Gedik je tajuk nak berhash tag bagai.mengada ok.haha.
lagi beberapa hari nak menjelang PRU13 kan.aku tak sabar nak PRU13 ni.haha eksited eksited.eksited nak tau result.kekeke.so kepada pengundi pengundi pertama kali ataupun first timer.jangan lupa.pangkah 2 kali okay.aiceh.satu untuk dun satu untuk parlimen.dan pangkah betul betul! jangan main main.nanti undi rosak.rugiiiii.
aiceh.macam lah aku pernah mengundi.
so musim musim demam demam PRU13 ni.meriah lah kawasan perumahan kawasan jalanan dengan bendera yang macam macam warna.wahhh meriah gila.seronok tengok.hahaha.
sebagai pengundi.tugas kita bukan aje pergi mengundi.bukan amik cuti pergi mengundi.bukan datang awal semata mata.tapi! tapi kita sendiri kena tahu ciri ciri pemimpin yang bakal kita undi tu.kita undi ni bukan atas sebab 'aku janji' mereka semata mata.nonono.untuk yang beragama islam.kita ada panduannya.
sabtu lepas.aku tengok citer Assalammualaikum.Talkshow pepagi hari sabtu di tvalhijrah.ada satu slot dia terangkan ciri pemimpin yang perlu kita pilih mengikut islam.yelah kita orang islam kan.jadi kenalah ikut garis panduan yang agama kita sediakan.slot ni serius bagus.aku bukan tak pernah belajar.pernah je belajar masa sekolah dulu.tapi..,lupa.tak teringat langsung.hahaha.teruk kan aku.so bila dah tengok segmen tu.lagi membuak buak semangat ketidaksabaran untuk PRU13 NI.
so aku share kan lah apa yang aku sempat dengar dan lihat dan aku google.
Kriteria memilih pemimpin mengikut perspektif Islam.
Kriteria memilih pemimpin mengikut perspektif Islam.
1. Muslim, akil baligh dan lelaki.
Beragama Islam.Kanak kanak yang belum dewasa tidak boleh menjadi pemimpin begitu juga wanita yang mempunyai sekatan atau halangan dalam pergaulan seperti menjaga aurat dan keadaaban fizikalnya.
2.Adil dalam melaksanakan hak hak Allah.
Tidak menyalahi kitab Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu membawa maksud pemimpin perlu bertaqwa dengan tidak meninggalkan solat, menunaikan zakat puasa dan mengerjakan haji serta berupaya menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar batas syarak.
3.Berilmu dan mengusai serta mengamalkan ilmu fardhu ain.
4.Beradab mengikut akhlak Islam supaya mampu menjadi contoh teladan.
Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas , istiqamah dan bertaqwa.Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani serta menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahan diri.
Jadi nak memilih pemimpin ni bukan main sukahati je.tengok dia bagi janji manis kita dah pilih tanpa fikir ciri ciri yang sepatutnya kita pilih.Islam ada garis panduan dia.bukan cakap.''oh saya tak kisah sape sape je janji malaysia aman damai.''nonono.sebab siapa yang kita pilih pangkah semua.semua akan ditanya di padang masyar kelak.tangan mulut kaki kita semua akan bercakap.ingat tu.
bila ada orang cakap ''aku malas aa nak fikir.undi je la sesapeee.dia sosial ke tak ke.janji malaysia maju bla bla bla.''
aku rasa nak lempang je orang macam ni.tapi tak leh.maybe sebab dia tak ada ilmu.sebab tu dia bercakap macam tu.takpe.kita pun guide lah dia ke jalan yang benar.aiceh.hahaha.
lagisatu.aku tak faham konsep manusia tak pergi mengundi ni.ramai kot masyarakat sekeliling aku.baru aku tahu.dan aku terkejut.memang lah kita bosan dengan isu politik yang tidak kesudahan.so kita malas nak mengundi la.malas nak masuk campur la.tapi..ni kan tanggungjawab kita.memang jelas dalam islam yang kita kena memilih pemimpin.kan?
Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua." - Hadis Riwayat Abu Daud

lagisatu.kita dah pilih calon A.ciri ciri dia kita dah ikut macam syarat kat atas.dan janji dia untuk lakukan macam macam lepas PRU13.tapi dia tak laksanakan.dun wori.tanggungjawab kita dalam memilih pemimpin berlandaskan syariat islam.dah lepas.so turn dia pulak jawab kenapa dia tak laksanakan janji dia.see.jadi pemimpin bukan senang okay.
Jadi hasil tontonan segmen dalam rancangan Assalammualaikum tu.berjaya lah mendidik aku dengan ilmu yang sudah aku lupa.Bagus dan terima kasih daun keladi aku ucapkan.and aku ada lah google google lagi untuk fahami dan tahu lebih lanjut lagi.first timer kan.huhu.aku tulis sikit je.amcam basic gitu.kalau nak lebih faham.mohon google sendiri ye.tak rugi pun.ilmu.huhu.
aku rasa ramai masyarakat malaysia sekarang dah bijak dalam soal memilih ni.bukan berdasarkan duniawi je.
so akhir kata.selamat mengundi uolls.hehehe.

No comments:
Post a Comment