Pages

Mar 29, 2015

march-weekend

happy weekend!

hari ni hari melayan yutiup. layan la lagu jackson 5. just call my name selepas lagu Sia - elastic heart. best lagu tu. bagus la untuk aku gunakan kalau aku nak travel jejauh. naikkan adrenalin memandu katanyaa. 

lol

minggu lepas minggu yang memenatkan otak. dah mula dah zaman balik jam 7  ke 8. seronok jugak ya. sebab balik ko terus tido. hahaha. tak ada pun rasa macam no life sebab kalau ko balik awal pun ko memang akan tido jugak. aku bukan jenis yang duduk depan tengok tv sepanjang malam. 

kalau kat rumah lain la. i mean rumah sebenar. semalam aku ada job fair kat somban. haha. seronok jugak join job fair ni. pengalaman yang menyeronokan. sebab ko jumpa orang. macam jual barang perasaannya. tapi ni nak jual nama company. haha. kak eda cakap kalau aku jual barang sure laku. nak citer pasal semalam. tapi macam malas. hahaha. btw aku borak borak dengan EO aku. aku rasa aku ada bakat borak dengan orang tua yang orang takut. contoh macam semua orang takut dengan atuk ko. tapi aku boleh borak dengan atuk ko sampai dia tergelak gelak. sebenarnya aku tak tau kenapa atuk ko gelak. tapi aku yakin sebab dia terhibur dengan perbualan aku. cewah! 

sebab semalam aku borak borak kosong dengan EO aku dan gelak gelak dan dia pun gelak. hahaha! agak mengejutkan. tapi kontrol beb. EO aku orang jepun. dia datang dari bangsar. nak tengok kitaorang. gila tak rasa nak tepuk tangan siap pakej tabik spring. rasa seronok buat keje ko tau! 

aku borak apa ye. aku tanya la dia selalu shopping mana. best tak belajar bahasa melayu. susah tak? pastu ajar dia cakap bahasa melayu. yang bengongnya aku ajar ape tau. 

merid = kawin
divorce = cerai

so bila dia buat ayat. 'saya sudah cerai' 

tak ko terkejut! hahahaha! sebab memula dia cakap saya sudah merid. aku pun oh kawin kawin. 'saya sudah kawin' aku pun say gud gud la siap bersimbol ibu jari. sekali dia kata saya sudah divorce. terbeliak mata aku. aku pun oh cerai cerai. so buat la ayat 'saya sudah cerai' 

terkejut eden. terus ajar ayat lain. so ak tak tau status dia sebenarnya apa. sama ada dia nak tau ayat lawan kawin tu cerai ke atau dia memang dah cerai. hahahaha! aku takut nak tanya lagi. 

bahahahahah! padan muka sape suh ajar benda merepek. bila kena balik. pucat muka haa. hahahaha!

hahaha.

ohya aceli aku tak balas pun ucapan happy besday yang dorang bagi kat fb aku. maaflah aku tak sempat la nak bukak fb balas satu satu. mungkin nanti aku balas. dun wori semua tu aku dah tengok tapi tak sempat nak balas je. huhu tetiba rasa baik semua orang tak tau kan? hehe

besday tahun ni biasa je. dah tua dah. tak yah la nak celeb kemain. haha pegi makan seafood kat bagan lalang hari sabtu tu. pastu suprise besday kek baskin robin dari adik beradik. haha. aku rasa terharu gila. aku ni ego kuat sikit. tinggi melangit. so aku selalu terkejut tapi tak keluarkan air mata. selalu muka aku plain je. padahal aku terharu gila. aku risau dorang salah tafsir yang aku tak appreaciate. huu. tapi nak happy sangat. aku rasa macam tak lengkap je. haha famili aku memang suka buat surprise. yang paling aku ingat sebelum besday umo 26 tahun ni. masa aku keje part time paksen ke pizza entah. aku balik 11 lebih maklumlah OT kan. balik balik dorang kejutkan tadaaa dengan kek kfc semua semua lah. terharu betul. hilang penat. 

kitaorang biasa biasa je famili. bukan kaya raya. so celeb pun biasa biasa je. sederhana. tapi tahun ni sumpah tak tipu aku sedih gila. boleh dikatakan bulan 3 ni aku banyak keluarkan air mata la. haha sebab yela teringat kat arwah ayah aku kan. haha. rindu kot. huhu 




ahad masa besday aku. aisyah ajak sarapan pagi sama sama. aku ok la. aku jenis yang kalau orang yang ajak aku untuk teman dia pape aku selalunya ok je. walaupun aku dah janji dengan famili nak tengok wayang sama sama jam 1. ala makan pagi. bukan ganggu jadual ngan famili pun. so aku pun siap siap la tema serba hitam dengan konsep hitam itu tersangat menawan. tak lama aisyah datang. aku pun ok la nak makan mamak mana. pegi rest 1. sampai rest 1 aku nampak layun.

barulah aku tau dorang buat surprise besday kat mamak.

hahaha! aku pagi tu sangat blur. dah duduk baru aku macam eh? layun ada. hahaha! gila la. semua gelakkan aku. aisyah awak memang blur macam ni ke pagi pagi? tak sedar langsung ke? 

hahahaha. serius kali ni aku tak sedar. aku just ikut je. aku tak nampak kete mira. kete layun. semua aku tak perasan. so kek besday ganti dengan ayam goreng dengan ucapan hepi besday dicucuk pada ayam. hahaha. 

terharu la. tapi macam aku cakap. aku tak tunjuk kat muka. aku tak tau nak buat ekpressi muka yang ko terharu. haha. kalau aku buat. memang nampak aku belakon. kira benda macam ni la buat aku sedar sebenarnya aku dikelilingi kawankawan yang sangat baik dan saling menyokong antara satu sama lain sebenarnya. yang sentiasa risaukan aku. yang sentiasa buat aku tergelak gelak yang sering amik serius bila aku ada masalah remeh macam aku gaduh dengan sape sape kawan aku la padahal aku lek lek je. dorang melebih. haha. yang sangat risaukan keadaan aku kat seremban sebab aku sangat anak anak kecil yang lagi kecil dari umur dorang. yang sering bagi nasihat kat aku jangan terlalu ikut emosi bila bergaduh dengan orang (kantoi selalu gaduh ngan orang) yang selalu suruh aku mengalah dengan orang. yang selalu sokong kalau aku dah mintak maaf pastu siap bagi tepukan atas keberani bla bla bla. yang suka ingatkan manusia berubah. aku kena berusaha untuk adapt benda tu. yang selalu pesan jangan jadi terlalu sensitif (ini kerana sejak berusia26 tahun saya menjadi mudah tersentuh) yang suruh ko balik keje awal sebab nanti badan sakit sebab ko terlalu suka stay office lama lama. yang suka kenenkan aku dengan orang yang dorang suka yang dorang dah tak boleh miliki tapi seolah olah yakin orang tu milik aku. 

ceh. =.=''

macam tu pun ada. 

ok semua! selamat berhujung minggu. syukurlah dengan apa yang ada disekeliling kita. rezeki manusia berbeza beza. jangan rasa rendah diri. just stay positif! 

babai! 




No comments:

Post a Comment