Pages

May 30, 2014

Jumaat

Jumaat hari ni. aku memang dapat rasa yang adrenalin aku memuncak. hari ni aku rasakan yang aku kena keje macam lipas kudung. dengan pagi pagi datang lambat. tak ada la lambat mana pun. cuma lebih dari 8.15 la. mungkin 8.2++ 

lambat la tu. sebab aku jarang datang lambat, cuma sejak beberapa bulan kebelakangan ini la. aku kerap lambat. 

ini bukan penulisan tentang kisah aku lambat. tak yah la tau kenapa aku lambat. walaupun rumah aku dengan syarikat Y tak ada la jauh pun. sebenarnya la. tapi...jauh jugak la bila ada banyak traffic light. 

oh lupakan kisah lambat. 

hari jumaat ni. pagi pagi lagi aku dah dipanggil oleh bos aku. untuk brainstorming. hari ni aku rasa baru aku berfikir dengan betul betul fikir. apa selama ni kerja aku tak berfikir ke? aku rasa tanggungjawab hari ni sangat besar. aku jadi decision maker dan kena bagi idea. kena keluarkan pendapat. kena dengar pendapat. 

ya allah. sakitnya kepala aku. 

sebelum rehat berlarutan sampai selepas rehat. selepas rehat tu bermula jam 4.15 - 4.30 someting macam tu la masa dia. aku rasa bos aku memang sakit kepala nak setelkan hal tu. nak buat satu prosedure. pastu mintak aku. 

'u boleh tak buat'

aku pun tak yakin aku boleh buat. tapi. apa yang aku jawab. boleh. kita kena cuba. boleh ke tak boleh. kena bolehkan jugak. 

positif. 

walaupun kepala aku bapok pening ya amat. tak confident langsung. tapi. optimis kena ada. mungkin ini yang aku suka tentang diri aku. sedikit optimis. positif. sikit la. sebab..masalah. mesti kena ada penyelesaian. macam mana pun. tetap kena setel. tak boleh cakap tak. 

so bos aku suka. dia kata good. 

good? aku kadang kadang tak tau kenapa aku kena dapat good. 

bersyukur je la. sekurang kurangnya. tak kena marah. 

hewhewhew

happy weekend chuolls. 

May 27, 2014

feelingless

feelingless ni bukan tertumpu pada perasaan kat seseorang je. kadang kadang kata kata yang kita lontarkan. perbuatan kita turut mempengaruhi pada ungkapan feelingless ni. 

contoh. perkataan yang ko bagi pada seseorang tu. ko tak sedar pun mengguris perasaan dia. ko rasa tak salah pun ko cakap macam tu. ko rasa dia je yang emo lebih. 

so. feelingless. 

tiada perasaan alert kot. don have common sense. boleh ke cakap macam tu? 

contoh lagi.

ko tido bukak lampu dengan selamba nya sedangkan roomate ko tak biasa tido berlampu ni. 

tak tau la boleh pakai ke tak contoh ni. hewhewhew. 

feelingless ni. dia macam...tak alert kot. dia kurang deria rasa. dia rasa apa yang dia cakap tu adalah biasa. tiada berbaur sindir pun. direct je. ko nak sentap. sentap je la. tapi. jangan salah kan diri dia. 

betul ke aku ni? huhuhu.

kalau aku salah.atau lepas baca entri ni ada satu soalan macam..

'apekedehal minah ni'

anggap lah penulisan ini dicoret ketika aku sedang tido. 

LOL.

goodnite. 




May 17, 2014

Hola la la

Hari sabtu yang mulia ini aku keje. kerja pada hari sabtu bukanlah kegemaran aku. impian untuk lepak dalam bilik seharian sambil online sambil gugel tips tips kecantikan *lol*

itu lagi se se seronokkk.

haha.

poyo sesangat. hari sabtu ni aku keje sebab kena siapkan report. report pasai scheduled waste. kenapa aku pilih hari sabtu.

kerna sabtu hari yang menenangkan bak kata pemuisi indon.

tipu sangat aku ni.

aku kuatkan jugak la diri aku untuk bangun hari ni. impian untuk tidak keluar rumah seharian terpaksa dilupakan. mungkin impian itu boleh dipasang pada hari esok. hihi.

seminggu ni aku tak ada mood nak kerja. aku tak tau la kenapa. tapi balik tu macam penat je. melepek depan tv. sambil tangan didepakan. titanic sungguh. oh ya! aku beberapa hari ni giat mengukus kek brownies cheese. sejak kejadian hari ittu. saya punya sedikit keyakinan bahawa skill saya masih lagi.

hebat.

hahaha. poyo sangat. padahal kukus je kott. pejam mata pun boley kotttt.

mengukus memerlukan teknik tau. suhu api ko. ketinggian api yang bakal dihasilkan. ini memberi kesan kepada kesedapan atau kejadian sesuatu kek. lol. bahasa pasar apekah yang sedang aku gunakan.

so hari khamis hari tu aku buat kek. aku buat dengan syira. adik bongsu aku. dia pembantu aku. lol. ok pastu aku pun sibuk mengacarakan rancangan masak masak bersama cik yah tu. mulut tak henti henti bertuan tuan puan puan sambil beraudienskan dinding. -.-

sedih tak?

so ada 2 fasa. fasa pertama aku siapkan cheese. fasa kedua aku siapkan brownies. masa fasa kedua. entah penyakit apa ntah. malas kot. aku asik mak mak mak. sampaikan dapat verbal warning kau. ingat keje je ke dapat verbal warning? masak kat rumah pun boleh tau. ni kalau keje ni. dah potong dah 25% bonus hujung tahun aku.

kekeke.

sedang aku bermak mak mak. puan sarimah pun membalas.

'ko ni kalau buat keje tu senonoh sikit boleh tak?'

tudiaaaaa. ayat senonoh sikit penyentap jiwa dan raga.

bila dah siap fasa satu dan dua. kita kena mula mengukus. masa kukus ni relaks sikit. dah tuang dalam loyang. kita pun tunggulah 15 minit sambil main henpong.

henpon sangat melekakan. wasap fesbuk. semua tu meleka kan. kalau goreng ayam. konfem hangus. masak telur apentah lagi. ireng dan geseng bak kata orang jawa.

sedang leka dengan henpon. baru tergerak hati atau teringat diminda yang aku sedang mengukus kek. lalu menjerit.

'ya allah! kek aku'

ha kau. time time ni la nak ingat tuhan. dari jauh kedengaran suara seorang ibu yang tak puas hati dengan perilaku anak nya.

lol.

bila semuaaa dah siap. kita tengok hasil terakhir. hasil terakhir sebiji kek haruslah ditonton oleh tukang masak dan pembantunya. bila angkat dari pengukus dan tengok macam jadi je kek aku ni. lalu...

kita hadiahkan tepukan gemuruh kepada diri sendiri. lol sambil memaksa pembantunya untuk sama sama bertepuk tangan. woot woot!

tiba tiba.

'tu apa lagi tu tepuk tepuk tangan malam malam ni'

pembantu chef menjawab.

'bukan syira makkk...kak ecah. dia suruh syira tepuk tangan sama sama.'

ok fineee. pembantu curang! 100 peratus yakin mak aku geleng kepala malam tu.

well berjaya masak kek akhirnya! bawak pegi opis. wah...pujian masih sama seperti dulu. kek sedap. aku rasa kali ni macam lagi sedap la. nape eh? apekah kuasa pengukus faja jadi dia sesedap ni? hmmm.

mungkin boleh cadangkan kepada puan sarimah untuk membeli pengukus berjenama yang sama. kitaorang punya pengukus lopek dow. hahaha. kuaja siud.

ok sambung. sabtu ni aku harus keje dengan bagus. sebab yela. ko dah keje sabtu. sabtu yang aman damai. printer semua ko bolot. takkan tak siap kan.

dua hari tak keje tuisyen  ni. aku berjaya duduk rumah dengan tenang. mungkin ramai yang seronok dengar aku duduk rumah. mungkin ada yang tenang. mungkin ada yang menangis terharu. lol.

cik aisyah jangan over sangat syiok sendiri boleh tak?

aceli aku nak buat satu entri serius. tapi entah. geli geleman pulak nak tulis entri serius ni. eh helo? bila aku nak serius ni? bila masa aku serius eh?

oh stress.

happy saturday chuolls~

May 10, 2014

May10

Assalammualaikum. 

ketika perkataan ini ditulis jam menunjukkan pukul 2.07 pagi. dimana aku sedang menunggu kek brownies kukus aku masak. setelah 2 tahun baru aku berkeinginan semula nak masak brownies ni. haha. xdala dua tahun maybe setahun lebih kot.

sejak dah tak ada mak mertua. 

bhahaha. sinis betul. siud je. so nak citer macam esok ada mak mertua balik la? dan dan. 

esok ada event besar dalam hidup kawan aku. fida. esok kenduri kawin kawin dia. bestnya. tadi singgah pegi dewan. pehh. cantik gila dewan dia. bapok aku penat gegila hari ni. aku memang berniat nak balik awal. tapi aku ni komited keje kononnya padahal sedari pagi jam 8.30 aku tak tau nak buat apa depan komputer. 

sebelum aku teruskan. ingin aku tegaskan disini bahawa aku sangat sangat sangat lah mengantuk but then kenot tido sebab tengah masak kek. seseorang harus appreciate aku dengan usaha keras yang suci lagi murni ni. 

ok pagi tadi aku tak ada mood. aku pegi keje hari ni vouge sangat. siap berinai bagai. overr. kalah perantin yu. huhu pastu biasalah semua orang akan tanya. bukan aku perasan. cuma keyakinan tinggi atau pun lebih manis lagi aku boleh cakap. 

firasat. sixth sense. 

ha gittew. so bila semua tanya. aku pun gebang la. cakap esok nak tunang. mai jemput datang na. haha. part jemput tu tak la. nama pun tunang. buat pe nak jemput sangat. lulz. so bila ada yang macam percaya tu. aku ni kan tak reti berlakon. so...kantoi la. aku gelak gelak. marah betei. haha. 

bila rahsia berinai terbongkar sebab ada kawan nak kawin. lagi lah aku bukak citer. yang aku tak ada mood langsung nak keje hari ni. rasa nak balik. rasa nak half day. rasa nak departure pass. 

'ni baru kawan saya kawin. kalau saya kawin. saya cuti seminggu tau!'

hahaha. sengal. semua gelak. aku pun gelak. 

lepas rehat aku ada mood keje sikit. lately keje semakin efficient. bagus. ai loike. hahaha. 

oh esok fida kawin! aku tak sempat pegi katam alquran dia tadi. huhu

terlalu banyak keje last minit yang perlu aku setelkan. 

biasalah manusia gemar kerja last minit macam aku ni...penat dia rasa sendiri la. konon nak mencabar metabolism sangat! 

hamek ko!

hahaha. k la. super ngantuk. 

oh ya! esok...doakan kejayaan aku. kejayaan apa? xnak bagi tau. hahaha pape pun. 

#PrayForEcah

adios

May 4, 2014

Hi May

Assalammualaikum. 


pejam celik...dah bulan 5 dah kan...sekejapnya masa berlalu. bulan depan cukup lah setahun aku keje kat syarikat Y, ngeh ngeh. 

lupakan syarikat Y. ianya tidak lah penting. 

macam biasa. aku akan post entri yang pengisiannya sangat random. sebab ye la kan. manusia banyak membebel macam aku ni. semua benda nak tulis. tak da kefokusan disitu. 

bulan 5..kawan aku fida kawin. 10/5 dia kawin. pada ulang tahun kelahiran dia ke 25. huhu. sedih la. normal ke ek perasaan aku ni. ke aku ni poyo sangat? ni pun nak sedih.

aku tak kisah la normal ke tak...tapi entah. sejak beberapa bulan yang lalu aku dengan fida banyak habiskan masa bersama sama. so akan ada perasaan sedih menjalar dalam diri bila kawan baik ko akan tinggalkan zaman bujang dia. 

huhuhu.

dulu kitaorang setiap bulan akan ada aktiviti sama sama. karok. wayang. shopping. tiga benda ni selalu akan terjadi pada setiap bulan.tapi tak merujuk pada bulan je sebenarnya. kadang kadang macam pressure atau ada masalah. aku roger je afida untuk lepak mamak dengar aku membebel. kehkehkeh.

hahaha. yang paling tak tahan masa zaman tengah hot citer conjuring. peh. menggigil gigil fida nak tengok citer tu. teringat cemana dengan eksitednya dia kol aku semata mata ajak tengok conjuring. balik siap siap pastu pukul 6 amik kat rumah. merempit fida bawak kete. konon nak kejar waktu tayangan. sekali hamek ko. sold out lalu tengoklah midnite punya time sedangkan esok kerja. disebabkan wayang sangat sejuk. kami berselimutkan telekung. 

kahkahkah. 

so funny la weyyy.

so lepas ni aim alone. cewah. poyo sangat la. bukan alone..aku risau kebiasaan kami melepak ni akan jadi luar biasa dah. aku sendiri pun tak caya yang afida nak kawin dah. so buatnya aku masih dalam ketidak percayaan aku ni. aku pun plan ngan dia itu ini. walhal sebenarnya dia dah pun kahwin dan punya seorang suami. 

i need to find a new circle. 

haih. rasa ditinggalkan. 

aku rasa aku dah membebel kat perasaan ni dengan ramai orang. aku ni jenis yang tak alert. lama lama baru aku sedar. aku membebel bebel ni. apa perasaan kawan aku yang dengar. mesti dorang rasa aku tak anggap dorang kawan. hehehe. 

'lepas afida kawin. saya tak tau apa jadi dengan diri saya. saya tak ada kawan'

teruknya statement ni. tapi statement ni adalah luahan perasaan yang risau. kawan ye aku ramai kawan. tapi tak semua kawan akan datang rumah ko lepas 5 minit ko roger. faktor jarak salah satunya. 

kan? 

semalam 3/5 buat parti bujang untuk fida. peh. western sangat korang ni. tak ada lah western mana. western berlatarbelakangkan korea je. hahaha. video ucapan bakal pengantin sangat lucu. fida never fail to make us ketawa pecah perut. i hate u fida. hahaha. 

kepada afida. 

selamat menjadi isteri solehah. eh aceli aku ada satu ucapan macam best, tapi bila nak tulis macam...matang sangat jew. macam orang dah kawin jew. hahaha. so..xpela. selamat menjadi isteri solehah. stay crazy kay. haha and...may allah bless u. 

okay. dah bulan rejab. bulan ni kena perbanyakkan puasa sunat dan bersedekah. 

selamat malam. esok keje woooo. T_T