Pages

May 17, 2014

Hola la la

Hari sabtu yang mulia ini aku keje. kerja pada hari sabtu bukanlah kegemaran aku. impian untuk lepak dalam bilik seharian sambil online sambil gugel tips tips kecantikan *lol*

itu lagi se se seronokkk.

haha.

poyo sesangat. hari sabtu ni aku keje sebab kena siapkan report. report pasai scheduled waste. kenapa aku pilih hari sabtu.

kerna sabtu hari yang menenangkan bak kata pemuisi indon.

tipu sangat aku ni.

aku kuatkan jugak la diri aku untuk bangun hari ni. impian untuk tidak keluar rumah seharian terpaksa dilupakan. mungkin impian itu boleh dipasang pada hari esok. hihi.

seminggu ni aku tak ada mood nak kerja. aku tak tau la kenapa. tapi balik tu macam penat je. melepek depan tv. sambil tangan didepakan. titanic sungguh. oh ya! aku beberapa hari ni giat mengukus kek brownies cheese. sejak kejadian hari ittu. saya punya sedikit keyakinan bahawa skill saya masih lagi.

hebat.

hahaha. poyo sangat. padahal kukus je kott. pejam mata pun boley kotttt.

mengukus memerlukan teknik tau. suhu api ko. ketinggian api yang bakal dihasilkan. ini memberi kesan kepada kesedapan atau kejadian sesuatu kek. lol. bahasa pasar apekah yang sedang aku gunakan.

so hari khamis hari tu aku buat kek. aku buat dengan syira. adik bongsu aku. dia pembantu aku. lol. ok pastu aku pun sibuk mengacarakan rancangan masak masak bersama cik yah tu. mulut tak henti henti bertuan tuan puan puan sambil beraudienskan dinding. -.-

sedih tak?

so ada 2 fasa. fasa pertama aku siapkan cheese. fasa kedua aku siapkan brownies. masa fasa kedua. entah penyakit apa ntah. malas kot. aku asik mak mak mak. sampaikan dapat verbal warning kau. ingat keje je ke dapat verbal warning? masak kat rumah pun boleh tau. ni kalau keje ni. dah potong dah 25% bonus hujung tahun aku.

kekeke.

sedang aku bermak mak mak. puan sarimah pun membalas.

'ko ni kalau buat keje tu senonoh sikit boleh tak?'

tudiaaaaa. ayat senonoh sikit penyentap jiwa dan raga.

bila dah siap fasa satu dan dua. kita kena mula mengukus. masa kukus ni relaks sikit. dah tuang dalam loyang. kita pun tunggulah 15 minit sambil main henpong.

henpon sangat melekakan. wasap fesbuk. semua tu meleka kan. kalau goreng ayam. konfem hangus. masak telur apentah lagi. ireng dan geseng bak kata orang jawa.

sedang leka dengan henpon. baru tergerak hati atau teringat diminda yang aku sedang mengukus kek. lalu menjerit.

'ya allah! kek aku'

ha kau. time time ni la nak ingat tuhan. dari jauh kedengaran suara seorang ibu yang tak puas hati dengan perilaku anak nya.

lol.

bila semuaaa dah siap. kita tengok hasil terakhir. hasil terakhir sebiji kek haruslah ditonton oleh tukang masak dan pembantunya. bila angkat dari pengukus dan tengok macam jadi je kek aku ni. lalu...

kita hadiahkan tepukan gemuruh kepada diri sendiri. lol sambil memaksa pembantunya untuk sama sama bertepuk tangan. woot woot!

tiba tiba.

'tu apa lagi tu tepuk tepuk tangan malam malam ni'

pembantu chef menjawab.

'bukan syira makkk...kak ecah. dia suruh syira tepuk tangan sama sama.'

ok fineee. pembantu curang! 100 peratus yakin mak aku geleng kepala malam tu.

well berjaya masak kek akhirnya! bawak pegi opis. wah...pujian masih sama seperti dulu. kek sedap. aku rasa kali ni macam lagi sedap la. nape eh? apekah kuasa pengukus faja jadi dia sesedap ni? hmmm.

mungkin boleh cadangkan kepada puan sarimah untuk membeli pengukus berjenama yang sama. kitaorang punya pengukus lopek dow. hahaha. kuaja siud.

ok sambung. sabtu ni aku harus keje dengan bagus. sebab yela. ko dah keje sabtu. sabtu yang aman damai. printer semua ko bolot. takkan tak siap kan.

dua hari tak keje tuisyen  ni. aku berjaya duduk rumah dengan tenang. mungkin ramai yang seronok dengar aku duduk rumah. mungkin ada yang tenang. mungkin ada yang menangis terharu. lol.

cik aisyah jangan over sangat syiok sendiri boleh tak?

aceli aku nak buat satu entri serius. tapi entah. geli geleman pulak nak tulis entri serius ni. eh helo? bila aku nak serius ni? bila masa aku serius eh?

oh stress.

happy saturday chuolls~

No comments:

Post a Comment