lately.aku perasan.ramai yang asyik dan giat menjodohkan aku atau mencari jodoh untuk aku atau memasang masangkan aku.eh ape ayat ni? ah tak kisah lah.ampun puan mumtaz. =P
sejujurnyaaa...aku tak suka.
aku pun berpengalaman menjodohkan orang jugak.gurau gurau.tapii..tak adalah jadi isu sampai semua orang tau.sampai semua orang syak bukan bukan.sampai orang tu jadi tak selesa ke apa ke.kiranya.adalah hadnya.kannn.
mana ada orang suka kan? aku tak suka sebab aku akan menjadi tidak selesa.aku tak suka sebab nanti aku sendiri akan mewujudkan gap antara aku dengan orang yang dijodohkan.dan ini sungguh kasihan kepada orang yang dijodohkan.kena tempias ketidak-sukaan aku.sebab..yelah.aku tak suka tak selesa.
sesetengah orang.aktiviti ini dianggap menyeronokkan.lebih lebih lagi orang yang bertanggungjawab menjodohkan itu.dorang suka.gelak gelak.tengok muka aku merah padam.actually tak amik hati pun.tahu yang mereka mereka gurau.tapiii..kalau dah selalu.aku tak suka.oklah.gurau kan.sporting lah sikitt.tapi nak buat macam mana.aku tak suka.so jangan lah paksa.kan?
dulu zaman sekolah ada jugak.tapi lain sikit.lelaki tu ada respon.tapi aku tak suka kan.hasilnya.aku wujudkan gap dengan budak lelaki itu.tak cakap.tak tegur.buat perkara yang budak lelaki tu tak suka contoh cakap kasar.entah lah.aku buat lah ape ape yang membuatkan aku ni bukan pilihan dia.kahkah.dan kami tak bertegur selama..beberapa bulan.sebab.aku segan.aku takut.boleh tak? haha.
next punya case.kawan aku.kenalkan.jodohkan.via fesbuk.muda jugak.ok sungguh rozita che wan. T-T. dan aku akhiri dengan.hide kan semua aktiviti aku.sebab..tak suka.tak selesa.simple.
sebab aku tak suka.tak selesa.
yang terbaru.faja.haha.faja aku tak kisah sangat.sebab dia kenal aku.so kekerapan dia bergurau begitu ada hadnya.tapi dia still jugak gatal nak jadi agen jodoh aku.pui ko faja.
dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.actually tak kenalkan secara rasmi.cukuplah dia ajak aku kua.and pada masa yang sama.kawan tunang dia pun ikut keluar.muda dari aku.see.aku ni dah boleh gelarkan diri sendiri rozita che wan pulak dah.
so hari sabtu itu hari.faja ajak pergi downtown.tunang dia gigih amik aku kat shah alam lepas dapat arahan dari mem besor dia.hehe..sebab aku lepak rumah baru ina risma hasmie kat shah alam.dan tunang dia dari klang.so dekatlah.no need to naik naik train ke kajang.alhamdulillah.save duit.mula mula aku tak dapat baca lagi tujuan faja.so aku naif je.lurus kan? sampai kajang aku mintak tunang faja drop kat ktm kajang.amik kereta aku.si kawan tunang dia ni gentle nak drive kan.oh sukahati kau lah.drive lah ke rumah faja.dalam pada tu.takkan diam je kan.so aku borak la ntah pape je.tak ada niat pape.aku tak peramah sangat.just borak kosong untuk bagi keadaan tak tegang.boleh lah.sebab..sebab dia muda kan? aku kalau budak muda dari aku.boleh masuk lagi.borak la macam macam.
sekali faja jalan dengan aku.cakap.
''aku saje ajak S ni sekali..kot kot leh ehem ehem dengan kauu..hehehe''
aku terus.
''heyy kau niii.....''
terus aku tak selesa korang tauu.nonono.aku tak suka.so aku terus wujudkan gap dengan kawan tunang faja tu.macam tak borak sangat dah.berubah terus.hahaha.so kesian kat sini.yang lelaki tu la.tak tau apa apa.mesti blur je.eh tadi ok jee.
sebab aku terus jadi segan aaa.aku pemalu kott.dan tak selesa.serius.oh tolonglah faham perasaan aku.tak suka.dan tak nak pun.aku memang suka gurau gurau mintak tolong carikkan lah ape lah.tapi jangan lah jadikan gurauan itu sebagai medium untuk menjodohkan aku sewenang wenangnya.ai don like this.seriously.
like annoying oyen la this things.
dan aku rasa faja tau.faja je yang tau riak muka tak suka tak selesa aku.even kalau tak nampak kat muka.and aku kata aku ok.tapi faja tauu yang aku tak suka.
bila aku tau tujuan itu.aku jadi tak selesa.dan perangai normal aku akan totally berubah.dan memang akan buat lelaki tu.komfem kensell nak kenal aku.kekeke.makan pun tak cover dah.sebab yelah.nak buat lelaki tak suka.ah macam macam lagilah.
so balik tu.faja belikan mee goreng bungkus untuk adik dia.dia bagi aku soalan.
'ecah, kalau ko nak carik pakwe..ko nak degree jugak ke?'
sentap ai.terus aku senyum.
'aku nak master.'
hahahah.as simple as ABC jawapan aku.terus faja cakap.
'bengong aa budak ni.'
terus kitaorang ketawa besar.dia tau lah aku malas nak cakap pasal ni.terus aku marah dia kenapa tanya soalan merepek macam tu.dia kata saje.cheh. =.= so aktiviti menjodohkan tamat disitu.setel.oh ya! ada satu part yang mana dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.lepas tu dia cakap kawan tunang dia tu single.secara tak sengaja aku terpijak kaki faja.kekekeke.sori faja.tak sengajaaa. =P
aku bukan memilih..degree ke master ke.tak menjamin kebahagiaan pun benda tu.master degree juga tak menjamin kematangan seseorang untuk berjuang dalam hidup kat dunia ni.cuma.aku tak suka orang kenal kenal.kenen kenen.dengan rancaknya.ini sungguh headache.sebab tak suka kan? so memang tak suka lah.adoi.bape banyak patah kata ayat 'tak suka' 'tak selesa' aku ulang kat sini eh? sebab aktviti ini aku rasa tak sopan.cewah.aku rasa lelaki tu pun tak suka.tapi dia layankan aje.urgh.pada aku terlalu kerap gurau macam ni..seolah olah tak hormat perasaan aku.serius tak bunyiknya? serius kan.kekeke.tak kisah lah dengan niat nak hiburkan hati aku.tapi..gurau macam ni tak boleh lah.ni gurau tentang perasaan.buat nya gurau gurau dah timbul perasaan.ish.tak boleh macam ni.lepas tu aku risau nanti aku terperasan.huh! lagilah.lagi ape? macam macam lah
kemungkinan atas gurauan macam ni.
sungguh aku tak boleh terima.
kepada kawan kawan.no gurau gurau like this with me aaaa.ai don like lah.tak selesa.serius tak selesa.
xoxo.
=D
aku sejak praktikal, kena kenen dgn anak buah-buahan cikgu cikgi sekalian. aiseh. tak fokus aku nak praktikal. keh keh
ReplyDelete