Pages

Feb 7, 2015

Minggu suam suam kuku

hai semua happy caturday.

tak ada lah happy sangat. minggu ni aku namakan minggu suam suam kuku. aku rasa lepas beberapa minggu penat keje tujuh hari seminggu. ini minggu badan ko tak leh tahan dah. so ko namakan lah dia minggu suam suam kuku sebab tubuh badan ko suam suam kuku je gaya dia.

aku tak nak komen sangat pasal keje tujuh hari seminggu. pak guard siap cakap awak ni keje carik duit banyak banyak buat apa? haha. aku buat tak tau je la. keje banyak pak cik. kena siapkan. hehe.

minggu suam suam kuku banyak cabaran. bermula tayar wyt bocor. kejadian ni aku tak tau melainkan kawan aku bagitau. dia kol aku. aku tak sedar. waktu tu rehat. aku waktu rehat kan bersungguh sungguh tido (untuk kes tertentu) so hari rabu hari tu. aku tido la. beria. sekali tengok wasap. peh kawan aku mira ni memang jenis yang panik panik punya orang kot. dia panik la bagi wasap. aku yang cool ni terpaksa panik gak. macam..ko kena bangun dari tido. (aceli masa tu dah habis rehat pun) so aku lepak dlu kat tempat aku. pastu aku ni kan kepochi. aku pegilah cakap kat kawan aku laki. yang kete aku tayar dia bocor.

dia gelak je. pastu aku cakap. weh kau gelak apesal? dah aku nak pegi turun tengok kete aku. dia pun balas. ko turun. kete ko tayar dia kembali pulih ke? aku macam..eh janji aku tengok. nampak care sikit.

aku turun ke parking lambat. sebab malas nak bertembung dengan orang balik rehat. aku ni kan jenis tak suka tembung tembung dengan orang. pastu aku tengok tayar wyt depan belah kiri bocor. leped gila. siot lah. aku gelak. sebab aku malu! bayangkan pagi tadi aku melaju kat jalanan. tapi melaju dengan tayar bocor. ah dem.

so aku balik naik opis. aku pun cakaplah kat kawan aku. weh sape ek boleh tolong aku nak tukar tayar petang ni? aku ni jenis yang malas fikir sebenarnya. last minit fikir. so masa ni aku yakin la aku mampu buat. hahaha. pastu aku kan suka drama drama kan bila cakap. so kawan aku pun cakap xpe dia tukarkan la nanti semua aku baca huah leganya pastu dia cakap weh kalau ko bawak pegi kedai upah bukak tayar ni adalah dalam 36-39 inggit. terus! terus aku..ok macam ni. ko ajar je. step step dia. biar aku buat. ko tak yah buat.

bhahahaha. bengang je kawan aku tu.

tapi petang tu aku janji dengan dia jam 6. tapi last last aku tak guna bantuan dia pun. aku guna bantuan orang lain. pakwe kawan aku. masa ni grup cik puan syarikat y berkumpul kat wyt. semua duk tengok. tengok saja ye. hahahaha. so aku dah tau dah step kalau tayar bocor.

1. ko bukak nat (longgarkan)
2. ko jack tayar
3. ko cabutkan tayar.
4. ko amik tayar spare. kalau wyt kat bawah. hahaha memalukan! sebab aku tak tau ada tayar spare. dan tayar spare sangat hodoh. ko akan taubat tak nak bocor lagi dah.
5. masukkan tayar spare. (i mean pasang)
6. ulang aktivti 1 dan 2.

tadaaaa~ dah siap!

tayar bocor tu ko bawak pegi bengkel pastu kalau kebocoran tayar tak sebesar syiling 50 sen lama makanya ko boleh tampal kalau besar. ko kena beli barulah. kos tampal tayar aku hari tu hanyalah rm5. mungkin dia tengok kebesaran kebocoran kot. idk. sebab kawan aku cakap around 10-15 hinggit kalau tampal tayar.

tapi serius! malu dowh ko bawak kete pakai tayar spare. dah la tak boleh laju. ah. kecik pulak tu. ah pelik pelik. rasa nak tutup muka sepanjang jalan. tapi ape je ko boleh buat selain bertabah sebab cermin kete ko macam akuarium. ngehngeh.

tu cabaran pertama minggu suam suam kuku. cabaran kedua adalah. food poisoning!

aku tak tau la nak cakap ni food poisoning ke apa tapi efek dikesan khamis petang. hasilnya. khamis malam balik keje aku terus berselubung dalam bilik. bhahahaha. makan pun tak. sebab tak lalu. demam kejap panas kejap sejuk. so menakutkan. hahaha. aku ni jenis tak gtau sangat aku demam ke apa kat mak aku. tapi dia boleh nampak sebab aku beria stokin. sweater bagai. sah sah la demam. makan panadol..hasilnya!

aku segar jam 12 pagi dan aku tengok tv citer pompei plus kpop star 4 sampai jam 2 pagi. esok nak keje ni.bhahaha dengan pakej makan nasi tengah tengah malam sekali dengan melo panas.

hahahahahaha!. suka gila eh bila acah acah dah baik ni. terus saya dah baik! saya dah baik! (cakap dekat kucing) pastu hasilnya?

jumaat badan ko kembali lesu. ko tak bermaya pegi keje. ko datang awal ke tempat keje. pastu sambung tido kat surau. jam 8.30 hati ko meronta tak teruskan tido tapi! ada suara belah kanan cakap. keje yop keje. hehehehe. so kejelah.

aku ni jenis. kalau sakit. payah gila lah nak pegi jumpa doktor. aku rela amalkan perubatan tradisional. aku rasa aku ada share kot kenapa aku tak suka jumpa doktor. sebab soalan dorang susah. and aku tak tau situasi badan aku. aku takut doktor tu rasa annoying dengan penjelasan aku yang merepek.

so apa aku buat? aku tanya orang. kena makan apa minum apa! mengikut kepercayaan aku. kena minum hundred plus dengan air oren berpati tu. (tu aku minum masa kena tahan wad dek kes denggi dan terbukti berkesan!) tapi masih tiada kesan. siang tu aku makan 4 biji panadol.

asalnya jumaat semalam aku ada pesta ikan bakar. aku kensel. aku cakap aku tak sihat, tapi! ending dia aku x jadi kensel. semua ahli grup cik puan syarikat Y bengang, hahahahahaha. dengan alasan. kak lin suh makan ikan bakar. dia kata kena makan something different. 

hasilnya?

ikan bakar rasa plain. tak cukup garam aku komplen. layun yang habiskan. duh.

sepanjang lepak. aku rasa mual. ewah mual mual kau. aku gtau layun. layun rekemen minum air limau suam. aku order cakap air suam limau. layun betulkan ayat. nampak benor teruk lalok dah. cakap pun tak betul. ok air limau suam sampai. first time seumur hidup oder minuman ni. see. aku akan lakukan apa saje untuk pulihkan badan. secara tradisional. hahaha. pastu badan rasa panas dalam. aku buat aduan kat aisyah. aisyah rekemen air barli. okay kita order barli suam. so aku ada dua minuman. elak muntah and bagi badan sejuk. balik tu rasa gas penuh dalam perut. seksa! pakwe layu rekemen suh minum coke. hilangkan gas.

hasilnya aku tak beli aku terus balik. hahahahahaha

tapi pagi tadi aku singgah mekdi. fida cakap lupakan pasal israel demi melayan mabuk. bhahahahah! poyo tak? so kita pegi dengan happy lah. order bubur ayam~ order COKE~ order hashbrown~

hasilnya? bubur ayam sangat plain. xda rasa. aku tak tau la salah mekdi cawangan saujana impian atau salah aku. hahahah. 

kepada semua! jaga kesihatan! pastikan kebersihan restoran anda makan. aku tau punca ni dari mana. oh seksa. tapi sabar je lah. sebab aku alami demam. mual mual (morning sickness weh. serius aku dah alami pengalaman ni dek gastrik (bila ko sakit. ko x lalu makan. hasilnya gastrik ko menyerang) dan sangat menakutkan! aku memang takut aktiviti muntah ni sedari kecik. 

so..selamat hari sabtu! =D

No comments:

Post a Comment