Assalammualaikum!
hai olls!
saya sedang berduka.berduka sebab kawan kawan ligat meninggalkan saya.mereka sudah habis berinternship.aceli tak ada lah duka sangat.cuba aku rasa tahap gelabah tuu macam dah meningkat lah.makin hari makin meningkat sebenarnya.tu yang kadang kadang serba salah nak tido.
boleh pulak gitu?
ini disebabkan penangan report dan final year project.nak menangis bila memikirkan.oh lupakan lah.
ok lets continue.
aceli bukan nak citer pasal fyp or internship.nak citer...hari tu kitew ke melaka.huhu eksited giilaa jenjalan kat melaka.tak sangka melaka sangat best!
hari sabtu 21hb 4 yang lalu. aku telah ke melaka! buat apa kat melaka? memenuhi jemputan kenduri kawen kawan sekelas aku masa diploma dulu.lama gila kottt aku tak jumpa nora.last pun aku rasa masa diploma la.lepas balik dari praktikal masa diploma.3 tahun yang lepas ai guess.
kenduri kawin nora kali ni belah lelaki.dekat...aku tak tau dekat mana.lupa dah.kad kawin nak show off pun tak dapat dah.juju dah amik buat hak milik kekal.oh ya! seingat aku dia atas lagi dari stadium hang jebat.pastu nampak sungai yang tak berupa seperti sungai langsung.macam parit ja.pastu amik kiri.pastu tadaaa dah sampai.
aku ke sana dengan lina, susu dan juju.
alkisah nya.aku tak plan pun nak pergi ke melaka ni.dah lah tak plan.silap pulak tu.susu call jumaat tu.nak komfemkan sama ada aku nak ikut or not.aku pun yakin je cakap kenduri dia kat sabak bernam kan suma.yakin gila.yakin sesangat lah! sekali salah.sangat sangat salah.kenduri berlaku di melaka.woahhhhh.bila dah salah tempat.maka salah juga la maklumat aku sampaikan pada mak aku.makanya..
terpaksa aku usulkan proposal kali kedua kepada mak aku.
mak aku lak macam berat hati je.dengan isu isu lain.makanya aku kenselkan aje ke melaka.dan efeknya.aku tak boleh tido malam tu.bangun pagi awal sambung fikir.perghhh.
last last aku tanya lagi mak aku.hikhik.degil ouh.aku ni degil gila.tapi degil degil pun mintak permission lagi.jenis aku.aku tak tanya direct.aku jenis mintak pendapat.macam...
'mak mak.kalau kawan mak buat kenduri kat melaka.mak pegi tak?'
mak aku jawab. 'malas'
so bila mak aku dah cakap macam tu.aku pun fikir fikir yang mak aku tak bagi pegi.
pastu sambung tanya lagi.
"mak mak kalau tak pergi tak ape ke mak?"
aku tak tau berapa kali aku ulang soalan yang diputar putar belitkan.last last mak aku surrender.
'pergila kalau nak pegiiiii..'
pastu tanya soalan mintak penampor lagi.
'tak ape ke mak?'
hahahaha.so aku pun laju laju siapkan diri dan mesej susu.yahooo!
so pergilah aku dipagi sabtu tu dengan last minit permilihan baju dan semua semua lah! susu kat nilai.so aku decide untuk drive ke ktm kajang dan letak kete dan ke nilai.setel.jimat pun jimat.RM5.40 pergi balik.tak lambat.dapat tempat duduk dan tak payah drive sesat sesat.
hehe.
so tepat tepat je jam 10 lebih tu.dorang sampai ktm nilai.aku pun sampai.best kan? so jalan macam mak datings ke kete lah.so bermulalah perjalanan aku, ju, susu dan lina ke melaka.weehooo!
kenduri kat melaka meriah gila.ini adalah kali pertama aku ke kenduri kawin orang melaka.best.entah.aku rasa meriah.DJ dia petah bercakap.pastu ada respond dari pengunjung.so best lah.ada interview ahli keluarga.siap ada kuiz untuk dimenangi oleh jemputan.dapat teddy bear besar kott.pergh.tapi yang tak best..ramai golongan berusia lah.so..nak cuci mata tu..banyak kali cuci pun tiada guna.hahaha. =P yela kan.kenduri kawin pun salah satu lokasi berpotensi tinggi untuk mencari jodoh maaa.hahahaha =P teruk! terukk!
kenduri melaka ni kenduri belah suami nora.gigih kan kami.selagi boleh pi..kita pi la kan..huhu
Nora tekejut aku rasa bila nampak kami berempat.hehehe.tak expect kami datang belah melaka.tapi syok ah kawin.sebab pakai baju cantik.ah kau ecah.manjang tu je fikir kan.teruk betei.haha.
tahniah nora! tak sangka nora dah kawin! nora yang aku kenal adalah seorang yang sengal sikit.hahaha.yang aku kenal la.haha tahniah! semoga bahagia hingga ke syurga dan diberkati oleh Nya.
so lepas pegi kenduri.jenjalan lah ke melaka.ok ini aku noob gila pasal melaka.bukan aku tak pernah ke melaka.aku dari kecik dah jalan melaka dah.alah rombongan sekolah.kan femes dulu dulu.asik pegi melakaaa je.bandar bersejarah lah kan.huhu.so bila depa ajak pi jenjalan.aku macam.wahhh bestnyaaa!! yay! yay!
tapi perasaan tu lima minit ke sepuluh minit je.pastu aku dah..haaa? jalan jalan.penatlah.boleh tak jalan kat dalam kete jee.hahaha aku tak pasti lah aku yang tak tau melancong ke apa ke.tapi memang teruk la perasaan tu.hahaha.yang aku malas lagi.aku pakai kasut tinggi kot woih.dengan berskrit bagai.kau tahu jelah tahap kemalasan aku dan kenapa tu kan?
dan dorang cakap.nak pegi mana eh! pegi mana? aku macam..ha? melaka ada ape je? noob gila kan soalan? so decide nak pergilah jonker walk.ok gelak lah puas puas.sebab mana ada orang pergi jonker walk siang siang kan? hahaha.memalukan!!!
lepas jenjalan secara tidak langsung.iaitu bernaikkan kete je.kami pun benti kat mana entah.tapi tengah tengah bandar melaka lah.pastu naik ada satu laluan ni.tangga lah.tinggi tangga dia.tinggi gila.pakai skrit labuh pakai wedges.naik tangga tinggi tinggi.satu kebanggaan.rekod seumur hidup.boleh citer kat anak anak nanti.bhahaha!
gereja St Paul.sebenarnya aku tak tau tu gereja.walaupun dah tulis kat bawah.haha.beria ingat tu Kota A Famosa.
nak naik ke sini lah yang bertangga tangga kena naik.just imagine aku pakai skirt naik tangga tinggi gila nih.dah tu siap berkasut tinggi lagi.hebat tak hebat? hahaha.
bila dah naik.nampaklah pemandangan melaka.wah sungguh indah.angin pun sepoi sepoi seribu bahasa.hehe
kat gereja ni banyak macam tanda nama la.memorial eh orang panggil? aku entah la.blur sesangat.so bergambar pun memang tak hengat.memang aku ingat ni Kota A Famosa lah kan.muka hitam sebab berpanas di melaka.melaka panas kan kawan kawan! huah~
gambar ni masa kat tokong cina tak silap.tokong belah mana entah la.aku ngan lina je singgah.masa ni juju dengan su dah ke tempat membeli belah.ikutkan aku nak masuk je muat muat dalam bekas tu.hahaha.sukahati aku je namakan dia bekas.ke ada nama lain? ai dono.
aku tak tau lah.dah lama tak ke melaka.so bila datang jadi macam noob gila.tak tau menda.tanya nak jalan mana.masing masing hadiahkan muka blur.dan masa ni aku tanya juju ngan lina.awat tak study dulu pasai melakaa.
aceli aku tatau depa nak jenjalan melaka.hahaha.sengal.kalau ikut logik.dah jenjalan jejauh.rugilah kau kalau tak singgah jenjalan.naif sangat la kau ecah.
iye.tapi bukan aku sorang yang tak terfikir ok.susu pun tak terfikir.so i'm not alone bebeh.
melaka panas lah.melaka memang panas eh? hahaha.ini dinamakan statement mintak penampor dari masyarakat melaka ok.hahaha.disebabkan terlalu panas.maka buah tangan yang aku beli dari melaka hanyalah spek mata hitam.hahaha.gedik tak akhak? hahaha.
dah jenjalan bandar hilir.kami ke dataran pahlawan.jalan kaki je tau.tu yang best melaka ni.dekat dekat je.tapi yang tak bestnya aku la.pakai kasut tinggi berskirt pakai.sungguh salah dress code.
suatu masa dulu.aku pegi dataran pahlawan ni.dia macam padang kan? padang hijau nan luas kan? tapi ni dah jadi shopping mall ye? hurm.tak best,
kami pun masuk lah shopping mall dataran pahlawan tu.niat asal nak g mahkota parade.alahaiii.kat somban pun adalah mahkota parade tuu.
bab makan.niat asal nak makan dominos.sebab susu ada kupon.ni satu entah hape hape.kalau dah jenjalan melaka.suppose pegi lah tempat makanan yang fofular yang umph! yang best gila lah kan.ni ada ke dominos.hello ecah.kajang ada dominos.
tapi malang.dominos tiada di dataran pahlawan mall.so ganti dengan a&w.masa ni dah nampak a&w terus cakap kat su yang dia ada makanan 'dog..dog ..dog..' terus su terkejut dan lantas cakap 'hah! dog?'
dah ingat hanjing pulak kan.hahaha.sekali bukan dog dogg ye ecah.tiada langsung nama menu dog.hanya ada connie beef o ciken.akmaklumlah.pesyen aku ni.dalam fikiran terfikir lain.alam nyata fikiran lain.ish ish ish.
citer kat faja pasal melaka.faja marah.dia kata awat tak rasa coconut shake.1 kesalahan ok.kesalahan.dan tengah aku berjimba sakan.si gendut mesej.dah dia boo kan aku sebab tatau apa yang best tentang melaka dan tanya aku balik kenapa tak tanya dia.pui! sukahati ai lah!
citer kat faja pasal melaka.faja marah.dia kata awat tak rasa coconut shake.1 kesalahan ok.kesalahan.dan tengah aku berjimba sakan.si gendut mesej.dah dia boo kan aku sebab tatau apa yang best tentang melaka dan tanya aku balik kenapa tak tanya dia.pui! sukahati ai lah!
jadi secara keseluruhannya.aku suka melaka! aku tak sangka melaka sangat best! dan aku bagitau semuaa orang yang melaka best! so aktiviti membujang boleh dilakukan dimelaka kelak ye? hahahaha.
dalam dua hari aku menjerit menceritakan keseronokan melaka.sampai naik bernanah berdarah telinga adik aku uyun dan mak aku dengar aku bercerita dan bercakap yang:
mak! melaka best mak!
mak! bulan 12 nanti komfem semua orang nak pegi melaka mak!
mak! jom pegi jalan jalan nak? jom pegi melaka!
banyak lagi tempat aku tak pergi.bergambor dengan replika kereta api pun tak.aish! rugii rugiii
dan yang pasti aku akan ke jonker walk bukan waktu siang.hoyeah.huhu.memalukan kan.dan menjelang bulan disember nanti.sedara aku kawin dengan orang melaka.dan ape yang pasti.aku akan ke melaka lagi.tapi bukan dengan skrit dan kasut tinggi.kali ni kita tukar! hahahaha eh macam familiar je ayat?
No comments:
Post a Comment