Pages

May 4, 2014

Hi May

Assalammualaikum. 


pejam celik...dah bulan 5 dah kan...sekejapnya masa berlalu. bulan depan cukup lah setahun aku keje kat syarikat Y, ngeh ngeh. 

lupakan syarikat Y. ianya tidak lah penting. 

macam biasa. aku akan post entri yang pengisiannya sangat random. sebab ye la kan. manusia banyak membebel macam aku ni. semua benda nak tulis. tak da kefokusan disitu. 

bulan 5..kawan aku fida kawin. 10/5 dia kawin. pada ulang tahun kelahiran dia ke 25. huhu. sedih la. normal ke ek perasaan aku ni. ke aku ni poyo sangat? ni pun nak sedih.

aku tak kisah la normal ke tak...tapi entah. sejak beberapa bulan yang lalu aku dengan fida banyak habiskan masa bersama sama. so akan ada perasaan sedih menjalar dalam diri bila kawan baik ko akan tinggalkan zaman bujang dia. 

huhuhu.

dulu kitaorang setiap bulan akan ada aktiviti sama sama. karok. wayang. shopping. tiga benda ni selalu akan terjadi pada setiap bulan.tapi tak merujuk pada bulan je sebenarnya. kadang kadang macam pressure atau ada masalah. aku roger je afida untuk lepak mamak dengar aku membebel. kehkehkeh.

hahaha. yang paling tak tahan masa zaman tengah hot citer conjuring. peh. menggigil gigil fida nak tengok citer tu. teringat cemana dengan eksitednya dia kol aku semata mata ajak tengok conjuring. balik siap siap pastu pukul 6 amik kat rumah. merempit fida bawak kete. konon nak kejar waktu tayangan. sekali hamek ko. sold out lalu tengoklah midnite punya time sedangkan esok kerja. disebabkan wayang sangat sejuk. kami berselimutkan telekung. 

kahkahkah. 

so funny la weyyy.

so lepas ni aim alone. cewah. poyo sangat la. bukan alone..aku risau kebiasaan kami melepak ni akan jadi luar biasa dah. aku sendiri pun tak caya yang afida nak kawin dah. so buatnya aku masih dalam ketidak percayaan aku ni. aku pun plan ngan dia itu ini. walhal sebenarnya dia dah pun kahwin dan punya seorang suami. 

i need to find a new circle. 

haih. rasa ditinggalkan. 

aku rasa aku dah membebel kat perasaan ni dengan ramai orang. aku ni jenis yang tak alert. lama lama baru aku sedar. aku membebel bebel ni. apa perasaan kawan aku yang dengar. mesti dorang rasa aku tak anggap dorang kawan. hehehe. 

'lepas afida kawin. saya tak tau apa jadi dengan diri saya. saya tak ada kawan'

teruknya statement ni. tapi statement ni adalah luahan perasaan yang risau. kawan ye aku ramai kawan. tapi tak semua kawan akan datang rumah ko lepas 5 minit ko roger. faktor jarak salah satunya. 

kan? 

semalam 3/5 buat parti bujang untuk fida. peh. western sangat korang ni. tak ada lah western mana. western berlatarbelakangkan korea je. hahaha. video ucapan bakal pengantin sangat lucu. fida never fail to make us ketawa pecah perut. i hate u fida. hahaha. 

kepada afida. 

selamat menjadi isteri solehah. eh aceli aku ada satu ucapan macam best, tapi bila nak tulis macam...matang sangat jew. macam orang dah kawin jew. hahaha. so..xpela. selamat menjadi isteri solehah. stay crazy kay. haha and...may allah bless u. 

okay. dah bulan rejab. bulan ni kena perbanyakkan puasa sunat dan bersedekah. 

selamat malam. esok keje woooo. T_T


1 comment:

  1. bila orang terdekat dah khawin, for sure kita akan rasa kehilangan...hilang kawan sembang , maybe

    ReplyDelete