu ke kedai kopi. barulah sepadan dengan lagu cerita kedai kopi. maafkan saya mak ekin. mai bed. mungkin sudah tertulis yang mak ekin tidak dapat dibelanja saya hari ini. lulz.
berbalik ke kedai 2 ringgit. susah nya nak cari kedai 2 ringgit dizaman era globalisasi ni. pekan kajang dah berprofil tinggi. tiada langsung kedai 2 ringgit. ini semua sebabkan nak cari bekas nak isi mekap mekap ittew. nak citer ni. semalam satu malam aku tengok kat yutiup pasal deco deco bilik ni. ha tu le kemain nak carik bekas. tapi nak demand yang murah. rm4-rm5 considered mahal.
kedekut hak tuih.
last last beli bekas bawang. eksited kemas. mak aku jamin benda tu tak kekal lama.
aippp. jangan cabar. lulz.
p/s: esok hari yang mendebarkan. minggu ni minggu yang mendebarkan.
No comments:
Post a Comment