Sometimes after you've tried your best and put all your effort into it, you'll just have to let times do its course.
Pages
Feb 22, 2015
Sundate
cuti hujung minggu kali ini sangat terisi dan jadual sangat padat dan ko PENAT.
hahaha.
hari khamis aku balik pasir panjiang. jem gilaaaa. tak pernah balik pasir panjiang jem seteruk ini. pukul 12 tgh hari dari rumah. pukul 5 lebih baru sampai kampung (ni plus ko lepak makan ikan bakar kat mana ntah hoho)
aku balik pasir panjiang satu malam je. so kiranya jumaat dah balik. dalam perjalanan nak balik kampung tu aku cakap kat mak aku jom balik johor esok. (jumaat) mak aku diam. dia macam ko ni biar betul.pastu aku pun ala mak jom la. duk umah bukan buat pe. boringg~ (cewah) sebab aku malas nak keje sabtu tu. so aku pun macam tak ada benda nak buat (tipu tak ada benda nak buat kat rumah) so aku pun ajak la mak aku balik kampung johor.
so ok la. jom balik johor.
habit aku memang macam tu. last minit. rasa nak pegi situ. ok pegi jom. nila gaya orang malas nak fikir macam macam.
balik selangor jumpa sedara mara. pastu gelak gelak tak hengat duniya. balik selangor. slang jawa aku keluar. slang je. ngomongnya orak reti. reti...tapi itik itik. (ntah betul ke tak aku merapu cakap jawa ni bhahahahah!) kat sana ada yang panggil aku bibik. bibik ni mak cik dalam bahasa jawa. bukan orang gaji.
asalnya balik johor aku drive. tapi last minit aku macam malas. aku suh uyun drive. bawak kete dia. bhahahaha. jahat tak aku. dah la aku yang aturkan lagu lagu pendrive dia. saje siksa jiwa raga dia. last last aku pun tak caya lagu lagu ni aku ke yang masukkan?
balik johor aku suka. sebab...macam bos. bhahahah! ko lagi tua dari sedara ko. so ape lagi. gunalah kekuasaan ko! aku suka sebab aku bebas nak baring ke nak tido kroh kroh ke tanpa pegi dapur. (hahahaha) tak adalah. selalu aku guna kuasa veto untuk berehat tu sebab aku driver. tapi kali ni pun penat jugak. yela dari selangor kan. ko tak tido. sebab ko jadi co driver. so. boleh la baring jap tgk ultraman. lagipun ramai ramai kat dapur. aku ni jenis malas nak tunjuk skill kalau reramai ni. so amik jalan mudah. lepak depan tgk tv. hahaha. bagila can sape sape yang nak tunjuk skill. aku ni low profile. ehehe.
aku ni memang pemalas. tapi bab amik hati orang tua. nombor satu. sebab tu arwah atuk aku suka aku. haaa...aish. tak leh citer. nanti senyum sorang sorang. bhahaha. kiranya kat johor ni aku ada kuasa berehat la ewah poyonye kauu. haha. aku penah kot nyorok kat satu bilik kat rumah arwah atuk aku. masa puasa aku rasa. sebab rumah situ panas. ko aku akan letakkan sapu tangan sepanjang tua gudmorning kat bahu. dah macam atuk atuk pegi kebun je gaya untuk aku lap peluh. so dengan baru sampai kampung. ko penat. pastu aku pegi carik satu bilik untuk aku tido (kaver sebab semua orang tengah kemas rumah nak raya) beria aku tido weh. malangnya aku dijumpai jugak tatkala sampai turn bilik tu untuk dikemas. hahahaha.
tapii tak kena marahhh. yayyy. hahaha
tu zaman sekolah sekolah menengah la. time ko muka tebal tak malu plus nakal pemalas watsoever. sekarang tak ada dah. sekarang paling kurang baring kat sofa sebab penat drive pastu tido. ramai sangat anak dara kat belah johor. bagi can orang muda la belajar memacam. yang nak kawin nak tunjuk skill before tamatkan zaman bujang. aku pantau je.
bhahahahah.
hari sabtu (semalam) kami bejalan sakan pegi tanjung. tak ada ape pun kat tanjung emas muar tu. just untuk ko jenjalan hirup udara sungai muar. lepak lepak. borak borak dengan pak cik mak cik. so orait la tu. pastu ko makan mee bandung. aku kurang gemar mee bandung. walaupun memang tak dinafikan sangat sedap. tapi entah. mee kot. so kureng sikit.
eksyen.
balik dari muar. pegi melaka. lately gemar singgah melaka walaupun kami tau tempat yang kami nak tuju tu bukan dekat. tapi entah. suka pulak kan. so masuk la melaka nak minum coconut shake katanya. hahaha. dah bape kali dah asik pegi situ. tak jugak upgrade sistem. wasap pun upgrade sistem dia. orang ni tak pulak kan. idk.
so! seronok la roadtrip last minit kali ni. next time aku nak bawak family aku pegi bagan lalang pulak. aku nak makan ikan bakar yang kedai dia bebetul tepi laut ha gittu. bestnya. nanti tengah makan nyum nyum pastu dengar bunyi desiran ombak. hahaha. sooo menenangkan.
so bermula next week saya akan pindah ke somban. untuk tempoh seberapa lama tu tidaklah dapat dipastikan. sedikit eksited. nak jumpa kawan baru. kelig baru. saya harap ada kelig lelaki bujang so det! boleh geng! hahahaha. well ko harus faham kawan dengan lelaki lagi best dari pompuan sebab lelaki simple. ko nak berkasar pun tak ada lah dorang nak sentap sangat sebab ko pun bukan taste dia so boleh je la nak palahotak ko ha macam tu cakap dia. hahahaha. siot je. gurau je ok.so tak sabar nak mengharungi tekanan/cabaran kerja di tempat baru.
saya dapat rasakan! yang kawan kawan saya kat kat syarikat Y bersedih aku bla. hehe. of kos dorang kena sedih. hahahaha. lebih lebih lagi orang sebelah aku. selama ni aku tengok orang yang meninggalkan aku so ni first time rasa nak meninggalkan orang. so aku pun tak tau la orang lain sedih ke tak tapi aku rasa dorang sedih sebab yela. aku kan best.
hahahahahaha! ok best macam mana tu ecah???
hmmm best macam mana ye? best la. hmm gila gila. pastu cakap lepas. macam ayat 'menggelabah la kau ni' sudah ditiru. dorang ajuk balik kata kata aku tu pastu cakap kat aku. aku rasa terhina. aku rasa ayat 'menggelabah' tu dah berpaling tadah pada tuan dia. cewah! tapi aku rasa tak ada ape yang patut disedihkan sebab aku ni keje mood lain macam sikit. kejap ok kejap tak. pastu sesuka amik makanan orang. mintak makanan orang. aku tak kisah apa orang cakap. jenis aku. kalau ko lapar. ko tanya orang. orang memang tak expect ko jenis macam tu. tapi takkan ko nak biarkan perut ko lapar. mintak je la. orang tak kan cakap hish kau ni asik mintak makanan aku je. kalau dia kata macam tu. dia tak tau la tu yang tetamu ni pembawa rezeki. hahaha gila aku guna konsep tetamu. entah. tak pernah pulak akak akak ni marah aku mintak makanan. selamba je. dorang suka je. ok je sebenarnya. just b urself ok? kekekeke
oh ya.kawan aku kata aku lembab. dia kata maybe sebab kelembab-pan aku ni la yang buat aku lembab dapat steady bf. hahaha. lembab ke? aku rasa aku alert. dan sangat pantas tapi tak sepantas angin la. dia kata maybe dah ramai bagi hint tapi dia kata aku ni jenis blur so tak dapat tangkap dan dengan gembiranya menjalani kehidupan seperti biasa. tapi aku rasa tak betul. ada ke kata aku lembab? blur? eh kemonlah. peliklah.
so aku just ignore je apa kawan aku cakap. aku rasa aku tak adalah lembab mana. ok je la lagi. tapi eh entahlah. aku pun tak faham. cemana dia boleh tau sesuatu tu tu adalah hint, aku pun tak faham. eii menakutkan. so scarey yu no. hahaha.
oklah. aku keje hari ni. sambil dengar lagu titanium. yang cover punya. aku rasa aku pandai tukarkan lagu ke mode slow la. macam cover la. aku tak leh feel lagu lagu yang berentak laju plus tak cukup napas. ahahaha. so aku rasa aku excellent bila ada petikan gitar. cewah. hahaha so akustik yu. konfiden je kan. padahal suara tak sedap ko tak tau. hahahah.
ok selamat bekerja. dah banyak sangat aku bebel. sambung esok la. minggu akhir kat syarikatY. harus diisi dengan kenangan. hehehe.
ok sepanjang hari kat yokohama hari ni. siapkan apa yang patut. ESOK INTERNAL AUDIT ISO oiiiii.
ganbatte!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment