hari isnin yang berserabut OK. sangat sangat berserabut.
hari ni emosi bercampur baur. ko menungkus lumuskan diri kau buat keje. pastu pergi discussion untuk ISO audit. pastu ko kena bebel bebel sikit pastu ko wat lek wat peace pastu ko kena attend meeting near miss. pastu ko jumpa bos ko. ko gelak gelak
setel.
ok pagi tadi aku sampai dalam pukul 8. aku terus ke kampung pasir tak masuk ke syarikat Y sebab teringatkan nasi lemak dia yang sangat lah sedap. aku ni kalau teringat teringat. aku kena beli. nanti macam tak best seharian. aku beli 3 bungkus. tabiat aku memang akan beli lebih. selalunya aku bajet aku tak cukup satu. so aku kena dua. pastu aku beli lebih satu sebab incase ada rasa nak bagi orang. hahaha.
so aku makan satu bungkus je. ada ayam. sedap. dan kenyang. so ada balance dua. aku hold tepi. tengah aku sort sort keje pagi ni. cleaner datang kat meja kelig aku belah kiri. dia bagi kain. hahaha. meja dia kesat katanya.kotor. lelaki memang particular meh? siap nak bersihkan balik lagi. pui je aku rasa. dia tak nak guna ape ek pencuci pinggan yang contohla nama dia stich. kata kulit dia kasar ke apa ntah nanti. so aku ni kan suka cari pasal. berani betul la aku sindir time orang tu tengah muka tegang kan. aku cakap.
'aci! dun wori saya punya meja boleh pakai stich ke axion ke ok je. tangan saya tak jadi kasar sebab lengan panjang. (uniform lelaki lengan pendek)'
over kau. siap angkat tangan sambil bercakap lagi. dia macam cikgu tanya soalan ko angkat tangan sambil jawab. konon nak cikgu pandang ko lebih la dalam ramai ramai yang angkat tangan tu. bhahaha.
pastu aku teruskan kehidupan aku menyibukkan diri siapkan itu ini. so dalam jam 11 lebih sikit kot aku pergi la jumpa kelig sorang ni nama dia hoho (bukan nama sebenar). jumpa hoho kat opis dia. kitaorang nak audit ISO tak lama lagi. so dia bincang ngan aku la ape yang kena buat kena buat lagi. almaklumlah. seminggu je lagi weh khidmat aku diperlukan. so ko kena bagi kerjasama yang baik la walau sedikit tertekan. sepanjang discussion dia macam stress tau. ada yang dia pertikaikan itu ini. aku memula macam bagi la reason yang macam relaks weh. benda leh setel. pastu diam..buat muka no feeling.. pastu lawan lawan cakap..pastu diam..buat muka tak ada perasaan lagi..
tapi dalam hati kau.
tensen kau tuhan sajelah yang tahu. so sebagai mogok pada diri sendiri yang malas nak tengok muka dia. aku berhibernasi kat surau dalam gelap. haha masuk je dah ada ahli grup tido waktu rehat dah masuk dulu. so ko just isi ruang kosong yang sedia ada la. pastu ko beria tido sampai bangun bangun.
eh dah pukul bape ni? dah pukul 1 suku. (teruknya)
bangun buat melo pukul 1 setengah sambung jumpa dia. lepas rehat perut dia dah kenyang so emosi dia kembali stabil. keje dengan pompuan memang macam ni. ada masa dia macam ada rasa annoying je. aku ni dah la jenis cepat marah pulak. so memula aku lek lek dlu selalunya. bila aku dah sampai boiling point. dia sedar la dia dah over pulak nak lontarkan stress dia. tapi untuk kes hoho ni. aku boleh lek lek lagi lah. sebab audit kot. so ko memang akan pressure. so apa je ko bole buat selain biarkan dia bebel.
butakan mata pekakkan telinga.
tengah kau kena bebel. belakang hoho ada mamat cina. dia pandang ko senyum kat ko sebab ko kena bebel pastu gelak gelak pastu aku pun tergelak pastu nak kaver tak nak kena marah dengan hoho aku pun tunjuk tangan aku pada mamat kat belakang dia pastu dia toleh pastu dia macam kenapa yu gelak?
pastu nak kaver kita pun cakap lah.
'hey X (bukan nama sebenar) boleh tak jangan pandang pandang saya. saya tak dapat fokus apa hoho cakap. kalau u pandang pandang ai nanti ai jatuh cinta sama yu lah'
so si X ni dah merah padam muka dia so dia bla so ko boleh senyum kemenangan lah. dalam hati. kacau aku lagi kena kau.
balik discussion ko pegi surau. dalam surau ko jumpa orang yang dalam opis yang ko kena bebel tu. masa ko kena bebel. ramai gak dengar. tapi kau ni jenis hati kering dia macam ah lantak la. so dalam surau akak ni melahirkan rasa simpati sebab ko kena bebel padahal ko macam ha? biasa je. ko tak ada rasa malu ke rasa sedih ke apa ke semua tak ada. so ko macam kenot brain bila ada orang simpati pada ko.
hahahaha.pastu akak tu macam 'biasalah hoho memamg macam tu' pastu ko cakap. saya rasa dia lapar. so saya maafkan dia. sebab balik lunch dia happy je.
hahaha. nampak tak benda ni tak penting langsung. sebab its normal la. cuma ko rasa annoying la rasa nak cakap kat hoho yang ko ni kalau lapar pegi makan dulu boleh tak ni sebab lapar pastu benda simple je ko dah panik kemain.mungkin dia sedar yang dia terlalu over bebel kalah bos aku kot. oh tidak mengapa. selagi saya boleh rasa benda ni biasa je ok la. kalau aku tak boleh tahan and rasa ko pehal nak bebel macam orang gila ha aku marah direct je la.
tapi mujurlah tak. phew~
pastu ko kena attend meeting.
ko bawak student intern. pastu bos ko shake shake tangan dengan dia pastu bos ko sempat tanya kat junior ko tentang KEADAAN KO MASA KAT UNI. omaigod. aku nampak sangat JUNIOR AKU TU TERAGAK AGAK NAK CAKAP AKU NI BAGUS. kuaja ko. hahahaha.
bila bos ko tanya dia 'aisyah ni bagus kan kat U?' pastu KO PUNYA JUNIOR BUAT EYE CONTACT DENGAN KAU. ko rasa ko tau tak apa yang terpendam dalam hati dia. i mean apa yang dia nak cakap sebenarnya. hahahaha.
kuaja ah!!!
pastu ko gelak gelak je la. seolah olah ko ni bagus ya ammat sampai bos ko tanya macam tu. aku harap dia tak ungkit lagi kisah aku ni bagus ke tak sebab aku rasa junior aku serba salah nak jawab. dia dipersimpangan dilemma gitu. nak cakap betul ke tak? superior dia (aku) depan dia ni. hahaha
so masa meeting ni aku kena kol sorang bos ni. tapi kes ni ada 2 jabatan. so semua macam tolak tolak nak kol sape eh sape eh. ko dah pegang tepon bilik meeting ni. tapi yang lain tak decide lagi nak suh ko kol sape. ko malu la sorang sorang terpacak kat depan whiteboard. so ko pun cakap.
ok saya kena kol sape sekarang ni?
semua orang gelak. dan aku tak faham. why weh? aku tak buat lawak ok.
meeting berjalan lancar. dimana muka aku cukup serius. disamping seorang engineer asik pandang kau pastu ko macam apehal ko ni? tapi benda ni tak berlanjutan sebab ko tervibrate depan depan bos ko bila dia borak dengan satu bos lagi pasal kenapa ke empangan tak ada air sungai. hmmm. empangan ada air sebab air hujan kan? so dia tanya kenapa tak boleh buat sungai. aku rasa kelakar. so aku gelak dari berdiri straight sampai la terbongkok sikit tahan gelak. hahahah. teruk! kena belajar nak kaver ketawa la. haih payah la macam ni aku rasa kalau ada kawan aku sebelah aku dah kena cubit dah. hahahah.
balik meeting ko jumpa bos. borak borak kejap pastu ko pegi lagi jumpa hoho. tengah ko tunggu turn jumpa hoho pastu ko borak dengan lili (bukan nama sebenar. oh dia lelaki) lili cakap dia dengar kabar angin yang aku nak bla. aku cakap aku nak ke syurga so dia bersyukur. pastu adalah merepek merepek lagi. aku ni kalau dengan orang bukan malay (lelaki) merepek tu lagi selamba la. macam. kenapa lili? yu suka ai meh? hahaha saya yakin yu akan rindu ai nanti. selamba sikit la. so kelakar la jadinya. pastu dia ni jenis kenakan ko balik so bila dia nak balik dia cakap. aisyah babai esok you ada ke? pastu ko ni blur blur ko cakap la oh ada kenapa. oh saya masih boleh melihat wajah yu. pastu muka ko kerut kerut kenot brain pastu ada orang lain nampak dan dengar terus cakap.
you dating dengan lili meh?
ko terus. 'tak adalah. dia minat ai. ai tak minat dia.' hahahaha pastu lili ni pun selamba selamba so dia pun gelak je la. so kelakar la situasi tu.
hoho yang tanya adakah aku dating dengan lili. see. mood seorang pompuan berubah sangat cepat. so ko layan je la.
so hari isnin yang penuh dengan emosi. mujur aku ni tak terbawak bawak sangat. marah tu memula la. pastu dah chill dah bila ko rasa ah standed la dia kena tensen benda ni.
so happy holiday semua sebab esok ramai orang dah cuti balik raya cina yayyy!
mr B balik raya bila? - aku
esok malam saya balik (selasa malam) - mr B
oh okay mesti jem. ok2. -aku
aisyah yu balik bila? - mr B
hmmm rabu petang jam 3 kot! - aku
semua orang gelak. sebab syarikat Y tutup kedai rabu petang jam 3.
ok semua. selamat berehat rehat!
No comments:
Post a Comment