aku menunggu mu?
ceh. nak muntah aku.
so! hari sabtu yang indah aku balik kajang sesaje. pui kata tujuh purnama tak balik. move on pun selepas tiga hari keje. pe citaaa.
hahaha.
so sepanjang balik dari somban tu hiway berjalan lancar. hari ni tak ada pulak renovate jalan. selalu tu kalau korang nak tau pepagi jalan ke johor tu mesti renovate. pastu hati ko rasa nak maki maki je kenapa pagi ko buat keje keje pembaikan jalan. tapi pastu ko istighfar balik sebab ni bukan salah dorang tapi tau tak ini sangat bahaya! baiki jalan masa orang nak balik keje pegi keje. haih la. aku rasa sangat bahaya.
dan hari ni jalan clear sangat clear.
sebenarnya perjalanan ke somban tak adalah jauh sangat. dia jadi jauh bila aku dari rumah aku (rumah kajang. rumah somban sangat dekat dengan tol hoyeah) nak ke hiway plus. jauh. exit plus jauh. kalau lekas dekat lah. tapi lekas mahai. dan tak ada exit ke somban. kalau ada pun. aku tak tau cemana nak pegi. btw aku penah je lalu lekas nak ke somban. ntah la. makin serabut otak aku rasanya.
lalu plus ni. sampai je tol masuk pastu amik kanan pastu ko stret je sampai lah tempat keje aku. cuma leceh tu la. dari rumah aku nak exit tol plus tu yang ya allah sabarlah wahai hati. cewah.
sebabkan pagi tadi aku dalam mamai mamai bertaik mata tu terasa nak bukak safari pastu aku bukak je terus keluar gambar gula gula. sebab otak baru bangun tido loading pun lembab je aku rasa aku sempat cakap 'apa ni?' pastu terus tutup mata dengan tenang dan istigfar sambil sambil tu terus tekan butang tengah tanda ko keluar terus dari safari tanpa pangkah link gambar tu pastu dalam hati ko cakap 'ya allah. harisssss'
bengang betul aku dengan haris. tekejut den ha. tekejut dihadapi dengan tenang ni lagi sakit hatiii ko. hahaha. argh!!!!! nasib baik sangat malam tadi aku rasa nak bukak gugel tapi tak nak guna safari. bayangkan aku bukak malam tadi. tak ke ko rasa aku menangis ketakutan? teruk la haris. tak baik tau aniaya orang yang takutkan hantu. dah la aku ni musafir yang berkelana kat tempat orang.
cewah ayattt.
betul wat! so sepanjang jalan balik kajang. aku fikir cemana aku nak pangkah gambar gula gula tu. argh takkan aku nak suh uyun? ayu? tak baik. aku rasa dorang lagi takut. peggy tok sah cakap la. tengok citer hantu pun tamau.
haih. so aku rasa aku kena letak kertas atas hp. pastu terus tekan simbol pangkah belah kanan kat skrin.
haih. teruk la ko haris. apelah yang aku boleh makan untuk luputkan ingata aku pada gambar tu. semut? ko ingat aku tenggiling yang dah mutasi so dia tak makan semut dia minum semut je.
puiii.
insyaallah lupa la nanti kot. huarghhhhhh T-T
hari ni aku lepak dengan peggy. peggy ni kawan yokohama aku. cemana aku boleh kenal dan rapat dengan peggy? lepas kami kena bekerjasama buat training untuk lpg gas. aku rasa masa ni sangat serabut. sebab dia arrange dengan supplier aku pulak dengan HR pastu nak dijadikan citer hari training lpg tu da training lain. masa ni kelam kabut. aku ni kat opis jenis wat lek wat peace je. benda leh setel kan. carik la tempat lain buat training.
dia tak. dia panik. ada satu masa tu dia jerit nama aku. kuat. nyaring. ala suara orang cina ko faham la nyaring dia cemana. pastu aku ni pulak sejak mentua ni tak boleh pulak orang memarah aku. hati mudah terbakar katanya nak nak pulak ko panggil aku dengan suara yang kuat lalu aku pun pandang muka dia. dan cakap la weh u tak payah ah nak jerit jerit nama ai. relaks la wei. masa ni aku tak jerit jugak. aku kalau marah suka cakap dengan suara yang dalam. aku tak tau nak cakap. tapi mata aku memang pandang orang tu la. so dia memang tau aku bengang dengan dia.
so pastu dia ok.
aku tak faham ape nak kalutnya. pelik ah pelikkk.
so lepas je kejadian kerjasama tu. kami mula bertegur sapa. ramai lah yang shocked. sebab peggy ni kurang bergaul mesra dengan orang sekeliling espeseli malay la. idk wai. tapi aku ni jenis pe kisah kan? kawan je la dengan semua orang. first time kitaorang kua lunch semua tekejut. aku ni jenis selamba je. aku cakap aku nak naik city. tak nak alza. tak pernah naik city. so okay dia turutkan ajee hati aku nii. pastu bila naik city aku puji melambung cakap huiyo city manyak hebat aaaa rasa mau jual itu alzaa ooo.
semua orang terkejut bila aku naik city. sebab peggy ni kedekut nak bawak kete dia.
entah la perkenalan aku dengan peggy memang ramai kot yang terkejut. aku pun tak tau kuasa apa yang aku ada. hahaha. sebabkan dia tak kawin lagi ramai macam weh ko kawan dengan dia nanti badi dia kena kat ko. aku ni jenis senyum dengar je pastu lalalala kan ajeee. so orang macam malas nak warning lagi. sebab hati mereka sakit secara haluih.
kadang kadang aku macam layan kata kata dorang sampai dorang rasa annoying. macam...
'ya allah kak! betul ke kak? takutnya saya astaghfirullahalazimmmm....'
so kalau ko orang yang cakap kalau aku kawan dengan peggy aku akan lambat kawin. pastu ko dengar aku layan kata kata ko dengan reaksi drama gila babeng macam tu (ni baru dialog tak ditambah riak muka plus tangan lagi)
so ko akan rasa annoying tak?
hahahahah. ni teknik ya?
kadang kadang orang akan ajar ko cara nak buat jahat kat orang tau. macam sebelum ko pegi ko delete fail la ape la. ko jangan baik sangat la. aku puji. aku cakap.
'bagus la kak timah ni. serius bagus. saya tak terfikir pun nak buat macam tu. baguslah. saya suka. someting new'
aceli aku penah cakap ayat macam ni. seriusli aku cakap bagus sebab ni memang someting new. tapi akak ni pulak rasa besalah...dia cakap.
'ko ni cah. aku cakap benda bukan bukan ko cakap bagus.'
akak tu macam menyesal je bunyiknya. aku macam eh betulla. baguslah tu. saya tak tau pulak kena buat macam tu.
hahahahha. siot kan? aku tak da niat pun. dia yang terasa sendiri. apa je ko boleh buat? nak pujuk pun bukan salah ko. ko konfius. ko tak bersalah pape pun. so ko just chill macam biasa. tiada apa apa yang berlaku. ko hanya seorang manusia naif yang eksited bila dapat ilmu baru.
so berbalik kua denga peggy. kami ke ioi mall. dia banje aku secet recipe. (secret recipe lagii¬) teruknya. aku pegi toilet masa dia nak bayar. korang rasa aku jahat ke? aku risau pulak orang sekeliling yang perhatikan kami (amboi ko ingat orang lain tak de keje nak usha korang berdua je) nampak kelakuan aku begitu dan cakap
'eiii nak ngelat pegi bayar la tuuuu'
peggy banje ok. eh yeke dia banje? aku pun tak tanya masa balik tu. ahbahahaha ya allah common senses aku dah hilang weh. hahahahah! nono aku yakin dia belanja. lolol
yakin yakin.
pastu kitaorang pegi beli baju opis aku. cewah sejak keje kat opis ni eksited pulak nak bergaya officewear. hahaha. weh ko ada setengah tahun je lagi nak begaya officewear kelak ko akan rindukan gaya gaya ini. aku rasa aku kena amik gambar setiap hari dengan gaya office aku. haha. setakat ni aku suka kasut aku. aku beli kat licci. rasa smart je. maskulin. sejak dua menjak ni asik nak feel maskulin. tanda penuaan kot.
paling best pegi sephora. weh aku suka weh lipstik merah no 20. kali kedua aku try. memang cantik aa aku cakap. first dengan nonol. ok meh sini nak citer. aktiviti pegi sephora ni tak lain dan tak bukan adalah ko bedal mekap dia. dari mata sampailah ke bibir. memang make over habis lah. masuk muka tema natural. kua je sephora. amik ko.
sangat elegan u no.
hahahahahaha! jimat wat. lepas solat ko masuk. dorang tak marah la. try lipstik dia. maskara dia. peh puas hati. pastu cakap sorang sorang ok aim ni. padahal pastu ko kua dengan muka selamba.
peggy marah. dia kata haiya masuk situ mau mekap saja ka. aku pulak jawapan klise. eh mana ada. saya carik lipstik kan tadi? warna yang saya nak tak ada. cewah padahal ko beria bedal warna merah no 20.
hahahaha!
balik rumah aku sangat happy menonton astro. lipstik merah tak nak tanggal. tahan buat bodoo je. mak aku memang tau ketaksuban aku dengan lipstik terutama merah. mak aku cakap arwah ayah aku selalu mekapkan aku masa kecik kecik (bahahah!) so jangan tekejut kenapa dalam famili aku. aku yang paling eksited nak mekap mekap. espeseli lipstik merah.
syira tak ada. pegi kem. balik kul 5. dalam 5 suku mak aku suh amik dia. ko bila mak ko dah suruh. ko macam panik tau. beria amik tudung pastu letak je kat kepala tanpa pin. dalam kete baru nak pin tu pun lelaju sebab risau adik ko tunggu lama dah kat sekolah. pastu ko pakai tudung bawal dengan pakai sangat mak cik mak cik. tshirt selekeh dengan seluar pun hmm selekeh la kot. ah selekeh la! tapi berbibir merah no 20 ko pegi sekolah adik ko.
tengok luar sekolah peh bapok ah ramai mak mak ayah ayah nak amik anak dia ni weii. ko parking ko tengok budak tak kua lagi. so ko bertapa dalam kete.
hah masa ni kete aku yang memang hadap pagar sekolah (tepi je la pagar depan dah full house dengan mak ayah) tengok la keligatan mak ayah menjadi parents sejati sampai! menyusahkan orang. dah la hujan. ko nak jadi mak ayah terbaik. ko pun masuk kan kete ko untuk lalu depan foyer. sekali lalu. salah hala. arghhh aku yang tengok dari luar pun sakitnya tuh disini (hati kau) pastu ujan lebat ni. aku dah nampak budak mula kua. aku pun kua la dari kete. hah ni sangat memalukan. aku ni kalut ke menggelabah semacam bhahaha. sebelah kete aku ni dah la kete honda city. entah mak ke ayah budak dalam tu. kot kot boleh la buat mak mertua kan. bhahah ko rasa apa perasaan dia nampak pompuan selekeh berbibir merah pekat kua kete kalut kalut bukak pintu belakang amik payung pastu payung nak bukak pun dalam 1 minit.
masa ni aku rasa weh payung! ko tak layak duduk dalam kete aku. buek malu yo.
padahal ko yang tak tau cemana nak bukak payung tu hahahaha ya allah maluuu akuuu
pastu aku masuk sekolah muka selamba dah la tak bawak hp untung untung ko boleh la pura pura dapat mesej pastu buat la muka pura pura lawak dapat mesej dari kawan padahal tak punn hahaha tapi tak bawak hp. sebab kalut sangat bila mak aku suh amik adik aku. so sambung je la buat muka selamba.
pastu aku monolog dalam diri yang peh memang kelaut la saham aku petang ni just imagine dah nice dah ni amik adik. tapi tak ke ko pelik nampak pompuan dalam kelautan hujan basah baju sikit sikit dengan baju tshirt selekeh tudung ko tak yah la nak aku eksplen sebab sekelehness beganda bila aku pakai bawal. so aku tadi siang pakai bawak. peh dabel tap la selekeh aku kan. so memang tggi la aku direjek oleh mak mak ke ayah ayah orang kat sekolah tu. hahahaha.
perempuan aneh dari manakah ini yang berpakaian berimej sebegini rupa?
ahahahahaha. argh stress aku. shuhh shuhhh
btw lately suka lak aku dengar lagu melly goslow entah cemana eja. dengar lah lagu jika, gantung, lelaki idaman, lagi ape ye? pastu karok. sedap gak karok lagu melly ni. bilalah nak karok lagi. hewhewhew¬
so hari ni aku nak marathon tengok tv. sat g nak lepak mamak la. hahah dah 3 malam aku lepak mamak. gilo ke hape. hahaha.
ok semua happy saturday. nanti aku buat entri pasal seminggu di DEmmy insyaallah kalau ada masa lolol.
babai!
oh lelaki idaman¬ memang kamu tak ada yang lain¬
=P
No comments:
Post a Comment