lagi seminggu. how times flies.
okay aku akan berhijrah ke tempat lain. dalam kata lain. aku akan bertukar tempat kerja. hmmm. dua hari ni memang kena nikmati la suasana kerja kat sini. haha. sedikit sedih sebenarnya. aku kan poyo sikit. kawan kawan dah mula balik cuti raya pun aku nak sedih. poyo je kan. cuti holiday je ma. apada.
sedih sebab nak tinggalkan kawan kawan and bos. haha rasa macam sayanggg je. rasa macam risauuu je ko tak jumpa bos ko sebaik ini lagi. aku rasa bos aku baik. walaupun dia bukan sebangsa aku. tapi dia baik la. dia suka encourage ko untuk berjaya. haha. haih.
kawan kawan...aku kurang bergaul sangat dengan orang sini. tapi yela kan. tak ada lah sampai tak bertegur. cuma kau kurang berborak mesra la. ada gap. sebab aku ni banyak cakap. so aku kena kawal percakapan aku. sebab kalau layan sangat aku ni. kau memang tak buat keje. sebab tu la semua yang duduk kat sebelah aku masa sekolah dulu semua tu kena panggil nama. termasuk aku. sebab berborak. kalau tak panggil nama. kena tulis nama kat papan hitam (zaman sekolah rendah) pastu senang je nak buat nama ko padam.
kau nangis la tipu tipu!
so nanti konfem pengawas akan padam nama ko (pengawas lelaki) pastu buat tanda shhhh. hahaha pastu kita tekup muka senyum senyum la dengan kawan sebelah.
poyo tak? nampak sangat kegedikan memang dah jelas dari sekolah rendah. hahaha.
ok berbalik pada beberapa hari ni kan. ah sedihnya. risau lah. dup dap dup dap jantung aku. ada yang kata aku akan masuk penjara selepas keluar dari tanah lapang. ada yang kata aku masuk tanah lapang selepas keluar dari penjara.
entah la. aku just pegang pada prinsip. kalau ni tak seindah yang disangka. just deal with it je la.
kan?
ok semua. tadi masa meeting ISO bos cakap kalau seminggu tak ok kat sana. call dia balik. nanti dia bagi masuk balik. aku macam... -.-''
ok bos.
=P
No comments:
Post a Comment