rahsiya. lol.
over je kan? so ape perasaan berhenti keje? okay..
setahun lapan bulan aku kat sana..perasaannya sedikit sayu. sebab ko benti bukan sebab apa apa masalah. tak ada masalah langsung. just sebab dapat tawaran baru. so ko benti. tak ada sebab.
ada kawan aku tanya.
'esah, ko benti keje ni ada tak macam banyakkk je halangan'
aku nyampah betul bila kawan sekolah aku nama hariz panggil aku esah. bila aku cakap boleh tak jangan panggil esah. dia kata dia suka sebab kampung. kawan kawan aku lain pun dia panggil nama kampung kampung sikit. macam...sofia dia panggil peah. faziahtun dia panggil eton. aku macam eiii tak kena je.
halangan ye? banyak.first sekali adalah dilemma. dan menjadi lebih dilema bila ko dah anta surat resign. bila bos ko tanya ko memacam. bila bos ko tanya kenapa nak benti. tak happy ke keje sini. bhahahha.
so sed.
dilemma nak benti sebab rumah ko dekat dengan tempat keje. gaji ko masyuk. ko duduk dengan famili dan..rumah ko ada astro.
hahaha.
so ko macam aishh cemana nak tengok channel 393 ni?
pastu bos ko. bos ko saiko ko. dia pandang ko lamaaaa pastu dia senyum pastu dia conteng conteng kertas atas meja dia untuk tunggu jawapan ko kenapa ko nak benti pastu ko serba salah ko pun senyummm je pastu ko slow slow bangun cakap
arghhh nanti saya fikir dulu tapi bila ko dah fikir tak ada pun yang berubah.
hahaha.
ah stress jugak la.
so jumaat hari tu ko dibelanjain oleh bos ko. dorang buat party. hahaha. ada part bos aku suh aku bagi ucapan. ok aku kelihatan sangat lucu ketika beri ucapan and i hatee it. hahaha. aku nyesal aku tak rakam part bos aku bagi ucapan. dia cakap apa tau!
'saya doakan aisyah ada masalah kat syarikat sana dan kembali bekerja di syarikat Y' dan semua orang gelak. aku aiii macam tu doa pun boleh meh! geramnya! hahaha lagi satu dia kata..'saya kol jangan tak angkat ye'
hahahah!
so aku diberi talian hayat oleh bos aku. kalauu keje kat syarikat baru tak ok. dia suruh kol dia balik. datang balik kat syarikat lama. hahahaha ah buat aku serba salah lagi. tensen aku.
tapi sebenarnya weh. benda ni la yang buat hati aku berat. kepercayaan bos ko pada kau. kebaikan bos ko pada kau. yang kau ni bukannya power sangat buat keje. cuma kau ni rajin dan nampak effort selesaikan sesuatu masalah. huhu jumaat hari tu aku sangat bz. sepatutnya TAK korang tau. tapi aku masa last day masih attend meeting. masih tolong siapkan barang untuk ISO 14001 pada 16hb 3 (to whom it may concern. don foget 15/3 hokayyyy hahahahha!)
so baik tak aku? part sedih terjadi bila aku kena amik tanda tangan orang orang tertentu sewaktu pulangkan barang. so sed. hahaha u noe wat? aku berjaya buat seorang lelaki yang tak pernah ketawa dengan orang lain ketawa. cemana?
okay. korang nak tau tak? tahun lepas aku ada order komputer untuk aku. sebab komputer aku bapok ah lembab. aku order dalam bulan 9. dengan harapan. tahun baru semuanya baruuu wuuuu!
dan korang tau bila komputer tu sampai? jumaat lepas.
ko tak bengang ke? heyyyy geramnya kitew!! aceli dia jadi lembat sebab supplier tak da stock la nak revise harga ke ah tensen akuuu. aku ingat dia datang la last week aku kan. sekali bukan last week dol. last day. bengong tol. so masa komputer dah smpai. mr Lee ni cakap ngan aku dia nak transfer data aku hari ni (jumaat) aku cakap
'aaaaa, saya banyak keje hari ni. petang boleh tak?'
so mr lee balas 'boleh' aku dengan ntah blur kot cakap lah. 'lama tak mr lee?' dia cakap lama so aku pun 'ok la petang la. bagi saya siapkan semua sekarang ok?'
sekali petang tu dia tanya..agaknya dia nampak aku sibuk sesangat. dia kata kalau sibuk takpelah. lain masa ok jugak. pastu aku cakap. 'isnin mr lee! isnin ok' dia tanya aku pukul bape aku cakap 'pagi pun boleh' pastu dia ok ha pagi ha.
pastu aku gelak sorang sorang. dannn tak tau la pulak aku kena mintak tanda tangan dia berkenaan dengan urusan komputer semua id bla bla bla masa petang tu. so dia gelak la sebab baru dia tau kenapa aku beria suh isnin. hahaha
semua orang pelik dan takjub.mr lee ketawa. hahahaha. aku macam ah lantak la. takjub la sorang sorang. aku rasa biasa je. sebab memang kelakar plus malu. memula rasa jahat jugak sebab macam tipu je kat mr lee. haha.
masa final stage amik tandatangan ni la macam sayuuu je. entah aku sedih la. aku rasa macam takutt je jumpa bos aku nanti. aku takut aku menangis masa jumpa dia. so? aku menangis siap siap masa jumpa kak anis and kak giha. hahahaha. maluuuu lu lu lu. hahaha.
so aku jumpa bos aku mintak tanda tangan. pastu dia cakap aisyah happy ye nak pindah? hahaha pastu aku cakap mana adaaa saya biasa je. haha tak jumpa lama sebab dia suh aku balik bhahahha siot. orang akaun semua tanya sibuk ye last day. hari ni yu balik pukul berapa? hahah sebab aku kan selalu balik keje lambat. semua orang balik pegi sambut valentine aku kat opis buat keje. hahahahahaha!
so apa yang aku rasa la. aku rasa perasaan meninggalkan ni kadang kadang sedih jugak. bila ko tak rasa benci ko tak rasa ko kena tinggalkan. perasaan tu sebenarnya lagi sedih dari perasaan ditinggalkan. macam aku la. aku benti bukan sebab bos tak ok ke. keje sangat tertekan ke. tak ada. tapi aku benti. huhu.
well semua manusia ada target ada cita cita kan? tak salah kot kalau ko benti untuk kejar cita cita ko. huhu. so try and error la. peluang datang sekali. and apa yang aku belajar kali ni. kalau rezeki ko memang tu. itu la. rezeki tu memang tertulis. and..kerja jangan berkira. aku bukan nak cakap aku tak berkira. berkira jugak kadang kadang tapi kadang kadang aku berbalik pada diri la. bia aku buat. ilmu aku dapat. kadang kadang aku buat buat sebab nak amik ilmu tu je. huhu. last sekali. berbuat baik dengan semua orang. bos ko jugak. hahaha. saya suka bos saya. dia baik. saya harap saya dapat jumpa orang macam bos saya lagi yayyy.dan! kalau tak tau tanya. ketuk bilik mana mana bos untuk tanya pape hal. hahaha. tu aku le tu. tak faham kan? ko tanya je le. kang tak tau kang. kena marah.
hahaha.
lawak gila. tahun dulu lagilah. semua sambut tahun baru beria balik awal. aku stay kat opis until 7. lek je. hahaha.
well. i love my job. saya suka bz bz ni. hahahaha.
so apa yang aku rasa la. aku rasa perasaan meninggalkan ni kadang kadang sedih jugak. bila ko tak rasa benci ko tak rasa ko kena tinggalkan. perasaan tu sebenarnya lagi sedih dari perasaan ditinggalkan. macam aku la. aku benti bukan sebab bos tak ok ke. keje sangat tertekan ke. tak ada. tapi aku benti. huhu.
well semua manusia ada target ada cita cita kan? tak salah kot kalau ko benti untuk kejar cita cita ko. huhu. so try and error la. peluang datang sekali. and apa yang aku belajar kali ni. kalau rezeki ko memang tu. itu la. rezeki tu memang tertulis. and..kerja jangan berkira. aku bukan nak cakap aku tak berkira. berkira jugak kadang kadang tapi kadang kadang aku berbalik pada diri la. bia aku buat. ilmu aku dapat. kadang kadang aku buat buat sebab nak amik ilmu tu je. huhu. last sekali. berbuat baik dengan semua orang. bos ko jugak. hahaha. saya suka bos saya. dia baik. saya harap saya dapat jumpa orang macam bos saya lagi yayyy.dan! kalau tak tau tanya. ketuk bilik mana mana bos untuk tanya pape hal. hahaha. tu aku le tu. tak faham kan? ko tanya je le. kang tak tau kang. kena marah.
hahaha.
so wish me all da best kat DE company. semoga march yang indah pada tahun 2015 ini memberi keseronokan kegembiraan kebahagiaan yang berpanjangan yahoooo.
aku eksited sangat dengan bulan march. so! aku dah dua kali salah faham tentang tarikh. last time ngan haris. beria aku wish happy march day yahoooo sekali hello ko sedar tak minggu ni masih februari? semalam pun sama. beria ni panik dah lambat bayar duit kete. sekali hellooo ko sedar tak hari ni baru 28 februari.
hahahaha poyo je kan?
so aku rasa aku nak praktis nyanyi lagu slow slow la sekarang. aku nyanyi lagu imran ajmain selamat ulangtahun sayangg tu tak jadi weh. aku rasa macam wekkkkkk ni suara aku ke? pehal len macam tak sedapnya. hahahahahha! tadi aku try lagu peterpan. menghapus jejak tak boleh. oh lagu melly goslow sedap gak ek kalau karok. jika dengan gantung. suara aku sedap nyanyi 2 lagu tu. best2.
ok semua.
happay march dayyyy!
march adalah bulan saya. so saya sangat eksited! saya harap march akan meninggalkan kenangan yang dabel indah buat saia lolol. tahun ni memang akan hasilkan kenangan yang indah tapi march kena bagi dabel la. sebab bulan aku kan. hahahahahah.
so! (so lagiii) nantikan first entri pada 2 march! berkenaan dengan DE company. kalau aku ada masa la. kot balik keje tu aku rasa nak lepak minum koppi kat kedai dengan kawan ke. so saia sangat lah neves. serius. aku syak aku tak boleh tido malam ni. ok aku kena pakai mask kot. kena cecantik. muka harus nampak fresh!
ok babai! take care cuolls
No comments:
Post a Comment