Pages

Showing posts with label macam macam. Show all posts
Showing posts with label macam macam. Show all posts

Jan 9, 2013

cendol

Assalammualaikum.

jam menunjukkan jam 1.13 pagi.


eh da pagi da ye? pagi hari rabu.awal pagi.dan dan awal pagi.

bosan.

masih memperdengarkan lagu little talks.telinga hampir bernanah nak dengar.tapi tak cukup lagi buat aku bosan.itu mungkin petanda yang aku setia orang nya.cewah gitu.exposure time, volume, frekuensi. semua ni efek kan? so boleh la buat personal noise measurement kat aku.anyone? 

perempuan ni.

lately cepat lapar.faraha kata aku dah kurus.salina kata aku kurus sebab makan hati.sentap ai.actually mana tak kurusnya.stok makanan dah berkurang.jemu makan oreo dengan chipsmore.dua ni je bekalan makanan aku.nak drive pergi kedai.memang bukan jiwa aku la nak keluar.boleh pulak tahan lapar.so inilah rahsia diet tak sihat aku.sape nak tiru silakan.perut berkeroncong tak kira masa.sampaikan kena letak orea sebelah bantal.kot kot tengah malam terjaga dek kerna perut berkeroncong.harap tak ngigau sambil makan oreo dan kemudian tersebar berita aku mati tercekik dek makan waktu tido.gila.

malam ni aku beranikan diri untuk edit balik setting chat box kat facebook tu.entah menatang ape nak sebut.tak tau.aku pernah invisible kan kat mama M bukan nama sebenar.banyak pulak watak bukan nama sebenar hari ni ya.tak kisah la.janji tak sebut nama.eh bukan tadi tu dah sebut nama ke? haaaa.

ok sambung.

dan.ramalan aku tepat.beberapa minit konon nak tutup facebook.mama M menjelma.actually aku suka mama M.but then, entah.hasrat dia tak dapat aku tunaikan.maybe sebagai konklusinya.aku patut kawin dengan mama M je.atau jadi mak uda untuk anak anak mama M.haha.best kan? senang cerita.tapi mampus la aku nak cakap lagu gitu kat mama M.part yang mak uda tu.tujuh keturunan dia sumpah aku.tapi aku just selamba cakap.

'saya kawin dengan mak cik je lah'

best gak.pasangan bahagia.kata serasi gitew.and paling best.masuk muka depan majalah metro.sangat kelasi.kan?

dan lagi satu.am i look younger than my age? rasanya macam iya.haha.sila muntah.kalau muntah lap sendiri la ye.sape suh tak sediakan baldi.konon nak kata howt lettew.pui la.memang howt.howt macam lady gagak.

haris cakap aku macam perempuan meroyan.eh terbubuh nama.it's ok.nevermind.haris ok je.pui! hahaha.sampai hati dia kata aku lagu gitu.tak pe.aku meroyan kejap je.lepas amik dadah.ok la.the more i meroyan the more stonger i get.konon.hakhak.

ok sekarang tukar lagu.lagu it's time.

it's time to begin! isn't it! I'm just the same as I was

sedap lagu ni.rasa nak pukul drum puas puas.oh cita cita main derum tak tercapai lagi.bila eyh.kena tunggu dapat pakwe drummer pulok.haha.gatai.

gangguan.

kumbang terbang.i don like this flying flying things la.eh saje menteraburkan grammar.bayangkan kumbang terbang masuk telinga.beranak dalam atau terperangkap dalam lubang telinga.uew.tragis.pastu kena gigit dengan kumbang terbang ni.euw lagi.serius kali ni tragis.

ok.sungguh minah jenin.

ina dah tido.tapi tak berdengkur.so maksudnya.dia tak penat la kan? atau tak punya masalah pernafasan.betul ke? tapi tido dalam lampu terpasang.saje sumbangkan kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat penyakit kanker.haha.

so tak nak jadi punca penyakit kanker.konon.so minah jenin di sini nak tidoq.

so maaf.entri ni bukan sebab cendol.but aku cakap terlalu banyak.macam macam citer lah kononnya.terlalu banyak perisa dan campuran disitu.so that.yelah.macam cendol.

oh lapar.cendol bertukar ke oreo.oreo lagi.see.aku setia kan? 

nite uols.

hug n kisses.
xoxo.
=D






Aug 14, 2011

kerja

salam.

masuk hari ni.dah tiga belas hari kan kita puasa? ehem.puasa tahun ni.bagi aku lain sikit dari tahun tahun sebelum ni.tahun ni aku berpengalaman untuk pertama kalinya bekerja.alhamdulillah.setakat hari ini.aku berjaya bertahan! eiceh.

pengalaman bekerja masa puasa..sangatlah mencabar but at the same time.banyak benda aku belajar.mencabar kat sini macam macam hal la.dengan kawan kawan sekerja.dengan bos.dengan customer terutamanya! dari situ la aku belajar cara mengawal emosi.terima kasih pada bulan ramadhan.kalau bukan bulan puasa.dah aku caci maki da customer ni.huhu

masa sebelum puasa.aku and da geng.takut sangat nak hadapi.sebab macam menakutkan dengar cerita dorang semua.kata busy sangat la.customer ramai gila la.tapi setakat hari ni.semua under control.kalau ramai tu biasalah.lagi lagi nak raya sekarang ni.comfirm sangat lah ramai.memang sesak.tengok pun rasa nak pengsan.tapi baguslah.setakat ni berjaya kawal anggota badan supaya tak pengsan! huhu

dulu sebelum kerja.aku dah fikir aku tak nak kerja kedai kedai macam ni.sebab nanti puasa.penat.ramai orang.tak dapat cuti.tapi nak buat macam mana.aku telah ditakdirkan untuk kerja disini.biasalah.kita selalu dapat benda yang kita tak nak.dugaan tu.

kerja kedai macam ni.masa bulan puasa.sangat sangat tension.sebab apa.macam macam ragam customer korang jumpa.ada yang baik.ada yang tak sangat.hurm.aku pelik.customer ni.kadang kadang biadab jugak ngan kitaorang.contoh macam tanya harga baju.tanya saiz.nak menjerit aje.kadang kadang macam nak carik gaduh.pelik la rakyat malaysia ni.emosi aku selalu kritikal bila susun baju melayu.baju melayu kan gantung kan? bila dah ramai customer.tak ada nya gantung elok elok.macam cekodok dah rupa.tension weh.kalau yang ada dalam offer bin.means yang lipat lipat tu.pergh.jangan tanya.memang macam bukit.aku pernah kena sekali.baju t shirt.sebelum puasa.aku lipat cantik cantik.dah siap.aku pergi tempat lain.5 minit kemudian aku datang.pergh.rasa nak nangis kat tempat kejadian.hancur.aku nampak gunung je.masa ni.rasa nak pengsan.

susah nak cakap tau.kadang kadang customer ni buat kita geram je.tengok kita ni macam tak ada ilmu.bukan se orang yang kerja kat kedai kedai macam tu bodoh tau.bukan maksud dia tak ada education.bukan nak cakap aku.tapi setelah beberapa bulan aku kerja situ.aku dapati.ramai je yang educated.cuma dorang tak ada rezeki lagi nak pergi ke bidang yang dorang carik.tu kira macam part time dulu la before dapat kerja tetap.

musim raya sekarang ni.ramai carik baju melayu.baju kurung.baju baju semua tak ada stok.memang apa yang kitaorang display itu je la yang tinggal.jujur aku cakap.sekarang aku kesian bila mak cik pak cik carik baju yang dorang nak dengan muka eksited tapi at the end tak dapat beli sebab tak ada saiz.maafkan saya.lagi lagi kt bahagian children.tumpang sedih bila budak budak nak pakai baju tu.tapi tak ada saiz.pastu mak dia pujuk dengan suara lembut.sayu je.huhu  

adik.kalau akak pandai jahit.akak boleh jahitkan untuk adik.ehehe *tipu je*

bila dah kerja bulan puasa ni.kesempatan berbuka puasa kat rumah selalu gagal.aku la gagal.aku ingat lagi.masa puasa pertama je aku dah gagal buka kat rumah.sedeh ooo.aku dengan timah.masa ni tak nak bukak kat gerai.konon nak jalan jalan sambil makan.tapi lagi sedih bila ko jalan jalan.bawak air bungkus dengan wafer.sekali ada mata mata yang pandang pelik sampai kita pun rasa pelik dan baru kita sedar yang rupanya dah masuk waktu berbuka dan dorang tengah makan dengan sedapnya.huuuuu T-T

lama lama ok dah perasaan sedih ketika berbuka.sebab apa? sebab ada kawan kawan.terima kasih kat naim.syukri.sebab bulan puasa ni.rezeki diaorang murah dan dorang murah hati belanja kitaorang.rajin pergi bazar.amik order kitaorang.konon nak belikan tapi rupa rupanya belanja terus.uish.rasa bersalah.moga korang murah rezeki ya. =')

bila buka dengan kawan kawan.tak ada la sedih sangat.meriah jugak rasanya.huhu.selama ni aku kemas kemas baju melayu.aku buat untuk tempat tu kelihatan kemas je.bukan cantik dan menarik.tapi sejak aku tengok cara kerja kak menaga iaitu partner aku jugak.fuhyooo.rasa macam masuk butik.dia memang susun ikut turutan warna.kalau ikutkan.memang kena macam tu.ikut plan yang dia bagi.tapi dulu aku malas.janji kemas je.sebab aku tak suka bahagian baju melayu.nak muntah tengok baju yang seluarnya digumpal gumpal masuk dalam hanger.siud je kan? dugaan~

kak menaga rajin kemas baju melayu.sampai aku naik hairan dan buat kesimpulan sendiri.

ala.akak menaga tak hidup dengan baju melayu.aku hari hari tengok baju melayu dalam rumah.jemu.

alasan mengarut gila.hani, qin ngan timah pelik je dengar statement tak masuk akal aku.

so aku susun gitu gitu je la.bila kak aisyah cakap yang kalau dah susun ikut warna.kita akan rasa puas.baru aku try.dan betul.puas gila bangga sikit.ehehe.so mulai beberapa hari yang lalu.aku berjaya buat dengan jayanya.eceh.sabar gila la weh masa kemas tu.mujur tak muntah.blergh.

tapi raya tahun ni aku tak rasa sangat.sebab entah.busy kerja.hahah =P t sambung lagi.esok full.nanti aku tulis lagi.ehehe ok daa~ nanite.

Mar 13, 2011

terpengaruh drama.

ramai ke orang suka tengok drama? aku suka.sangat suka! lagi lagi drama korea.aku bukanlah peminat fanatik korea macam kawan aku.haris ngan faraha.tapi pada aku.drama dorang sangat best even pelakon agak stereotaip.semua gaya lakonan macam sama je.hah! tau sangat! tapi walaupun sama.ianya sungguh mendatangkan kesan dijiwa.means macam mempengaruhi aku.atau memang mudah meninggalkan kesan kat hati aku.cewah!

berbalik pada kisah drama.semalam aku borak dengan kawan aku.faraha.pasal drama.drama melayu dekat tv sekarang.haha macam samsons dan delaila? *euw* begitukah cinta? *ok jugak* 

yang stress di sini.bila drama yang kat tv tu.jalan cerita nak superb je.macam begitukah cinta.matahariku *agnes monica*.cerita orang miskin jumpa orang kaya.yang orang kaya ni pulak jenis sayangg gila la kat orang miskin ni.sanggup hidup susah sama sama *begitukah cinta* hah! masuk lagi.cerita korea tu.full house
 *sebab mood full house melanda balik* perempuan sebatang kara.jumpa ARTIS dalam pesawat.huaaaaa. TAPI...

kenapa kat real life tak da ek? memang susah gila la.tak ada pun orang kaya bagi bunga? epal? kat aku? *begitukah cinta* tak jumpa pun artis kat dalam bas? *full house-kita ubah ikut keadaan diri* 

tau tau tau.ni hanyalah jalan cerita.yela..nak dijadikan cerita..rekaan semata mata.tapi alangkah bertuahnya badan kalau bernasib baik! kalau tengok drama.mesti fikir.

bestnya dapat lelaki macam ni! *rain-full house* 
seronoknya main basikal sama sama! so suwittt! *full house lagi* 

nila penangan bila tengok drama.bila tengok drama korea aku sebenarnya terpengaruh sikit.sebab watak hero tu mesti wahhh! memang memahami kehendak wanita la katakan.ayat tak boleh belah.memang boleh buat
"quotation'' kot.nampak citer my girl bagi bekas yang ada lagu tu.rasa suwitt! nak bagi jugak! tengok full house makan ais kerim sama sama.nak makan jugak!
 
sebab tu encik akmal melarang kerass saya menonton drama! iye.melarang keras! sebab! drama drama ini akan mempengaruhi kehidupan harian saya! wahahah! kadang kadang cerita kat encik akmal.aku tengok cerita tu cerita ni.jawapan dia?

''hah, nanti moody la tu.terpengaruh.''

waaaa....tertusuk jantung ku.terpengaruh tu.hurm.cemana ek nak explain?

hah! macam ni.contohlah.kalau ada watak lelaki tu macam main pompuan ke apa.aku citer kat akmal.pastu macam huish.membebel la.bebel bebel.pastu akmal dengan gigihnya nak terangkan kat aku.itu hanya cerita.real life tak semua macam tu.hah! memang jenuh gila nak terangkan kat aku untuk satu drama.tu baru satu contoh.banyak lagila.selalu cerita melayu.sebab dah nama pun drama.so jalan cerita pun agak 'drama' la.

tapi aku nak selitkan satu citer yang bila aku ingat balik.lawak gilaa.ni bukan drama.tapi movie.tapi memang mendatangkan kesan untuk aku selama beberapa jam.

citer a nightmare on elm street.okay.cerita tahun lepas.seperti yang kita sedia maklum.cerita ni gila seram.pada aku la.aku tensen tengok citer ni.aku tau citer ni pernah kuar dulu.lama dah.aku tau tangan tangan besi tu ada dalam citer ni.tapi aku TERlupa ketragisan citer ini.So aku tengok dengan agak tenang pada mulanya.Encik akmal banyak kali tanya.okay x? betul ke nak tengok ni?

dan aku yang selalu penuh keyakinan menjawab.

"iye!"

bila dah masuk wayang.scene first aku dah stress.baru minit minit awal! aku diam.diam diam dan diam.lama lama nak nangis.stress.rasa nak lari keluar dari wayang.biala encik akmal tengok sorang sorang.tapi fikir duit.duit wehh.rugi rugi.bagus jugak fikir duit ni.semangat dan tekad tu menjadi menyala nyala.cewah!

bila dah habis.aku diam.diam diam diam.bape lama aku diam.tu kita tak pasti.dalam kereta aku diam.sampai encik akmal cakap.

''lain kali tak payah la tengok citer macam ni lagi.apelaa..''

aku blur.dan.aku jadi cepat terkejut.

 ah.lagila dia malas layan! sekali dengan gigihnya dia menjelaskan.itu hanya cerita.tak yah takut.tak ada orang jari macam tu zaman sekarang.haha 

bahaya kan?? korang ada tak mempengaruhi kehidupan seharian? kalau tengok cerita hantu tu? terpengaruh tak? hah! ini memang melibatkan imaginasi tinggi.aku harap bukan aku je terpengaruh sorang sorang macam ni.nanti boleh eksyen kat  encik akmal.

''bukan sya sorang je tau mudah terpengaruh tengok drama!" HAHA  = B

grah! grah! grah! adiosss~!