Pages

May 28, 2013

Redha.

Assalammualaikum.

bila kita hadapi satu ujian.kita kena redha kan? kadang kadang kita bercakap kita mengaku yang kita redha.tapi betul ke kita dah redha? ada ke ukuran menunjukkan yang kita redha? 

betul ke redha tu bila kita dah tak memikirkan soal tu? bila kita terima semua tu dengan berlapang dada? macam tu? jadi bila kita dah redha.semua permasalahan akan dipermudahkan? macam tu?

aku bercakap seperti manusia jahil.

entahlah.bila kita ada masalah.kita selalu fikir benda yang melangkaui batas then mula mempertikaikan dan bertanya soalan yang tak patut ditanya.kemudian putus asa.

entahlah.macam macam masalah orang.menganggur.aku tahu.aku tak rasa perasaan moral down  seorang penganggur.aku tak tau.tapi aku tau jauh dari hati dorang mesti rasa teruk gila.rasa sedih.rasa give up.sebab masih tak mampu nak balas jasa ibu bapa.yela.nak jugak belanja.belikan hadiahkan mak ayah dengan duit hasil titik peluh sendiri kan?

hurm.macam macam lagilah.hurm.aku tak tahu nak naikkan semangat macam mana.aku just tak nak orang yang aku kenal yang alami pengalaman menganggur ni rasa teruk.so aku just nasihat yang ada hikmah semua ni.mungkin rezeki yang bakal dapat lebih dari sepatutnya.bercakap pasal rezeki.kadang kadang bila kita terlalu memikirkan apa yang kita tak dapat.kita anggap kita tak murah rezeki la ape la.tapi sedangkan.mungkin tuhan ada lapangkan rezeki kita yang kita sendiri tak sedar.contoh paling mudah.kita ada mata untuk melihat.sempurna.tak payah pakai spek mata pun.itu pun dah kira rezeki kan? keluarga yang bahagia pun rezeki.ah banyak lagilah.cuma kita kena berfikir sebagaimana kita berfikir masa kita temenung mengenang masalah.

yela masa termenung la setan banyak.masa tu la kita berfikir diluar batasan dan mula pertikaikan macam macam.

aku tak nak jadi seseorang yang hanya bagi kata kata yang..yelah.niat kita untuk bagi nasihat dan seamngat.tapi kadang kadang.jiwa seorang punya masalah ni sensitif.kalau kita cakap 'sabar je lah..' aku rasa macam..tak membantu orang yang ada masalah tu.kadang kadang orang yang ada masalah ni nak kita dengar je.luahan hati dorang.tanpa bagi kata kata semangat.kalau aku.aku tak nak dengar ayat sabar tu.iye aku tau.aku kena sabar.aku sentiasa ingat tu.so tak yah cakap lagi.get it?

hurm.ok jujur aku cakap.aku pun pernah alami masalah yang aku rasa besar la jugak dalam hidup aku.means terkesan kat jiwa until now.aku still termenung bila dengar lagu battle scars.seolah olah aku watak utama dalam lagu tu.kononn.lagi lagi waktu kritikal skarang ni.macam macam benda kita rasa nak share kat seseorang but then end up dengan yelah.buat tak tau je.simpan sorang sorang.so jadi macam beban.sebab kita tau kawan kawan kita sendiri ada masalah so tak nak la share masalah kita yang konon sekangkang kera.kononn je.padahal sama je.so mulalah tanya macam macam.jadi jahil dalam ketentuan tuhan.Astaghfirullahalazim.

kadang kadang kita tertanya kenapa kita diuji sedemikian rupa.but then aku sedar.tuhan beri kita ujian yang kita rasa berat ni sebab Dia tahu yang kita kuat untuk tempuh ujian ni.dan kita kena jugak yakin yang diri kita mampu hadapi ujian ni sebagaimana Dia tahu kita kuat.

kan?

aku masih tak dapat menyelami perasaan tu.yelah.berbalik pada situasi kawan aku.aceli aku tak nak guna ayat tak kerja tu.tapi aku tak tau nak guna ayat apa. :3 kadang kadang mereka ni luaran nampak hepi.tapi bila nak tidur tu.termenung dulu mengenang nasib diri.macam aku.bangun tido pun masalah.tido apetah lagi.lebih lebih lagi untuk orang yang tak suka bercakap soal masalah diri kat orang lain macam aku ni.orang akan cakap aku tak ada masalah.atau kalau aku ada masalah.masalah tak besar.

entahla.aku tak tau nak jawab.sebab apa aku rasa hanya aku yang rasa.jadi aku gunakan apa yang aku tulis kat atas sebagai motivasi diri untuk sentiasa redha.aku rasa susah.bila sampai satu tahap.kita akan pertikaikan.pastu istighfar.sebab baru sedar diri jauh melalut.

sekarang aku sedang melalui hari hari yang sukar.final year project.ai feel like aim daying u noe.kalau tak punya semangat.mau aku tersungkur ditengah jalan.kepada seorang kawan.marilah kita sama sama berlapang dada.tapi aku tak pasti pada situasi dia.mampu ke dia berlapang dada.tapi cubalah.aku pun masih mencuba.berlapang dada dengan thesis aku ni.

kalau rasa entri ni banyak pusing berterabur.bukti jiwa aku kecelaruan.keresahan.

selamat malam bandar sate terunggul.

p/s: terunggul or terulung? o tidak kedua duanya?




May 26, 2013

IntershipStory: Tamat sudah.

Assalammualaikum.

Announcement!

saya dah tamat berinternship! yuhhu! 

ok ya.ini amaran keras.entri ini sangat panjang.mohon baca dengan penuh kesabaran.hihi

alhamdulillah.akhirnya aku berjaya menamatkan latihan industri di syarikat Y.aku berinternhip selama 15 minggu.suppose 14 weeks je.but then berangan ape ntah masa phone interview tu.terus aku cakap aku intern until 17th May.sekali kira balik.15 weeks! amagad :O

memula aku rasa ok.cool je intern 15 minggu ni.tapi bila semuaa kawan yang intern 12 minggu dah habis.aku mula..cuak.

ok ya.

pengalaman intern dekat syarikat Y yang terletak disemenyih sangat..ok la.nak kata best.best gak kot.cuma kadang kadang kuasa seorang student intern ni terhad.so aku agak la bosan.bosan malas.semua ada.hoho.tapi banyak real situation aku kena hadap.dengan eksidennya.dengan audit nya.aku pun turut sama membizi.tapi aku bizi tipu tipu je.hahaha.over je kalau student intern pun nak bizi nak pening pening pasal company.tu memang over lah kan. =p

selama tiga bulan aku intern kat syarikat Y.tiga bulan lebih tak silap.sebanyak tiga kali aku tukar tempat duduk.ikut suka hati aku.haha.ini memang tidak lah boleh dicontohi ok.jangan sesekali.department health and safety ni ada 3 tempat.kedudukan dia memanjang ke belakang.ok mohon berimaginasi ya semua.so tempat belakang sekali tu untuk senior executive.tengah untuk junior executive dan depann sekali untuk trainee.memandangkan masa aku lapor diri tu jawatan untuk junior executive tak ada.so aku pun dengan megahnya duduk la kat situ.

dah sebulan duduk kat tengah tu.junior executive yang baru pun lapor diri.maka dengan rendah dirinya aku pindah ke depan.hewhew.masa ni aku sedar diri yang aku ni seorang trainee.haha.tapi tak tahan lama.bila senior executive aku dah resign.aku tukar tempat lagi.duduk tempat dia.bhahaha.masa ni aku yang tengok junior executive buat apa.yela aku duduk belakang kan.dia bukak page apa suma aku leh nampak.haha.nampak tak kegilaan kuasa aku masa ni. =D sungguh melampaui batas ok.kau trainee perhatikan bos ko buat keje.sedikit pelik tapi..saya enjoy.hahaha.

so bila duduk belakang sekali.secara tidak langsung.jiran aku sebelah pun executive la.tak tau apa perasaan dia pagi pagi datang keje nampak trainee jadi jiran dia.masa ni aku buat aje muka plain aku.bila bos HR datang.nampak gak muka tekejut dia.tapi dengan bermuka kan plain white aku.dia pun tak tau nak cakap apa kot.hehe.risau gak kena halau.kot dia cakap.hey ni tempat executive la.tempat u depan sekali la.tapi nasib itu hanya dialog imaginasi. =P maka berjayalah aku duduk disitu until hari terakhir aku berintern disitu.

entri lepas berkaitan dengan internship ni.aku ada bercerita tentang Mr I kan? okay.dialah senior executive syarikat Y.Mr I sudah pun menamatkan perkhidmatan dia di syarikat Y setelah sebulan aku berintern disana.beliau telah cha alip bot cabot.so masa yang sangat singkat aku menuntut ilmu dari dia.isk isk.

apa yanng aku boleh katakan.beliau ni super relaks korang tau.tapi semua dalam kepala dia.dia macam..entah la.tak tau nak kaitkan dengan apa.tapi keje dia super bagus.kalau auditor tanya dia.pergh.kejap je dia dapat jawab.dengan muka yang macam tengah makan chewing gum.padahal tak makan pun.warga syarikat Y dah tahu sangat kerelaks-an dia.sampai semua kata.beliau terlampau relaks.semua jeles.jeles nape aku pun tatau.kadang kadang aku rasa nak sedut otak dia sikit.hahaha.nak serap kepandaian beliau.ewah.

meja kerja dia serius bersih.kemas dan teratur.kosong! hanya ada bekas pen dan komputer dan tray.itu saja.simple gila kehidupan dia.mouse pun tak ada ok atas meja.dia letak kat bawah meja.bhahaha.

aku ni pulak..lain sesangat dari dia.selain jantina.aku juga tidak lah sebrilliant dia.suatu hari mungkin.haha.nak cakap meja aku lagi bersepah dari dia sebenarnya.aku tak tau la.dia hairan atau dia sakit mata tengok meja aku.ada satu hari dia berdiri betul betul meja sebelah aku dan terus buat spot cek.cek laci aku.warghhh.cuak kot.terkejut.kot terjumpa apa apa yang..yela.kan tak manis dipandang.hahaha.

dia bukak dia terus cakap

'haa..tau pun ko guna laci eh..lain kali barang barang tu simpan semua kat laci..kertas kertas ni semua kat laci.buat fail mana keje pending..mana keje dah siap..ni tray ada ni..gunaa..bla bla bla..'

inilah sebahagian perbualan yang sempat minda aku rakamkan.aku ni bukan apa.sebab terpengaruh tengok drama kot.tu yang macam cool je rasa sepah sepah ni.secara realitinya.cool mendaaa la kau ni.tu fantasi je dalam sepah ada cool.aku tengok kat drama ketua pengarah punya meja bersepah.so nak jugak feeling feeling sepah macam ketua pengarah.hahaha. =D

so end of february ketika dalam kemelut ISO Audit.beliau meninggalkan kami.sempatlah aku pau dia mintak belanja.tak maluuuu.

perginya Mr I diganti pulak Mr S.junior executive.benarlah kata pepatah.patah tumbuh hilang berganti.pengalaman dengan Mr S pun boleh tahan jugak.Mr S ni...keje dia bagus.ada skill.first time dia pegang jawatan yang bertanggungjawab ni.kata dia lahh.english dia..macam butir jagung.aku siap tanya mana dia belajar.means ada pergi kursus memana ke kan.tapi dia hanya balas dengan gelak ketawa.choi.kedekut ilmu.

bila Mr I tak ada.semua benda dia kena belajar sendiri.dia rajin bertanya.kalau tak faham satu apa.semua jabatan kerajaan dia tanya.dan akulah mangsa yang kena tanya kena call tu! aku boleh lah tolong sesikit.tapi tak banyak la.sebab aku ni banyak main.biasalah.macam aku cakap sebelum ni.budak praktikal.kalau kau pun turut pening dek kemelut company.ko pelik.haha sukahati aku je.

disebabkan aku ni gemar bergaduhan.dengan budak lelaki terutamanya.sebab tu masa zaman sekolah.tak ada budak lelaki suka aku.hahaha.dan disini boleh dikatakan.aku kerap bertikam lidah dengan Mr S.tak serius pun.sebab kerja selalunya.dia bagi aku kerja.pastu aku dah buat.pastu dia cek.pastu dia komen.aku betulkan.pastu dia pertikaikan lagi.pastu aku bengang.pastu aku tinggikan suara.pastu dia diam.setel.

hahaha.jahat gila weh.aku pun tak tau dimana terletaknya keberanian aku untuk ingkar tugas dia.aku tak pernah ingkar.tapi aku akan fed up dengan dia yang asik pertikaikan kerja aku.hahaha.aku tak pasti lah orang admin sebelah aku perasan atau tak.selaluu dengan muka kerut aku hadiahkan pada dia.yang paling teruk.tapi tak adalah teruk sangat.ada satu hari tu.akak Quality Assurance datang untuk jumpa dia.nak bagitau apa dia kena buat.bila dia tak ada.aku lah orang yang kena sampaikan berita tu pada beliau.so tengah akak tu brief aku.dia datang.keje nya..ko kena mintak HOD approve untuk pinda satu dokumen.so..terus dia malas nak dengar.dan dia suruh aku buat.aku...aku memang fed up buat benda tu.haha.leceh la.kena jumpa HOD.kena brief sikit.pastu kena jawab soalan dia.pastu baru dia sign. =.=

so dia memang malas nak buat benda tu.dia terus cakap suruh aku buat.so aku..berasap la! terus aku cakap. 

"ni keje ko kan! nape suruh aku pulak!"

sebelah aku akak QA.dia pandang aku.aku buat bodoh.kuat jugak aku cakap.tapi tak adalah sampai satu opis dengar.sebelah sebelah je la.hihi.pastu akak tu cakap kat Mr S yang dia buli aku.aku tak da hal buli buli ni.tak kisah pun.cuma..entah.emo.haha.

so aku siapkan dokumen tu dengan semuaaa tandatangan HOD dalam setengah jam.yeah! give me a clap! akak tu pun terkejut you.aku balas dengan cakap.hati saya bengkak.bhahahah! geli ok ayat.dan itu adalah kali terakhir dia arah aku keje yang tak patut aku buat.itu kali terakhir dia pertikaikan kerja aku.lepas tu dia beralas meja sikit mintak aku buat keje.huhu.bukan apa.aku tak kisah bagi keje.tapi..bila benda senang pun ko suh aku.tak leh aaa.aku tau benda tu leceh.tapi ko pun kena la rasa kelecehan tu.hahaha.sometimes kita kena marah.baru masyarakat tau yang kita ada boiling point. =P

sampai ada kawan aku cakap.berani aku lawan lawan cakap eh.tula..aku pun tak tau.sebab aku geram kan.tapi biar je lah.

dukacita dimaklumkan..Mr S sudahpun menamatkan perkhidmatan dia kat syarikat Y pada hari yang sama saya last day.kira semasa entri ini ditulis.tempat duduk kami berdua tidak berpenghuni.tidak didiami. =P

kat tempat kerja.aku ni boleh dikatakan kurang berborak.lagi lagi bila masuk surau.kebanyakan masyarakat gemar duduk kat surau rehat rehat dan borak borak.tapi untuk aku.big NO.aku tak biasa.dari zaman keje kat meden paksen aku rasa...rasa bersalah lepak kat surau masa keje.tak baik la kan.company dah percaya kat kau untuk datang surau sembahyang.tak yah la kot lepak lelama kat surau tu.huhu.aku borak selalunya bila orang tanya aku pakai mekap apa.ok aku pakai FCC punya product.CC cream tu.dulu BB sekarang CC.haha.pastu bila tanya pasal lipstik.sebab aku gilakan lipstik.so tu je la jadi topik utama untuk aku berborak.bosan kan aku.kalau cakap pasal benda ni.aku rancak gila.hahaha.silap silap boleh jadi duta ok.kemain promote suh beli FCC punya produk.dekat paksen je.beli lah beli lah.best tau.haha

rehat..aku tak keluar rehat.aku duduk pantry sesorang je.bawak bekal dari rumah.bila orang tanya masak apa.aku cakap.bukan saya masak.mak saya masak sambal ayam.haa gittew.akak akak sana gemar keluar.aku malas.sebab..entah.aku malas.aku lepak kat pantry yang majority cina makan sana.it's ok.aku sempoi je.lepas makan.chow je la duduk kat meja sendiri.kadang kadang makan dengan mak cik cleaner.sape sape yang sudi duduk dengan aku.duduk je la.tak rasa kesian pun bila makan sesorang ni.bangga pe.bawak bekal.jimat ok.

tapi hujung intern.selalu gak la aku keluar.yela.dah nak last last ni.haruslah nikmati masa bersama ok.kawan aku...akak akak je.majority mak orang.yang muda pun madiha dengan mira.gitu gitu je la.akak akak sana baik.ada sorang.kak lin.macam jelmaan kawan aku saleha.lembut suara dia sama.nampak aku busy sikit dah kesiankan.nampak aku kurus sikit dah risau.ohmaigod.rasa nak jadi menantu akak ni je.bhahaha.tapi dia tak ada anak lelaki kot.ke muda lagi.rugiiii. =P

pengalaman.paling memalukan.banyak je terjadi.paling tak leh lupa.aku salah call.haih.sangat sangat malu.tak tau nak letak mana muka ni.dah la salah call.salah call tu bukan dengan orang biasa.

semuanya sebab Mr S suh aku call JKKP.aku kata nak call direct je terus.but then dia kata suh call talian hotline.ok fine.so bak sini la kan nombornya.so dia just cakap.ko dail je 800800.so kita pun dail la.800800.

semua orang tahu yang nak call jabatan kerajaan ni bukan senang.nak tunggu dorang angkat ni.pergh.kalau dia angkat dah kira satu kejayaan besar dah.so bila sekali je call.terus bunyi tut tut means bakal diangkat lah kan.so tak lama tu dengar suara 'hello'.sape tak hepi woih.call terus dapat.kejayaan besar ok.

so aku dengan happynya pun cakap.

aku: hello! boleh sambungkan saya dengan jkkp? 

nada suara hepi gila tau.eksited semua ada.so aku pelik bila belah sana tak jawab pape dan cuma tanya balik.

belah sana: jkkp?

aku dah.hah? kenapa dia tanya balik? ya allah.salah no ke? aku terus letak! terus aku berpeluh laju.nafas pun laju.haha.bajet baru lari lepas nampak anjing.haha.over.aku terus woih.sape pulak aku call tadi tu? suara macam kenal? dan kenapa orang belah sana cakap helo? masa ni baru fikir logik.sebab selalunya dorang tak cakap hello.dorang terus cakap nama jabatan dorang! terus aku cek no extension.sape pemilik no 800800 ni! 

dan pada masa yang sama aku tanya balik si Mr S.bape no sebenar talian hotline.dan nak tau.dia selamba je jawab.ko call je 8 ribu 8 ratus.masa ni aku rasa...haish! nak marah pun tak jadi! geram! tadi ko bagi aku no lain kan!! grrr.

dan pemilik no 800800 tu.adalah Mr O.bos HR aku.pergh malu siud.aceli no dia bukan 800800.tapi 800.terus trauma aku nak jumpa Mr O.adalah beberapa manusia bertuah aku cerita pasal hal ni.gelak sampai menangis dorang.haih.malu malu malu! lepas kejadian tu.Mr O nampak aku dia seakan nak gelak.masa ni aku tension.dah kenapa dia ni macam tahan gelak.muka aku ni macam badut ke apa.pastu teringat kisah ni.so aku rasa dia pun teringat kot.lagilah kan.hp opis kan macam canggeh gitu.so nombor tepon meja aku sure la keluar kan.haih.sangat malu ok.yang ni jangan ikut ye.malu!

so sekarang dah habis intern.aku nak fokus dengan fyp.dan tiga hari sebelum tamat intern aku dapat kabar gembira dari syarikat Y.hahahaha.tu nanti aku citer eh.panjang sangat ni.tahniah pada yang tamat baca.anda hebat! huhu.

so sekarang menghabiskan hari hari aku dengan final year project.bolehlah aku beronggeng jam 8 pagi di rumah.hahaha.saya akan merindui saat saat ini.isk isk.terima kasih syarikat Y bagi saya peluang intern dekat syarikat uolls.banyak pengalaman menarik dan pening kepala yang telah saya lalui.terima kaseyyyy~ =D

nanite olls! xoxo. =D


May 24, 2013

Battle Scars




Battle Scars


I wish I never looked, I wish I never touched
I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together.

When all of the signs say that I should forget her
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over,  until you tell me it's over

These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle..



Aceli aku suka part guy sebastian je.bhahaha.so kalau karok lagu ni.komfem kawan kawan baling aku dengan telur sebab bazirkan bape minit untuk bahagian guy sebatian je.hahahaha! =P tapi lagu ni macam sedih lak.aku rasa lah.hahaha.fefeeling sikit lagu ni.hewhew

May 13, 2013

Merapu.


sabtu lepas aku dengan ina dengan lina dengan ju ke GM Klang.tak sangka sangat best sampai dalam sejarah ina.ini kali pertama aku ajak balik dulu.tak habis jalan.sebab..? saya penat.hahaha.

ke sana sebab ju.dia nak carik lace.tapi aku yang beria shopping.aku beli manik untuk jahit kat baju, beli cincin.hahaha.dan barang barang sewaktu dengannya.so dalam ju dan lina sibuk diskus pasal lace.mana yang cantik ke apa suma.so bila keluar dengan kawan rapat contoh macam ina.apa aktiviti yang selalu saya lakukan selain shopping dan bercerita? merapu.ye kami gemar merapu.

dialog 1
ina: ecah, nah beli pin ni.untuk guna lampin nanti.
aku: hello.zaman sekaranga da ke orang guna lampin lagi? hahaha
ina: amboihh.entah entah nanti kau kawin.kau beli lampin banyak banyak.
aku: haah kan.entah entah nanti aku yang beli lampin.beria beli banyak banyak kan?
ina: euwww.nanti kau yang cuci taik anak kau.
aku: no.suami aku.sebab dia yang beli lampin.so dia cuci.suami aku seorang yang pencinta alam.so dia tak bagi beli pampers.pampers kan tak elok.plastic.tak reput u noe.cemarkan alam sekitar.pastu aku kena selalu masak.makan kat rumah je.sebab dia tak bagi beli polisterine.not good. *sambil buat gaya nonono*
ina: oooo..tapi.ko tak boleh lah beli pengeringg baju, pengering pinggan.
aku: *terdiam*
ina: dish washer pun tak boleh.sebab yelah.tak environmental friendly lah.
aku: *berkerut* hurm.susah la macam tu.aku memang nak beli pengering pinggan, baju semua tu.
ina: ha..tak boleh la.bil letrik suma meh.
aku: hurm.kensel lah.nonono.tiba tiba suami aku bukan environmental friendly.
ina: hahahah.sengal la ko ecah.

dialog 2
ina: ecah belikan aku stokin.
aku: wat stokin?
ina: ala stokin la.
aku: hah! jom.aku pun nak carik! aku nak stokin macam muka kau bertemu muka kau.
ina: hahaha! ko ni gila lah.ape kau ni.aku nak stokin biasa je.
aku: berapa?
ina: nak carik yang rm2.
aku: ok rm2 boleh.
ina: ok jom kita carik.
aku: ada ke stokin rm2? rm2 aku belanja.kalau lebih.no belanja belanja.
ina: ada..mesti ada..kalau tak ada.kau bagi aku rm2.nanti aku beli tempat lain.
aku: .......... 

selain berborak tentang perkara yang lagha dan sia sia.kami juga gemar main game yang sia sia dan tak baik dan jahat dan jahat jugak.

ina: ecah.lelaki belah kanan kau sesuai untuk kau.hahahahaha!
aku: inaaa...bagila sedap mata memandang sikit..jap ye.jap.aku carikkan untuk kau.hurm...ha! yang depan ni depan ni.hahahah!
ina: woih! dia jalan dengan isteri dia la weh! aku nampak isteri dia tadi.
aku: hahahah.jap jap.ok lelaki baju merah ni untuk kau.hahahaha
ina: tak nak aku.hahaha.ko jahat ecah! jap yang ni sesuai untuk kau.haa...pakai topi gitu.
aku: hahahaha.tak nak la.tu sesuai untuk kau.ha dia pandang kau.dia pandang dia pandanggg
ina: hahahaha.ntah ape ape la kau ni.malaslah layan ko ecah! hahahah

hahaha.ini salah satu aktiviti kami.selalu tak ramai yang mampu join.sebab aku suka mengarut.pastu gelak gelak.so macam jahat la.tapi just untuk gelak gelak.tak nak stress stress ok.game macam ni memang macam budak budak sikit.tapi..seronok lah.hahaha.

ni kira macam mini game la.haha.lagi satu mini game yang aku selalu main dulu.bila keluar dengan kawan pompuan.tapi tak semua.yang sekelapa je.dulu selalu buat dengan faraha.hahaha.best gila ok.

bila borak borak.macam macam isu lah.haha.konon je isu isu ni.merapu je lebih selalunya.tiba tiba kawan aku faraha kira sesuatu.

faraha: dua
aku: uih?apa dua?

faraha buat tak tau.dan aku tak amik pusing.aku terus borak borak sambil jalan.tak lama tu.

faraha: tiga
aku: apa tiga? kau tengah buat apa ha?
faraha: tiga orang lelaki pandang kau.

aku macam watttt? siud je.aku macam =.= apa benda la budak ni buattt.mula mula tak layan sangat.aku cakap.memang lah.ada mata.pandang la.serius mula mula aku macam rasa its normal.hahaha.cewah.konon normal la orang asik pandang aku? bhahaha! ok tipu.no normal sini maksud dia macam yela kau ada mata.orang pun ada mata.so apa salah seorang lelaki pandang kau? 

tapi faraha kata.tak normal.so kami gelak.hahahah.so teruskan game tu sambil kira pastu macam 

"huiyooooo. 5 (contoh) orang pandang kauuuuu.huiyoooo."

see.macam budak budak kan? hahaha.tapi enjoy la.kelakar.boleh gelak gelak.game ni tak ramai leh masuk.sebab ramai kata apa game korang ni? haha.padahal seronok ok.dari jalan jalan ngumpat orang baik kita jalan jalan sambil main game sambil gelak gelak.gelak kan each other sebenarnya.bila kawan dah malu malu.lagi la seronok usik usik.hahaha.

kalau ikutkan.ni normal je.haha.dah ada mata.pandang la! kan? tapi sekali lagi.game ni just for fun.tak ada lah sampai nak ngorat pakwe orang ke apa.saje buat aktiviti yang menggembirakan.hahaha.

tapi game ni dah lama aku tinggalkan.sebab sekarang ni aku jarang keluar dan aku jarang pandang orang.aku pandang ape aku pun tak tau.padang kedai sambil jalan lurus sehinggakan kadang kadang sampai terlanggar orang.hahaha.sungguh memalukan ok.bajet nak feelig feeling drama la langgar langgar orang pastu dapat jodoh.

pui!

kalau dapat jodoh tu.best la gak kan? hahaha.baru la macam drama sikit kisah percintaan tu.ha gittew.seronok la cerita kat anak anak.hahaha! ni kalau dah langgar orang pastu kena maki.dapat mimpi ngeri je la.tapi setakat ni aku selalu terlanggar troli yang ditolak oleh seorang lelaki yang bawak anak dan sebelahnya isteri dia.pencapaian yang sungguh mengecewakan.duh.

xoxo.

May 11, 2013

Tujuh

pada aku bila seorang kawan mula bercerita,bercakap pada aku tentang seseorang yang dia rasakan baik dan sesuai untuk aku.tetapi dia tahu yang aku tak ada perasaan pun pada sipolan itu.aku beranggapan niat seorang kawan itu tak lebih hanyalah untuk menghiburkan hati aku.tidak lebih dari itu.beliau hanya wujudkan satu medium untuk aku bergelak ketawa berkerut dahi terbeliakkan biji mata dari berfikir tentang satu perkara yang sia sia.

dan satu perkara tu...sia sia ke?

7 bulan.

May 10, 2013

Peneman

Assalammualaikum.


selamat hari jumaat.jumaat kedua terakhir aku disyarikat Y.next week aku last.woot woot.tak sabar.tapi sedih.takpe.next time aku cerita perihal syarikat Y ni ye.

aku nak bercakap pasal 'peneman' ni bukan apa.ini pasal diri.

sejujurnya.aku gemar temankan orang pergi memana.betul.jauh sekalipun.aku sanggup.sebab apa.sebab aku suka berjalan.dan bila ada kawan kawan yang ajak aku teman pergi shopping ke makan ke aku jarang kata tak boleh.melainkan aku malas.tapi kadang kadang aku ni entah la.dah cakap dah tak dapat ke apa.tapi sedaya upaya aku merealisasikan hasrat dia untuk mintak aku temankan dia.

sebab aku kesiankan dia.yela.nak pergi tempat yang dia tak tau dan macamlah aku ni expert sangat kawasan tu kan.pergi sorang sorang.kalau aku jadi dia.aku sedih.dan bila selalu meletakkan diri aku kat tempat orang tu lah yang membuatkan aku berlembut hati nak tolong.

sebagai peneman.

tapi aku ni.tak tau jalan.tak ingat jalan.tak tau tengok jalan kat gps pun.so bila orang ajak aku 'teman' mereka.jangan expect aku tahu jalan.serius.kadang kadang ada yang salah faham.fikir bila aku iyakan.bermaksud aku expert kawasan tu.

kalau kau harapkan aku expert tempat tu.so that jangan guna ayat teman.sebagai contoh.

'ecah, esok boleh tak teman aku pergi kajang'

contoh ok.aku memang akan gunakan sebaik baiknya penggunaan ayat 'teman' tu.ok teman.boleh boleh.just teman.faham tak? bukan 

'ecah, esok boleh tak tunjukkan aku jalan pergi metro kajang.aku tak tau la'

aku tak tau la ayat ni betul ke tak.tapi bila dah ada ayat 'tunjuk jalan' so maksudnya aku kena tunjuk jalan atau dia expect aku tau jalan tu.kalau permintaan kawan macam ni.jujur je aku cakap aku tak tau.and kalau dah terdesak tak ada orang yang boleh tunjukkan.aku pun temankan dan tanyalah kawan kawan yang lain pasal jalan tu.kita try and error sesama.

aku memang tak berguna bab tunjuk tunjuk jalan ni.walaupun aku dah pergi tempat tu berjuta juta kali.sejujurnya.aku pergi shah alam tau guna skve je.laluan puchong.ai dono.pegi midvalley aku tak tau.jusco balakong? tak tauuu.damansara lagilah.walaupun aku dah pergi damansara banyak kali.makan meatball je pun.tapi aku tak ingat.kadang kadang siap tanya. 'uih? kita memang pernah lalu sini eh?'' =.=''

mines memang tak payah cakap.selalu kalau ke tempat tempat macam tu.aku ajak adik aku.atau aku naik public transport.tu je.jalan yang aku tahu hanyalah kajang.kajang luas kan? ok kajang tu area metro kajang,semenyih dan rumah aku dan saujana impian.tu pun tak tau sangat area saujana walaupun dah banyak kali pergi giant and tesco dia.oh putrajaya aku tau.tapi ke alamanda saja.

fuh.

bangi lagilah.kirim salam je la.

dan itulah punca aku gemar bertapa dirumah sambil menonton rancangan korea.sesungguhnya rancangan korea tidak pernah membuatkan saya keseorangan didunia ini.ok berbalik pada isu ini.so..

bila kita rela hati teman teman orang ni.orang expect kita tau jalan tu.pastu kalau salah jalan.dia blame kita.indirectly lah.secara tak langsung.aku tersedih sikit.isk isk.masyarakat mula mempertikaikan kewibawaan aku menjalankan tugas.dan aku blur.tugas? bukankah tugas aku menemani kau? 

so aku tak suka.kalau suruh teman.ai teman.suruh tunjuk jalan..ai tak tau.tapi ai boleh teman yu untuk carik jalan.ha gittew.

peristiwa paling best adalah masa teman fida pergi interview kat glenmarie.aku tau la jalan nak ke shah alam tu.tapi ke glenmarie.aku tak tau jalan.so kami try and error sama sama.so tepat sampai sana jam 11 pagi.dan alhamdulillah.dia dapat keje kat situ.hepi dia bila dapat tolong kawan yang menghadap temuduga dan berjaya dapat kerja kat situ.entah.best gila.sangat sangat mengharukan.sampai nak menitis air mata.ibarat kita dilamar oleh seorang yang kita syok untuk dijadikan suri hati.auwww.hahahaha.ni pengaruh movie ok.aku tak pernah alaminya.tapi berharap untuk alaminya.hahahaha! =D

so secara kesimpulannya.saya suka teman orang.saya tak tau jalan.kepada bakal suami.mohon hadiahkan gps yang punya suara so saya tak payah tengok tengok kat screen.sebab saya tak tau tengok pun.mana nak drive mana nak tengok.oh payah.ke gps memang dah punya suara? oh ai dono.sebab selalu guna waze je.haha.tu pun sesat jugak.tak tau baca.haha.sekian.selamat makan!  \(^0^)/ *lunch hour*

May 8, 2013

"Ini anak akak ke?''

hai assalammualaikum!

kelmarin.aku ke Meden.Meden Kajang.aku dengan syira.asalnya nak pegi beli kfc.2 hari berturut turut makan kfc.sebabnya apa tau.yang hari pertama.adik aku syira tak dapat makan.sebab tertidur.disebabkan adik lelaki aku yang nama adi tu makan tak hengat dunia dan nak kenakan syira la kononnya.yang sape suruh tidur sebelum makan.jadi dia hilangkan jugak ayam syira kedalam perutnya.

jadi.sebagai kakak mithali.ai terpaksa ganti balik uolls.isk. T-T

So masa dah sampai kajang tu.adik aku syira.*gambar dibawah*

*cute pie*

syira: kak ecah! mesti semua orang ingat kak ecah mak syira.
aku: hu? mak? ape pulakk
syira: yela.sebab kita dua orang je.hihihi
aku: =.=

kfc dekat je dengan Meden.dan Cosway berhadapan dengan Meden.makanya.arah angin berubah.kita belok sikit menghala ke Cosway.hahahah.saje tengok tengok lips setik.hahaha. =P nasib Cosway nak tutup dah.so sekejap je la pegi sana.kalau tak.mau jugak berjam jam.

Sampai Meden.Syira berlumba lumba nak amik troli kecik.ok amik laah.amikkkkk.berjalan dengan syira.rabak duit aku.isk.benda yang tak patut aku beli pun aku beli.contoh pewangi kete.dah beli dah hari tu.sebabkan si syira ni dengan jujur bercakap.tak wangi.bau ros busuk.aku pun terpengaruh.ya allah.teruknya aku.boleh je pulak terpengaruh dengan budak kecik! belilah aku wangian lavender.bertambah tambah la wangian kat kereta tu.kalau tak wangi lagi.ai dono.

"kak ecah! mak suruh beli naget!"

aku pun.oh mak suruh.ok ok.mak suruh boleh amik.tapi lepas amik naget.

"kak ecah! amik la hot dog!"

aku dah...kalau ada asap dalam kepala.dah keluar melalui telinga dah ok.hahahaha.aku ni macam mak cik mak cik sikit kalau keluar dengan budak budak.membebel tak henti henti.cakap jangan jauh jauh,nanti kena culik.tak boleh bawak troli laju laju.tak boleh amik itu amik ini.tapi hari tu kurang sikit membebel.terus aku cakap.

"nonono.naget only."

kalau mood membebel datang.nonono.naget tak leh.kena makan sayur.melo horlicks roti boleh.naget kenot.aiceh! dan dan je kenot.hahaha.over.pastu suruh dia pilih nak roti apa.hamek ko.biskut roti semua dia amik.dah aku tanya

aku: awat banyak ngat niii? sedap ke ni? ni biskut apa ni? pernah makan ke tak ni?
syira: penah la.syira penah makan lah.
aku: penah makan ok.sedap ke tak?
syira: sedap lah.
aku: ok boleh.

hahaha.dan dan je terus boleh.aku ni kalau kena tipu dengan budak pun senang je ni. so dipendekkan citer tu.nak ke kfc.tiba tiba aku ditahan.seorang budak lelaki.

budak lelaki:hi kak! akak nak cuci spek tak? 
aku: hah?
budak lelaki: kedai kami baru bukak.sebelah ni je.akak nak cuci spek tak? free je kak.
aku: oh ha.akak baru je cuci spek ni
budak lelaki: akak cuci kat mana
aku: kat sana.optik world
budak lelaki: eh yeke kak? nape saya tengok kabur je spek akak tu

aku dah.aish budak niii

aku: eh kabur ke? ok je ni.tak ada masalah.
budak lelaki: yeke kak? bak saya tengok

ok malas nak panjang borak.aku bagi je hah.amik la spek akak tu dik oiii
dan dia tanya.

budak lelaki: bila akak cuci spek akak ni?
aku: bulan lepas.huhu
budak lelaki: oh.hahaha.

amboi.kemain gelak ko ye.dalam sepuluh minit woih dia cuci.awat lama sangat entah.dah cuci tu.

budak lelaki: ok akak cuba try

bila aku dah pakai

budak lelaki: woah kakkk baru jelas tengok mata akak tu.

hamboi dik.sindir akak kan.haha

aku: adik.contact lens ni bape?
budak lelaki: rm40 kak.akak amik la purple ni.cantik.saya belanja.
aku: woah! *terbeliak mata aku masa ni* eh tak yah la.akak baru je beli ha.
budak lelaki: eh tak pe kak.saya belanja.
aku: haha.takpe takpe.
budak lelaki: akak umur bape kak? 
aku: akak? 26 tahun
budak lelaki: ooooo.ni anak akak ke?
aku: ha ni anak akak la.
budak lelaki: oh sorang je anak akak?
aku: sorang je.huhuhu *sambil gerak nak blah*
budak lelaki : adik jaga mak bebaik ye *sambil muka pandang syira*

aku dan syira keluar sambil pandang sesama sendiri dan gelak dan syira pun cakap.

"kan syira dah cakap! mesti dorang ingat kak ecah mak syira!"

dan balik tu kami cerita kat famili.semua ketawakan aku.

dan keesokkan harinya.aku dan mak aku dan adik aku uyun ke bilion.bila lalu kat kawasan buah buahan.adik aku uyun berkata.

uyun: aku rasa ko kena makan banyak buah.
aku: nape?nape?
uyun: sebab muka ko dah macam mak.
aku: emak? *sambil pegang muka*

aku: kuang ajo ko!!!!! *sambil berkejar kejar kat bilion.*

uyun hepi gila dapat kutuk aku secara halus.hahaha.konon nak lawan lawan bercakap lah.sebab sebelum tu masa kat bilion aku membebel.oh well.aku memang suka membebel.haha.aku cakap.

aku: woih uyun! ko tak bawak kan bakul yang mak pegang!
beria gila aku cakap.seolah olah itu satu kesalahan besar.
uyun: masalahnya aku tak nampak pun mak.
aku: oh? ko ada mata? aku ingat ko tak ada mata?
uyun: *hadiahkan pandangan dari sisi tepi yang tajam*
aku: hahahahahhaha!!! *sambil buat tanda yes!yes!*

dan kenapa bukan aku yang amik bakul dari emak aku.dan kenapa aku suruh uyun.itu akan terjawab dalam next entri yang tak tau bila aku nak publish.hahaha.

tapi bab orang tanya anak anak ni.aku stress ok! aku dah agak dah perkara ini akan berlaku.bila aku keluar dengan adik aku.ouh tidakkkk.tapi memang.aku memang ke mana mana je  mesti ada syira.jarang aku jalan sesorang.pegi kedai.pegi pasar.pegi beli sarapan.argh.pegi memana je la.so memang aku tau dan agak orang akan tertanya tanya.siapakah awek cun  lagi comel bersama anak kecil disampingnya ittew.hahaha.poyo ok.sudah! tapi jap ke memang sebab muka aku? urgh.uyun memang nak kena.

ni uyun.yada yada.sape kelihatan seperti kakak? dia kan? hakhak