Pages

Feb 8, 2013

Internship Story : Minggu Pertama setel.


Assalammualaikum.

hai hai haiii.malam ni bosan lah.super bosan.aku pelik.sebab apa tau.sebab petang tadi.aku jalan satu kilang kot.buat inspection.chekidaut pemadam api dalam kilang tu.oh very the tired you know.kekeke.

so! seminggu sudah aku berintern di syarikat Y.ok disini.sindrom bangun pagi zaman sekolah datang balik.aku tak sukalah bangun pagi.jujur tak? sekarang kena bangun jam 6 tau.tapi aku lambatkan jugak.bangun 6 setengah.tak sukalah.selalu bangun solat.pastu tido balikk.ni tak boleh tido balikkk. T-T memang sindrom bangun pagi zaman sekolah macam nak datang balik.sindrom apa? rahsia.suami aku je yang akan tau.itupun kalau mak aku cerita.

secara keseluruhannya.best jugak.meja aku depan Mr I.sebelah aku.bahagian admin.pasukan admin.tiga orang.bermula dari depan.india, melayu dan cina, so sebelah aku melayu.nama dia madiha.dia selalu sibuk buat kerja.so..jarang jugak dapat borak.selalu cakap hai masa datang.borak sikit sikit.pastu dia buat keje.busy betei...

dan aku!! banyak buat kerja kerja management.contoh..uruskan hal hal scheduled waste dia.call kontraktor, buat Safe Work Procedure punya chart, setelkan incident dengan investigation form.masukkkan data dalam DOE system dan banyakkk lagi.inspection?

jarang jarang. =P

ok aku di-supervise oleh Mr I.Mr I ni jawatan dia.Safety Heatlh Executive.so aku pun ikut cara dia kerja la.berdasarkan pemerhatian aku.exec ni keje dia duk opis je.so takkan Mr I je kan yang uruskan bahagian safety kat syarikat Y ni? sorang sorang? jawapannya. YA.

dulu ada.pembantu dia.junior exec.tapi dah berhenti.so tinggal dia sesorang.dan mendukacitakan untuk aku! dia pun nak mengikut jejak langkah bekas junior exec dia.iaitu meninggalkan syarikat Y.aku terkejut dan terkesima.dem jugak.haha.jahat gila.Mr I akan berhenti pada 28hb Februari 2013.beliau dapat kerja di Subang dan orang baru akan masuk pada 25hb Februari 2013.orang baru ni pulak.bukan ganti dia.baru cari pengganti pembantu dia.pengganti dia? Ai don no.

So! 

aku tinggal sesorang la kannn.sape entah yang bakal supervise aku.aku pun tak tau.

dalam seminggu ni..hari pertama dan siang tadi je aku berjalan keliling kilang.eh jap.hari kedua ada jugak.setelkan investigation form.kalau ada accident.kita buat investigation.yang aku buat hari tu.baki baki kerja Mr I yang tak siap lagi. =.= so hari ni kali ketiga la aku turun padang.hehe adalah masa masa yang aku serius bosan.duduk dekat meja setengah hari.apa aku buat entah.sampai aku rasa.aku je ke yang tengah bosan niiii..how about kawan kawan lain.tapi lepas cekidaut cekidaut.semua sama je! ada masa masa bosan jugak.tapi tak leh buang masa.kita setelkan task task yang kena dan wajibul buat.disediakan khas oleh lecturer.ngeee.

ok sambung.

Mr I dah kawin tau.so tak ada peluang nak carik jodoh.nak ngorat ngorat.sedih kitew.masa ni memang nyesal aku lambat tau pasal KPJ tuuu.kalau takkk.mesti dapat kenal dokter dokter cintan disana.hahaha.perasan lah.serius.ni berlebih lebihan.hahaha.konon je.weqq.dia sempoi je.macam aku cakap dulu.dia beraku kau je dengan aku.oklah dia macam abang abang sikit.muda lagi kot.tengok gaya muda je.aku pun selamba selamba je dengan dia.kekeke.

dia banyak jugak bagi tips.hari tu aku tanya pasal gaji.ada ke tanya gaji.tak senonoh kan? so dia brief aku dengan terperinci pasal gaji.pastu sengeh sengeh.pastu cakap.

"senang je keje safety officer ni.silap silap kau tak nak buat pulak."

aku tak percaya.tipulah! =P

aku pernah tanya dia.meeting tak ada ke? dia jawab.ada.tapi dia malas nak buat.kau nak buat? kau lah.

hampeh.malas aku nak tanya apa apa dah.weq.

so hari khamis semalam.aku tanya dia pasal daily inspection.dia sengeh lagi.dia kata.

"kau nak buat ke?''
''boleh jugak''
"bagus bagus.kejap ye.bulan bulan dulu Mr W buat.bulan 1 aku tak buat.sebab aku malas.''

sentap aku.sukahati dia jeeee.

dia printkan borang daily inspection dan bagi aku.aku tak tau tujuan dia bagi.tapi aku letak tepi.dengan azam.esok which is hari ini (jumaat) buat.

so! pagi tadi aku siap siap nak buat daily inspection.aku tanya dia.

''kena bawak ape je eh? kamera.borang.pen.tu je kan?''

soalan bodoh kan? tau dah.aku sambung lagi.

Aku: ada bahaya apa apa tak?
Mr I : bahaya? tak ada.forklift je la.kau kena tengok tengok
Aku: selamat tak? nanti kena culik ke? ape ke?

Mr I sengeh.dalam hati mesti monolog.apelah budak ni..=.=''

Mr I : tak ada lah.kat area plastic.ramai orang.bla bla bla..kau nak pergi sekarang ke?
Aku : aah lah
Mr I :ooo.aku ada nak buat ni *pemeriksaan pemadam api* nanti aku sekali turunlah.
Aku :haaa..boleh boleh.hari ni lah.next time saya pergi sorang sorang

konon je.saje je aku cakap bab culik culik tu.nak bagi dia rasa bersalah and ketakutan sikit.kekeke.sebab cuak kot tiba tiba terus suruh buat inspection sorang sorang!

so ape pendapat semasa buat daily inspection?

ok.keadaan tak seteruk satu kilang besarr punya yang aku pergi masa study dulu.yang kilang besar tu.panas gila.bunyi bising.besar gila.tapi yang ni besar jugak.cuma tak sebesar kilang aku pegi dulu.tapiii..chemical dia lah.banyak.bau acid kuat ah.dengan lead dia lagi.ni la yang high risk dia.so teruk jugak lah kan? 

safety dia bagus.cuma...prektis kureng.pekerja degil.pastu kita cakap.dia menjawab.kalau cakap dengan line leader.means ketua kat working area tu.banyaklah menjawabnya.yang tak jawab.ok la.yang duk jawab macam macam ni la malas layan.ala..safety officer.mana ada orang dalam kilang suka.sebab ada je hal yang salah la ape la.safety kan? kena lah jaga keselamatan pekerja.so selain cekidaut cekidaut keadaan tempat kerja, tengok personal protective equipment dia.sama ada dorang pakai ke tak.signage.housekeeping area tu.kami cekidaut jugak alat pemadam api dia.tengok pelan.lepas tu tengok tarikh.luput ke belum.lepas tu kalau dah luput.take note dan kena call kontraktor untuk setelkan.

so bila kita jalan.ada yang tak memuaskan hatii..kita amik gambar, ambik nama yang tak pakai PPE.lepas tu jumap supervisor area tu kasi tau sama dia.

Mr I cakap.

"senang kan kerja kita? tapi kenapa ramai nak berhenti? cari kerja lain?"

aku jawab.

"gaji kot.hehehehe."

gelak pun macam kambeng je masa tu.tapi dia pun gelak jugak.so betullah tu.

so aku risik risik lah kerja tempat baru dia yang kat subang tuuu.dia tekankan.yang situ tak ada chemical.

so dia lari sebab chemical la kan? boleh jadi.mungkin salah satu faktor selain gaji.hekhek.

dan...! bila aku dengan Mr I sibuk buat inspection keliling kilang pada jam 2.30 tuu.eh jap.hari ni hari jumaat kan? esok dah mula sibuk raya cina kan? ha...baru dapat tau.balik awal! jam 3.30.aku dah fikir nak balik dah.tapi memandangkan Mr I tak tau.dan kitaorang pun sibuk jalan satu kilang.so harapan je lah yang tinggal.

5.30 jugak aku balik.habis inspection.balik office.ada 3 ketul manusia je.aku, Mr I dengan Mr L kat office atas.jam menunjukkan jam 5.kakak aku kata dia balik 5.30.dia bahagian warehouse.office warehouse dekat area production.alah.area area situ lah.so sementara nak tunggu 5.30.aku lepak kat meja aku.dan Mr I mahu pulang.so tinggal aku dengan Mr L.balik surau.tengok aku sorang je dekat office atas!!! aigoOo.berani gila la pulak.sebelum tu jumpa kak Ada.dia nak pergi surau.dia pelik office aku sunyi sepi.dia kata sorang je ke aku kat atas.aku kata ada Mr L.ni sebelum Mr L tinggalkan aku keseorangan ok.so tak fikir pape.hepi je minum air keluar masuk pantry.sekali kak Ada cakap.kalau orang lain dah turun dah.

aku bau sesuatu disitu.ada pape ke office tu? tak ada kot..so bila sorang sorang.jam 5.30 baru aku turun kat pak guard.pukul 5.30 jugak balik ye? sungguh dedikasi. =.=

balik terus ke jusco.nak ingat jalan untuk aktiviti esok.aku ni esok.jalan dengan syira.memang kena hafal jalan.gigih je hafal jalan.kakak mithali kan? esok nak tengok wayang kat jusco balakong dengan syira.sebab jalan tu je aku rasa senang.nak ke alamanda? ah tengok papan tanda memang malas lah kan! papan tanda penipu kadang kadang.sian kan aku? hukhukhuk.syira je la pasangan ai lately.silap silap orang ingat tu anak akuuuu. T-T 

oh ya! tau tulisan kufi? pagi tadi sebelum makan.kira kira jaln 11 lebih.bosan sikit.so! saje belajar buat tulisan kufi.inilah hasilnya.comot sikit.and tak kemas.first try maa..ok kot.hehe.buat kerja ni sementara tunggu akak aku ajak makan masa lunch tadi.keluar lambat setelkan benda ni.sampai kena sindir dengan Mr I.

''tekun betul ko buat kerja ye.."

aku iyakan aje.cakap.

''tula, sampai lupa nak makan..''

kekeke.jahat.student yang gila.









so tulisan kufi.senang je tau.guna excel buat dia.saje buang masa main main benda ni.seronok bila jadi.alah.dah senang.masakan tidak jadi dong! hehe.so aku rasa next time bagi hadiah kawan kawan.handmade je lah.buat tulisan kufi ni.cantik kan? cantik tak aku buat? serius buat sendiri tau.rajin disitu. =P

so dalam lima hari ni.aku balik jam 5 setengah.sampai rumah jam 6.mandi tengok tv.jam 10 setengah secara automatik menjadi waktu tido.sejak kerja ni.penat dia lain lah.aku penah jugak keje yang lagi penat dari ni.tapi tak adalah tido jam 10 setengah.awal kott...memang life duduk rumah je la jawabnya lepas ni.no more lepaks lepaks.hehe.

bagus.jimat duit.

hehe.

malam ni bosan weyhhh.berapa kali aku menjerit jerit macam orang gila.sebab bosan.berapa kali cakap dekat mak aku yang aku kebosanan.ntah apa apa je.baby kucing aku pun dah tido.baby ni orang sayang sayang dengan dia.dia buat muka toya je.mata terkulat kulat pandang aku.aku borak borak dengan dia.dia buat tak tau je.panggil nama dia.lagilah.buat bodo je.semua nama aku panggil. baby. ami, sayang, yaya.semua lah! satu pun tak layan.hati dia dah mati kot.so tak ada perasaan.euw.ganjil.

so aktiviti minggu ni berakhir dengan tidak penat seperti biasa.ini luar biasa tau.sebab aku dah habis berjalan satu kilang hari ni.bangga 5 saat.kuat kuat.kekeke.dan minggu ini aku akhiri dengan membuat tulisan kufi.sendiri tau! sendiri

ok semua.cuti 4 hari! yahooo.nak tidoo nak tidoo nak ganti tidooo.

nite! xoxo! =D

No comments:

Post a Comment