kita tak faham kenapalah dorang ni susah sangat nak nice dengan perempuan. konsep macam ko keluar dengan mak ko. takkan ko nak mak ko tolak pintu mall. kalau kita keluar dengan mak kita. kita yang tolak tau. kita selalu berkelakuan mengada ngada bila keluar dengan adik lelaki kita. kita akan pura pura tak larat tolak pintu. so dia akan bukak atau tolakkan. memula dia kata kita gedik. lelama dia sedar yang bila kita buat macam tu. orang mungkin akan kutuk kita cakap ngada ngada tapi mungkin ada jugak orang cakap adik kita seorang yang bagus! - aku
kita membantu dia sebenarnya - aku
jumaat lepas aku keluar makan dengan aisyah kelig aku. aku membebel. aku ni minah bebel. aku tak ingat sebab apa aku membebel sedasyat ni. tapi tiba tiba aku ditanya soalan ni.
antara gentleman dengan romantik. awak pilih mana? - Aisyah
gentleman - Aku
ic - Aisyah
ko bayangkan ko tengah bebel bebel ni. bebel pasal laki kena itu kena ini. sekali kena tanya soalan macam ni. tak ko tekelip kelip kena jawab dengan spontan. pastu baru ko sedar isu yang ko bebelkan adalah isu gentleman. so betullah jawapan aku. aku pilih gentleman.
kenapa awak pilih gentleman? - Aisyah
sebab kita romantik - Aku
ok korang boleh ketawa berdekah dekah. Aisyah angguk. aceli konsepnya macam ni. ko tak boleh nak dapat semua dalam satu masa. kalau ko dapat yang gentleman lagi romantik. tu rezeki ko la.
kita rasa lelaki yang awak nakkan tak wujud dalam lelaki lingkuangan 20an. -Aisyah
aku senyum. ada betul ada tak. tapi mostly betul. hahahah. so apa pilihan korang?
kenapa aku pilih gentleman? sebab aku ni lembik! lembik yang berganda ganda lembik.
contoh... aku tak boleh jalan laju. tapi boleh jalan jauh. maksudnya. jalan dengan aku langkahnya sangat slow. kalau jalan laju. ko memang terpaksa slowkan jalan sebab aku memang slow. kalau aku kejar. ko akan dengar aku membebel keletihan.
salah satu kejadian berlaku ketika di ioi mall. aku keluar dengan adik aku. adi. aku baru jalan dua kedai. brands outlet dengan padini. beberapa minit kemudian dia dah dengar aku cakap
"letih..letih.. aa penat tak larat"
sebabkan adik aku seorang yang penyabar. dia slowkan langkah dan katalah relaks la. no need to rush. jalan slow slow.
tapi dia terdiam bila aku jalan laju ke arah sephora dan tak merungut keletihan.
hahahahah. teruk!! ok tu iklan. contoh merepek tak ada kaitan.
hahaha. pada aku. gentleman ni macam protective sikit la dari romantik. sejak dah tua ni. aku memerlukan lelaki yang protect aku. yang aku rasa selamat. yang jaga ko baik baik la. hahaha
contoh pegi kedai. beli barang. lelaki bawakkan barang. sebab berat. dia kasihani kau. dia rasa ko tak patut bawak barang dapur yang berat atau kalau ko beli sekotak air soya saiz besar pun dia bawakkan.
wahh cair lah.
susah nak jumpa lelaki gentleman. aku tak faham apa fikiran lelaki. ko takut pompuan perasan yang ko suka dia ke kalau ko berkelakuan gentleman? aku rasa jangan lah perasan sangat. dia konsep macam artis la. kalau ko berkelakuan baik. kami sukakan kau tapi tak ada lah sampai tahap nak memiliki ko. mungkin kami mahukan pakwe/lelaki lain berkelakuan seperti kau.
ha kauu.
hahahaha. betulla kan?
kuar dengan perempuan ni sama konsep macam ko keluar dengan parents atau mak kau. kalau kau keluar dengan mak kau. mesti ada keadaan kau macam protect mak ko kan? macam tak nak dia susah angkat barang berat. tolak pintu berat. ko lintaskan mak ko. ko pegangkan dompet mak ko. ko halakan ekon untuk mak ko.
isu ni amat kritikal pada lelaki melayu. serius weh. aku tak tipu. pada aku. lelaki bangsa lain lagi gentleman tau. kalau ko jalan ke lobby bersama lelaki bangsa lain. dorang bukakan ko pintu. dorang bagi ko jalan dulu kalau korang bertembung. kau tak boleh bukak penutup botol. mereka offer untuk bukak sebab tengok ko apehal lembik sangat ni weh, hahahaha.
lelaki melayu ada jawapan tak? nak tau lah apa fikiran korang. serius nak tau. aku rasa untuk wanita tua macam aku ni. romantik tu ok jugak. tapi gentleman rank dia lagi atas la. standard tinggi gitu. haha tapi tak ada lah sampai kau kena keluar bukakan pintu untuk aku. tapi aku penah jugak berjumpa dengan lelaki yang dia keluar bila nampak kau. ntah. polite ke apa ek? aku pun tak tau. aku tak ada lah sampai nak jatuh hati. aku just bisik dalam hati. hmm not bad laki ni. sape awek dia ek? ha macam tu. pastu ko implement la. tapi sebab aku malas nak keluar kalau dah masuk kete. aku berkonsepkan senyum lebar tegur dengan penuh mesra la bila orang masuk kete ko. benda ni manners la. betul ke english aku guna ni? haha tak konfiden guna english kau ha.
pada aku la. lelaki gentleman mungkin boleh jadi romantik. tapi tak semua lelaki romantik boleh jadi gentleman. gentleman ni macam bertanggungjawab lah. dia tau tu tugas dia sebagai lelaki. romantik ni macam ayat ayat manis je ni.
ko rasa masak untuk isteri tu romantik ke gentleman?
aku rasa gentleman. sebab dia kasihan dengan isteri dia yang kepenatan. so dia tak nak susahkan isteri dia. haaa. aku ni kemain berkata kata. sekali kena bang bang dengan lelaki lelaki diluar sana.
lolol
mungkin ada yang fikir. mereka bukan begitu dan tak perlulah berlakon depan awek. aku tak suh ko buat kat awek ko. ko buat la kat adik adik ko. kat mak ko dulu. dah biasa. ko buat kat pompuan selain mereka. pastu jangan perasan ramai perempuan berebutkan kau atau ko rasa nanti ramailah pompuan perasan ko suka dia. ini masalah. sama ada ko berfikiran tipikal atau pompuan tu cepat perasan. bhahaha kuaja aku ni. tapi pada aku benda tu bagus. and aku tak rasa pun mamat suka aku kalau dia buat macam tu. sebab benda tu normal sebenarnya dibuat untuk pompuan. hahahaha.
tapi ada markah jugak la dimata aku. contoh la ko buat baik. aku tak faham. aku rasa biasa je. tapi satu hari ko confess. ecah! aku suka ko! (wat la so drama la ecah siap skrip! tapi tolong jangan mengorat guna ayat ni ok. menakutkan) so aku akan fikirkan. oh dia ada bukakan pintu untuk aku hari tu. hahahaha so ok la! 1 markah untuk dia.
lolol.
dalam hati laki tu. kauuu aku beria gentleman depan kau. 1 markah je ko bagi aku?
hahahahah!
so korang? nak romantik ke nak gentleman?
hahahaha
oh lately ada ramai tanya aku la aku nak laki macam mana pastu tanya aku ni cerewet sangat ke. aku rasa aku nak tulis satu lagi entri! tunggu ya! so aku nak tido la! bermask-kan timun. belilah! kat watson. bagus tau. tapi guna timun betul lagi segar kot. ni ko beria je letak timun. padahal kertas gambar timun.
pui.
gudnaite.
No comments:
Post a Comment