aceli aku nak post entri pasal kehidupan aku kat syarikat Y.lebih lebih lagi aktiviti yang terbaru aku buat.last week.makan kek kat pantry semasa kerja bersama rakan rakan dan keluar rehat tidak punch kad dan..balik jam 2.30.
aku dah bagi summary tu.so adik adik.jangan ikut perangai akak ni ye.masa ni.tagline ai follow~ tak boleh guna.cannot cannot.
tapi dah cerita tu.aku nak cerita la jugak kan.hahaha.tapi more to penjelasan lah.kenapa aku buat semua tu.kekeke
1.makan kek dipantry semasa waktu bekerja.
okay.yang ni.aku mengaku aku salah.tapi kalau ikut logik.it's normal.bukan maksud selalu berlaku.tapi it's okay la.terkawal.selagi ko tak makan nasi bungkus sesorang kat pantry.tu salah la.alah.kek je pong.takkan la berlama lama sangat kan? hahaha.aceli aku lapar gila babeng ah masa tu.aku ke pantry nak buat melo.then nampak madiha n yun.budak admin.keluarkan kek dan potong dan pelawa aku.jadi.janganlah kita menolak rezeki.peluang pun datang sekali.yang tak boleh bla.dah makan kat sana.aku siap bungkus bawak balik meja.ok itu kebulur namanya.kekeke *gelak tutup mulut*
2.keluar rehat tak punch kad.
okay.yang ni aku tak ada reason.entah kenapa aku tak punch.sebenarnya.aku dah punch pun.tapi entoh la.punch kad syarikat Y ni.zaman 60 an aku rasa.ke 40 an.super lama ko tau tak.jadi.aku punch kan itu kad.dia tak kuar nombor.so..malas aku layankan.so..berjoget joget lah aku semasa pi makan.ewah! ewah!.hahaha
3.balik rehat jam 2.30
ini memang salah! pegi mana mana kompeni pun.ini memang salah! ehem.okay.kenapa aku balik lambat.sebab aku ke hospital serdang.melawat salah seorang bos department yang masuk wad dek kerna serangan jantung.oh ya! so aku kan tak punch kad kan? so boleh tak cakap ini adalah bonus.aku riso gak tau sebenarnya.tapi..masa balik tu.aku pura pura punch kad.hahaha.gila jahat kan? berjoget joget episod dua lah lepas punch kad tipu tipu tu.haha.tapi bila masuk opis.nampak Mr S dah duduk kat tempat dia.aku ni dah la keluar awal sebelum dia.balik pun lagi lambat dari dia.so..adik adik.nonono.jangan ikut ye.
ok.itu je citer hal hari tu.aceli dah basi.malas aku nak cerita lebih lanjut.hahaha tapi nak cerita jugak kan.
ehem.bebalik pada kisah hari ini.hurm.lately aku rasa asik penat lah.kenapa eh? aku ni.bila bab lemah lemah ni.mula lah fikir bukan bukan.bukan mula.rajin.rajin fikir bukan bukan.
so sekarang aku risau.
aku risau kenapa aku asik penat.penat dia macam.
huarghhhh..penatnyaaa *sandar di kerusi malas*
oh mai god.ai die ai die ai die *telentang di tengah rumah*
fuh.teruk gila lah.kenapa ye.kenapa kenapa kenapaaa.
pening tu.pening jugak.ah kalau dah penat tu.memacam la mula menjajah di kepala.huhu
kalau kawan kawan yang kenal aku.dorang tau la aku ni macam mana.risau yang hiperbola gila.masa aku terkena gatal gatal dulu.aku 2 3 kali pergi injection.sanggup pulak pegi injection.pergh.
yang super mengarut.adalah..kisah si pacat.aku sangat sangat takutkan pacat.lintah.caceng dan keluarga merayap mereka.apa apa yang tiada kaki.aku geli.ok yang paling dasyat ni.pacat dan lintah la.sebab depa kalau kita pi jungle trekking tu *awat speaking utara pulak nih* ehem! sebab kalau kita pegi jungle trekking tu kan.pacat dan lintah ni suka kan singgah sahur eh.singgah kat kaki tangan kita suma kan.
so..kerisauan aku akan melanda bila dah balik bercamping.masa ni aku akan duduk termenung.baring sambil termenung.seolah olah dunia sudah berakhir.kenapa? sebab masa tu aku akan merasakan perut aku kejang dan....
aku asik terfikir yang pacat atau lintah masuk dalam badan aku dan...yelah.beranak kat rahim aku.so thats why perut aku tak sedap. *eh ada kaitan ke?*
urghhhhhhhhh! ape nie cahh!!
betul! aku tak tipu.last aku risau pasal ni.masa team building kat jempol dulu.entah.setiap kali balik camping perasaan ni muncul.*ayat tak boleh belah.sungguh versi luahan hati* bila balik aku risau.aku siap google.dan aku jumpa! aku jumpa apa? aku jumpa ada kes orang mati sebab pacat o lintah masuk dalam badan mereka dan aku mesej semuaaaa kawan kawan aku.bukan takat mesej.malah aku kacau hidup dorang atau sapa sapa yang aku tak ada nombornya.di fesbuk.twitter dan sebagainya.
aku tanya.
'pacat boleh masuk dalam badan tak?'
berulang ulang aku tanya soalan sama.faraha kawan aku.dah lali melayan.meyakinkan aku bahawa itu semua palsuuu.dan adik aku.uyun cakap.
'kalau ko risau sangat.ko pergilah buat check up'
pergh.
dan aku ingat lagi.naq iaitu kawan aku cakap.
'janganlah fikir benda yang bukan bukan, mengarut..bla bla'
hahahahahah.sampai macam tu sekali.
ok.kenapa aku bayangkan dia masuk dalam badan?
ok sebab.dia mengengsot.jalan jalan jalan.kalaulah kita mangsa tak sedar.dia naik sampai badan.dan sampai ke alat sulit.pastu dia mengecikkan badan dia.dia masuk dalam rahim melalui alat sulit.perghhhh.seram kottt.pastu dia akan hirup darah kita mangsa .kita mangsa akan kurus.dan dia akan memenuhi ruang perut kita mangsa atau rahim dan orang akan ingat kita mangsa mengandung dan mangsa akan mati! sebab kuman atau mungkin kekurangan darah.oh tidakkkkkkkk.huarghhh *pengsan*
logik tak? aku rasa logik.cuma mampu ke pacat tu kecikkan badan dia? kata rai.classmate aku.dia cakap.pacat tak boleh masuk dalam badan.lintah boleh.sebab dia boleh kecikkan badan dia.huarghhhh.yeke??
so ini jugaklah yang berlaku sekarang.aku risau kenapa aku penat.dengan sekarang yang kecoh dengan selesama burung.meningkatkan lagi tahap kerisauan.
mujur dah besar ni.matang sikit.tak mesej tanya bukan bukan kat kawan dah.huhu. =p
so akhir cerita.aku selitkan lah satu kata kata yang berbaur peringatan.especially untuk kita kita.pompuan.kita kita jee.haha.peringatan untuk aku jugak.dan selain itu.aku suka ah tengok gambar aku 'praktis make perfect' ni.hahaha.ketawa gila kalau tengok.sebabnya..yelah.sungguh perasan gila.hahahah.oh well.bila lagi nak perasan perasan ni kannn. =P
ok.xoxo! nanito! =D
*Oh ya! ini telah dicilok dari blog blogger terkenal shea.hehe*
*sumpah perasan gila okay.tengs to my photog.cik afidot.cun ah.good job! haha ttbee lak*
No comments:
Post a Comment