Sometimes after you've tried your best and put all your effort into it, you'll just have to let times do its course.
Pages
Aug 13, 2013
Entri yang tak tau nak buh tajuk apa.
'Doktor tak dapat detect lagi dia sakit apa? tula.jahat sangat.kan dah sakit'
'Si A tu kena buatan orang.sebab tu doktor tak dapat detect dia sakit apa?'
'Apa cerita dengan A? Dah masuk kubur dah?'
Assalammualaikum!
Aku tak faham dengan konsep pemikiran manusia yang kuno dan berfikiran sempit dan apa apa lagilah yang menjengkelkan.Bila seseorang tu sakit.pandang yang jahat je.sumpah aku tak faham.aku kebingungan untuk beberapa ketika.
ok.
mari aku cerita.
A adalah rakan sekerja aku.kami tak rapat pun.sejujurnya masa zaman praktikal aku.aku tak pernah berborak dan bertegur sapa dengan dia.walhal kami duduk satu kawasan.dia admin dan aku safety and health.dimata aku.dia garang.masa dulu lah.zaman praktikal.
untuk manusia yang kekadang introvert macam aku ni.yang mengharapkan approach dari orang atau kadang kadang tak ada perasaan dengan menyatakan.eh salah ke tak tegur sapa? membuatkan aku tak tegur dia.yela.tak ada kepentingan.cukup la berbalas senyuman.dia pun tak tegur aku.bhahaha.ego lettew.
ehem.
3 bulan aku praktikal. 3 bulan aku tak tegur.walaupun masa praktikal aku berpindah randah ikut sukahati aku.bajet aku dah kerja tetap kat syarikat Y tu.padahal pekerja tetap pun tak buat apa apa ikut suka hati dia.ke aku rasa aku budak praktikal.so sukahati aku la weyhh! bhahaha gila.
walaupun aku berpindah ke sebelah dia.kami masih tak bertegur.eh teruk nya aku.apa la aku fikir masa tu.ish ish ish.kami mula bertegur sapa masa aku dah keje situ.sebab dia admin.so pape kena refer dia.contoh mana telefon ai? cecewah.tak ada lah aku cakap macam tu kan.tu over ok.macam apa apa hal la.nak belajar pape.tak tau pape.aku tanya je dia.masa ni baru la nak tegur tegur.yela.ada kepentingan.nak minta bantuan.barulah tegur.hahaha.
oh ya.dalam tempoh aku praktikal.aku dapati si A ni seorang yang garang.garang ke? yela kot.sebab dia suka marah sorang pekerja am ni.orang nepal.memula aku annoying gak.apelah minah ni memarah orang.peliss la.ke aku yang mengannoyingkan mereka dengan pandang je.sungguh busy body ok.aku tengok nepal tu.tengok dia kena marah.tak lama aku pandang si A yang sedang marah.mujur aku pun tak kena marah.aku tak tau apa aku fikir.aku just tengok.
kalau aku jadi nepal tu.sure malu gila.dah la kena marah.ada orang tengok.tapi nak buat cemana.aku nak tengok.hahaha.
boleh lak cakap macam tu.
tapi lelama dia ok dah.tak marah marah sangat atau marah yang super keterlaluan.dia perasan ada orang tengok dan dengar kot.malu lettew.haha.
so aku dah keje.aku rasa dia tegas.tegas bekerja.aku masih tak tau side jahat dia apa.membodek?hello.aku rasa ramai je yang membodek.aku rasa dia baik lah.entah la aku ni.asal orang tolong aku.aku dah kategorikan orang tu baik.tapi kita boleh tahu kan orang tu tolong yang jenis tolong beria atau tolong yang terpaksa.by the way.aku tak kisah pun soal keikhlasan ko tolong aku.janji ko tolong aku.nak mengata.mengata lah.siapa peduli.kan?
keje si A ni cepat.kalau ko nak sekarang.sekarang dia dapatkan.kalau lambat ko tanya ape cer kerja tu terus ada report atau apa apa yang berkaitan.entah.aku suka dia bekerja.cepat dan pantas.walaupun kelam kabut.tapi kelam kabut versi betul la.
dulu ramai cakap.dia kalau masuk bilik bos.main masuk je.tak hormat.memula time aku kat dalam.dia macam tu la.lelama dia tunggu luar.rasa ok baru masuk dalam.entah.dia segan dengan aku ke? ok lupakan.
bila aku dah kerja kat situ.dah tegur.dah gelak gelak sesama.beberapa minggu kemudian dia mintak aku panadol.dia nampak tak sihat.tapi aku fikir dia just tak sihat.orang demam kan.sampailah dia ditahan wad.
masa ni kami pelik.dia sakit apa? denggi kot.so aku tanya bos aku.yela dia dah melawat A kat hospital.bos aku cakap dia sakit.itu liver.serius juga.itu sudah kena kuman.makan kena jaga bla bla bla.ok dia sakit.dan sakit itu serius.but then lama doktor nak cari dia sakit apa sebenarnya.maam macam test dia buat.
dalam tempoh doktor nak detect sakit apa tu la memacam rumors aku dengar.yang paling tak masuk akal.buatan orang.eh gila ke apa.tunggu la doktor cakap apa.pelik mentaliti komuniti kat sini.masih kuno.zaman 40an ke sekarang ni.maigod! tepuk dahi.
semalam aku dapat tahu.aku selalu jadi manusia yang lambat tahu.entah kenapa.ke benda ni rahsia? dan aku bertuah jugak even lambat tahu.
A menghidap barah.bakal menjalani kemoterapi.
kesian kan? aku sangat sangat kesian.dia masih muda.umur 33.ada anak kecil 2 orang.comel.part comel tu orang yang kata.bukan aku.comel ni subjektif.mata ko comel la.mata aku.belum tentu.kahkah.statement boleh tak jangan poyo sangat ecah?
haha.
so aku sangat terkejut dan simpati.masa ni entah la.apa perasaan orang yang kata dia bukan bukan dan yang kata dia kena buatan orang? masih bercakap ' ha tu la buat jahat dengan orang lagi' sampai sekarang aku tak tau apa jahat dia.jahat sangat ke? dia ada tutp periuk nasi orang ke? atau apa apa yang ekstream jahat? dan lagisatu? orang jahat akan dapat penyakit eyh? kajian mana yang membuktikan entah? asal jahat je bila kena sakit itu balasan.
bukan balasan tu subjektif ke? kita pun tak tau.kalau nak sakit.sakit je la.orang baik pun sakit.sakit ni tengok orang tu jahat orang tu baik ke? even dia jahat sekalipun.tak perlu kot nak cakap macam tu.kit ani belum tentu mati macam mana.dah cakap orang bukan bukan.silap silap.kita mati pun orang tak tau.contoh macam termasuk longkang.3 hari baru mayat dijumpai.ya allah mintak dijauhkan.
aku sangat lah tak setuju bila ramai orang judge dia memacam.aku rasa dia baik je.seseorang tu mesti ada side yang yang baik.eh tergagap pulak.malas nak betulkan.
kalau dia jenis marah marah orang.marah je.kalau malukan.ko tegur je la.kadang kadang orang tak sedar yang dia ni terover acting.bhahaha.tapi serius aku rasa dia baik.semua orang baik la.kalau orang tu jenis kedekut pun.mesti ada side baik punya.dia kedekut tapi dia bagi kucing makan.hah! baik la tu.ko ingat ramai ke yang nak bagi kucing makan? siap tendang kucing tu balik ada la.eish tak suka betul aku orang macam tu.mohon kucing tu tendang dia balik masa kat akhirat kelak.
ok selamat pulang! my bahedok is coming.lately bahedok rajin singgah kajang.terharuuuu isk. :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment