Pages

Apr 10, 2013

Suri rumah

Assalammualaikum! 


hai sana hai sini hai situ.hawayu? 

aku tak fine good sangat.aku busy! 24 jam sehari tidak mencukupi untuk aku.dan semangat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa semakin berkobar kobar.bhahaha.peratusan untuk menjadi anak dara tua semakin tinggi.haha.tibee.yelah.zaman sekarang mana boleh weyh isteri tak keje.paling koman pun ko kerja dari rumah.see.keje jugak! bukan menjadi suri rumah sepenuh masa macam impian aku.

kejap.kalau masa sekolah dulu.cikgu tanya.apakah cita cita awak.kalau aku cakap jadi suri rumah sepenuh masa.rasa rasa apa cikgu jawab eyh? hahahaha. =D

kalau ditanya lah kan.apakah faktor dan sejak bila timbulnya minat untuk menjadi suri rumah ni aku akan jawab.

minat itu timbul sejak 2 bulan lalu.semuanya bermula kala aku bermula untuk ber-internship.sehinggakan aku bertanya soalan super mengarut dan mahu mintak pelempang dari ramai manusia.espeseli mak aku.soalan tu semua orang aku tanya.mak aku, uyun, faja, mak faja bla bla bla.beramai ramailah manusia dengar soalan mengarut yang berbaur luahan hati.dan yelah.macam aku cakap tadi.mintak pelempang.aku rasa aku penah bubuh soalan ni dalam entri lepas lepas.

soalan itu berbunyi begini.

'ada tak keje yang tak payah bangun pagi?'

orang pertama aku ajukan ialah pada mak aku.dan kejadian itu adalah waktu pagi.ketika aku sedang menggosok mata.

dan pada ketika itu.aku jeles! jeles dengan si gendut yang keje jam 10.oh seronoknyaa.jeles! jeles dengan faja yang keje jam 9! ouh jeles lagiiii.

dan malas bangun awal adalah punca utama aku mahu jadi suri rumah! sebab aku mengidamkan bangun dan tido balik.oh tahukah anda betapa aku merindui saat saat ketika jam 8 pagi dirumah.sungguh aku rindu! dengar suara johan dan ray dan sape ntah lagi sorang tu.sambil mengemas rumah.makan nasik lemak berulamkan teh o suam.oh this is wat we call syurga.angin syurga.syurga duniya.HAHA

selain bangun pagi.faktor aku ingin menjadi suri rumah sepenuh masa adalah.sebab ai letey.penat lah keje.cita cita aku bila dah sampai ofis.pedia tau? aku nak balik awal.jam 5.setengah terus aku lari ke kereta.ha kaw.jangan tak tau.aku penah kot tepat jam bunyik aku gerak dulu.kat syarikat y ni.ada jam bunyik.pukul 5 setengah dia berbunyik.tapi lagu tu macam nak mati je.pelik.tak ada keterujaan dalam lagu tu yang menandakan dah balik! merdeka! hoyay! 

nak kata depa gigih sangat.idokla pulak.

dan bila sampai rumah.aku nak tido.tapi selalu tu hanya cita cita.impian.angan angan.balik memang lah berjaya jam 6.tapi tak ada pulak aku terus tido.dan aku syak.impian itu hanyalah sebagai pembakar semangat untuk bekerja.haha.

oh ya! berkenaan dengan bangun pagi.tak tamat.aku buat lah kajian sikit pasal menjadi suri rumah ni.kajian tentang pukul berapa mereka mula bangun dan mulakan kerja.method kajian adalah interview.aku interview suri rumah yang aku kenal.adalah beberpaa orang responden.tapi suri rumah yang aku kenal ni.tak betul betul suri rumah.pada aku seorang suri rumah adalah.duduk rumah.tak buat pape.kemas kemas.jemur kain.tak ada unsur unsur dia bekerja mendapatkan duit.walaupun jual ais kerim 20 sen.

kebanyakkan suri rumah yang aku kenal adalah pengasuh budak jugak.so ada bias bias sikit lah jadual kehidupan dia.haha.sukahati aku je.

tapi mendukacitakan.suri rumah bangun awal jugak.semua responden aku bangun jam 5 setengah.woahhhhhh. :O nganga luas luas mulut aku tatkala aku bertemu bual.terkejut! awat bangun awai sangattt.mula mula aku tak boleh terima.terus 50:50.nak keje ke nak jadi suri rumah? jadi aku teruskan kajian.

dan aku mendapati.suri rumah boleh tido lepas semua keje siap.ini berita baik! memandangkan responden aku ni pengasuh semuanya.jadi mereka tido dalam pukul 2 atau 3 sampai ke 5.dengan konsep.budak tido kami tido! yayy!

tapi aku mungkin tak akan jadi pengasuh.jadi possibility aku tido awal tu amatlah tinggi.HAHA.tapi.kejap.cakap pasal tido ni.aku ada pantang larang pulak! so ini menjejaskan cita cita suri rumah aku. aiya.

pantang larang aku.aku tak boleh tido bila kat rumah aku seorang diri.home alone.tak boleh.pantang larang ni sudah bersemi dalam diri sejak bertahun tahun lamanya.kalau ngantuk pun aku gagahkan mata jangan tido! jangan tido! semua famili aku pelik dengan tabiat luar biasa ini.dorang penah tanya kenapa.dan aku jawab

"nono! tak boleh! bahaya! bahaya tido kalau sorang sorang.buatnya aku tido.aku dgr loceng bunyik.dengan mamai tanpa fikiran panjang aku bukak pintu.dan dipintu itu adalah perompak.penculik.atau pun aku ngingau.ngingau keluar rumah.oh no.sungguh menakutkan dan bahaya."

adik lelaki aku menggeleng kepala.

jadi dilema untuk menjadi suri rumah berlanjutan.kalau aku jadi suri rumah.walaupun aku punya waktu untuk tido.tapi aku tetap tak boleh tido.hurm.

pening pening.

masak.suri rumah kena masak.aku pun boleh masak.kachang je uolls.masak main main kann.masak main main ni lagi better sebenarnya.kita masak je.ikut naluri hati je.cakap pasal masak ikut naluri hati ni.aku pernah masak.ikut naluri hatii.kejadian masa tingkatan bape ntah.masa tu semangat masak melonjak gila.dek penangan chef wan la.yang duk ber 'tuan tuan dan puan puan' manjang.pastu  'kita masukkan garam secubit' dengan skill memotong yang syok gila aku tengok.pinggan.butter.oh memacam lagi lah.

dan untuk manusia yang.yelah.mudah terpengaruh ni.aku pun masaklah resipi sendiri.yang aku ingat.aku masak nasi goreng.dengan konsep naluri hati.kita campakkan aje barang yang kita rasa naluri kita nak.wohaha.segala yang ada dalam peti ais.kita masukkan.masak lah aku dengan hati yang riang.

dan masak.siap berhias pinggan.makan untuk seorang.bersudu bergarpu.sambil menonton citer indon yang popular dengan bawang puteh bawang merah dulu tu.kalau rajin sikit.buat air.tapi selalu aku tak buat.aku beli kat giant.masa melepak kat metro tu.beli la sekali.haha.pastu makan.pastu tiba tiba rasa ngantuk.lalok.so tido.bangun bangun dan jam 5.jam 5 kalau tido lagi.petaka.sebab mak dah balik.so lintang pukang bersihkan rumah.

moral of the story.don play play with masakan naluri hati.semua bahan tu chemical.silap silap mau jadi racun kalau salah adunan.haa betul kan?

so bila dah berusia ni.memang tak adalah masakan naluri hati.kalau bernaluri pun.yang bergaris panduan punya.jalan lurus.so selamat dimakan seisi keluarga.cewah gitu.

ok ehem.berbalik pada suri rumah ni.ha tulah.tapi aku rasa.cita cita ni tak kemana lah.aku ni bukan reti duduk diam.kalau seminggu duduk rumah tak buat pape.sawan jugak.lainlah kalau bakal suami langgan astro beyond.hah.tu memang syok la jadi suri rumah.channel one manjang.hihi.

tapi pape pun.aku tak nak keje jam 8 pagi.aku nak keje yang sukahati aku nak pegi pukul bape.hahaha.idiot.menangis bakal suami kalau dia baca.terus peratusan jadi anak dara tua tinggi lagi.hahaha.

tapi secara logiknya.untuk aku berimpikan menjadi suri rumahh ketika ini.hanyalah angan angan palsu saja.mana mungkin boleh jadi suri rumah dalam era globalisasi ini.cewah gitu.kalau keje dari rumah.logik la kan.kepada bakal suami diluar sana.don wori.ai masih waras hokay.hehe

ok done membebel. =P

P/S : sejak 2 menjak ni galak ber weechat.jom la chat sesama! id aku Ayesyaahmad ke Ayesya.A entah.lupa.sudah donload sejak hari dia lunching atas suruhan si gendot poyo.

xoxo.

No comments:

Post a Comment