Pages

Dec 16, 2010

saya disoal dan perlu dijawab.

aku rasa ni adalah kali pertama aku di-tag.wohoaaa~! so adalah perlu untuk aku menjawab soalan soalan yang di-tag oleh haris dengan penuh semangat! lagipun dia pun semangat suruh cek menjawab siap bagi wall post kat fb.ish ish ish.so! mari mari! jawab jgn tak jwb~

1.Apa benda paling penting dalam hidup anda?
okeh.yang ni mention BENDA kan? so kalau benda.aku pilih.Tv.henpon.kamera and barang barang make up.hehe

2.Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
anak tudung berwarna pink.baru beli kat pasar malam tadi.

3.Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan?
ditepi pantai! haha karut! habisla semua makanan masuk pasir.kalau banyak duit nak buat kat hotel.kalau ada orang seponser.why not? wahahah. *gila perasan* tapi depan rumah je kott.kott la.macam haris.tema perkahwinan? saya suka vintage! hehe 

4.Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Yup yup..hehe

5.Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih hati anda?
selama kami masih 'in a relationship'.

6.Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?

Novel : Sungguh Aku Cinta karya anis ayuni.aku memang minat semua karya dia.tapi novel ni hadiah dari akmal.kitaorang beli kat Klcc tahun lepas.kira paling the latest novel sendiri la ni.haha

Majalah : Majalah Wanita beberapa hari lepas.sebab ada topik macam best.tips cemana nak cantikkan muka.haha.beli! beli! beli!

Buku : Hurm.rasa macam dah lama aku tak beli buku.mungkin buku epidemiology.tu pun tak beli.fotostat.hehe

7.Antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?
Mak!!

8.Namakan orang yang anda betul betul ingin jumpa dalam hidup.

Jay Chou!! *histeria*
Bila jumpa dengan dia nanti aku nak dia jadikan aku model baru untuk mv orange jasmine! hahahaha mesti kawan kawan aku jeles tengok kemesraan kami.jalan cerita semua sama cuma model je tukar.hahaha! bestnya!

Tun Dr Mahathir
aku rasa semua rakyat malaysia jadikan dia idol.yela sape tak sayang dia.aku pun sayang dia.so kalau jumpa dia aku nak amik pic banyak banyak.then duduk dengar dia bercakap.ape yang dia cakap buatkan semua orang bersemangat.kata kata dia sungguh.ada sesuatu.hehe oh ya! aku suka senyuman dia.cantik! hehe

Anuar Zain
Okeh over tak kalau aku cakap.bila aku kawin aku nak anuar zain nyanyi untuk aku.aiceh ecah! angan angan sampai ke bulan! haha aku suka dia masa dia popular dengan lagu keabadian cinta tu.wahhhh.lagu dah la sedap.suara laaagi sedap.dulu siap berangan angan nak jadi kawan dia.haha kawan je.kalau jadi abang aku pun best jugak kan?walaupun dia dah tua.tapi saya masih sukakan dia~ hehe

9.Adakah anda basuh baju sendiri?
Malu i nak jawab.kat kolej kat rumah sewa masa praktikal dulu.rajinla basuh even aku sangat tak suka basuh kain.sakit pinggang kot.pastu sabun dia buat kulit aku menggelupas.so kira dat time terpaksa.haha.kat rumah mestila ada mesin basuh kan? aku rasa tak ada orang didunia ni yang tak nak gunakan kemudahan ini.kalau anak anak tu boleh masuk dalam mesin.mesti dah masuk sekali kan? kan? kan? haha!

10.Tempat yang betul betul anda ingin pergi
Bandung.Bali.New Zealand.Parisss

11. Peluk atau cium?
peluk!! peluk!! *hahahah gatal!*

12.Tiga benda tentang orang yang tag anda?
* Suka anime pastu nak jangkit kat aku!hahaha.
* Bercermin mata.
* Pandai

13.Benda yang paling anda sayang dalam hidup?

bukan nak tiru macam haris.tapi aku pun sayang kat benda benda macam kertas contengan, diari ( aku ada diari tau!), buku tulis, kertas kertas exam masa sekolah dulu, buku buku tulis.Semua yang ada tulisan tangan atau ada nilai nilai sentimental value aku simpan.even tiket wayang pun semua aku simpan.maka pnuhla bilik aku hanya dengan barang barang aku.Kalau bila time mood mengemas tu dah sampai.Nah! Berkotak kotak yang perlu dibuang.I mean bukan dibuang.masuk ke dalam kotak untuk pemeriksaan kali kedua.kalau dah cek and decide dengan tepatnya barang tu PERLU dibuang.baru aku buang.kalau tak.simpan balik.KENANGAN weh! Kalau kawin nanti sure lah aku angkut semua kenangan kenangan aku tu bawak masuk rumah sekali.hahahah.dulu aku ingat aku sorang je perangai macam ni.tak sangka ada orang lain! yay! ada kawan! hehe

Aish! aku rasa kena betulkan ayat benda tu lah.tak puas hati betul! 

aku sayang famili aku.aku sayang akmal faiz.aku sayang kawan kawan aku.certain kawan.bukan semua.tapi ramai la.kalau helmet.ikan kering.oh tu bukan kawan.aku dah tak anggap depa kawan.ikan kering boleh lagi.helmet tu.mustahil.so jangan salah faham untuk sesiap yang mengenali mereka ya?so aku harap depa pun sayang aku.aku percaya yang ramai orang sayang aku.mana mana aku pegi semua sayang aku.hehe *gila bongkak.tapi tak salah berfikiran positif* hehe

14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar?

* Jason Derulo - What if

* Letto - Ruang rindu

* Avenge Sevenhold - Dear god *maaf kalau salah eja.serius liat gila nak hafal*

* Cat Steven - Wild World

* Akon - Sorry blame it on me

15. 5 blogger yang diSUNATkan untuk menjawab tag ini.

* Nur Izzati

*Raja Zainab

*Ainnul Nadhiah

*Wan Nuradibah

*Rafeeqa Nabila

*perghh nama penuh aku kasik*

fuh! thanks encik haris.sila tag lagi.suka menjawab seperti seorang selebriti.kan best kalau betul. =B

No comments:

Post a Comment