Pages

Mar 30, 2015

Kau suka


kau suka kat sorang ni. ko kawan dengan dia. ko tak tau dia ada awek ke ada pakwe ke tak. ok mungkin tak lah. tapi ko tengok macam ramai je suka dia. so ko pun. tengok je la dia dari jauh. ko turn off. ko turn off sikit la. tapi ko masih chill je. ko suka dia lagi tapi kiranya kau tahan je la perasaan ko tu.

adakah ko akan kasihani diri ko? 

Rekaan


lately aku telinga aku berkhidmat baik untuk orang bekasih kasihan. aku ada kawan. dia single. dia ada awek dlu. pastu entah nape krisis. dorang putus. masa dia putus aku tak tau. bulan bape ntah kitaorang contact balik. tak ada la balik sangat. masa ni la catch up cerita balik. dalam tempoh tu kitaorang tukar tukar cerita. bagi tips pasal keje la ape la. pastu dia tanya pasal aku. setiap kali dia tanya. aku mesti akan cakap pasal pakwe aku. sampai dia macam oh tak pe lah. ko dah ada pakwe rupanya ha gitu. tapi kitaorang still catch up tru phone. pastu baru baru ni dia cerita dia dah mula nak ok dengan bekas kekasih dia. eksited dia citer. yela eksited la citer bila aku pun tengah happy dengan pakwe aku. hahaha. bila dia cerita selalu aku eksited la. aku kemain bahan bahan dia huiyo huiyo. so kiranya aku memang faham la perasaan dia yang dalam hati ada taman tanpa dia sedar yang aku ni sebenarnya kat luar taman yang tengah perhati orang yang bahagia dalam taman bunga memasing pastu jalan berlalu dari taman tu sambil geleng kepala and senyum. 

sebab pakwe yang aku selalu gebangkan tu hanya rekaan aku yang mana aku sendiri tak ada jawapan kenapa aku reka watak tu. 


Mar 29, 2015

march-weekend

happy weekend!

hari ni hari melayan yutiup. layan la lagu jackson 5. just call my name selepas lagu Sia - elastic heart. best lagu tu. bagus la untuk aku gunakan kalau aku nak travel jejauh. naikkan adrenalin memandu katanyaa. 

lol

minggu lepas minggu yang memenatkan otak. dah mula dah zaman balik jam 7  ke 8. seronok jugak ya. sebab balik ko terus tido. hahaha. tak ada pun rasa macam no life sebab kalau ko balik awal pun ko memang akan tido jugak. aku bukan jenis yang duduk depan tengok tv sepanjang malam. 

kalau kat rumah lain la. i mean rumah sebenar. semalam aku ada job fair kat somban. haha. seronok jugak join job fair ni. pengalaman yang menyeronokan. sebab ko jumpa orang. macam jual barang perasaannya. tapi ni nak jual nama company. haha. kak eda cakap kalau aku jual barang sure laku. nak citer pasal semalam. tapi macam malas. hahaha. btw aku borak borak dengan EO aku. aku rasa aku ada bakat borak dengan orang tua yang orang takut. contoh macam semua orang takut dengan atuk ko. tapi aku boleh borak dengan atuk ko sampai dia tergelak gelak. sebenarnya aku tak tau kenapa atuk ko gelak. tapi aku yakin sebab dia terhibur dengan perbualan aku. cewah! 

sebab semalam aku borak borak kosong dengan EO aku dan gelak gelak dan dia pun gelak. hahaha! agak mengejutkan. tapi kontrol beb. EO aku orang jepun. dia datang dari bangsar. nak tengok kitaorang. gila tak rasa nak tepuk tangan siap pakej tabik spring. rasa seronok buat keje ko tau! 

aku borak apa ye. aku tanya la dia selalu shopping mana. best tak belajar bahasa melayu. susah tak? pastu ajar dia cakap bahasa melayu. yang bengongnya aku ajar ape tau. 

merid = kawin
divorce = cerai

so bila dia buat ayat. 'saya sudah cerai' 

tak ko terkejut! hahahaha! sebab memula dia cakap saya sudah merid. aku pun oh kawin kawin. 'saya sudah kawin' aku pun say gud gud la siap bersimbol ibu jari. sekali dia kata saya sudah divorce. terbeliak mata aku. aku pun oh cerai cerai. so buat la ayat 'saya sudah cerai' 

terkejut eden. terus ajar ayat lain. so ak tak tau status dia sebenarnya apa. sama ada dia nak tau ayat lawan kawin tu cerai ke atau dia memang dah cerai. hahahaha! aku takut nak tanya lagi. 

bahahahahah! padan muka sape suh ajar benda merepek. bila kena balik. pucat muka haa. hahahaha!

hahaha.

ohya aceli aku tak balas pun ucapan happy besday yang dorang bagi kat fb aku. maaflah aku tak sempat la nak bukak fb balas satu satu. mungkin nanti aku balas. dun wori semua tu aku dah tengok tapi tak sempat nak balas je. huhu tetiba rasa baik semua orang tak tau kan? hehe

besday tahun ni biasa je. dah tua dah. tak yah la nak celeb kemain. haha pegi makan seafood kat bagan lalang hari sabtu tu. pastu suprise besday kek baskin robin dari adik beradik. haha. aku rasa terharu gila. aku ni ego kuat sikit. tinggi melangit. so aku selalu terkejut tapi tak keluarkan air mata. selalu muka aku plain je. padahal aku terharu gila. aku risau dorang salah tafsir yang aku tak appreaciate. huu. tapi nak happy sangat. aku rasa macam tak lengkap je. haha famili aku memang suka buat surprise. yang paling aku ingat sebelum besday umo 26 tahun ni. masa aku keje part time paksen ke pizza entah. aku balik 11 lebih maklumlah OT kan. balik balik dorang kejutkan tadaaa dengan kek kfc semua semua lah. terharu betul. hilang penat. 

kitaorang biasa biasa je famili. bukan kaya raya. so celeb pun biasa biasa je. sederhana. tapi tahun ni sumpah tak tipu aku sedih gila. boleh dikatakan bulan 3 ni aku banyak keluarkan air mata la. haha sebab yela teringat kat arwah ayah aku kan. haha. rindu kot. huhu 




ahad masa besday aku. aisyah ajak sarapan pagi sama sama. aku ok la. aku jenis yang kalau orang yang ajak aku untuk teman dia pape aku selalunya ok je. walaupun aku dah janji dengan famili nak tengok wayang sama sama jam 1. ala makan pagi. bukan ganggu jadual ngan famili pun. so aku pun siap siap la tema serba hitam dengan konsep hitam itu tersangat menawan. tak lama aisyah datang. aku pun ok la nak makan mamak mana. pegi rest 1. sampai rest 1 aku nampak layun.

barulah aku tau dorang buat surprise besday kat mamak.

hahaha! aku pagi tu sangat blur. dah duduk baru aku macam eh? layun ada. hahaha! gila la. semua gelakkan aku. aisyah awak memang blur macam ni ke pagi pagi? tak sedar langsung ke? 

hahahaha. serius kali ni aku tak sedar. aku just ikut je. aku tak nampak kete mira. kete layun. semua aku tak perasan. so kek besday ganti dengan ayam goreng dengan ucapan hepi besday dicucuk pada ayam. hahaha. 

terharu la. tapi macam aku cakap. aku tak tunjuk kat muka. aku tak tau nak buat ekpressi muka yang ko terharu. haha. kalau aku buat. memang nampak aku belakon. kira benda macam ni la buat aku sedar sebenarnya aku dikelilingi kawankawan yang sangat baik dan saling menyokong antara satu sama lain sebenarnya. yang sentiasa risaukan aku. yang sentiasa buat aku tergelak gelak yang sering amik serius bila aku ada masalah remeh macam aku gaduh dengan sape sape kawan aku la padahal aku lek lek je. dorang melebih. haha. yang sangat risaukan keadaan aku kat seremban sebab aku sangat anak anak kecil yang lagi kecil dari umur dorang. yang sering bagi nasihat kat aku jangan terlalu ikut emosi bila bergaduh dengan orang (kantoi selalu gaduh ngan orang) yang selalu suruh aku mengalah dengan orang. yang selalu sokong kalau aku dah mintak maaf pastu siap bagi tepukan atas keberani bla bla bla. yang suka ingatkan manusia berubah. aku kena berusaha untuk adapt benda tu. yang selalu pesan jangan jadi terlalu sensitif (ini kerana sejak berusia26 tahun saya menjadi mudah tersentuh) yang suruh ko balik keje awal sebab nanti badan sakit sebab ko terlalu suka stay office lama lama. yang suka kenenkan aku dengan orang yang dorang suka yang dorang dah tak boleh miliki tapi seolah olah yakin orang tu milik aku. 

ceh. =.=''

macam tu pun ada. 

ok semua! selamat berhujung minggu. syukurlah dengan apa yang ada disekeliling kita. rezeki manusia berbeza beza. jangan rasa rendah diri. just stay positif! 

babai! 




Mar 24, 2015

Sorry seems to be the hardest word.

'dalam hidup ni kita jangan berkira sangat. kadang kadang kita mintak maaf kat orang bukan nak buktikan yang orang lahir bulan dua adalah seorang peminta maaf pemaaf bukan jugak nak senangkan hati kita bukan jugak nak senangkan hati orang tu tapi sebenarnya nak senangkan malaikat catat belah kanan kita. kalau rasa malu pun. biarlah malu dengan manusia. biarlah beralah dengan manusia. kelak malaikat akan doakan kita. awak risau kena pijak dengan manusia sebab asik beralah tapi awak ingat tak salah satu nama tuhan kan Al-'Adl : Yang Maha Adil? Ok?'

hmm ok. thanks cik puan yoko yoko.

tapi kadang kadang jadi seorang yang mudah beralah ni menyedihkan sebab orang memang tau ko akan beralah so rasa macam kena buli je. and tak kisahkan ko. tapi hmm yela. bia je la. apa je ko boleh buat selain gelak gelak macam biasa sampai terbatuk batuk mintak air.

kan?

buruk benor perangai gelak sampai terbatuk ha.

eh jap jap. tapi macam mana pulak.. kalau kita buat salah kita mintak maaf tapi dia buat salah langsung tak mintak maaf? tu status cemana tu?

persetankan status dia. jalani jelah hidup ko macam biasa. btw aku tak tau la tips aku ni bantu ke tak tapi bila ko mintak maaf pastu orang tu buat tak tau je so ko create kan je la satu andaian mitos ko. dia jadi mitos sebab ko create benda tu and tak tau betul ke tak. kalau betul baguslah ko mungkin punya sixth senses jen jen jengg tapi kalau tak betul pun bia je la.

bila orang yang ko mintak maaf tu buat tak tau. ko akan jalani hidup dengan lebih gembira bila pk 'ah bialah.dia ada awek/pakwe yang tengah pujuk or gembirakan hati dia.' so ko buat dono je la.dan teruskan bergembiraaaa. yatta!!

ha ha ha

senang kan?


Mar 16, 2015

kenapa tido awal

kenapa saya tido awal?

jam 10 paling lambat aku dah tido. sejak dah bermusafir kat somban ni aku jadi kembali pada kehidupan lampau aku yang gemar duduk dibilik sesorang. even kat rumah ada tv. aku prefer duduk dalam bilik. bukak fb. baca buku pastu tido.

kenapa tido awal?

1. penat.
2. kena bangun awaiiii
3. orang bekerjaya tido awal sebab fikirkan esok ada tanggungjawab
 (ayat sedapkan hati sebab kawan ko kata budak budak je tido awal)
4. tido lambat tak cukup tido (kengkonon cakap kat diri nak tido dengan secukupnya walhal ko pun tau yang tido 12 jam pun ko still cakap tak cukup.)
5. supaya muka tak lesu
6. mitos diri menyatakan kalau tido selepas orang lain dah tido nanti tak boleh tido.
7. tak gemar menonton tv
8. tak gemar berborak dengan housemate 
9. gemar menyendiri dalam bilik walaupun tau housemate semuanya ok saje
10. dah ngantuk. tido la. pe lagi ko nak buat pun 


penat weh. ko keje guna otak lagi penat dari guna tubuh badan. balik badan terus lesu. aku ni entah pukul 6 pun tak rasa nak balik lagi. sampai nonol cakap balik la ecah. keje lama lama sakit nanti. huhu

ok gudnaite cuolls.





cuppycake song

 you are my honeybunch sugarplum
pumpy-umpy-umpkin , you are my sweetie pie
you are my cuppycake gumdrop
snoogums-boogums you are my apple of my eye

and I love and I want you to know
that I will always be right here
and love to sing sweet songs to you
becau you are so dear...


Mar 11, 2015

Aigooo

stress rasa nak benti.

sebab tak confident yang  boleh ke buat task task yang diberi.

rasa macam tak layak

ottoke?

T.T

Mar 9, 2015

mungkin


kebluran saya ketidak pedulian saya ego saya mungkin penyebab saya terlepas seseorang yang saya suka yang mungkin juga sukakan saya.

aigoo






Mar 8, 2015

Sentap

korang pernah sentap tak dengan sape sape? dengan mak ayah kecualilah. aku kalau sentap dengan parents ni. tu benda tak patut untuk sentap kot. 

contoh dengan kelig ko ke. dengan kawan ko ke. sape sape lah. 

so apa keadaan yang buat ko sentap dan cemana ko hendle kesentapan dalam diri ko tu. 

macam aku. aceli banyak je benda yang boleh buat aku sentap. selalu aku sentap sebab tutur kata lah. dulu zaman muda. aku kalau sentap. aku selalu merajuk betul betul. silap silap boleh keluar air mata. 

tapi sejak dah mentua ni. hati memang jadi lagi lembut. cewah. tapi bila bab sentap. jarang dah nangis. atau tarik muka. selalu aku akan buat buat tak ada apa apa berlaku. macam...temujanji lah. 

contoh ko plan dengan kawan ko yang ko akan keluar bersama pada hari jadi ko. tiba tiba satu hari dia mesej dia tanya ko. bila ek kita kua? minggu depan atau minggu lagi satu. so ko sentap. ehh. bukan plan nak kua masa hari jadi aku ke? tapi ko wat lek wat kul. ko cakap. minggu lagi satu. ko anggap yang perjanjian untuk minggu depan yang plan keluar bersama sama tu tak wujud. so kawan ko yang lupa ni. dia pun balas okeh! 

so ko sentap sesorang. tapi ko wat lek wat peace je. 

sebab tu la orang cakap ko tak ada perasaan.

tu perbuatan. 

kalau percakapan tu macam...aku mintak pendapat ko. ko suh aku fikir sendiri. ok fine niat ko maybe bergurau. tapi aku tak suka. sebab aku tanya ko bukan nak ko bagi jawapan bergurau. aku serius. 

kalau situasi macam ni selalu aku gelak jugak pastu balas bengong ke apa pastu jadilah tu mesej terakhir ko terima dari aku pastu tak da kabar dari aku melainkan ko mesej balik cakap wehh ko watpeee.

hah macam tu. pastu aku set kat mind la. next time ada masalah jangan tanya dia. siap.

selain dari tu situasi macam mengomel. macam benda tu jadi sesuatu masalah yang sangat besar. sebagai contoh.

ko bagi kucing makan. pastu kawan ko bising sesorang pastu macam tu adalah masalah besar sebab kalau bagi kucing makan sekali dia akan datang berkali kali pastu ko la yang panggil kucing untuk merasa makanan yang kawan ko beli padahal niat ko saje je nak panggil tak tauu la pulak ni masalah besar bagi dia sebab nanti kucing dia kehabisan makanan. 

so ko sentap la sesorang. ko leh buat muka plain. ketawa. tapiii

dalam hati siapalah tahu¬

aku dah biasa dah dari masuk Uni kawan kawan cakap aku plain. tak ada perasaan. bukan plain. aku just tak nak orang tau apa perasaan aku sebenar. tapi bila dah sentap sesorang ni. ko akan belajar sendiri. ko akan nilai orang tu. macam..okay next time tak deal lah dengan dia. 

aku ni jatuh hukum dasyat sikit. kalau sampai tahap aku macam fed up. aku buat tak tau la kat dia. macam..kepercayaan aku cepat hilang. aku tak percayakan orang. aku percayakan diri aku je. contoh bawak kete. aku tak percayakan kereta belakang. aku tak percaya yang dia mampu tekan brek masa traffic light merah. kalau dia tengah laju.

so bila last minit kensel janji. aku selalu macam..ok je. padahal dalam hati terasa gak la. hahaha. tapi aku tula buat biasa je. tapi remind kat diri la. lepas ni tak yah la ajak dia.kalau aku ajak jugak tu, hmmm dia pilihan akhir la tu atau nasib ko baik la.  

selalunya aku tak fikir sangat. aku senang. aku sentap ngan ko. aku tak fikirkan ko. tu je la. ko nampak je aku gelak gelak pastu wat lek wat peace je dengan ko. tapi hakikatnya ingatan aku kat ko adalah zero. 

kira aku ingat ko bila ko mesej aku je. 

sebab..aku malas nak fikir hal manusia. kalau aku sentap. ok next time letak had la masa bergaul dengan dia. atauuu pedulikan dia. dia nak sentap ke apa ke dengan kata kata aku. aku tak kisah. aku tak ada hati nak pujuk dia. macam dah mati perasaan kasihan kan dia. contoh ko terlalu bz. sampai aku ajak lepak pun ko tak mampu set date. tapi ko leh pegi cyberjaya watsoever sooo...aku ok je.sebab dah habis sentap. so aku tak kisah. aku tak fikirkan ko. 

ngerti?


Mar 7, 2015

Kadang kadang

kadang kadang, 
sahabat yang suka belanja kita makan
bukan kerana mereka ingin menunjuk mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan mereka melebihi duit yang mereka ada.

kadang kadang,
sahabat yang rajin bekerja
bukan kerana mereka nak tunjuk pandai atau rajin tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab

kadang kadang,
sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan 
bukan kerana mereka salah tapi mereka menghargai orang sekeliling mereka

kadang kadang,
sahabat yang selalu sms, wasap anda
bukan kerana mereka tak ada kerja tapi sebab mereka ingat pada anda

kadang kadang,
sahabat yang sukarela membantu kita
bukan kerna mereka berhutang apa apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

-taken from facebook. renung renung kan. dan selamat beramal¬

Hellow mellow

aku menunggu mu?

ceh. nak muntah aku.

so! hari sabtu yang indah aku balik kajang sesaje. pui kata tujuh purnama tak balik. move on pun selepas tiga hari keje. pe citaaa. 

hahaha.

so sepanjang balik dari somban tu hiway berjalan lancar. hari ni tak ada pulak renovate jalan. selalu tu kalau korang nak tau pepagi jalan ke johor tu mesti renovate. pastu hati ko rasa nak maki maki je kenapa pagi ko buat keje keje pembaikan jalan. tapi pastu ko istighfar balik sebab ni bukan salah dorang tapi tau tak ini sangat bahaya! baiki jalan masa orang nak balik keje pegi keje. haih la. aku rasa sangat bahaya.

dan hari ni jalan clear sangat clear. 

sebenarnya perjalanan ke somban tak adalah jauh sangat. dia jadi jauh bila aku dari rumah aku (rumah kajang. rumah somban sangat dekat dengan tol hoyeah) nak ke hiway plus. jauh. exit plus jauh. kalau lekas dekat lah. tapi lekas mahai. dan tak ada exit ke somban. kalau ada pun. aku tak tau cemana nak pegi. btw aku penah je lalu lekas nak ke somban. ntah la. makin serabut otak aku rasanya.

lalu plus ni. sampai je tol masuk pastu amik kanan pastu ko stret je sampai lah tempat keje aku. cuma leceh tu la. dari rumah aku nak exit tol plus tu yang ya allah sabarlah wahai hati. cewah.

sebabkan pagi tadi aku dalam mamai mamai bertaik mata tu terasa nak bukak safari pastu aku bukak je terus keluar gambar gula gula. sebab otak baru bangun tido loading pun lembab je aku rasa aku sempat cakap 'apa ni?' pastu terus tutup mata dengan tenang dan istigfar sambil sambil tu terus tekan butang tengah tanda ko keluar terus dari safari tanpa pangkah link gambar tu pastu dalam hati ko cakap 'ya allah. harisssss'

bengang betul aku dengan haris. tekejut den ha. tekejut dihadapi dengan tenang ni lagi sakit hatiii ko. hahaha. argh!!!!! nasib baik sangat malam tadi aku rasa nak bukak gugel tapi tak nak guna safari. bayangkan aku bukak malam tadi. tak ke ko rasa aku menangis ketakutan? teruk la haris. tak baik tau aniaya orang yang takutkan hantu. dah la aku ni musafir yang berkelana kat tempat orang. 

cewah ayattt.

betul wat! so sepanjang jalan balik kajang. aku fikir cemana aku nak pangkah gambar gula gula tu. argh takkan aku nak suh uyun? ayu? tak baik. aku rasa dorang lagi takut. peggy tok sah cakap la. tengok citer hantu pun tamau. 

haih. so aku rasa aku kena letak kertas atas hp. pastu terus tekan simbol pangkah belah kanan kat skrin. 

haih. teruk la ko haris. apelah yang aku boleh makan untuk luputkan ingata aku pada gambar tu. semut? ko ingat aku tenggiling yang dah mutasi so dia tak makan semut dia minum semut je. 

puiii.

insyaallah lupa la nanti kot. huarghhhhhh T-T

hari ni aku lepak dengan peggy. peggy ni kawan yokohama aku. cemana aku boleh kenal dan rapat dengan peggy? lepas kami kena bekerjasama buat training untuk lpg gas. aku rasa masa ni sangat serabut. sebab dia arrange dengan supplier aku pulak dengan HR pastu nak dijadikan citer hari training lpg tu da training lain. masa ni kelam kabut. aku ni kat opis jenis wat lek wat peace je. benda leh setel kan. carik la tempat lain buat training.

dia tak. dia panik. ada satu masa tu dia jerit nama aku. kuat. nyaring. ala suara orang cina ko faham la nyaring dia cemana. pastu aku ni pulak sejak mentua ni tak boleh pulak orang memarah aku. hati mudah terbakar katanya nak nak pulak ko panggil aku dengan suara yang kuat lalu aku pun pandang muka dia. dan cakap la weh u tak payah ah nak jerit jerit nama ai. relaks la wei. masa ni aku tak jerit jugak. aku kalau marah suka cakap dengan suara yang dalam. aku tak tau nak cakap. tapi mata aku memang pandang orang tu la. so dia memang tau aku bengang dengan dia. 

so pastu dia ok. 

aku tak faham ape nak kalutnya. pelik ah pelikkk.

so lepas je kejadian kerjasama tu. kami mula bertegur sapa. ramai lah yang shocked. sebab peggy ni kurang bergaul mesra dengan orang sekeliling espeseli malay la. idk wai. tapi aku ni jenis pe kisah kan? kawan je la dengan semua orang. first time kitaorang kua lunch semua tekejut. aku ni jenis selamba je. aku cakap aku nak naik city. tak nak alza. tak pernah naik city. so okay dia turutkan ajee hati aku nii. pastu bila naik city aku puji melambung cakap huiyo city manyak hebat aaaa rasa mau jual itu alzaa ooo.

semua orang terkejut bila aku naik city. sebab peggy ni kedekut nak bawak kete dia.

entah la perkenalan aku dengan peggy memang ramai kot yang terkejut. aku pun tak tau kuasa apa yang aku ada. hahaha. sebabkan dia tak kawin lagi ramai macam weh ko kawan dengan dia nanti badi dia kena kat ko. aku ni jenis senyum dengar je pastu lalalala kan ajeee. so orang macam malas nak warning lagi. sebab hati mereka sakit secara haluih. 

kadang kadang aku macam layan kata kata dorang sampai dorang rasa annoying. macam...

'ya allah kak! betul ke kak? takutnya saya astaghfirullahalazimmmm....'

so kalau ko orang yang cakap kalau aku kawan dengan peggy aku akan lambat kawin. pastu ko dengar aku layan kata kata ko dengan reaksi drama gila babeng macam tu (ni baru dialog tak ditambah riak muka plus tangan lagi) 

so ko akan rasa annoying tak? 


hahahahah. ni teknik ya? 

kadang kadang orang akan ajar ko cara nak buat jahat kat orang tau. macam sebelum ko pegi ko delete fail la ape la. ko jangan baik sangat la. aku puji. aku cakap.

'bagus la kak timah ni. serius bagus. saya tak terfikir pun nak buat macam tu. baguslah. saya suka. someting new'

aceli aku penah cakap ayat macam ni. seriusli aku cakap bagus sebab ni memang someting new. tapi akak ni pulak rasa besalah...dia cakap.

'ko ni cah. aku cakap benda bukan bukan ko cakap bagus.'

akak tu macam menyesal je bunyiknya. aku macam eh betulla. baguslah tu. saya tak tau pulak kena buat macam tu. 

hahahahha. siot kan? aku tak da niat pun. dia yang terasa sendiri. apa je ko boleh buat? nak pujuk pun bukan salah ko. ko konfius. ko tak bersalah pape pun. so ko just chill macam biasa. tiada apa apa yang berlaku. ko hanya seorang manusia naif yang eksited bila dapat ilmu baru.

so berbalik kua denga peggy. kami ke ioi mall. dia banje aku secet recipe. (secret recipe lagii¬) teruknya. aku pegi toilet masa dia nak bayar. korang rasa aku jahat ke? aku risau pulak orang sekeliling yang perhatikan kami (amboi ko ingat orang lain tak de keje nak usha korang berdua je) nampak kelakuan aku begitu dan cakap

'eiii nak ngelat pegi bayar la tuuuu'

peggy banje ok. eh yeke dia banje? aku pun tak tanya masa balik tu. ahbahahaha ya allah common senses aku dah hilang weh. hahahahah! nono aku yakin dia belanja. lolol

yakin yakin.

pastu kitaorang pegi beli baju opis aku. cewah sejak keje kat opis ni eksited pulak nak bergaya officewear. hahaha. weh ko ada setengah tahun je lagi nak begaya officewear kelak ko akan rindukan gaya gaya ini. aku rasa aku kena amik gambar setiap hari dengan gaya office aku. haha. setakat ni aku suka kasut aku. aku beli kat licci. rasa smart je. maskulin. sejak dua menjak ni asik nak feel maskulin. tanda penuaan kot.

paling best pegi sephora. weh aku suka weh lipstik merah no 20. kali kedua aku try. memang cantik aa aku cakap. first dengan nonol. ok meh sini nak citer. aktiviti pegi sephora ni tak lain dan tak bukan adalah ko bedal mekap dia. dari mata sampailah ke bibir. memang make over habis lah. masuk muka tema natural. kua je sephora. amik ko. 

sangat elegan u no. 

hahahahahaha! jimat wat. lepas solat ko masuk. dorang tak marah la. try lipstik dia. maskara dia. peh puas hati. pastu cakap sorang sorang ok aim ni. padahal pastu ko kua dengan muka selamba. 

peggy marah. dia kata haiya masuk situ mau mekap saja ka. aku pulak jawapan klise. eh mana ada. saya carik lipstik kan tadi? warna yang saya nak tak ada. cewah padahal ko beria bedal warna merah no 20.

hahahaha!

balik rumah aku sangat happy menonton astro. lipstik merah tak nak tanggal. tahan buat bodoo je. mak aku memang tau ketaksuban aku dengan lipstik terutama merah. mak aku cakap arwah ayah aku selalu mekapkan aku masa kecik kecik (bahahah!) so jangan tekejut kenapa dalam famili aku. aku yang paling eksited nak mekap mekap. espeseli lipstik merah. 

syira tak ada. pegi kem. balik kul 5. dalam 5 suku mak aku suh amik dia. ko bila mak ko dah suruh. ko macam panik tau. beria amik tudung pastu letak je kat kepala tanpa pin. dalam kete baru nak pin tu pun lelaju sebab risau adik ko tunggu lama dah kat sekolah. pastu ko pakai tudung bawal dengan pakai sangat mak cik mak cik. tshirt selekeh dengan seluar pun hmm selekeh la kot. ah selekeh la! tapi berbibir merah no 20 ko pegi sekolah adik ko. 

tengok luar sekolah peh bapok ah ramai mak mak ayah ayah nak amik anak dia ni weii. ko parking ko tengok budak tak kua lagi. so ko bertapa dalam kete.

hah masa ni kete aku yang memang hadap pagar sekolah (tepi je la pagar depan dah full house dengan mak ayah) tengok la keligatan mak ayah menjadi parents sejati sampai! menyusahkan orang. dah la hujan. ko nak jadi mak ayah terbaik. ko pun masuk kan kete ko untuk lalu depan foyer. sekali lalu. salah hala. arghhh aku yang tengok dari luar pun sakitnya tuh disini (hati kau) pastu ujan lebat ni. aku dah nampak budak mula kua. aku pun kua la dari kete. hah ni sangat memalukan. aku ni kalut ke menggelabah semacam bhahaha. sebelah kete aku ni dah la kete honda city. entah mak ke ayah budak dalam tu. kot kot boleh la buat mak mertua kan. bhahah ko rasa apa perasaan dia nampak pompuan selekeh berbibir merah pekat kua kete kalut kalut bukak pintu belakang amik payung pastu payung nak bukak pun dalam 1 minit. 

masa ni aku rasa weh payung! ko tak layak duduk dalam kete aku. buek malu yo. 

padahal ko yang tak tau cemana nak bukak payung tu hahahaha ya allah maluuu akuuu

pastu aku masuk sekolah muka selamba dah la tak bawak hp untung untung ko boleh la pura pura dapat mesej pastu buat la muka pura pura lawak dapat mesej dari kawan padahal tak punn hahaha tapi tak bawak hp. sebab kalut sangat bila mak aku suh amik adik aku. so sambung je la buat muka selamba.

pastu aku monolog dalam diri yang peh memang kelaut la saham aku petang ni just imagine dah nice dah ni amik adik. tapi tak ke ko pelik nampak pompuan dalam kelautan hujan basah baju sikit sikit dengan baju tshirt selekeh tudung ko tak yah la nak aku eksplen sebab sekelehness beganda bila aku pakai bawal. so aku tadi siang pakai bawak. peh dabel tap la selekeh aku kan. so memang tggi la aku direjek oleh mak mak ke ayah ayah orang kat sekolah tu. hahahaha. 

perempuan aneh dari manakah ini yang berpakaian berimej sebegini rupa?

ahahahahaha. argh stress aku. shuhh shuhhh

btw lately suka lak aku dengar lagu melly goslow entah cemana eja. dengar lah lagu jika, gantung, lelaki idaman, lagi ape ye? pastu karok. sedap gak karok lagu melly ni. bilalah nak karok lagi. hewhewhew¬

so hari ni aku nak marathon tengok tv. sat g nak lepak mamak la. hahah dah 3 malam aku lepak mamak. gilo ke hape. hahaha. 

ok semua happy saturday. nanti  aku buat entri pasal seminggu di DEmmy insyaallah kalau ada masa lolol.

babai! 


oh lelaki idaman¬ memang kamu tak ada yang lain¬  

=P 

perkongsian hambar

lain macam annoyingnya bila baca orang agungkan status hubungan 5 tahun dimana hubungan itu yang paling lama dalam sejarah hidup dia.

perkongsian hambar sangat

heh

Mar 6, 2015

tunggu


menunggu. jadi penunggu. sedang memunggu. masih menunggu. yakin menunggu.

aku menunggumu.

Mar 2, 2015

DEmmy

hai semua! 

selamat menyambut hari isnin pertama dalam bulan march! hahaha so annoying oren kan.

okay hari ni aku first day keje kat company baru. ok mari aku namakan dia as DEmmy. nanti in future maybe korang akan tau la DEmmy ni apa. 

untuk minggu pertama ni aku ulang alik kajang ke somban. next week baru pindah randah. hati tak move on lagi lah. kan aku dah cakap. aku tak leh hidup kalau tak ada astro n tv. walaupun kat rumah aku ni bukan kaki tengok tv. tapi aku rasa tv sangat penting sebenarnya. merawat kesunyian. 

lap top nak buat pe. tak syiok ma. 

so aku kua rumah dalam pukul 6.45 aku lalu jalan bangi lama pastu exit saujana putra. aku rasa esok aku tak leh lalu jalan bangi lama. sebab sangat la golap yo. tak berani edeng ha. jalan berliku gila macam bukit putus aku cakap. 

sampai hiway. ok cun. lajuu je. empat lane lah katakan. so aku sampai dalam 7.30. aku rasa sebab aku lalu bangi lama sebab tu jadi jauhh je. ce esok try exit bangi. tapi tol pulak ek. tak pe. janji selamat.

aku sampai tempat keje dalam 7.30 pagi. aku tengok opis dah bukak lampu. masuk je. semua greet ko. bhahaha. pastu yang aku pasan. semua bagi ucapan. 

ohaiyo huzaimassss

perasaan? 

aku rasa macam dalam penggambaran drama jepun. aku ni kira watak sampingan la. ha angan angan macam ni la yang buat aku rasa nak gelak berdekah dekah pastu mesej haris cakap weh aku nak gelak weh pastu dia pun tanya. 

what so funneh?

hahaha so funneh gila la aku cakap. 

secara keseluruhannya. hari pertama yang seronok. baru terasa ko bebetul keje. ops. hahaha. kantoi dulu selalu memain. hahaha =P 

so saya tazabar nak keje hari kedua pulak. walaupun penat tapi ada perasaan macam seronok la. aku harap perasaan ni tak mati disini saje. 

btw aku akan pindah ke somban hujung minggu ni. hahaha. kena move on jugak la weyy. aku jumpa rumah yang ada astro! taman bukit kepayang kot. 

mabuk kepayang kita dibueknyo. 

hahaha. 

okay aisyah san nak tido. arigato huzaimass sebab baca entri merepek hari ni. 

tata!

Mar 1, 2015

Happay March Day wehooooo¬

Jumaat lepas adalah hari terakhir aku keje kat syarikat Y. huhu syarikat Y stand for wuttt?

rahsiya. lol.

over je kan? so ape perasaan berhenti keje? okay..

setahun lapan bulan aku kat sana..perasaannya sedikit sayu. sebab ko benti bukan sebab apa apa masalah. tak ada masalah langsung. just sebab dapat tawaran baru. so ko benti. tak ada sebab. 

ada kawan aku tanya. 

'esah, ko benti keje ni ada tak macam banyakkk je halangan'

aku nyampah betul bila kawan sekolah aku nama hariz panggil aku esah. bila aku cakap boleh tak jangan panggil esah. dia kata dia suka sebab kampung. kawan kawan aku lain pun dia panggil nama kampung kampung sikit. macam...sofia dia panggil peah. faziahtun dia panggil eton. aku macam eiii tak kena je. 

halangan ye? banyak.first sekali adalah dilemma. dan menjadi lebih dilema bila ko dah anta surat resign. bila bos ko tanya ko memacam. bila bos ko tanya kenapa nak benti. tak happy ke keje sini. bhahahha.

so sed.

dilemma nak benti sebab rumah ko dekat dengan tempat keje. gaji ko masyuk. ko duduk dengan famili dan..rumah ko ada astro. 

hahaha.

so ko macam aishh cemana nak tengok channel 393 ni? 

pastu bos ko. bos ko saiko ko. dia pandang ko lamaaaa pastu dia senyum pastu dia conteng conteng kertas atas meja dia untuk tunggu jawapan ko kenapa ko nak benti pastu ko serba salah ko pun senyummm je pastu ko slow slow bangun cakap 

arghhh nanti saya fikir dulu tapi bila ko dah fikir tak ada pun yang berubah. 

hahaha.

ah stress jugak la. 

so jumaat hari tu ko dibelanjain oleh bos ko. dorang buat party. hahaha. ada part bos aku suh aku bagi ucapan. ok aku kelihatan sangat lucu ketika beri ucapan and i hatee it. hahaha. aku nyesal aku tak rakam part bos aku bagi ucapan. dia cakap apa tau!

'saya doakan aisyah ada masalah kat syarikat sana dan kembali bekerja di syarikat Y' dan semua orang gelak. aku aiii macam tu doa pun boleh meh! geramnya! hahaha lagi satu dia kata..'saya kol jangan tak angkat ye' 

hahahah! 

so aku diberi talian hayat oleh bos aku. kalauu keje kat syarikat baru tak ok. dia suruh kol dia balik. datang balik kat syarikat lama. hahahaha ah buat aku serba salah lagi. tensen aku. 

tapi sebenarnya weh. benda ni la yang buat hati aku berat. kepercayaan bos ko pada kau. kebaikan bos ko pada kau. yang kau ni bukannya power sangat buat keje. cuma kau ni rajin dan nampak effort selesaikan sesuatu masalah. huhu jumaat hari tu aku sangat bz. sepatutnya TAK korang tau. tapi aku masa last day masih attend meeting. masih tolong siapkan barang untuk ISO 14001 pada 16hb 3 (to whom it may concern. don foget 15/3 hokayyyy hahahahha!) 

so baik tak aku? part sedih terjadi bila aku kena amik tanda tangan orang orang tertentu sewaktu pulangkan barang. so sed. hahaha u noe wat? aku berjaya buat seorang lelaki yang tak pernah ketawa dengan orang lain ketawa. cemana?

okay. korang nak tau tak? tahun lepas aku ada order komputer untuk aku. sebab komputer aku bapok ah lembab. aku order dalam bulan 9. dengan harapan. tahun baru semuanya baruuu wuuuu! 

dan korang tau bila komputer tu sampai? jumaat lepas. 

ko tak bengang ke? heyyyy geramnya kitew!! aceli dia jadi lembat sebab supplier tak da stock la nak revise harga ke ah tensen akuuu. aku ingat dia datang la last week aku kan. sekali bukan last week dol. last day. bengong tol. so masa komputer dah smpai. mr Lee ni cakap ngan aku dia nak transfer data aku hari ni (jumaat) aku cakap 

'aaaaa, saya banyak keje hari ni. petang boleh tak?'

so mr lee balas 'boleh' aku dengan ntah blur kot cakap lah. 'lama tak mr lee?' dia cakap lama so aku pun 'ok la petang la. bagi saya siapkan semua sekarang ok?'

sekali petang tu dia tanya..agaknya dia nampak aku sibuk sesangat. dia kata kalau sibuk takpelah. lain masa ok jugak. pastu aku cakap. 'isnin mr lee! isnin ok' dia tanya aku pukul bape aku cakap 'pagi pun boleh' pastu dia ok ha pagi ha.

pastu aku gelak sorang sorang. dannn tak tau la pulak aku kena mintak tanda tangan dia berkenaan dengan urusan komputer semua id bla bla bla masa petang tu. so dia gelak la sebab baru dia tau kenapa aku beria suh isnin. hahaha

semua orang pelik dan takjub.mr lee ketawa. hahahaha. aku macam ah lantak la. takjub la sorang sorang. aku rasa biasa je. sebab memang kelakar plus malu. memula rasa jahat jugak sebab macam tipu je kat mr lee. haha. 

masa final stage amik tandatangan ni la macam sayuuu je. entah aku sedih la. aku rasa macam takutt je jumpa bos aku nanti. aku takut aku menangis masa jumpa dia. so? aku menangis siap siap masa jumpa kak anis and kak giha. hahahaha. maluuuu lu lu lu. hahaha. 

so aku jumpa bos aku mintak tanda tangan. pastu dia cakap aisyah happy ye nak pindah? hahaha pastu aku cakap mana adaaa saya biasa je. haha tak jumpa lama sebab dia suh aku balik bhahahha siot. orang akaun semua tanya sibuk ye last day. hari ni yu balik pukul berapa? hahah sebab aku kan selalu balik keje lambat. semua orang balik pegi sambut valentine aku kat opis buat keje. hahahahahaha! 

lawak gila. tahun dulu lagilah. semua sambut tahun baru beria balik awal. aku stay kat opis until 7. lek je. hahaha. 

well. i love my job. saya suka bz bz ni. hahahaha. 

so apa yang aku rasa la. aku rasa perasaan meninggalkan ni kadang kadang sedih jugak. bila ko tak rasa benci ko tak rasa ko kena tinggalkan. perasaan tu sebenarnya lagi sedih dari perasaan ditinggalkan. macam aku la. aku benti bukan sebab bos tak ok ke. keje sangat tertekan ke. tak ada. tapi aku benti. huhu. 

well semua manusia ada target ada cita cita kan? tak salah kot kalau ko benti untuk kejar cita cita ko. huhu. so try and error la. peluang datang sekali. and apa yang aku belajar kali ni. kalau rezeki ko memang tu. itu la. rezeki tu memang tertulis. and..kerja jangan berkira. aku bukan nak cakap aku tak berkira. berkira jugak kadang kadang tapi kadang kadang aku berbalik pada diri la. bia aku buat. ilmu aku dapat. kadang kadang aku buat buat sebab nak amik ilmu tu je. huhu. last sekali. berbuat baik dengan semua orang. bos ko jugak. hahaha. saya suka bos saya. dia baik. saya harap saya dapat jumpa orang macam bos saya lagi yayyy.dan! kalau tak tau tanya. ketuk bilik mana mana bos untuk tanya pape hal. hahaha. tu aku le tu. tak faham kan? ko tanya je le. kang tak tau kang. kena marah. 

hahaha.

so wish me all da best kat DE company. semoga march yang indah pada tahun 2015 ini memberi keseronokan kegembiraan kebahagiaan yang berpanjangan yahoooo. 

aku eksited sangat dengan bulan march. so! aku dah dua kali salah faham tentang tarikh. last time ngan haris. beria aku wish happy march day yahoooo sekali hello ko sedar tak minggu ni masih februari? semalam pun sama. beria ni panik dah lambat bayar duit kete. sekali hellooo ko sedar tak hari ni baru 28 februari. 

hahahaha poyo je kan? 

so aku rasa aku nak praktis nyanyi lagu slow slow la sekarang. aku nyanyi lagu imran ajmain selamat ulangtahun sayangg tu tak jadi weh. aku rasa macam wekkkkkk ni suara aku ke? pehal len macam tak sedapnya. hahahahahha! tadi aku try lagu peterpan. menghapus jejak tak boleh. oh lagu melly goslow sedap gak ek kalau karok. jika dengan gantung. suara aku sedap nyanyi 2 lagu tu. best2. 

ok semua. 

happay march dayyyy! 

march adalah bulan saya. so saya sangat eksited! saya harap march akan meninggalkan kenangan yang dabel indah buat saia lolol. tahun ni memang akan hasilkan kenangan yang indah tapi march kena bagi dabel la. sebab bulan aku kan. hahahahahah. 

so! (so lagiii) nantikan first entri pada 2 march! berkenaan dengan DE company. kalau aku ada masa la. kot balik keje tu aku rasa nak lepak minum koppi kat kedai dengan kawan ke. so saia sangat lah neves. serius. aku syak aku tak boleh tido malam ni. ok aku kena pakai mask kot. kena cecantik. muka harus nampak fresh!

ok babai! take care cuolls