Pages

Nov 19, 2011

separuh beban ku pergi

salam.

fuh.untuk masa dan ketika ni.boleh la helakan nafas sedikit lega setelah tamatnya beberapa urusan yang menggugat emosi jiwa dan raga.sejak beberapa bulan lepas.ada je kerja yang kena buat.biasalah student kan?salah satu urusan menggugat emosi dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.subject ni kitaorang ditugaskan untuk buat study.carik parameter untuk dikaji.carik local factory and international factory then compare parameter yang kitaorang nak kaji tu dengan 2 kilang ni.untuk group aku.major parameter adalah udara.kitaorang nak kaji kualiti udara dalam bangunan kat kilang tu.tapi secara tiba tiba kami disuruh untuk carik lebih dari 1 parameter.omaigod.no komen la.kelam kabut jugak lah.

alhamdulillah.minggu lepas satu urusan terbesar sem ni telah tamat.seminar untuk subjek industrial hygiene and safety.presentation dah setel but now kena bertungkus lumus siapkan report yang setebal kamus dewan bahasa mungkin? huhu.

perjalanan dalam nak siapkan report, analisis data, buat abstrak.hurm.sangat sangat mencabar.masa ni macam macam emosi dari ahli kumpulan aku dapat tengok.aku jugak tak nafikan yang aku turut terjebak dalam keadaan dimana emosi sangat sangat tak stabil bila berhadapan dengan suasana tertekan dalam mencuba untk hasilkan yang terbaik.sangat tertekan.betul.untuk masa masa terakhir.aku sendiri pun susah nak tidur asik fikir pasal kerja kerja kerja.masa ni rasa nak kunyah rokok je.hah.tidur pun tak cukup lagi lagi minggu lepas.memang sangat sangat penat.bak kata sir subra masa hari kejadian.cry n smile! ye word for that day adalah cry and smile.lagila berdetak jantung dibuatnya.

nak kata hasil kami baik.entah.tapi sekurang kurangnya markah untuk presentation kami tak dapat paling rendah la.standard harga je.haha aku bersyukur jugak dapat markah tu sebab semua kerja yang kami bentangkan adalah hasil pengubahsuaian dalam masa beberapa minit beberapa jam sebelum giliran kitaorang.haha.

biasalah.masa berahli ahli group ni.sangat sangat sangatlah banyak perkara yang kadang kadang buat hati kita atau hati seseorang tu terluka.memula memang aku susah la nak terima.cepat sangat melatahnya.tapi bila difikir fikir balik.dan cuba berfikir dengan positif seperti kawan aku hani.anggap je la ni satu proses pembelajaran dan mengenali ahli group kita dengan lebih dekat.aiceh.memula memang susah nak carik keserasian.mungkin for the next task.kami akan buat yang terbaik.huhu.

banyak lagi keje kami tau.huuu.menghitung hari betul dengan keje la dengan test la.haiya.macam macam.study week pun nak dekat dah.ni kira lega sikit la bila separuh beban dibahu dikepala telah pergi.

kepada ahli grup.aku mintak maaf sebab mungkin aku jugak tergolong dalam salah seorang yang emo emo masa buat kerja hari tu.huhu pape pun.tahniah semua sebab kita habis jugak present! yay!

esok nak pergi penang.tak eksited pun.huhuh.balik sini keje banyak bang~ duit pun tade bangg~

Oct 4, 2011

monolog

hai.nama saya norraisyah ahmad.saya berumur 22 tahun.saya belajar kat uitm puncak alam.saya amik jurusan kesihatan persekitaran dan keselamatan.kebiasaannya.saya gemar memanipulasikan jurusan yang saya amik bila becakap dengan orang.kadang kadang saya cakap saya amik fizik.kadang kadang mascom.kadang kadang nak tunjuk best sikit.cakap la engineer.jahat kan? bukan apa.saya tak suka nak terang lebih lebih kat orang ramai berkenaan kos saya.sebab ramai sangat tak faham.memanglah kita kena terangkan kat orang ramai apa kos yang saya amik.tapiiiii saya lagi rasa tak best bila orang tanya saya.

"amik kos apa?"
"environmental health and safety"
"hah?"
"kesihatan persekitaran dan keselamatan."
"oooo"

lepas tu orang orang ni akan diam dan terus ubah topik.seee.nampak sangat kan dorang tak tau kos apekah ini.kemudian saya akan rasa bersalah dan nak menangis sebab topik saya macam tak best dan tak diminati.sejak hari hari itu.saya berazam untuk tipu jurusan yang saya amik.senang hati bila orang faham apa yang kita cakap.betul tak?

besday saya? dah lepas dah.bulan tiga hari tu.15hb 3.kalau nak bagi hadiah.boleh boleh.belated besday punya la.tapi boleh je.saya tak kisah.saya ada twitter.blogger dan facebook.oh ya.myspace pun ada lagi rupanya.lama saya tak bukak myspace.apa kabarlah agaknya kawan kawan lama disana.twitter saya suka.sebab saya boleh buat sesi luahan perasaan serta kutukan kat sana.teruk kan? saya tak kisah.sukahati saya lah.tu kan twitter saya.betul tak? facebook? ada jugak.mestilah ada kan? facebook saya apa? ala malulah nak sebut.disebabkan saya minat kat salah sorang artis dari taiwan ni.so saya pun dengan gatalnya bubuh la nama saya dengan nama dia.aisyah achou.macam gabung gabung gitu.tapi tak maksud pape pun.saja suka suka.ada kawan kawan yang tak suka.diaorang kata kesian ayah saya.tapi saya tak kisah orang nak cakap apa.sebab ni kan main main je.janganlah serius sangat.bukan saya nak guna nama artis taiwan tu masa saya akad nikah nanti.nama kat kad pengenalan masih aisyah ahmad.bukan aisyah chou.orang panggil saya pun nama aisyah ahmad lagi.relakslah kawan kawan.

blog? lagilah malu.malu ke? perlu ke nak malu.saya tak tau kenapa saya bubuh nama tempoyak durian.tak komersial langsung kan? tapi nama blog yang tak komersial ni la yang saya berjaya sikit mengarang dan tambah follower dan macam seakan aktif sikit.nak harapkan yang lama lama? this is much much better.saya tak suka tempoyak.tapi saya sangat cintakan durian.pada saya.saya ibarat puteri durian.sebab bila makan durian sebanyak banyak mana pun.saya tak panas badan.baik kan durian terhadap saya.terasa seperti disayangi oleh buah durian.

saya anak kedua.dari 5 orang adik beradik.dulu kawan kawan saya ingat saya anak bongsu.anak tunggal.pelik.adakah saya nampak sangat kebudak budakan.ah.persetankan.saya kakak yang garang.cerewet.dan suka ketawa berdekah dekah.oh ya.juga kakak yang cuai.bila keluar dengan adik saya.mereka yang jaga saya.angkat barang untuk saya.saya tak buli.tapi sebab saya gemar berpura pura tak berdaya.over kan.

saya ada kucing.nama kucing saya yayang.yayang seekor kucing gagah tapi pemalu.dulu dia ada makwe.makwe dia selalu datang rumah untuk jemput dia pergi dating.ibarat perigi mencari timba.tapi malang.yayang dah tak betul.dia selalu menjerit jerit bila balik rumah.suara dia sangat nyaring.kadang kadang saya stress bila tengah tidur.kalah jam loceng.saya konfius.sejak kejadian kucing cantik datang rumah.dia semacam tak keruan.padahal dia tak menyukai kucing cantik tu.oh ya.yayang adalah seekor jantan.saya harap yayang berubah menjadi normal.dan makwe dia? hilang tak dijumpai.sudah mati mungkin.

status? soalan susah tu.in a relationship.dengan sapa? kawan sepergaduhan masa sekolah.so pengajaran.jangan gaduh gaduh.nanti lain jadinya.kalau saya stress.saya suka menulis.macam sekarang.tengoklah hasil stress saya.sebuah entri yang merapu saja.tapi tak kisahlah.janji dapat meneruskan semangat berblogging pun dah kira baik la tu kan.positif positif.selain menulis.saya suka bercakap dengan banyaknya kalau saya stress.okay.sebab sebab menulis banyak banyak.salah satunya sebab saya naak bercakap.dan tak ada sumber yang sesuai untuk saya ceritakan atau saya tak ada mood nak cerita kat sapa sapa.so saya merapu je la kat blog ni.kalau saya banyak cakap.99 peratus adalah angan angan kosong yang konon konon terjadi lagi 10 tahun.itupun kalau ada rezeki dan panjang umur.sangat hebat kan rapuan saya.

saya seorang yang suka marah.dan saya selalu sangat terlepas cakap.tapi muka saya berwajah tanpa perasaan.rasa teruk.baru perasan masa kerja hari tu.lagi lagi orang lelaki gatal.keterlepasan kata kata makin menjadi jadi.saya terlepas cakap.bukan sengaja.kira kata kata itu jujur dari fikiran.mujur tak jadi apa apa kan? bahaya.berbalik kepada marah.iye.saya cepat marah.percaya tak.harus.tapi masalahnya.saya cepat lembut hati.ini satu kelemahan.

saya tak suka lipat kain.saya harus cari bakal suami yang pandai lipat kain.eh bukan pandai tapi suka lipat kain.semua orang pandai lipat kain bukan.jikalau saya tak menjumpai bakal suami yang suka melipat kain.saya bercadang untuk membeli sebanyak mungkin almari besar dan container untuk menggantung baju baju saya.mudah bukan.tak perlu lipat.atau mungkin saya perlu beli mesin lipat kain? idea baik.saya tak pandai masak megi.pada saya megi adalah makanan yang paling susah untuk masak.ini berita baik kepada bakal suami saya.

saya suka simpan perasaan.tak baik bukan.

saya asalnya bercadang menjadi seorang cikgu bahasa melayu.cita cita yang paling teruk saya pernah cakap adalah untuk menjadi akauntan.macam mana nak jadi akauntan bila subjek matematik adalah musuh kita.nampak sangat cita cita nak best aje.

penulis novel? dulu la.sebab musim orang baca novel dan pertumbuhan penulis penulis muda yang sangat banyak.

okay.itu saja.babai.





Oct 3, 2011

manic monday

hari ni teruk! dah nama pun isnin kan? aku seolah olah tak percaya yang kena pergi kelas hari ni.over tak? haha bangun pagi rasa macam.ohhh tidakkkk.kenapa kena pegi kelas? haha sengal.padahal aku dah tidur awal kot.kul 12.tu pun dah gelabah sebab rasa dah lambat sangat aku tidur.kenapa aaku tak tidur pukul 11 tadi! hah macam tu pulak kan.

kelas pagi je aku dah terkapai kapai.bila masuk kelas kedua.kelas encik rahim.aku dah exhausted.bila lecturer aku cakap nak lepaskan awal.aku dah beria.sampai dia kata.nak keluar pukul 1 o 12 setengah? aku salah sorang yang tak rasa bersalah jerit.

"12 setengahhhhh~"

haha.kejam.kalau aku jadi lecturer dan dapat student macam ni.menangis aku. T-T

petang lab.lab IHS.masa ni rasa terkapai kapai.sebab apa rasa terkapai kapai untuk subjek IHS? sebab tiba tiba tadi kena demonstrate alat yang bakal kita guna.uhuhu.sepatah haram langsung tak faham plus tak reti guna pun.tapi kami berjaya larikan diri dari di paksa untuk demonstrate.

hari ni kira macam nasib baik.semua nasib baik.baru kitaorang terfikir macam macam.tulah.bila otak mula didesak.masa ni la macam macam terfikir.nasib baik jugak kitaorang jumpa balik lab assisstant.mintak pendapat semua.tanya senior.kebetulan senior ada di tempat kejadian so serbu je la akak amirah dengan abang afiq tu.

lepas jumpa.baru rasa ada sinar sikit.baru rasa macam ada lorong lorong cerah.hahaha.baru rasa semangat sikit.dorang kata benda ni simple.tapi kenapa nampak sangat sangat complicated? bijak gila diaorang.huhu.

berita baik selaku ajk publisiti.poster untuk seminar IHS.ajk montaj yang buat.hahaha i like this.so kitaorang just helo helo je.bila mau anta itu sama itu kedai buat poster? ahahaha.boleh la hembus nafas lega sikit.hahaha

lab IHS.aku dah kritikal sampai tak boleh kritikal dah.haha.kepala sakit pun jadi lagi sakit sebab kena betulkan macam macam.kena tengok macam macam demonstration oleh group lain.memang kena banyak kajian sendiri untuk faham IHS ni.yang aku pulak? macam syok sendiri.

petang tu memang masing masing dah kritikal.aku tak suka lab.aku suka lecture.sebab boleh sandar dan tidooo.hahahah =P

betul tak?

ok.kena buat essay mandarin.tajuk.menonton tv.huhu


Oct 2, 2011

bebel

hai! salam!

aku rasa lama sangat aku tak mengarang dekat sini.dah macam satu musim pulak.ramai yang tak update blog.haha.musim kat kawasan aku je kot.aaaaa.aku bukan malas nak menulis.kalau ikutkan banyak sangat yang nak kena tulis tapiiii busy lah.haha busy ke? eh mestila!=D

so dah 3 minggu rasanya kelas aku dah berjalan.secara keseluruhannya.aku risau.sangat risau.permulaan yang tidak baik.pada aku.aku seolah olah masih tidur.haha.over tak? jangan tanya aku sama ada aku sedang berdengkur ke tak.tu lagi over.hurm.serius betul.aku rasa aku tengah tidur lagi.teruk kan? macam entah.tekejut.blur.n banyak lagi.just imagine.ko tengah tidur.pastu orang kejut ko tiba tiba.hah! macam tu la aku rasa.aku rasa blur.blur yang tak tau bila habis.huhu aish.risau! =.=''

dengan subjek sem ni yang sangat sangat mencabar.buat aku lagi menggigil lutut.seakan satu habit atau perasaan fobia.entah la.tapi bila setiap awal sem je.perasaan nak quit belajar tu.menebal gila.haha ngok ngek pun ada.mood tu macam hilang.asik fikir nak kejeeee je.ok sejujurnya.aku memang nak semua ni habis dengan cepat.setiap hari.eh tak ada lah setiap hari sangat.selalunya la.aku akan kira bila nak habis.hoho.over lagi kan? kadang kadang bila dah tak fokus kat kelas tu.hah.mulalah.berangan.dan salah satu angan angan aku adalah.tempoh tamatnya semua ini dari berlaku.huaaaaaaaaa.oh masa.cepatlah lari dengan laju.

subjek paling busy sem ni dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.aku rasa dah tepat dah nama subjek ni.subjek ni aku kena pegi lawat kilang.bukan takat lawat.kena buat kajian.perghhh.dah macam final projek.tapi bezanya.kitaorang buat kajian secara berkumpulan.nasib tak menyebelahi.aku dapat parameter yang aku tak suka.apakah dia? udara.huuu.nampak senang.tapi sebab da pernah tolong kawan dulu buat kan? so rasa macam.aaaaaaaa~ jumpa lagi kau rupanya! haaa.macam tu la lebih kurang keluh kesahnya.udara ni macam kita nak check kualiti udara tu.capai standard tak? contoh kalau ada gas co2 kan? hah.tahap co2 kat kilang tu.bahaya tak? kesan dia kepada pekerja? aaaaaaaaa.lebih kurang macam tu la.hahaha =P *see.tak serius lagi*

sekarang sibuk buat proposal.jumaat ni nak kena pegi kilang kecik.next weeknya berangkat ke kilang besar.adodoi.fening.tu belum habis.semua hasil kajian kitaorang.kena present.huaaa.tu yang gugupnya.entahla.cuma harap aku dapat buat yang terbaik.tapi masalahnya.aku malas la sekarang ni.oh ecah.bangunlah! bangunlah! *pelik je*

next subjek adalah env built n tech.ni kitaorang jadi macam arkitek.hahaha.geli pulak.tapi betul tau.kitaorang kena design satu kawasan penempatan yang env friendly.macam macam lah.dari rumah sampailah tol semua.yang ni nak terang.tak cukup satu entri.haha yang ni haris dah aturkan temu janju dengan kawan dia.just hope everything goes well.sebab beberapa minggu ni kitaorang tak habis habis dengan subjek IHS je.huah.subjek aku untuk sem ni.bukan 2 ketul ni je tau.ada tujuhhh semuanya.rasa rasa 2 subjek tak ada final.so 5 subjek la aku kena hadap masa final nanti.macam haris.aku pun nak doakan final cepat datang.hahaha =P

sebenarnya aku baru balik kajang ni.3 minggu gak tak balik.haha so macam nak balik la.amik selimut je kot.ahaha puncak alam ni dah macam genting dah.tapi kadang kadang je la.atau mungkin rumah aku je kot.haha bertuah kan? aku harap minggu ni aku berubah jadi kuat secara tiba tiba.kuat means bersemangat! bukan macam makhluk hijau! ahahahahah! 

ok.bai! 
  

Sep 21, 2011

morning.

dah masuk minggu kedua belajar.semester ni mencabar mental dan fizikal mungkin.macam biasa.dilemma awal sem.mood belajar tak sampai lagi.sebab tu selalu tak perform test,quiz and etc.assignment? no komen.rasa macam tengah tidur sedap sedap sekali kena kejutan yang amat dasyat untuk bangun pagi.sungguh lah tak bersemangat.

risau.

harap harap perasaan ni segera pergi.

oh ya.aku nak balik kajang.tapi tak adalah masanya.

minggu ni kenduri kawin rumah anis.sedara aku.yang vouge gitu.

bila eh nak balik?

kenduri kawin kak izyan mungkin.

laaaagi 2 minggu.

apa?

2 minggu!

aaaaaaaaaaaaaaaa

*headache* #over gila

Sep 8, 2011

kenangan

salam.

genap seminggu aku dah berhenti kerja.kejap je masa berlalu.semalam aku pegi tengok wayang dengan faja.citer hantu bonceng.kitaorang pun cakap hal yang sama.sekarang masa berlalu begitu cepat.raya pun tak terasa sangat.ke kitaorang je? haha masa beraya pun macam terhad.dia bz.aku bz.bz ke aku ni?

okay.berbalik kepada topik.

dulu masa kerja.tak sabar betul nak berhenti.hari hari menghitung hari.

timah: ecah! aku x sabar betul nak berhenti!

yang aku pulak.siap tulis hari kat buku 3 5.haha orang lain tulis untuk kira stock.tapi aku tulis untuk kira gaji n hari berhenti.kejam.

sepanjang kerja.macam macam pengalaman aku dapat.dapat pergi training dan sekaligus aku dapat kawan yang gila gila macam luqman dengan daoh.bila dah kerja jugak ni.aku kenal macam macam ragam orang.secara tak langsung jugak aku dapat faham keadaan persekitaran bekerja kelak.politik kerja sangatlah banyak.dan aku percaya cakap kawan aku sorang tu yang selalu pesan.jangan sesekali lunaskan kepercayaan kita kepada kawan.kepada kawan adalah 0 percent.tak mustahil kawan kita yang hari hari pergi kerja sama sama.makan sama sama.duduk semeja sama sama.kongsi air sama sama.akan khianat kita.

aku pernah jumpa situasi ni masa di tempat kerja.kaki ampu banyaak.sanggup tikam belakang kawan pun ada.pada aku.bila kawan dah tikam belakang kawan.ko berhak angkat kaki dari kawan dari orang macam tu.sekali dia buat.tak mustahil dia buat lagi.pada ketika ni.aku kesian dengan kawan yang setia pada nilai persahabatan.puiii! nilai persahabatan? nilai persahabatan takkan sesekali dicemari disebabkan hanya kau nak naik pangkat cepat.manusia pelik.

tapi kawan dia setia.tak kisah kawan dia buat apa je kat dia.dia pekakkan mata.butakan telinga.hebat.macam mana dia boleh jadi sekuat macam tu? dia boleh lagi bergelak ketawa dengan kawan yang tikam belakang dia? tapi akhirnya.dia naik jugak pangkat.kira misi kawan dia menjatuhkan dia.gagal sama sekali.aku suka yang tu.

orang cakap belakang? pergh.banyak gila.aku bukan yang jenis pilih kawan.tapi aku jenis perhatikan orang.kalau tengok dia suka bercerita.aku suka.aku suka dengar cerita.tapi ada had.bila dah bercerita.aku tengok dia cerita pasal apa.bila dah meleret.okay kita stop.aku blah atau diam.so for the next day.kalau nak lepak dengan dia.ajak orang lain.sebab aku fikir.kalau dia cerita hal orang kat aku.tak mustahil hal aku dia cerita kat orang? betul tak?

tapi bukan aku nak kata yang diri aku terlalu baik sampai tak pernah cakap pasal orang.semua orang pernah.kan? kan? haha.tapi sampai yang mengaibkan plus sampai berbaur fitnah.mau aku tak takut.huish.

pendengar setia.okay aku kena faham yang bukan semua orang boleh jadi pendengar setia.betul tak? mungkin dia jenis yang suka bercerita tapi bukan pendengar yang baik.dia mendengar tapi just untuk mendengar dan bukan untuk membantu.harap korang faham.tu jugak aku belajar.

masa bekerja jugak aku jadi macam jahat sikit.aku tak pasti jahat banyak ke sikit.tapi bila dah tak dengar cakap supervisor dan kadang kadang melawan.korang fikir apa eh? hurm.aku respek seorang ketua bila dia respek aku sebagai pekerja.bila dah mula kutuk belakang sape tak marah kan? means.aku buat salah.but ko tak tegur aku secara direct tapi cakap kat orang lain.seorang ketua akan dipandang ketua bila dia berani tegur anak buah dia.lagi satu.tegur bukan macam aku ni hamba abdi ko yang ko boleh marah sesuka hati kat depan orang ramai.jadi profesional.emosi perlu jaga.aku bengang bila ada kawan aku kena marah depan depan customer oleh supervisor.hello.macam ni ke cara tegur orang? pekerja pun ada air muka yang perlu dijaga.betul tak?

pernah aku diserang secara tiba tiba berkaitan dengan hal kawan aku tak datang.pergh.berasap aku.terus aku sound supervisor tu.aku pun tak sangka aku boleh marah balik.huhu sebab yela.orang tak datang bukan tak bersebab.ni nak serang serang aku macam aku komplot pulak.sapa tak marah.kalau pasal gaji tu.apela sangat.huish.at the end.amik hati aku balik.baguslah.tau rasa bersalah kan.

banyak kali kitaorang fight ngan supervisor.jahat tak? bukan jahat tapi nakal.nakal ke? tak dengar cakap.sampai kena tangkap dengan manager kan? hebat.sampai sekarang manager tu ingat kitaorang lagi.sebab kitaorang tak kenal dia.bagus.

customer? macam macam.dorang tak hormat kat kitaorang pekerja ni.jujur aku cakap.ko datang meden.buat apa nak perkhidmatan kelas atas? kalau nak barang branded.pegi la carik kat parkson.n jangan la ingat orang kerja meden ni.bodoh bodoh sumenya.ada je yang berpelajaran.tapi dorang tak ada peluang nak sambung.pelik dengan orang malaysia ni.selalu tertekan sebab customer.bukan dengan kerja.

oh ya.aku suka kerja kat situ sebab kawan kawan dia sangat baik.kami macam family.hari hari kena paging.kena marah.tak kisah.sebab ada kawan kawan.macam aku ada partner yang bagus.dia ajar aku cara bekerja.dia tak pernah tensen bila kena marah.haha steady je.kerja pun relaks.pernah je dia jadi rajin.tobat.aku tak nak dia jadi rajin lagi.haha.tu la naim.babai naim.kerja baik baik.jaga mens dengan mens-na aka kakak kesayangan ko baik baik eh.aku ingat lagi yang dia selalu pesan kat aku dengan hani qin timah semua.suruh jaga kesihatan.jangan amik mc bulan puasa hari tu.sebab nanti x dapat duit raya.tapi last last.dia yang amik mc sebab sakit perut.pe cer bro? haha

even kerja dengan stress.menari.bercakap.menyanyi.macam macam hal kitaorang buat.siap ada manager cakap kitaorang buat konsert kat atas.bagus betul.sengal qin la punya idea.haha.

lagisatu yang aku suka ngan dorang ni.dorang tak berkira.walaupun kerja biasa biasa.kerja susah payah nak dapat duit beribu ribu.tapiiii..sangat tak berkira.suka belanja kitaorang.kitaorang faham kesusahan dorang nak dapat duit tu.tapi hati dorang tak susah nak belanja kitaorang makan.hampir semua belanja kitaorang.kitaorang nak belanja dorang pun.fikir 2 3 kali.macam segan gak la ngan dorang.tak berkira.kalau kirim pape.mesti tak nak duit balik.stress gak kadang kadang.sebab rasa bersalah.huish.

kami diberi pesanan ringkas oleh abang yusuf.kata dia.bila jadi bos.layan pekerja dengan baik.sebab kita semua sama.kita semua menumpang kerja di bawah bumbung yang sama.cleaner tu pun kita kena hormat.betul abang yusuf! kami dengar! pastu dia cakap.belajar rajin rajin.sekarang zaman dimana lelaki dengan perempuan sama taraf.kalau kita yang perempuan tak belajar rajin rajin n kerja bagus bagus.susah nanti.pastu dia cakap lagi.kalau bercinta tu.ehem.jangan percaya kat lelaki.kalau dia cakap dia seorang pemalu dengan perempuan.persetankan.kalau dia cakap dia tak pernah kapel.persetankan.kalau dia cakap dia setia semua.persetankan.percaya.tapi jangan semua.faham?

huhu.

abang yusuf chief cashier.dia dah berhenti dah.jaga parents dia.rindu gak dengan dia.sebab dia sangat la heppy orang nya.dan dia cakap! senyum selalu! sebab kalau kita stress n senyum./stress tu akan pergi jugak.huhu.baguslah abang yusuf.kami akan merindui abang! oh ya.dia sorang je yang panggil kitaorang adik.tiba tiba rasa nak ada abang angkat.ehehe.gedik.

kepada kawan kawan sekerja.hani.qin.timah.naim.nana.faiz.yan.syukri.dan lain lain.terima kasih sebab jadi kawan aku sepanjang berbulan bulan ni.terima kasih dengar ngarutan aku sepanjang ni.terima kasih dengar bahasa kasar aku sepanjang 3 bulan ni.haha.jumpa lagi.aku ingat semua nasihat korang! bak kata faiz.jalani hidup dengan tabah.pergh.sentap punya ayat.huhu

ok! babai!

selamat belajar semua! kawan kawan! kita jumpa di palam ya! =D