Pages

Feb 15, 2013

Internship Story: Outstation Semalam

"cuba teka saya dimana? saya dihospital menghantar nepalian berjumpa dokter"


itu mesej semalam.dari aku kepada ina risma hasmie.oh ye ye ye.saya semalam seharian outstation ke hospital kajang.nampak sangat kebosanan sampai hantar mesej entah ape ape kat ina.sendiri soal sendiri jawab.aceli nak bagitau ina.yang aku dihospital.keke

so outstation lah sangat kan?

boleh la kot.sebab dia keluar dari kompeni kan? pastu jauh jugak.berkilo kilo meter.so kita panggil 'outstation'.bhahaha.

okay.

jam 9 lebih lebihan.Mr I datang.memula aku mencari cari jugak Mr I ni.dimana beliau.kak Ayumi pun datang tempat aku mencari dia.aku fikir dia cuti atau half day atau apa apa lah.haih Mr I ni.susah benor nak jumpa.selang 5 minit kemudian.beliau datang dengan muka tak bersalah.selamba dan cool.cool? heh.geli.dia datang meja aku dan bagi satu borang suruh aku isi dan menyatakan.

'jom pergi jenjalan'

jenjalan! wahh! ai loike~~.aku memang terkenal dengan minat berjalan.kalau demam.terus baik dengar ayat 'berjalan'.temankan orang saje pun aku sanggup.tak ada duit tak pe! kita window shopping pun owrait.jalan lah sejauh mana pun.ai will ikut jugak! sebab saya suka jenjalan.tak caya? tanya ina risma hasmie.hehe so aku boleh konklusikan diri aku.peneman jalan yang bagus! ai will not merungut rungut tau.hehe

dan aku tanya.jalan ke mana? beliau jawab.hospital kajang.

terus mendung langit dikepala aku.kepala aku saje tau.orang lain cerah! mungkin ada pelangi jugak.dalam hati terus menjerit.hospital kajanggg?? aigOOO.

aku tak suka ke hospital.pada aku.hospital adalah kawasan paling bahaya berisiko dan memerlukan kesabaran yang super tinggi.iaitu.

menunggu.

ok lah.borang yang diberi Mr I adalah borang keluar.kena isi dan hantar ke pak guguard.saje nak gagap gagap sikit.menunjukkan kehepian sebab jalan jalan kan? =.=

jalan jalan lah sangat.weks.

so sampai hospital kajang.aku dah lama gila tak jejak kaki ke sana.last aku jejak masa uyun masuk ward sebab sakit perut.tu je lah kali terakhir.kira kira 2 tahun yang lalu.tu pun unit yang biasa aku pergi sedar kecik.tapi semalam.unit ape? klinik kaler biru? aku jamin papa S pun tak tau klinik biru tu wujud.

so papa S bukan anak jati kajang.aku dah separuh jati.sebab dah tau wujud klinik biru.kekeke.tibee lak kan.

tujuan ke hospital adalah untuk menghantar seorang pekerja nepalian berjumpa dokter.temujanji katanya.beliau bernama Yagya Raj Chopra.hahaha.sukahati aku je.nonono. Yagya Raj tu betul.Chopra tu aku reka.sebab aku lupa nama last dia.it's ok.tak penting pun.aku tak tau beliau sakit ape.tapi berdasarkan pemerhatian aku separa tajam seperti burung helang.aku dapati ada luka ditangan dia.dan berdasarkan pegamatan telinga yang agak tajam dek mencuri perbualan orang.aku rasa dia pernah alami kemalangan dan pernah dikejarkan ke hospital.dan kali ini.follow up lah kiranya.

so Mr I yang menjadi drebar ketika itu.Alhamdulillah.parking senang.bila dapat parking.Mr I tanya aku.

"haaaa..dapat parking.so ape maksudnya?"

aku terkulat kulat.sudahlah baru berangan.terus tanya soalan yang sempoi untuk memecah kekusyukan aku berangan.dan jawapan aku.

"nasib baik kot.hehehehehe"

gelak kambeng.terus tergelak besar Mr I.dan ulang ulang ayat 'nasib baik' aku tu.ada masalah ke Mr I? setelah menunggu selama setengah jam atau lebih sikit je aku rasa.kemudian! kemudian dia meninggalkan aku dan Yagya berdua tercungap cungap seperti ikan yang terjatuh ke daratan.

kejap.aku rasa ada ayat pelik diperenggan atas tadi.tapi..lupakan.

ok.sambung ye.ehem

dah dafta.tunggu.Mr I pulang ke kompeni.so aku.teruskan menunggu dengan main game Moto GP.berkerut kerut dahi main game tu.sampailah mood main game dah mati.ada mak cik sebelah aku.kira kira macam emak ina risma hasmie lingkungan usia.terus aku berbalas balas senyum dan mulakan perbualan.

aceli aku tak ingat apa ayat yang aku keluarkan untuk mulakan perbualan.sama ada aku mengeluh cakap 'lamaaanyaaa' atau tanya mak cik dari mana.lupa.

so borak borak.mak cik tu dari cheras.datang sebab gastrik.datang sorang.drive.duduk dengan anak.dan banyak lagiii.borak rancak jugak.dia tanya aku buat apa.praktikal sebagai ape? medikal ke? oh no no mak cik.saya tak layak untuk medikal.hikhik.

mak cik mengantuk.sebelum tu.dia baca buku tajuk 'hebatnya hari jumaat' tak silap.aku curi curi baca jugak.sampai naik juling baca.bila mak cik dah ngantuk.aku pandang pandang jugak buku dia.dengan harapan dia offer kat aku pulak.dan kemudian.

mak cik: nak?? *dengan menunjukkan buku ittew*
aku: nak! nak! *dengan mata yang penuh kepancaran bahagia*

so sementara nak tunggu no giliran.aku baca lah.bacaan pantas.tak lama tu selamat no dipanggil.so aku ikut jugak si Yagya ni jumpa dokter.baik kan aku? alah memang keje macam ni.nak tau jugak ape jadi.tapi Yagya kata tak yah.so okehlah.ai duduk balik main game.tapi tak lama tu.dokter panggil aku masuk.berdebar 5 saat.kekeke.

dokter ensem.tapi dah kawin.sebab ada cincin kat tangan dia.haha.sukahati aku je judge macam tu.oklah.dokter tu cakap.tak ada ubat.kena scan! sebab bahagian tu dah bengkak!

aku blur.bahagian apekah? bengkak? tangan dia yang luka tu? oh ok.

dokter: bahagian tu dah bengkak.so kita nak scan.telor dia. *sambil tekan kan ayat telor*

okay.guess what? aku sedaya upaya buat muka tenang.profesional.tapi! dalam kepala aku.aku bayangkan nak cari air dan nak jerit dalam air tu.telor! wat..? watss thattt! 

tapi cool.tarik nafas.aku tak bayangkan apa apa lucah.aku just bayangkan.mungkin jari dia ada lalat hinggap dan bertelor disitu.so telor tu.kena bedahlah.kena scan.

inilah imaginasi katun aku untuk menutup perasaan sebenar aku.so dokter cakap.kena amik urine test.dia kata harga sama macam kat private.so better buat kat private sebab tak yah tunggu.dan barulah aku tahu apa yang menyebabkan beliau ada appointment dokter.

so kesiannya Yagya.bahagian tu kot.aigooo.you know what? aku simpati dengan Yagya.dah la bangsa asing.hidup tak terbela je aku rasa.mak ayah jauh kot.so totally depends on diri dia sendiri ataupun rakan rakan.haih.begitulah kehidupan kesengsaraan seorang pekerja aseng.sakit yang kronik je aku rasa.haih.simpati.so next appointment maybe afta 3 month.so tunggulah dalam bulan 5 eh? maaf kalau salah kira.math bukan kegemaran saya.

untuk keterangan lebih lanjut perihal Yagya.aku tak tanya Mr I.malas.

masa ni.tak habis lagi.kena tunggu number giliran untuk ke kaunter pulaks.bila kat kaunter.dia suruh buat urine test jam 2.aigOoo.memang berkampung aku kat hospital.

so jam 4 baru balik.amik urine test sampai berjam jam.padahal keje nya 5-10 minit je.aish.sabar je lah.memang aku bersabar je pun.biasalah.public hospital ni.sistem entah apa apa.kaki kita kena berjalan tanya.kalau idok.jam 5 dia yang tanya.

"apa buat lagi? dah pukul 5.baliklah."

yang sadisnya lagi kan.dalam perjalanan pulang.Mr I cakap.

'next week hari selasa ada lagi tau.hantar lagi sorang pulak'

oh mai goddd.tau tak.kali ni awan beserta ribut kilat dalam kepala aku.dan harapan.janganlah kes kes macam hari ni.lepas ni nak bayangkan telor apa pulak.telor kutu dikepala? rama rama bertelor dihidung? dan aku bayangkan ape lagi? baucar buku.nak amik baucar buku dan membeli belah untuk persediaan hari selasa.aku mungkin kena beli buku yang tak berat.ringan.gelak gelak.

lawak kampus?




serius aku kena dapatkan jilid ke 16 ini.bigbang! bigbang! si kosong daesung? bhahahhaha!!!! =D


xoxo!

No comments:

Post a Comment