Pages

Aug 23, 2013

membebel

Assalammualaikum! lagi sejam!!!

aceli hari ni syarikat Y ada aktiviti candle light dinner dengan semua staff dia.baik kan syarikat Y.

ok tipu.

bukan candle light dinner.tapi staff appreciation night.dinner la tu.tapi bukan candle light dinner la.

ape aku merepek ni??

okay aceli mood satu hari ni tak ada dah.nak tau tak! seminggu ni kan.semuaaa staff ofis atas ni.ceh bajet uolls tau pulak opis atas opis bawah.opis bawah means bahagian production.opis atas macam admin.akaun.safety.ah macam macam lagi lah.

ok seminggu ni.ofis atas asik meeting je.meeting dinner.masalahnya bukan committee yang buat meeting.orang orang macam aku aku ni.hahaha tapi aku tak buat meeting.aku dengar orang buat meeting pastu gelak gelak.

kelakar la.orang dah bekerjaya ni nak pegi dinner.dorang kelihatan eksited.aku tak eksited sangat sebab no money.almaklumlah.gaji tak kua lagi.

berbekalkan duit raya je la nak menyapot perbelanjaan semua ni.aiceh.nak show off sikit lettew duit raya macam banyak jugak kali ni.boleh la.rezeki anak anak.kekeke anak kuceng.

kelihatan ramai yang amik departure pass.means keluar balik awal.ada yang balik pukul 12.ada yang balik 2 setengah.aku? tak.

aku malas.aku balik je ikut masa yang company tetapkan iaitu jam 3 petang.

macam sekarang ni.semua orang tak ada mood.ada seorang ni.asik datang bahagian admin.sampai aku tanya.

aku: you tak ada keje eh?
beliau: semua orang tak buat keje la..lagi sejam je tinggal.
aku: sejam la kena siapkan keje.aiyooo.

beliau: ai tak tau nak pakai apa malam ni
aku: pagoda je la.murah.

*madiha pandang dan gelak slow slow*

sejak keje ni aku dah mula rasa bahang stress sikit sikit.mujur tau.mujur aku keje sorang sorang.tak ada pasukan.means rakan se-department.lone ranger orang putih cakap.tapi ada bos la bantu sesikit.macam...Mr O dan Mr Y.

So kalau aku stress pun.stress sesorang.masa ni aku sedar logik menyatakan bos pompuan macam ni bos laki macam ni.yezza.keje dengan bos lelaki.dorang relaks.logik akal.rasional.kalau pompuan.dia kelam kabut sikit.macam aku.sian kadak.contoh macam ni.

aku: kadak, cuba cek mask tinggal berapa kotak.
kadak: hari tu sudah bagi bos.
aku: saya tau.saya mau hari ini.
kadak: 20 kotak.sama macam hari itu bos
aku: serius kadak?
kadak: serius bos.
aku: serius kadak? so berapa orang amik itu mask selalu?
kadak: ramai bos.
aku: cukup ke tade cukup.kita punya supplier mahu hantar itu mask selasa tau.tu sebab la saya tanyaaa.
kadak: tak pe bos.kita bagi sorang satu dulu.

ok selalu dia bagi sekaligus untuk seminggu.tapi dia kata cukup sorang satu bagi dulu.aku tak puas hati.terus call supplier mintak dia hantar isnin jugak.bhahhaha.nampak tak kekalutan tu.

sejak keje macam macam berlaku.ok yang aku belajar kat sini.once ko disuruh buat keje seseorang.dan sekali ko cakap ya.maka keje tu akan diturunkan ko sampai bebila.

yang terjadi kat aku.diberi tugas yang bukan tugas aku.so fight kat email.dengan bos pulak tu.satu je.kena tegas dan tau la benda tu bukan keje ko.bukti pun kena ada.nampak ko berilmu sikit.

biasalah.orang baru.syok la dorang buli dan test power.tapi silap.time test tu aku pms.semangat memperjuangkan hak ko jadi luar biasa kuatnya.hahahaha.so fani.

muka tembok.ya muka tembok aku makin tebal.aku tanya bos aku secara direct tentang KPI.KPI ni key performance index.ada markah.untuk freshie macam aku yang sepatah haram tak tau pape.so...aku banyak tanya orang.macam macam versi sebab macam macam department so kiraan ikut department.last last aku tanya Mr O.bos aku.

aku: Mr O.saya mau tanya satu soalan.KPI kan.ada markah kan? full mark 10 kan? so macam mana saya nak dapat 9 markah?
Mr O: Oh..you mau u punya ke atau general?
aku: general la.
Mr O: pandang aku lelama.dan mula terang.
aku: angguk angguk tanda faham.
Mr O: terang dan pandang aku dan tanya. Macam mana you boleh nak tanya ini soalan?
aku: uhuhuhu.saya ada google.so mau tanya laaa.
Mr O: oooo..ok2.

ok kenapa aku tanya 9 markah.sebab 10 markah terlalu perfect! so aku tanya yang realistik dulu.10 tu akan realistik.tapi soon.soonnnn.hahaha.

so dari situ aku tau dia kira cemana.dia macam ko tanya lecturer ko tips untuk skor paper dia.tapi masalahnya aku tak pernah buat macam ni dengan lecturer.bila dah keje ni.berani dia lain macam.dan aku suka diri aku sekarang ni.totally bukan aku kat U.

stress keje sangat banyak.just imagine aku jaga bahagian safety and health sorang.ada la bantuan Mr O dan Mr Y.kalau dorang tak da.aim dead. X_X

so cara nak cool kan? aku kena pura pura cool.jadi macam Mr I yang relaks boleh bersiul so sebab aku tak boleh bersiul.aku berhumming je la.hahahah.

senyum je.bak kata seseorang.keje ni kena happy.senyum je.do dari situ orang suka dan boleh kategorikan ko as seorang yang boleh keje dalam tekanan.

chill yo.

okay! setengah ham lagiiiii!!!! >.<

happy friday and happy weekend!!

No comments:

Post a Comment