Pages

Aug 28, 2014

Job baru.

hai.
selamat malam.

aku menaip dihadapan nasi goreng biasa bungkus bertelur mata disertai dengan se jug teh o panas. cawan kosong. tv2 yang bercerita hindustan yang aku tak tau tajuk apa. dipasang dengan kuat. diruang tamu. lampu bilik yang dibiarkan terbukak beserta kipas siling yang berputar dengan kelajuan 5 *kot* 

alone. 

jap lagi aku tutup kipas bilik. tapi lampu tu tak yah ah. #takut. 

esok bermula tugas aku selama sebulan lebih kot sebagai penjaga 3 orang sedara aku. dimana hari ini. ya malam ni. tengah aku menaip ni. pak cik and mak cik aku berangkat ke kelana jaya tabung haji untuk menunaikan haji. aku tak dapat join sebab keje kat tempat tuisyen. nak cuti tak leh. *atau tak nak* sebab minggu last bulan 8. aku kena setel banyak benda. sooo...

ahad lepas adalah hari terakhir aku jumpa pak cik and mak cik aku. 

okay. tugas aku ya. oh so selama sebulan ++ kot aku akan berada dibangi. kalau aku rajin aku akan update setiap hari peristiwa aneh pelik mengagumkan yang berlaku pada hari itu la. aku rasa.

aku cakap kat sedara aku ain. hari hari kena ada selfie. hari pertama sampailah hari terakhir. okay tu macam poyo plus jakun sangat kan. 

hekhekhek. 

tugas aku. aceli agak mendebarkan la. aku rasa la. aku kena bagi duit belanja dorang. untuk yang kecik. harian punya. yang besar. aku leh bagi seminggu terus. kira bab duit aku pegang. belanja makan. jenjalan. *kalau ada* and if sekolah mintak duit. 

peh. ayah ayah sangat tugas ni. 

so nak tau tak. aku ni x pernah la sedetail nak kira duit. tapi bila dah diamanahkan jaga duit. kemain aku kira belanja sehari bape. duit makan semua tu la.

bhahaha. poyo la. 

masak. aku bagi kakak aku. mihmihmih. aku bukan tak pandai masak. *yeke?* cuma aku riso tak sedap. so tak ada orang nak makan. atau komplen cakap. 

wey. ko ni masak main main kan. 

*alasan klise*

so aku terus tujukan tangan aku bab masak ke akak aku. ya aku dengan akak aku la jaga mereka. sorang tak pek aaaa. 

aku risau. aku bangun lambat. sebab aku selalu terlambat bangun. so mujur ada kakak aku. oh nebes tau x. nak betulkan kitar tido aku. aku risau hari hari aku mengamuk kat tempat tuisyen sebab ada parents datang amik adik/anak dia lambat so melambatkan aku untuk ke bangi pada malam itu. seperti yang pernah aku mengamukkan ditwitter sehingga ditegur katak dengan ungkapan. bergegar laut ke bergelora ntah bila obor obor marah. 

=.=

so pasni balik keje terus ke bangi. auditor dikabarkan akan datang audit every weekend. *pak cik mak cik ayah mak aku* 

sooooo. kena get ready la jumaat tu. 

dorang kena tido awal. tu no prob. sebab akak aku tido awal. aku pun tido awal. *yeke*

incase aku tak larat nak layan channel 393 la.

ahad kena hantar sedara aku pegi tuisyen. anta jam 8.30 *oh paginya :(* dan balik jam 5 petang. 

so kepada mereka nak ajak dating atau minum kopi. kena faham la jadual aku sepanjang beberapa minggu ni. hari ahad boleh dating dan minum kopi tapi kena balik before 5 atau lagi awal. atau tak payah la dating/minum kopi hari ahad. 

=P

so ni macam internship la. bhahaha. boleh tak pk macam ni. sebelum nak berumahtangga. aku bertuah sikit. ada intern. so bagus bagus. boleh masuk kat resume. bhahahaha. 

kira aku ada la pengalaman dapat duit pastu nak bagi kat anak anak. so t boleh la membebel kat suami kalau dia bagi macam salah je. bhahahahah. kuaja aaa. ini kuaja. 

ok gurau. bakal suami jangan takut ye. ai baik orangnya. 

lol

ah tak payah nak citer pasal kawin sangat la. rimas tau tak rimas. cewah. ayat macam kenal je ayat sape ni. tak suka sape suh layan. atau layan je la. tapi ntah. pepandai ko la. 

#marahbetei

aku demam ni. so aku macam nak MC la esok. tak nak ah. tak MC. tapi nak keje dengan lembik. nak dapatkan empathy orang ramai terutama en midrun so dat dia tak push aku pape.lol. pastu nak mekap pucat sikit. bagi pak guard neves. 

dan dan je pak guard neves. 

tadi besday cikgu mumtaz. aku ucapkan beliau. 

oh cikgu. hari ni besday cikgu kan? so happy besday ya. 

lol. so cikgu mintak hadiah. aku bagi dia sepotong kek. aceli tu kek budak tahun enam yang last hari ni. sebab ada budak bawak. so aku bagi la cikgu. kekeke sweet tak? 

cikgu doakan aku cepat dapat jodoh. ngehngeh and makin kiut. lol. 

aku doakan apa ya? adalah. mana leh gtau. 

so aku malam ni sesorang. agak menakutkan. sikit. aku maca tak pernah tinggal sorang. #seriustalk . sebab aku penakut. #seriustalk

aku ditemani 4 ekor kucing yang tak membantu apa apa. tau main pastu kejar kejar sampai macam macam bunyi keluar pastu mendebarkan hati aku. ni belum tahap aku jerit lagi. jerit hoi hoi je. jerit kat kucing. pastu dorang pandang aku kelip kelip. ouh. sakitnya hati. 

so aku nak sambung makan nasi goreng bertelur mata pastu tido kot. harap esok bangun pagi. sebab aku kena ke bangi. 

#PrayForEcahEp3 *kot* 

dah banyak episod sangat. aku rasa yang ketiga kot. untuk event macam besar ni. lol. 

noite. 

No comments:

Post a Comment