Pages

Jan 2, 2014

2014 : Hari pertama bekerja

Jangan salah faham. tajuk tidak bermaksud aku bekerja di tempat baru dan sedang mengharungi hari hari sebagai pekerja baru. 

Nununu. 

tapi over tak kalau cakap perasaan bekerja hari ni seolah olah hari pertama aku bekerja di syarikat baru. neves dia semacam tau tak. malam tidoq asik tejaga je. aku ni kan jenis kepochi punya orang. so sampai opis. kira kira jam 8.30 aku tanya Mr M. 

Aku : Encik M. encik M neves tak datang keje tadi?
Mr M : Neves? Kenapa nak neves. 
Aku : Yela kan tahun baru. tak neves ke datang keje? 
Mr M : Tak da tak da. saya cuma tau umur saya dah meningkat. 
Aku : oh okayyyy. *Bo Bo Boringgg~*

nak bagitau ni. hari ni aku mencemar duli beli nasi lemak telur mata rm 2.80. nak menangis. sebab lapar je weh. kalau tak. takkan sesekali aku mencemar duli keatas kedai (bukan kedai. but gerai but then tak macam gerai. oklah. gerai orang kaya. ke warung? eh entahlah!) tersebut. haih. makan dalam betul la bila makanan yang dijual melebihi had yang sepatutnya. eh eh wah~

baiklah. aku bukan nak membebel banyak banyak. cuma hari ni macam baik je perasaan hati ni. contoh Terry. hari ni dia tak kena marah dengan aku. aceli bukan marah. cuma aku suka potong cakap dia dan buat dia sakit hati selalunya. tapi hari ni tidak. lulz. 

Aku : Hai terry. happy new year! 
Terry : Oh haii..happy new year! 
dia memang sedang ke arah aku. sebab tu aku wish dia happy new year. ceria punya version tau. 
Aku: Baik tak I hari ni? wish u happy new year? 
Terry: Baikk..baik sangat..nak gula gula. 
Aku : Oh gula gula? Bolehhh. tade hal.
Terry : Tak nak gula gula durian tau. 
Aku : Okayy..so bila u nak bagi ai cekelat? 
Terry : Haiyaa...hari tu ai sudah beli tau..
Aku : Oh yu aaaa. gula gula nak. coklat tak nak bagi pulak kan. *Mula dah version mak tiri tak berapa jahat punya karektar nak terserlah*
Terry: Sabar sabar..sabar menanti jodoh.
Aku : Tu jodohhh bukan coklat. coklat bukan jodoh okay. 
Terry: Yela yela..nanti ai belikan la yu..
Aku: Yu jangan main main ha...kalau u tipu..ai jadi orang teraniaya. so yu bersalah! doa orang teraniaya makbul tau. haa...
Terry: iye..iye... 

lalu berlalu meninggalkan daku. 

Aku : Hai Mr D! Happy new year! 
Mr D : Hai hai! happy new year. 

lalu ke arah tempat duduk aku. dan...menghulurkan tangan untuk bersalam. dan entah kenapa terkejut tak boleh control. aku menjawab. 

Aku : Eh mana boleh! tak boleh! tak boleh! 

means tak boleh berjabat tangan. ni terkejut versi over gila. macam kesalahan terlalu besar yang tak boleh diampunkan. kalau kena hukum. kira terus gantung tanpa dihakimi. 

ok statement tu over k. 

Mr D: Oh tak boleh eh...aku mana tau..ingat semua sama je..
Aku : Hhahaha, tak boleh Mr D. taboley taboley. 

dan Mr D berlalu sambil tersenyum. Y Mr D? Apa yang kelakarnya. saya serius hokay. 

hari ni aku sibuk. aku mencik *ok sila amik baldi untuk muntah dengan penggunaan ayat geli ini* dengan budak admin 2 ketul sebelah aku. bukan mencik. tapi jelly. sebab hari ni system down. so mostly keje dorang berkaitan dengan system. bila system down. so dorang tak tau nak buat keje apa. sampai bagi pertanyaan bakar line kat aku. memang seratus lima puluh juta hampeh la kan. 

Yun : Aisyah. kenapa awak nampak busy sangat eh? Saya tak ada keje langsung tau. 
Aku: Tut Tut Tut *Cengkerik menyanyi*

Shaun : Ada pape keje tak untuk saya? system down. saya tak boleh nak buat keje. 
Aku : *Cengkerik menyanyi episod dua*

pukul 5 kebiasaannya memang masa untuk senang lenang lima saat. so sebab budak admin tak ada keje. dihasutnya aku sekali untuk join tengok gambar dinner syarikat Y lelama dulu. zaman muda remaja mereka. serius kelakar. untuk manusia macam aku. gambar yang tak kelakar pun boleh jadi bahan ketawa. 

ampun. 

yang memalukan petang tadi yang buat kitaorang gelak. bila aku tengok henpon. ada orang miskol jam 8 setengah pagi tadi. dan aku call balik dan tengah aku tunggu orang angkat. ada suara berkata. 

'eh kenapa yu miskol ai?'

ok fine. mari ketawa. itu shaun. itu adalah nombor shaun. dan beliau call henpon aku depan mata aku pagi tadi. di pantry.  dan how come aku boleh lupa dan hanya kol dia kembali pada jam...5.30 dimana ingatan sudah lupus dan perasan 'eh sape miskol ai ni!' 

padahal tu budak admin kot. sebelah aku kot. dia dah save no aku kot. 

memalukan. Mr M dan yun ketawa beria. Ai hate both of yu. no more air kotak and gula gula and cekelat fo both of yu. 

serius talk. urusan kerja untuk 2014 agak mencabar. marilah kita berjuang dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. 

Amin. 

p/s: esok jumaat yaw.  


No comments:

Post a Comment