Pages

Showing posts with label semester 7. Show all posts
Showing posts with label semester 7. Show all posts

Jan 11, 2013

Alhamdulillah


Assalammualaikum!

jam 2.55 petang tadi dapat mesej.dari uyun tersayang lagi.

good luck in your exam.last paper

okay.setelah beberapa jam baru dia bagi mesej goodluck.baru bangun tido ke hape ni.ouh tak ape lah.thanks bebanyak la cinderella.



alhamdulillah.alhamdulillah dulu.sebab dah selesai 3 paper untuk semester ni.yahoooo.semester 7 officially dah habih.betui ka? macam tak caya ja. :O

okay ni gambar after jawab 3 jam paper disease control.senyum tak lebar sangat tapi cute tak.ok sila muntah berserta baldi.senyum tak lebar tapi asyk bersnap snap.untuk kenangan kononnya.entri sebelum ni aku ada tulis surat untuk disease control.malangnya.'dia' tak be nice to me and to us.so that.no makan makan! haha.orang syak aku senang hati jawab.padahal.hati manusia siapalah yang tauu~ kan? kan? kesimpulan mereka dibuat hanya dengan melihat keasyikan aku menulis dan kelebaran senyuman selepas masa tamat.dan mengandaikan aku berjaya menjawab dengan.puas.

cis.

itu dusta belaka.

mak aku pesan.barang lama usah dikenang.itu hanya tinggal SEJARAH.cewah.dan dan mak pesan.pui.so konsep itu ai guna.cewah lagi.kelebaran senyuman bererti kepuasan menjawab hanyalah hypothesis awal je.dan hypothesis itu DITOLAK.

aku berdukalara tatkala melihat soalan subjektif disease control.nak ketawa pun tak keluar suara.bukan ketawa sebab gembira.tapiii..entah la.tapi kenapa soalan ni ye yang keluar? haha.ai senyum lebar lebar sebab tak sabar nak raikan hari bahagiaa gilaa ni.bahagia la kononnya.pui lagi.

tula.dah kata.hati manusia siapa yang tahu.



walaupun berduka.bergambar tetap juga.sebab ape ya.sebab hari ni last day ai melangkah ke dewan exam.fuhhh.harap harap la.so nak jugak kenang dan tunjuk kat anak cucu nanti.mrs chou tu sungguh kelasik.tak sangka aku boleh mempertahan kan dia sedari dipoma until degree.dialah yang melihat perjuangan aku di dewan exam selama ini.*lap air mata.*

inilah dewan, meja, kerusi , pensel , pen bla bla bla yang menjadi saksi keberdukaaan daku ketika menjawab last paper last final exam.ouh.

tak sangka paper last sungguh menyentap jiwa.selalu macam ni tau! tak pernah rasa hepi bila habis paper last! mesti ada kejutan luar biasa punyer lah! haishhh! aku tak faham konsep konsep manusia yang menjerit like gorilla bila keluar dewan.tu puas hati betul betul ke tipu tipu tu.menjerit like crazy.melompat lompat macam cacing pita.eh cacing melompat ke?

serius aku tak pernah rasa gitu.apekah salah aku? wuwuwuw.mungkin.ouh rasa hidupku tiada guna lagi.usually paper terakhir aku.aku akan..berkata.

"jom terjun bangunan sama sama.kita carik bangunan paling tinggi kat puncak alam ni."

konon nak buat status lagu gini kat facebook.tapi nanti bikin kaget aja sama pak cik mak cik semua.silap silap penuh panggilan masuk.haha.relaks relaks.keluar dewan.aku tak nak balik.cewah.macam ada ape je.over betei.tapi balik jugak.sebab nak tengok konsert bigbang alive tour tuuu.thanks gee! hehe dukalara berlaku sementara je.tengok bigbang.sambung kecoh balik.together gether menyanyi gitew.so suwitt.

melayu memang mudah lupa.lol




gambar ini diambil beberapa jam sebelum menjawab paper last tersebut.boleh lagi bukak lappy.eish.jangan fikir bukan bukan..lappy dibuka sebab nak baca slide.tapi masa ni dah time rehat dah.tibeee.oreo tu yang dari minggu lepas.sehari beberapa ketul.muak dah.ni  dah tinggal seketul je.bekas merah tu air suam.untuk tenangkan jiwa kononnya.bila stress minum berteguk teguk.baru puas.penutup digunakan untuk mengelakkan makhluk makhluk tuhan yang berterbangan.


ouh kenangan.semua ini hanya tinggal kenangan.sobsob tak percaya dah habis paper.lol.


hari last exam ni.aku telah dihadiahkan gambar diri sendiri yang..bertajuk budak comot.I guess susu salah taip.It's suppose to be cute instead of comot.lol.oh susu adalah bukan nama sebenar.nama manja jew.nama sebenar dia suhaila.ouh susu.U're so sweet like gula gula lah.ngehngeh.eleh..lukis nak tunjuk sekil (skill) lettew.weqq.

jap jap.budak comot? ni bukan merujuk aku ni.ni merujuk lukisan susu ni.tengok tu.senget senget.tegok lagi.ada ke selkup ke depan.eish.ini bukan aku! memang bukan aku.dari zaman cute aku sekolah rendah.tak pernah dalam sejarah aku pakai selkup ke depan! aku tak leh terima kesalahan identiti macam ni! walaupun selkup kedepan pernah menjadi pesyen howt zaman cute sekolah rendah dolu.tapi aku tak pernah melakukan perkara ini! ini memang mendatangkan murka.

btw thanks la encik susu.eh silap.cik susu.

ok uols.semoga encik izwan and encik hashim menanda kertas jawapan aku dengan tenang.ouh! ai tak sabar 15 n 16 haribulan ni.harap harap jadi la perancangan ittew.

histeria.

nite.esok nak famili outing.tido awal untuk elak mata bengkak.yelah.jodoh ada dimana mana kan? lol

xoxo

Dec 26, 2012

cerita lama

Assalammualaikum!




post kali ni dah sebulan aku rasa.tertangguh sebab.kekangan waktu and yelah.asik duk melayan perasaan je sejak dua menjak ni kan..huhu.cerita ni dah lama.dan dah lemau.hukhuk

4 disember yang lepas.seminar terakhir untuk kos environmental health and safety iaitu Environmental Impact Assessment. dengan tema yang..aku sendiri dah lupa.biasalah.short term memory person.

Environmental Impact Assessment adalah satu subjek yang tiada final.jadii..seminar ni semacam kayu ukur sikit la untuk kitaorang.secara ringkasnya.EIA adalah 1 prosedur yang dilakukan untuk evaluates potential impact to the land sebelum sesuatu projek itu dijalankan dikawasan itu.means that masa projek itu di-proposed.so kita cekidaut kawasan itu and kita recommends measure to mitigates and control those effects.

ok.

group aku group 2.gambar atas tu.masa seminar IHS yang dulu dulu tu.yang kitaorang menang no 1 tuu.hikhik.so untuk EIA ni kitaorang still together gether lah kan.kitaorang buat EIA dekat klang je.dekat.ada yang buat kat manjung, taiping, hulu langat..macam macam la.tapi alhamdulillah.kitaorang dapat site yang dekat.

untuk mendapatkan site untuk buat EIA ni.kitaorang kena cari EIA report untuk company tu.dapatkan report mudah je.pergilah kat library..yang buat susah tu..sebabkan kami ada 72 orang.so setiap orang ditugaskan untuk mencari 1 report.yang susahnya bila..ada yang tersama tajuk, kawasan.so kena gigih lagi pergi carik..cari senang.tapi malangnya tak boleh fotokopi.its sulit you know.so..tulah.

bila cabaran mencari EIA report dah setel..kita kena cari site untuk pergi buat audit pulak.ok kat sini..1 group ada 5 orang kan..so dalam 5 EIA report tu..kita pilih 1 kawasan untuk dijadikan tempat untuk buat audit.nah! cabaran sebenar bermula.

its not easy to do an auditing.banyak company reject bila dengar ayat audit.masa ni kredit telefon macam air.tapi bukan kredit aku la.masa ni kelima lima EIA report tu tiada guna.sebab..banyak reject.sebab tu la rupanya senior duk cakap..sediakan plan A B C D.ini maksud depa rupanya.

masa ni kita duk sibuk tanya group group lain.dapat site tak? da pergi ke? kat mana? urgh.macam macam lagi la.masa ni tiba tiba bilik report EIA tingkat 16 penuh.penuh sebab nak carik company lagi.sebab banyak reject.ada yang lagi seminggu nak present baru dapat buat auditing.kesian depa.

cabaran untuk group aku tak kurang hebatnya..berkali kali kitaorang buat surat untuk bagi company.naik turun lif tingkat 16 untuk dapatkan sign lecturer yang berkuasa.haha.mintak ijin maa..ada satu tu kita dah deal baik punya untuk datang company..pastu bila tinggal esok nak pergi.si polan tiba tiba reject.memang macam wat the fish la kan.cuma tulah.budak lelaki kan relaks relaks je.dengan tenang depa 2 orang ni pergi carik tempat lain..dan dapatlah.kat klang tu.sewage treatment plant kat bukit raja.huhu 

bila dah dapat tempat..kena buat jadual guna equipment pulak..masa ni kena berebut dengan group lain.kita ada 15 group.so..macam tulah.bukan aje berebut barang dengan budak EIA sendiri malahan *cewah ayat* kami terpaksa berebut alat dengan budak seminar Industrial Hygiene and Safety.ni junior punya seminar.sebabkan parameter sama.so alat yang guna pun sama.

oh cakap pasal parameter.untuk EIA kena cekidaut semua.Air, water, noise soil..bla bla bla.banyak lah.so tough sikit la EIA ni.berkampung kat site untuk buat measurement selain ikut standard dia.

untuk seminar ni..semua orang dinasihatkan menjadi ajk.so aku..dapatlah jadi ajk cikai cikai je.iaitu ajk sponsor and hadiah..so buat pertama kali jadi ajk.dapatlah aku feel bila nama biro ko naik masa post mortem.untuk tugas biro hadiah and sponsor ni.kami kena carik sponsor and beli hadiah.kitaorang hantar kat 6 company.1 pun tak dapat.so dapatlah cop tak buat keje dan..dapatlah jugak title buat keje last minit sebab lambat beli hadiah.

hakhakhak.

malas nak fikir sebab banyak sangat misunderstanding and miscommunication.mana ada orang nak caya butir butir yang keluar dari biro cikai ni..so..ai tak kisah yu.

susah la kerja dengan orang yang tak percaya kita.ini bukan isu kita buat kerja or tak.cepat lambat janji masa hari kejadian kerja setel and ape yang majlis tertinggi nak *konon* dah setel.pada aku once ko da jadi ketua.ko kena la percaya orang bawahan kau buat kerja.memang kau patut takut bila tengok tak ada progression.but then tanya la sebab apa tak ada.ni tak.terus buat tuduhan melulu.

pelik.

its ok then.tuhan tahu ape kita buat kan? bukan gaya aku untuk meluahkan perasaan masa post mortem.its not cool.really not cool.its call funneh.so so so funneh.

sebab tak penting isu yang remeh dibangkitkan.so kami biro cikai.buat tak tau je.sebab..malas.

oh ya! untuk EIA seminar ni kami kalah.tak menang dah,.group lain menang pulok.tapi ahli team aku.jibam dapat best presentor.i wish to become like him.always confident and always brilliant. dia genius yang sesat kot.hahaha.ja'at!

so..2012 bakal melabuhkan tirai.and aku nak jugak buat entri kesimpulan untuk 2012.tapi..tengoklah.huhu

eh kejap.aku tak bubuh nama kan? tak sebut nama kan? type A person? heh.

p/s study week dihabiskan dengan membaca novel hanoi jane.sungguh berani mati lu jah.






Dec 14, 2012

Jeles

"I always fight with my boyfriend. We love each other but we fight all the time. I am such a drama queen, I cried and yelled at him, thousand million times but no matter what, he will always end the fight with a message "I love you so much. Ok. So cut all these nonsense." That makes us together for 5 years.''(A.M,2012)

ok.ni ayat aku cilok dari status kawan aku.ehem.sekali lagi operasi cilok mencilok berlaku dan ehem.aku rasa bersalah pulok cilok mencilok tanpa pengetahuan owner ni.hehe.awok ni ecahh..kalau kalau dia terjumpa ayat aku ni kat blog.maaf la ye.tak ada niat pape pong.

pape pun.i'm happy for my friends happines! =)

masalahnya.

aku jeles.seriously  i'm jelly ok! jelly! jelly! helly! eh helly? eh silap! jelly! hehe =P dan aku fikir.so sweet la kau ni gendotss.haha i dunbilivit! tapi terang bersuluh la aku cakap aku jeles kan? teruk ke eyh? ala bukan jeles ape pong.tapi jeleslah.jeles sebab fikir.oh bertuahnya badan! dapat pakwe seseorang yang sayangkan aku kau yang memahami kau yang jelas dengan apa adanya kau!eh ape ayat aku buat ni? betul ke?

pada aku.untuk kau bertahan selama 5 tahun adalah keajaiban.baguslah.masing masing memahami atau salah seorang memahami.atau salah seorang punyai kematangan yang bagus yang luar biasa dalam meng-handle masalah.ape bahasa rojak ni ecah..awok nii..teruk beteii.mampuih aku kalau puan mumtaz baca blog aku ni.hikhik.ok sambung.haa..kematangan.dalam isu gaduh gaduh ni.lelaki kena matang la kan.matang dalam mengawal emosi wanita.percaya atau tidak.bila aku baca status kawan aku ni.aku rasa macam happy gembira at the same time rasa macam tersentuh.

oh over ke aku?

its ok la.walau ko gaduh berjuta kali atau 150 juta kali.haha over.tapi masing masing still memahami dan salah seorang tidak berasa bosan dan masih setia menanti melayan mood swing yang menggila.lebih lebih lagi perempuan.yang memang mood asik nak menggila.haha.its ok.tapi masalah berlaku bila si lelaki dah bosan.dah malas dah tak faham.yezza.masa ni...harapan kau setinggi gunung yang nak kekal abadi tu.ditelan zaman je la.sebab apa tau.kalau perempuan bosan ke apa ke.apa apa la.peluang ko untuk bersama tu still ada lagi.tapiii...kalau lelaki dah kata bosan malas layan ke apa ke.aku rasa peluang tu tak ada.sebab perempuan ni hatinya lembut.selembut sutera gitew.lelaki tak.lelaki kalau kata tak suka memang dia tak suka.takkan patah balik punyalah wa cakap sama luuu! sedih kan? sob sob sob. T-T

perempuan biasalah.emosi.bak kata ustaz azhar idrus

"ketahuilah wahai lelaki, apabila kamu berkahwin bermakna kamu akan bersama makhluk yang tersangat hebat dan keras kepala"

haa...nampak tak nampak takkk...keras kepala tu.orang lelaki.u'olls kena memahami kami kaum hawa yang keras kepala ni.hikhik.dan untuk orang orang macam aku ni.dah la terputus.terluka.ter ter ter ape ape lagi lah.macam ni lah gayanya.jeles.and keep on asking.

kenapa kenapa kenapa mengapaa?

kenapa aku pun tak bertahan macam ni eyh? kenapa kami tak ada sefahaman macam ni eyh? kenapa beliau tak secool kawan aku dalam meng-handle masalah eyh? dia kan lelaki? kawan aku ni pun lelaki? dan bermacam lagi lah.nampak tak kat situ aku macam salahkan pihak sana? haha.no komenn. =P dan macam macam lagi lah pertanyaan yang bermain dimindaku.keep on bertanya bertanya dan bertanya hinggakan lupa soal jodoh.kalau secara warasnya.aku suppose terima dengan redha.fikir ini takdir-Nya.dan..ayat ini meredakan aku sedikitt laa kott.

"when Allah takes something/someone you want/love.HE will always replace it with the one you will need much better.Hold on.the time will come."

masalah sekarang bagi aku.tak ada sape sape yang lebih baik.

dan sekali lagi aku terfikir soal 5 tahun.ko bertuah A.M dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dua orang kawan aku ni.haha.dan aku yakin si gendut takkan lukakan hati ko.takkan sia sia kan ko.walaupun perangai dia kat aku macam hantu.gigi pun macam hantu.ops.tapi hati dia baik maaaa.dan apa yang membezakan dia dengan orang lain adalah kematangan.yezza.aku pernah cakap kat kawan aku.kesetiaan memerlukan kematangan.hahaha.aku rasa tu lah kata kata nasihat aku yang agak matang untuk dikongsikan.lolz.

ouh tidak.aku stress.

kepada si gendot.cepat cepatlah ko pinang A.M dengan bismillah.he!he!he!

ouh tidak.jeles lagi.headache.aigoOo.

nite. =.=

#dear papa S, semakin hari saya telah mengaplikasi penggunaan he!he!he! dengan jayanya.he!he!he! =P

Sep 18, 2012

semester 7


Assalammualaikum.

hari ni dah masuk minggu ke 2 semester 7 bermula.dah jadi senior aku ni rupanya.huhu.jadual kat atas tu macam heaven je untuk semester ni.tapi tak tau lagi lah heaven ke tak heaven.huhu.semester ni aku last ada kelas teori.next semester dah mula untuk praktikal.yayyy.tak sabarr.huhu.semester ni ada 4 subjek je.tapi agak menyesakkan dan merisaukan.sebab ada fyp proposal.arghhhhh.i have no idea about that things! tak boleh kata tak nak fikir.sebab memang kena fikir.wuwuwu.

subjek untuk semester ni aku ada...EIA.environement impact assessment.rasa rasa untuk subjek ni tak ada final.but then ada seminar.huargh~.pastu ada pollution control.subjek ni nampak macam interesting.pastu ada disease control.haa..yang ni lecturer feveret aku ajar.harap harap boleh score la paper ni.last sekali subjek technology entrepreneurship.subjek ni berkaitan bisnes bisnes sikit.t ada small projek dimana kami kena present satu product yang related dgn kos kitaorg then promote kan untuk dijual.hahaha.macam tu la kot.

untuk minggu pertama hari tu.tak busy lagi.untuk minggu ni.tak mungkin.tapi percayalah.aku dah kira kira hari untuk next cuti.cuti raya haji.huhu.

semester ni aku tak keseorangan dipalam.tapi aku ditemani adik aku.haaa.adik aku dapat sambung kat UiTM Puncak Alam.tapi tak sama fakulti la.dia fakulti bisnes.amik kos bisnes transpot.sempat la aku buat research sikit pasal kos ni.sebab mula mula aku sendiri pun tak tau.tanya tanya kawan untuk mendapatkan gambaran yang jelas.so that aku tau nak cerita cemana if pak cik mak cik tanya.

ok yang aku tau pasal kos ni..dia ada 2 cabang.public transpot dengan logistik.public tu macam kat ktm, lrt, rapid kl.macam tu laa...tapi untuk logistik.bahagian pengangkutan untuk hantar barang ke ape ke.macam tu la.bahagian logistik ni.ada kat mana mana.so peluang cerah jugak la nak dapat kerja tu.haha.ni secara ringkas la yang aku boleh jelaskan.tq kepada nad.sebab menolong I untuk faham dengan lebih lanjut pasal kos ni.hehe

bila ada adik yang dah belajar ke peringkat degree ni.aku menjadi selalu risau dengan adik aku.haha.over je.dah ada tanda tanda menjadi ibu yang baik ni.cewahh.kalau adik adik aku exam.akulah orang yang paling cuakk sekali selepas mak aku.barang barang stationary.aku sendiri belikan.aku sendiri sediakan.sebab risau.kadang kadang entah apa apa pensel je budak budak ni pakai.

ni dah ada adik yang setempat degree ngan aku.aku jadi lagi risau.risau dia main main.risau boleh ke dia ngan kos ni.risau dia kena kacau kacau ke.aish.banyak lagi la.hahaha.aku memang harap yang adik aku akan masuk puncak alam.sebab nak tengok dia cemana then pape aku leh je la datang.kalau tak busy.hikhik.

akhir kata.cewah.aku harap semester 7 akan bawa sinarr untuk diri aku.huhu InsyaAllah.. =)