Pages

Showing posts with label bla bla bla. Show all posts
Showing posts with label bla bla bla. Show all posts

May 13, 2013

Merapu.


sabtu lepas aku dengan ina dengan lina dengan ju ke GM Klang.tak sangka sangat best sampai dalam sejarah ina.ini kali pertama aku ajak balik dulu.tak habis jalan.sebab..? saya penat.hahaha.

ke sana sebab ju.dia nak carik lace.tapi aku yang beria shopping.aku beli manik untuk jahit kat baju, beli cincin.hahaha.dan barang barang sewaktu dengannya.so dalam ju dan lina sibuk diskus pasal lace.mana yang cantik ke apa suma.so bila keluar dengan kawan rapat contoh macam ina.apa aktiviti yang selalu saya lakukan selain shopping dan bercerita? merapu.ye kami gemar merapu.

dialog 1
ina: ecah, nah beli pin ni.untuk guna lampin nanti.
aku: hello.zaman sekaranga da ke orang guna lampin lagi? hahaha
ina: amboihh.entah entah nanti kau kawin.kau beli lampin banyak banyak.
aku: haah kan.entah entah nanti aku yang beli lampin.beria beli banyak banyak kan?
ina: euwww.nanti kau yang cuci taik anak kau.
aku: no.suami aku.sebab dia yang beli lampin.so dia cuci.suami aku seorang yang pencinta alam.so dia tak bagi beli pampers.pampers kan tak elok.plastic.tak reput u noe.cemarkan alam sekitar.pastu aku kena selalu masak.makan kat rumah je.sebab dia tak bagi beli polisterine.not good. *sambil buat gaya nonono*
ina: oooo..tapi.ko tak boleh lah beli pengeringg baju, pengering pinggan.
aku: *terdiam*
ina: dish washer pun tak boleh.sebab yelah.tak environmental friendly lah.
aku: *berkerut* hurm.susah la macam tu.aku memang nak beli pengering pinggan, baju semua tu.
ina: ha..tak boleh la.bil letrik suma meh.
aku: hurm.kensel lah.nonono.tiba tiba suami aku bukan environmental friendly.
ina: hahahah.sengal la ko ecah.

dialog 2
ina: ecah belikan aku stokin.
aku: wat stokin?
ina: ala stokin la.
aku: hah! jom.aku pun nak carik! aku nak stokin macam muka kau bertemu muka kau.
ina: hahaha! ko ni gila lah.ape kau ni.aku nak stokin biasa je.
aku: berapa?
ina: nak carik yang rm2.
aku: ok rm2 boleh.
ina: ok jom kita carik.
aku: ada ke stokin rm2? rm2 aku belanja.kalau lebih.no belanja belanja.
ina: ada..mesti ada..kalau tak ada.kau bagi aku rm2.nanti aku beli tempat lain.
aku: .......... 

selain berborak tentang perkara yang lagha dan sia sia.kami juga gemar main game yang sia sia dan tak baik dan jahat dan jahat jugak.

ina: ecah.lelaki belah kanan kau sesuai untuk kau.hahahahaha!
aku: inaaa...bagila sedap mata memandang sikit..jap ye.jap.aku carikkan untuk kau.hurm...ha! yang depan ni depan ni.hahahah!
ina: woih! dia jalan dengan isteri dia la weh! aku nampak isteri dia tadi.
aku: hahahah.jap jap.ok lelaki baju merah ni untuk kau.hahahaha
ina: tak nak aku.hahaha.ko jahat ecah! jap yang ni sesuai untuk kau.haa...pakai topi gitu.
aku: hahahaha.tak nak la.tu sesuai untuk kau.ha dia pandang kau.dia pandang dia pandanggg
ina: hahahaha.ntah ape ape la kau ni.malaslah layan ko ecah! hahahah

hahaha.ini salah satu aktiviti kami.selalu tak ramai yang mampu join.sebab aku suka mengarut.pastu gelak gelak.so macam jahat la.tapi just untuk gelak gelak.tak nak stress stress ok.game macam ni memang macam budak budak sikit.tapi..seronok lah.hahaha.

ni kira macam mini game la.haha.lagi satu mini game yang aku selalu main dulu.bila keluar dengan kawan pompuan.tapi tak semua.yang sekelapa je.dulu selalu buat dengan faraha.hahaha.best gila ok.

bila borak borak.macam macam isu lah.haha.konon je isu isu ni.merapu je lebih selalunya.tiba tiba kawan aku faraha kira sesuatu.

faraha: dua
aku: uih?apa dua?

faraha buat tak tau.dan aku tak amik pusing.aku terus borak borak sambil jalan.tak lama tu.

faraha: tiga
aku: apa tiga? kau tengah buat apa ha?
faraha: tiga orang lelaki pandang kau.

aku macam watttt? siud je.aku macam =.= apa benda la budak ni buattt.mula mula tak layan sangat.aku cakap.memang lah.ada mata.pandang la.serius mula mula aku macam rasa its normal.hahaha.cewah.konon normal la orang asik pandang aku? bhahaha! ok tipu.no normal sini maksud dia macam yela kau ada mata.orang pun ada mata.so apa salah seorang lelaki pandang kau? 

tapi faraha kata.tak normal.so kami gelak.hahahah.so teruskan game tu sambil kira pastu macam 

"huiyooooo. 5 (contoh) orang pandang kauuuuu.huiyoooo."

see.macam budak budak kan? hahaha.tapi enjoy la.kelakar.boleh gelak gelak.game ni tak ramai leh masuk.sebab ramai kata apa game korang ni? haha.padahal seronok ok.dari jalan jalan ngumpat orang baik kita jalan jalan sambil main game sambil gelak gelak.gelak kan each other sebenarnya.bila kawan dah malu malu.lagi la seronok usik usik.hahaha.

kalau ikutkan.ni normal je.haha.dah ada mata.pandang la! kan? tapi sekali lagi.game ni just for fun.tak ada lah sampai nak ngorat pakwe orang ke apa.saje buat aktiviti yang menggembirakan.hahaha.

tapi game ni dah lama aku tinggalkan.sebab sekarang ni aku jarang keluar dan aku jarang pandang orang.aku pandang ape aku pun tak tau.padang kedai sambil jalan lurus sehinggakan kadang kadang sampai terlanggar orang.hahaha.sungguh memalukan ok.bajet nak feelig feeling drama la langgar langgar orang pastu dapat jodoh.

pui!

kalau dapat jodoh tu.best la gak kan? hahaha.baru la macam drama sikit kisah percintaan tu.ha gittew.seronok la cerita kat anak anak.hahaha! ni kalau dah langgar orang pastu kena maki.dapat mimpi ngeri je la.tapi setakat ni aku selalu terlanggar troli yang ditolak oleh seorang lelaki yang bawak anak dan sebelahnya isteri dia.pencapaian yang sungguh mengecewakan.duh.

xoxo.

Feb 8, 2013

Internship Story : Minggu Pertama setel.


Assalammualaikum.

hai hai haiii.malam ni bosan lah.super bosan.aku pelik.sebab apa tau.sebab petang tadi.aku jalan satu kilang kot.buat inspection.chekidaut pemadam api dalam kilang tu.oh very the tired you know.kekeke.

so! seminggu sudah aku berintern di syarikat Y.ok disini.sindrom bangun pagi zaman sekolah datang balik.aku tak sukalah bangun pagi.jujur tak? sekarang kena bangun jam 6 tau.tapi aku lambatkan jugak.bangun 6 setengah.tak sukalah.selalu bangun solat.pastu tido balikk.ni tak boleh tido balikkk. T-T memang sindrom bangun pagi zaman sekolah macam nak datang balik.sindrom apa? rahsia.suami aku je yang akan tau.itupun kalau mak aku cerita.

secara keseluruhannya.best jugak.meja aku depan Mr I.sebelah aku.bahagian admin.pasukan admin.tiga orang.bermula dari depan.india, melayu dan cina, so sebelah aku melayu.nama dia madiha.dia selalu sibuk buat kerja.so..jarang jugak dapat borak.selalu cakap hai masa datang.borak sikit sikit.pastu dia buat keje.busy betei...

dan aku!! banyak buat kerja kerja management.contoh..uruskan hal hal scheduled waste dia.call kontraktor, buat Safe Work Procedure punya chart, setelkan incident dengan investigation form.masukkkan data dalam DOE system dan banyakkk lagi.inspection?

jarang jarang. =P

ok aku di-supervise oleh Mr I.Mr I ni jawatan dia.Safety Heatlh Executive.so aku pun ikut cara dia kerja la.berdasarkan pemerhatian aku.exec ni keje dia duk opis je.so takkan Mr I je kan yang uruskan bahagian safety kat syarikat Y ni? sorang sorang? jawapannya. YA.

dulu ada.pembantu dia.junior exec.tapi dah berhenti.so tinggal dia sesorang.dan mendukacitakan untuk aku! dia pun nak mengikut jejak langkah bekas junior exec dia.iaitu meninggalkan syarikat Y.aku terkejut dan terkesima.dem jugak.haha.jahat gila.Mr I akan berhenti pada 28hb Februari 2013.beliau dapat kerja di Subang dan orang baru akan masuk pada 25hb Februari 2013.orang baru ni pulak.bukan ganti dia.baru cari pengganti pembantu dia.pengganti dia? Ai don no.

So! 

aku tinggal sesorang la kannn.sape entah yang bakal supervise aku.aku pun tak tau.

dalam seminggu ni..hari pertama dan siang tadi je aku berjalan keliling kilang.eh jap.hari kedua ada jugak.setelkan investigation form.kalau ada accident.kita buat investigation.yang aku buat hari tu.baki baki kerja Mr I yang tak siap lagi. =.= so hari ni kali ketiga la aku turun padang.hehe adalah masa masa yang aku serius bosan.duduk dekat meja setengah hari.apa aku buat entah.sampai aku rasa.aku je ke yang tengah bosan niiii..how about kawan kawan lain.tapi lepas cekidaut cekidaut.semua sama je! ada masa masa bosan jugak.tapi tak leh buang masa.kita setelkan task task yang kena dan wajibul buat.disediakan khas oleh lecturer.ngeee.

ok sambung.

Mr I dah kawin tau.so tak ada peluang nak carik jodoh.nak ngorat ngorat.sedih kitew.masa ni memang nyesal aku lambat tau pasal KPJ tuuu.kalau takkk.mesti dapat kenal dokter dokter cintan disana.hahaha.perasan lah.serius.ni berlebih lebihan.hahaha.konon je.weqq.dia sempoi je.macam aku cakap dulu.dia beraku kau je dengan aku.oklah dia macam abang abang sikit.muda lagi kot.tengok gaya muda je.aku pun selamba selamba je dengan dia.kekeke.

dia banyak jugak bagi tips.hari tu aku tanya pasal gaji.ada ke tanya gaji.tak senonoh kan? so dia brief aku dengan terperinci pasal gaji.pastu sengeh sengeh.pastu cakap.

"senang je keje safety officer ni.silap silap kau tak nak buat pulak."

aku tak percaya.tipulah! =P

aku pernah tanya dia.meeting tak ada ke? dia jawab.ada.tapi dia malas nak buat.kau nak buat? kau lah.

hampeh.malas aku nak tanya apa apa dah.weq.

so hari khamis semalam.aku tanya dia pasal daily inspection.dia sengeh lagi.dia kata.

"kau nak buat ke?''
''boleh jugak''
"bagus bagus.kejap ye.bulan bulan dulu Mr W buat.bulan 1 aku tak buat.sebab aku malas.''

sentap aku.sukahati dia jeeee.

dia printkan borang daily inspection dan bagi aku.aku tak tau tujuan dia bagi.tapi aku letak tepi.dengan azam.esok which is hari ini (jumaat) buat.

so! pagi tadi aku siap siap nak buat daily inspection.aku tanya dia.

''kena bawak ape je eh? kamera.borang.pen.tu je kan?''

soalan bodoh kan? tau dah.aku sambung lagi.

Aku: ada bahaya apa apa tak?
Mr I : bahaya? tak ada.forklift je la.kau kena tengok tengok
Aku: selamat tak? nanti kena culik ke? ape ke?

Mr I sengeh.dalam hati mesti monolog.apelah budak ni..=.=''

Mr I : tak ada lah.kat area plastic.ramai orang.bla bla bla..kau nak pergi sekarang ke?
Aku : aah lah
Mr I :ooo.aku ada nak buat ni *pemeriksaan pemadam api* nanti aku sekali turunlah.
Aku :haaa..boleh boleh.hari ni lah.next time saya pergi sorang sorang

konon je.saje je aku cakap bab culik culik tu.nak bagi dia rasa bersalah and ketakutan sikit.kekeke.sebab cuak kot tiba tiba terus suruh buat inspection sorang sorang!

so ape pendapat semasa buat daily inspection?

ok.keadaan tak seteruk satu kilang besarr punya yang aku pergi masa study dulu.yang kilang besar tu.panas gila.bunyi bising.besar gila.tapi yang ni besar jugak.cuma tak sebesar kilang aku pegi dulu.tapiii..chemical dia lah.banyak.bau acid kuat ah.dengan lead dia lagi.ni la yang high risk dia.so teruk jugak lah kan? 

safety dia bagus.cuma...prektis kureng.pekerja degil.pastu kita cakap.dia menjawab.kalau cakap dengan line leader.means ketua kat working area tu.banyaklah menjawabnya.yang tak jawab.ok la.yang duk jawab macam macam ni la malas layan.ala..safety officer.mana ada orang dalam kilang suka.sebab ada je hal yang salah la ape la.safety kan? kena lah jaga keselamatan pekerja.so selain cekidaut cekidaut keadaan tempat kerja, tengok personal protective equipment dia.sama ada dorang pakai ke tak.signage.housekeeping area tu.kami cekidaut jugak alat pemadam api dia.tengok pelan.lepas tu tengok tarikh.luput ke belum.lepas tu kalau dah luput.take note dan kena call kontraktor untuk setelkan.

so bila kita jalan.ada yang tak memuaskan hatii..kita amik gambar, ambik nama yang tak pakai PPE.lepas tu jumap supervisor area tu kasi tau sama dia.

Mr I cakap.

"senang kan kerja kita? tapi kenapa ramai nak berhenti? cari kerja lain?"

aku jawab.

"gaji kot.hehehehe."

gelak pun macam kambeng je masa tu.tapi dia pun gelak jugak.so betullah tu.

so aku risik risik lah kerja tempat baru dia yang kat subang tuuu.dia tekankan.yang situ tak ada chemical.

so dia lari sebab chemical la kan? boleh jadi.mungkin salah satu faktor selain gaji.hekhek.

dan...! bila aku dengan Mr I sibuk buat inspection keliling kilang pada jam 2.30 tuu.eh jap.hari ni hari jumaat kan? esok dah mula sibuk raya cina kan? ha...baru dapat tau.balik awal! jam 3.30.aku dah fikir nak balik dah.tapi memandangkan Mr I tak tau.dan kitaorang pun sibuk jalan satu kilang.so harapan je lah yang tinggal.

5.30 jugak aku balik.habis inspection.balik office.ada 3 ketul manusia je.aku, Mr I dengan Mr L kat office atas.jam menunjukkan jam 5.kakak aku kata dia balik 5.30.dia bahagian warehouse.office warehouse dekat area production.alah.area area situ lah.so sementara nak tunggu 5.30.aku lepak kat meja aku.dan Mr I mahu pulang.so tinggal aku dengan Mr L.balik surau.tengok aku sorang je dekat office atas!!! aigoOo.berani gila la pulak.sebelum tu jumpa kak Ada.dia nak pergi surau.dia pelik office aku sunyi sepi.dia kata sorang je ke aku kat atas.aku kata ada Mr L.ni sebelum Mr L tinggalkan aku keseorangan ok.so tak fikir pape.hepi je minum air keluar masuk pantry.sekali kak Ada cakap.kalau orang lain dah turun dah.

aku bau sesuatu disitu.ada pape ke office tu? tak ada kot..so bila sorang sorang.jam 5.30 baru aku turun kat pak guard.pukul 5.30 jugak balik ye? sungguh dedikasi. =.=

balik terus ke jusco.nak ingat jalan untuk aktiviti esok.aku ni esok.jalan dengan syira.memang kena hafal jalan.gigih je hafal jalan.kakak mithali kan? esok nak tengok wayang kat jusco balakong dengan syira.sebab jalan tu je aku rasa senang.nak ke alamanda? ah tengok papan tanda memang malas lah kan! papan tanda penipu kadang kadang.sian kan aku? hukhukhuk.syira je la pasangan ai lately.silap silap orang ingat tu anak akuuuu. T-T 

oh ya! tau tulisan kufi? pagi tadi sebelum makan.kira kira jaln 11 lebih.bosan sikit.so! saje belajar buat tulisan kufi.inilah hasilnya.comot sikit.and tak kemas.first try maa..ok kot.hehe.buat kerja ni sementara tunggu akak aku ajak makan masa lunch tadi.keluar lambat setelkan benda ni.sampai kena sindir dengan Mr I.

''tekun betul ko buat kerja ye.."

aku iyakan aje.cakap.

''tula, sampai lupa nak makan..''

kekeke.jahat.student yang gila.









so tulisan kufi.senang je tau.guna excel buat dia.saje buang masa main main benda ni.seronok bila jadi.alah.dah senang.masakan tidak jadi dong! hehe.so aku rasa next time bagi hadiah kawan kawan.handmade je lah.buat tulisan kufi ni.cantik kan? cantik tak aku buat? serius buat sendiri tau.rajin disitu. =P

so dalam lima hari ni.aku balik jam 5 setengah.sampai rumah jam 6.mandi tengok tv.jam 10 setengah secara automatik menjadi waktu tido.sejak kerja ni.penat dia lain lah.aku penah jugak keje yang lagi penat dari ni.tapi tak adalah tido jam 10 setengah.awal kott...memang life duduk rumah je la jawabnya lepas ni.no more lepaks lepaks.hehe.

bagus.jimat duit.

hehe.

malam ni bosan weyhhh.berapa kali aku menjerit jerit macam orang gila.sebab bosan.berapa kali cakap dekat mak aku yang aku kebosanan.ntah apa apa je.baby kucing aku pun dah tido.baby ni orang sayang sayang dengan dia.dia buat muka toya je.mata terkulat kulat pandang aku.aku borak borak dengan dia.dia buat tak tau je.panggil nama dia.lagilah.buat bodo je.semua nama aku panggil. baby. ami, sayang, yaya.semua lah! satu pun tak layan.hati dia dah mati kot.so tak ada perasaan.euw.ganjil.

so aktiviti minggu ni berakhir dengan tidak penat seperti biasa.ini luar biasa tau.sebab aku dah habis berjalan satu kilang hari ni.bangga 5 saat.kuat kuat.kekeke.dan minggu ini aku akhiri dengan membuat tulisan kufi.sendiri tau! sendiri

ok semua.cuti 4 hari! yahooo.nak tidoo nak tidoo nak ganti tidooo.

nite! xoxo! =D

Jan 13, 2013

2# Cendol

Assalammualaikum.


bangun tido.terus online.sampai sekarang.jam 1.43 *masa masa ngah taip ayat ini* makan megi.tak sangka gandingan telur mata goreng dengan megi sungguh menyengat.mantap la.

pagi tadi rasa nak meroyan lagi.ni semua angkara Mak cik M.malam malam tadi bagi mesej yang mengharukan aku.terus terusan aku rasa bersalah.aku memang manusia yang mudah berasa bersalah.dan aku rasa.itu tak bagus.kan?

selain meroyan disebabkan mesej mengharukan dari mak cik M.post yang classmate aku post pun pengaruhi aku untuk sedikit meroyan.

''kadangkala tanpa sedar, kita lukakan hati orang yang betul betul sayangkan kita dan kita sayangkan seseorang yang sering buat hati kita menangis"

lama lama aku perasan.eh ape kaitan post ni dengan aku?! bila pulok ada orang betul betul sayang kat aku? ok wrong situation rupanya.terus sambung scroll down timeline fesbuk.

itu bukti jiwa kacau.

gila.

faktor meroyan banyak sebenarnya hari ni.bosan tak tau nak buat apa apa pun mempengaruhi.nyesal tak balik kajang pagi tadi.boleh pegi kenduri kawin maidin.kawin jugak dah ko ye maidin.

ramainya kawan kawan dah kawinnnn.

semalam famili outing.so topik kawin pun masuk sikit.sebab kami pi kenduri kawin junior krs aku.hazreen.ada la topik pasal mak cik mak cik tanya pasal aweks/pakwes/bila nak kawin and bla bla bla.

setakat ni.mak cik aku tak pernah tanya aku.kenapa ya? apekah muka aku ni memang sudah tertulis forever aloneh.so buang karen je mak cik mak cik nak tanya.betulkah?ouh sedih kitew.

tapi tak kesah.aku prepare jugak ayat ape nak cakap konon konon mereka TERfikir nak tanya ke nanti.sape tau kannn.dan setelah memerah otak berfikir.aku rasa aku nak cakap yang suh depa je carikkan.tapi aku sekalikan la list list cemana aku nak.haaa..gitew.tajuk list.ciri ciri lelaki idaman ecah.lol.tertambah tugas mak cik mak cik itew.memang terus resign la kan tugas ini kannn.terus tak tanya dah kannn.bhaha.

ina buat pengakuan.yang dia rasa nak marah marah orang lately.mungkin simptom awal pms.secret selamat dari api ke-moody-an ina.sebab ada kerja kot.so aku in danger.sebab ina bila api moody dia tiba.dia akan menjerit secara tiba tiba.dan aku sumbatkan aje earphone kat telinga aku disamping memberi ucapan segera istighfar kepada ina.hehe.scary tak tiba tiba jerit? scary kan? kann? lagi scary dari cerita minyak dagu.oh next entri pasal famili outing.aku nak cerita pasal minyak dagu ni.hah sungguh tak sabar.memang seumpama shit lah.

first time megi licin.dan mata ngantuk.tapi perut macam dah nak lapar balik.aku tak pasti dengan perut aku.cepat benor kisarkan perut.kata ina.ada cacing dalam perut aku.aku pun rasa macam tu.so how? 

ok sedikit teaser untuk next entri.cewah.teaser bagaiii.over.





haha.ok till then.

hug n kissesss.
xoxo! 



Aug 1, 2011

malam ramadhan.

aku baru pulang.


pulang dari mencari nafkah untuk anak anak kucing.hahaha.anak nyangnyang.eh silap.nyangnyang tak ada anak.sebab dia adalah kucing yang jantan.haha.okay okay.berbalik kepada topik kita.esok adalah hari pertama kita berpuasa.selamat berpuasa semua ya! alhamdulillah aku jumpa lagi ramadhan tahun ni.

hari ni aku kerja FULL shift.

blergh.penatnya tuhan yang tahu.pagi pagi hari aku dah dapat iktibar hidup oleh timah.kenapa ye?

timah datang kerja hari ni lewat sikit.aku dah carik carik timah.mana timah? mana? mana? dia tak ada la lewat.aku yang semangat masuk awal rupanya.bikin kecoh la lu ni ecah.haha.mata dia bengkak tau.pelik lima minit.then dia mula cerita...

...semalam dia ada cakap.kawan dia meninggal dunia.kawan satu taman.rapat jugak.tapi semalam dia macam redha sikit.tapi bila dah balik rumah.opkos la sedih gila kan? so dia cerita.pagi semalam yang kawan kitaorang ada nampak orang meninggal kat tol bukit dukung tu.kawan dia sebenarnya.langgar lari.yang tak bagusnya.motor arwah selamat dicuri.tak baik kan? lagi lagi teruk.kes langgar lari.kereta langgar belakang motor arwah.kat highway.opkos semua kereta laju kan? hurm.tengkuk arwah patah dan dalam semua hancur.ye kot.timah betul betul terkejut.aku pun sedih.terkedu.terkesima.even dia bukan kawan aku.aku tak kenal.tapi terkesan kat hati.sebab dia penunggang motosikal.aku fikir adik aku je masa tu.dah ajal kan?

...dari situ aku fikir.tuhan nak amik nyawa kita.bila bila dia boleh amik.tu kan rahsia tuhan.memang aku fikir kita kena bersedia.seminit.sesaat.tak boleh lupa tuhan.masa ni aku rasa betul betul terkedu.kita tak tau esok lusa.wujud ke kita kat bumi tuhan ni.masa ni aku diam gila.masing masing muhasabah diri.masa ni aku terfikir.cukup ke bekalan aku nak bawak sana? masa ni rasa diri betul betul kerdil.huish.

...timah ada cakap.dia rapat jugak dengan arwah.tiap kali dia balik keje.arwah selalu usik dia.arwah baik.berkorban untuk adik beradik dia.macam macam lagi la.sampai aku rasa.aku ni lagi teruk dari dia.kami semua terdiam sampailah nana cakap..

"hurm..tula kan? orang yang baik ni selalu pergi dulu.."

...semua mengangguk tanda setuju.hurm.sedekahkan al fatihah untuk arwah.doakan semoga kita semua panjang umur.alhamdulillah aku dapat jumpa lagi ramadhan tahun ni.harap tahun depan jumpa lagi.

aku ada teringat satu potongan ayat yang aku cilok dari majalah solusi bulan ogos kot.mana yang buat aku terkedu sambil mengiayakan perkataan itu.ayat dia lebih kurang macam ni..

"andainya ini ramadhan terakhir..layakkah kita berhari raya?"

betul kan? orang sibuk berhari raya sampai lupa nikmat bulan puasa.so aku harap ramadhan kali ni aku dapat manfaatkan sebaik mungkin.dan bulan yang berkualiti untuk diri aku.kita patut rebut peluang bulan ramadhan ni.tanya diri kita.ada lagi ke ramadhan untuk kita.huish.artikel tu betul betul terkesan kat hati.belilah majalah solusi.hurm.kepada penunggang penunggang sekalian.hati hati kat jalan raya.pemandu pemandu jugak.kita tak pasti petang ada lagi tak untuk kita? malam? hurm.macam kes timah.pagi sihat walafiat je bangun nak pergi keje.keje betulkan kete orang.sekali.dapat panggilan.dah meninggal.innalillah... semoga roh arwah dicucuri rahmat.amin.

 selamat berpuasa! jangan lupa niat puasa! hehe

# tahun ni puasa pertama aku kat rumah selama sebulan! tahun ni puasa pertama kami puasa tanpa adik aku uyun.kali pertama uyun berpuasa di perantauan! hihi tak care uyun! selamat berpuasa! ^^