Pages

Dec 31, 2010

hello 2011 babai 2010~



aku nak tulis entri banyak banyak
sebab hari ni last keje
so esok dan lusa aku tak boleh update fesbuk.tweet tweet dan yang penting blog aku.
bb aku dah boleh guna
tapi lappy tu aku seram sikit nak bukak
tunggulah hari isnin masuk kelas nanti
atau dapat task pertama 
hehe
okeh
selamat tahun baru
aku sungguh bersemangat untuk tahun 2011
haha
macam best je~
boleh ke cakap macam tu?
haha
hurm ape lagi ya?
tak ada ape ape kot
malam tahun baru just tengok citer iron man kat tv3
malas dah beparti tengok fireworks
dah jemu
haha
belagak!
eh dengar la lagu katy perry tajuk fireworks!
ke aku je baru dengar?
okeh.balik ni kena kemas barang balik puncak.
banyak la pulak barangnya.
ahad baru balik sana.
esok nak berehat rehat
akak tu suruh keje sabtu memula
tapi aku macam malas
so xdala
nasib dia dah ada part time baru
fuh~
okeh
nak tutup kedai!
hello 2011~! babai 2010! 
heheheheh
azam tahun  baru 
nak rajin rajin masak
bukan masak main main dah.
tata! hehe
:D

20102010

1.Program diet yang dilancarkan benar benar menjadi.tak perlu guna produk dr rozmey.bangga sikit.hehe ada sape sape memerlukan khidmat aku?anyone? aiceh!

2.Tahun ni mencatatkan persinggahan ke restoran makanan segera McD sangat menjadi jadi.Termuntah muntah makan McD.ish ish.Aku harap dapat makan dengan berhemah tahun depan.

3.Impian untuk memiliki external hard disk tak tercapai lagi.terlalu banyak halangan dan rintangan.sesungguhnya aku lah manusia paling kuno sebab tak ada external hd lagi.tahan tumpang simpan pic kat encik akmal.kehkeh.

4.Henpon sony ericson yang tak diketahui model berapa selamat meninggalkan diri.mujur cukup setahun sudah.tak da la frust sangat kott.

5.Sekali lagi impian untuk memelihara ikan dengan tempoh yang agak lama berkecai bersepai setelah ikan laga bernama cici hilang secara misteri ketika dibawah jagaan encik akmal.Tak pasti sama ada beliau TERmakan ikan tersebut ketika sedang tidur.itu kita tak pastilah ye.

6.Selamat menghabiskan 1 sem peringkat degree.kena survive lagiii...bape eh? oh 5 sem! =_="

7.Perjalanan kisah cinta amat mencabar.berombak taufan tak pasti.harap harap tahun 2011 tenang tenang ikan kaloi sajalah.

8.Konsert Jay Chou tahun depan mungkin hanya tengok poster dia je.sebab tiket terlalu mahal.tak mampu.
   T-T

9.Segala inspektor gadjet dah tinggal nyawa nyawa ikan.mula mula kamera nikon kesayangan.kini hantar ke hospital.eh belum hantar.masih terlantar.tak lama tu lappy bernama Didi pulak.tensennyee~~

10.Sudah rindukan Kuala Pilah yang dulunya digeruni!

11.Impian untuk simpan duit dan menjadi kaya raya tak menjadi.nafsu membeli belah masih beraja dan perlu ditangkis.yah yah!

12.Aku kini boleh sudah bersemuka dengan buat muka plain white pada si helmet tu.yeah!! bertegur? oh tak mungkin.

13.Encik akmal makin berjaya dalam bidang dia.melukis.me-snap gambar.tahniah! tahniah! isk isk.aku jeles wehhhhh....~

14.Aku dengan keras kepalanya mempertahankan tajuk final project (diploma) yang lecturer tak bagi buat sampai dia makin kelam kabut tengok aku TERmenangis.tapi last last aku tak buat pun tajuk tu.ngehngeh.maaf encik izwan!

15.Kucing kucing makin menyusut bilangannya.keturunan hitam ( dia berbelang sebenarnya) makin menurun dek hitam kawin lari dengan kucing lain.anak anak dia lari dari rumah kami.*sedih* kematian gemuk.kehilangan yaya si kucing perkasa secara aneh.finally! tinggal sayang dan yayang.saya sayang mereka.

16.Selamat grad diploma dengan jayanya! saya akan merindui kawan kawan diploma saya.tempat saya bermanja.isk isk isk.

17.Simptom simptom sakit puan bagi perempuan perempuan makin menjadi jadi tahun ini.adoi~

18.Kehidupan degree sungguh mencabar.aku harap tahun baru sem baru.lecturer akan bertimbang rasa dan berfikiran logika dalam memberikan task.tak nak lagi report 100ms dalam masa 1 week lah kononnya.padahal hanya siap dalam 1 hari 1 malam.pergh.kenangan sem lepas.

19.Okay.teringin nak makan kek coklat.sedapnya!

20.Last keje hari ni! yay! 31.12.2010

21.Kesimpulan.2010 suck.tahun sungguh mencabar.harap tahun 2011 lebih suka dari duka.sekian.

Dec 30, 2010

sedikit tips.hehe.


20 things EVERY guy want from a gurl

1.Guy love flirts

2.Guy prefer neat and presentable girls

3.A guy can like you for a minute, and forget you aftrewards

4.When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.

5. "Are you doing something?'' or " Have you eaten already?'' are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.

6. Guy may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

7. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics

8. Guys love a girl's smile.

9. Guys will do anything just to get the girl's attention.

10.Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.

11.When guys want to meet your parents.Let them.

12. Guys want to tell you many things but they can't.And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!

13.Guys cry!!!

14. Don't provoke the guy to heat up.Believe me.He will.

15.Guys can never dream and hope too much.

16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.

17.When you touch a guy's heart, there's no turning back

18. Giving a guy a hanging message like "You know what?!..uh..never mind!" would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.

19. Guys love it when girls touch their hands

20. Guys are food flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

p/s comel kan pic stairway to heaven tu.aku nak tangkap pic macam ni la.hahahahah! =B

Dec 16, 2010

saya disoal dan perlu dijawab.

aku rasa ni adalah kali pertama aku di-tag.wohoaaa~! so adalah perlu untuk aku menjawab soalan soalan yang di-tag oleh haris dengan penuh semangat! lagipun dia pun semangat suruh cek menjawab siap bagi wall post kat fb.ish ish ish.so! mari mari! jawab jgn tak jwb~

1.Apa benda paling penting dalam hidup anda?
okeh.yang ni mention BENDA kan? so kalau benda.aku pilih.Tv.henpon.kamera and barang barang make up.hehe

2.Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
anak tudung berwarna pink.baru beli kat pasar malam tadi.

3.Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan?
ditepi pantai! haha karut! habisla semua makanan masuk pasir.kalau banyak duit nak buat kat hotel.kalau ada orang seponser.why not? wahahah. *gila perasan* tapi depan rumah je kott.kott la.macam haris.tema perkahwinan? saya suka vintage! hehe 

4.Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Yup yup..hehe

5.Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih hati anda?
selama kami masih 'in a relationship'.

6.Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?

Novel : Sungguh Aku Cinta karya anis ayuni.aku memang minat semua karya dia.tapi novel ni hadiah dari akmal.kitaorang beli kat Klcc tahun lepas.kira paling the latest novel sendiri la ni.haha

Majalah : Majalah Wanita beberapa hari lepas.sebab ada topik macam best.tips cemana nak cantikkan muka.haha.beli! beli! beli!

Buku : Hurm.rasa macam dah lama aku tak beli buku.mungkin buku epidemiology.tu pun tak beli.fotostat.hehe

7.Antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?
Mak!!

8.Namakan orang yang anda betul betul ingin jumpa dalam hidup.

Jay Chou!! *histeria*
Bila jumpa dengan dia nanti aku nak dia jadikan aku model baru untuk mv orange jasmine! hahahaha mesti kawan kawan aku jeles tengok kemesraan kami.jalan cerita semua sama cuma model je tukar.hahaha! bestnya!

Tun Dr Mahathir
aku rasa semua rakyat malaysia jadikan dia idol.yela sape tak sayang dia.aku pun sayang dia.so kalau jumpa dia aku nak amik pic banyak banyak.then duduk dengar dia bercakap.ape yang dia cakap buatkan semua orang bersemangat.kata kata dia sungguh.ada sesuatu.hehe oh ya! aku suka senyuman dia.cantik! hehe

Anuar Zain
Okeh over tak kalau aku cakap.bila aku kawin aku nak anuar zain nyanyi untuk aku.aiceh ecah! angan angan sampai ke bulan! haha aku suka dia masa dia popular dengan lagu keabadian cinta tu.wahhhh.lagu dah la sedap.suara laaagi sedap.dulu siap berangan angan nak jadi kawan dia.haha kawan je.kalau jadi abang aku pun best jugak kan?walaupun dia dah tua.tapi saya masih sukakan dia~ hehe

9.Adakah anda basuh baju sendiri?
Malu i nak jawab.kat kolej kat rumah sewa masa praktikal dulu.rajinla basuh even aku sangat tak suka basuh kain.sakit pinggang kot.pastu sabun dia buat kulit aku menggelupas.so kira dat time terpaksa.haha.kat rumah mestila ada mesin basuh kan? aku rasa tak ada orang didunia ni yang tak nak gunakan kemudahan ini.kalau anak anak tu boleh masuk dalam mesin.mesti dah masuk sekali kan? kan? kan? haha!

10.Tempat yang betul betul anda ingin pergi
Bandung.Bali.New Zealand.Parisss

11. Peluk atau cium?
peluk!! peluk!! *hahahah gatal!*

12.Tiga benda tentang orang yang tag anda?
* Suka anime pastu nak jangkit kat aku!hahaha.
* Bercermin mata.
* Pandai

13.Benda yang paling anda sayang dalam hidup?

bukan nak tiru macam haris.tapi aku pun sayang kat benda benda macam kertas contengan, diari ( aku ada diari tau!), buku tulis, kertas kertas exam masa sekolah dulu, buku buku tulis.Semua yang ada tulisan tangan atau ada nilai nilai sentimental value aku simpan.even tiket wayang pun semua aku simpan.maka pnuhla bilik aku hanya dengan barang barang aku.Kalau bila time mood mengemas tu dah sampai.Nah! Berkotak kotak yang perlu dibuang.I mean bukan dibuang.masuk ke dalam kotak untuk pemeriksaan kali kedua.kalau dah cek and decide dengan tepatnya barang tu PERLU dibuang.baru aku buang.kalau tak.simpan balik.KENANGAN weh! Kalau kawin nanti sure lah aku angkut semua kenangan kenangan aku tu bawak masuk rumah sekali.hahahah.dulu aku ingat aku sorang je perangai macam ni.tak sangka ada orang lain! yay! ada kawan! hehe

Aish! aku rasa kena betulkan ayat benda tu lah.tak puas hati betul! 

aku sayang famili aku.aku sayang akmal faiz.aku sayang kawan kawan aku.certain kawan.bukan semua.tapi ramai la.kalau helmet.ikan kering.oh tu bukan kawan.aku dah tak anggap depa kawan.ikan kering boleh lagi.helmet tu.mustahil.so jangan salah faham untuk sesiap yang mengenali mereka ya?so aku harap depa pun sayang aku.aku percaya yang ramai orang sayang aku.mana mana aku pegi semua sayang aku.hehe *gila bongkak.tapi tak salah berfikiran positif* hehe

14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar?

* Jason Derulo - What if

* Letto - Ruang rindu

* Avenge Sevenhold - Dear god *maaf kalau salah eja.serius liat gila nak hafal*

* Cat Steven - Wild World

* Akon - Sorry blame it on me

15. 5 blogger yang diSUNATkan untuk menjawab tag ini.

* Nur Izzati

*Raja Zainab

*Ainnul Nadhiah

*Wan Nuradibah

*Rafeeqa Nabila

*perghh nama penuh aku kasik*

fuh! thanks encik haris.sila tag lagi.suka menjawab seperti seorang selebriti.kan best kalau betul. =B

Dec 12, 2010

BERkaki wayang

bulan disember ni
gila banyak movie
best best kot
mr potter punya citer selamat dah aku tengok
aish
kayap lah aku.
no no no
rasa macam lah nak tengok

troy legacy

chronicles of narnia

hantu kak limah balik rumah

pilih! pilih! pilih! 

tengok lelio popo okay tak? aduhhhh! +_+


Dec 9, 2010

bergebang di kluang~ puh~

makan diumumkan! eh! makan pulak! maka diumumkan saya esok akan berangkat ke kluang! waaa.

mesti korang macam cakap.

he'eleh.pasal ni pun nak bagitau.

tapi wehhh! serius sikit disini.esok saya driveeeeeeeeeeee.

5 jam ke kluang! omg! omg! seram sejuk aku.

tapi! kawan aku pah! adalah sumber inspirasio

dia tak penah drive.tapi sekali beli kete viva! tu normal lagi

pastu dapat kete jeee.yakin gila bawak! haha menyusur je.laju jugak dia bawak.macam dah lama pulak duduk kl.wahhh wa respek sama lu la pah. u re may inspira~ wahaha!

so korang! doa aku selamat pegi dan balik.macam macam orang aku tepon.eh aku tak tepon.aku just tanya kat ym je.tanya macam macam.haha! cuak seh!

p/s: rasa seperti mahu sediakan wasiat awal awal je.huhu ;p

waaaaaaaaaaaa.

ehem ehem.macam biasa.aku suka jenjalan.tengok blog orang.huhu blog walking la.

ada sorang aku jumpa.cakap pasal result dia.kita pendekkan citer.dia kata 3.4 kat uitm dah kira normal.ramai orang dapat.kira nak dibandingkan dengan uniten la.pergh! ingat senang ke! mau tak botak kepala hengkau!

pastu aku komen

'mana ko tau duk uitm senang nak score? penah study sana ke?'

waaaaaaaaaaa.beraninya aku! seram pulak.dah la terjah blog orang.pastu cakap macam tu.aish!
dah tu tak nak buat anonymous.memang annoying betul.haha.

korang rasa aku??? tak betull??

waaaaaa.
seram.
jangan buat lagi ecah!
haha!

Dec 8, 2010

lagu ulang alik - Gadis Semasa (Yuna)



okeh! lagu ulang alik aku kali ini telah dimenangi oleh YUNAAA~ *clap clap*


Tahniah yuna! anda berjaya masuk ke telinga saya! wahaha aku tau pasal lagu ni pun beberapa hari haritu.haha giles lambetsss.yela manusia tak dengar radio macam aku  ni.hanya menggunakan instinct untuk mencari lagu.haha! giler karut! gadis semasa.kalau tak silap.dulu yuna ada buat pertandingan photo.gadis semasa.ingat nak masuk.lama dah.dulu la.masa lagu ni belum kua kat radio.maka ramai la akak akak.adik adik.gadis gadis yang mengambil bermacam macam jenis gambar yang sesuai dengan theme 'gadis semasa' tu.aku tak masuk pulak kan? rasa macam malas pulak nak tulis lirik dia.ape kata korang dengar.nanti google sendiri? okeh?

oh begini rasanya cinta
bila diagung agungkan kuasanya

suara dia macam uji rasyid pulak aku rasa.entah.iye kot.eh entah.haha mengamuk pulak peminat yuna ni dengar.hahah! okeh!

selamat mendengarrr~

oh begini rasanya cinta~~~

Dec 6, 2010

tahun baru azam baru

Selamat menyambut awal muharram~!  Salam Maal Hijrah~


dah baca doa awal akhir tahun? bagus! hehe

dulu masa sekolah kita belajar yang hijrah ni maksudnya perpindahan.dari mekah ke madinah.sekarang dalam konteks yang berbeza.perubahan mungkin.dari yang tidak baik.kepada baik.atau dari baik kepada yang lebih baik.

teringat dulu time sekolah.setiap tahun mesti ada sambutan maal hijrah.kira masuk sekali dalam aktiviti sekolah yang paling diminati.ah aku rasa semua aktiviti kita kita minat kan? mana ada yang tak minat.ape ape yang membuatkan kelas batal.atau kelas tak diadakan atau kelas memang tak ada.*sama je le* mesti kita kita minat kan? kan? kan? hehe nak nak pulak time ni masing masing nak show off baju raya masing masing yang konon paling glem.yela selain jamuan hari raya.maulidur rasul.aktiviti tu kan pakaian bebas! ke sekolah korang kena pakai baju sekolah jugak? tak best tak best.hehe

dulu masa nak sambut ni.ustazah hari hari buat announcement.sape nak masuk pertandingan nasyid.haha.maka berlumba lumba lah kawan kawan aku masuk.aku tak reti nyanyi.tak ada lah masuk.masuk pun sekali seumur hidup je.tu pun masa lepas pmr.pertandingan nasyid untuk budak budak form 3.hahaha.last aku masuk nasyid.suara dah la tak sedap.boleh plak jadi penyanyi.aiiii.apela aku fikir masa tu.faja la ni.nyanyi lagu ape ek? lagu raihan tak salah.ada la macam sajak sikit.faja kot sajak.yang aku ingat ahli group aku.yona je.haha.lain lain tatau sape.

bukan je pertandingan nasyid.ceramah tu memang wajib! 
dulu aku baik.haha.konon.duduk depannn je.siap bawak pen dan kertas.kenapalah sekarang tak macam ni.sekarang dengar je.konon otak tu macam machine fotostat.penceramah bagi ceramah.dengar je.boleh cetak sume balik la ape penceramah tu cakap.bulat bulat.kalau tak macam machine fotostat.macam alat perakam tu.haih~ ecah oh ecah.korang jangan macam ni.ingat ingat kat aku ye.bawak pen dan kertas.hehe

tahun baru.ape azam baru? 

azam aku banyak.ada la yang tak leh kasi tau.okay la bagitau sikit sikit.

1. study rajin rajin! tak nak dah malas malas.banyak cabaran ni.kalau encik nasa bagi keje.siapkan hari tu jugak! wahaha! mampu ke?
2. jimat jimat jimat! makan sehari sekali ye.wahahaha! ini gila.
3. nak baik baik dengan sayang.yayang.yaya.banyakkan memeluk mereka.berbual dengan mereka *kucing aku weh*
4. mau jadi anak.kakak.adik yang baik.semestinya.

aku rasa cukup aku statekan.berazam mahu menjadi manusia yang lebih baik.kan lagi senang.simple kot.merangkumi semua benda kot.mungkin.so atas pilihan sendiri.sama ada azam itu mahu dicapai atau tidak.ya ya.doakan ya?

lain lain tulis kat diari.malulah.hehe ;p

jadi ape azam korang?

Dec 4, 2010

macam macam!

geram betul!
memang muka tu tak boleh lembut langsung.
orang dah cakap tak leh faks
tak boleh laaaa
degil betul la

nasib u sudah pangkat itu auntie
wa kasi hormat sikit la
degil betul
dah tu tak boleh
nak jugak cuba lagi

okla fine
cuba la
tapiiii
dah tak boleh
limit sampai 3 kali percubaan je pun
tau la kat kota kajang ni
kedai faks tak banyak
tapiiiii
dah tak boleh fakssss

tak boleh auntie...
limit boleh 3 kali sajaaaa...

ni dah lebih dari limit
kalau bil naik
mau bayarkah?
kalau bos marah?
marah sape?
eiiii

susah betul cakap dengan
siang cerah malam gelap
siang meriah malam malap

eiiii
pastu nak buat muka pulak
geram betul!

kepada anda anda
lain kali dengar ye cakap pekedai
jangan degil degil

macam macam la orang kat malaysia ni
rasa nak berhijrah ke paris pulak
paris ye
bukan parit

oh kasut~!

tengok shout awards tak hari tu? lama dah..kalau tak silap aku.20hb hari tu.aku tengok kejap je.sebab lagi tertarik dengan drama melayu kat tv3 tuuu.tengok sekejap shout awards ni.dah macam bukan majlis kat malaysia jee! sekali tengok macam kat obersi jeee.okay shuh kan aje pasal shout awards ni.bukan nak membebel pasal alkisah tu.

tapi aku tengok sgout  shout awards tu pasal nak tengok pesyen pesyen artis kita ni.

wohooo! seksis meksis tu.
so
tengok sekejap pun aku tertarik la dengan style yuna~
pic pic ni aku curik kat website dia.hehe

bak kata dia macam princess amidala.star wars tu.tapi bukan aku kesah dengan pesyen dia.tapi sungguh aku kesah dengan kaaasut dia! wahahaha!




cantik cantik.

aku dapat merasakan kasut beliau sungguh fleksible untuk berlari lari seperti ini



serius tak jatuh.
tak payah cover cover nak jalan
mungkin amat sesuai untuk dipakai oleh mereka mereka yang takut TERpeleot.
tak kottt
tengok yuna
tak jatuh pun
warna sungguh cantik.
suka suka!

kalau pakai kasut macam ni masa graduation day hari tu
rasa rasa
mengganggu kosentrasi x?
haha!

boleh belikan satu untuk aku?
anyone?

Dec 1, 2010

lagu ulang alik - What If (Jason Derulo)



suka sangat lagu ni!
dengar kat radio aku dah tau sape nyanyi!
sape lagi kalau bukan yang popular dengan watcha sayyy dia tu.huhu

so mari nyanyi sama sama!

what if?
what if i'm the one for you?
and you're the one for me?
what if...

if you are the one
then us meeting here is fate
future with a dog named Ben
buy a house with fireplace
this is the first time i've seen your face
but there a chance we are soulmates
i know that this might sound crazy
you don't know my name

but we can't
we can't tell
the future no
the fisrt kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuuuduuuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if

what if (6x)

picture me on one knee
with the perfect diamond ring
we just met, but if you say 'yes'
we'd have our wedding on the beach
it could happen, raise three kids
and grow old so happily
i know this may sound crazy
cuz you don't know my name

but we can't

we can't tell
the future no
the first kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if

don't know what tomorrow brings
but i'm still hoping
that you are the one for me
oh and what if i had you and what if you had me ann
baby, what's the reason we can't fall in love?
what if
what if
what if

but we can't
we can't tell
the future no
the first kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuduuu duuduu duuuduuu duuuduuu
baby what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby what if
(ulang 2x)

so dengan rasminya! ini adalah lagu halwa telinga putaran ulang alik buat masa ini sebelum aku berjaya mencari lagu lain!sekian! selamat menyanyi dan sedikit menghayati.tapi aku tak faham MV dia.so how meh?? hehe

*but we cant~ we can't tell~~



Nov 22, 2010

JUBAH.RAPTAI.ONE UTAMA.KAWAN KAWAN=HAPPY~! :)

hari ahad semalam
21 hb 11 2010
best gila!
why??
ada 'raptai' plus amik jubah untuk konvo.
huhu
raptai ke??
nope nope
sedikit demonstrasi plus dengan taklimat dari encik tidak bernama.
keluar seawal 8.10 pagi dari rumah pah
drive ke shah alam
sampai dalam 8 lebih lebih jugak la.

macam ni la ramainya
masa kami datang
kalau tak dah depan jugak kot
tapi pah tertinggal surat surat kat kereta dia
patah la balik~
belum amik pic dari baris belakang
mak oii
panjang~
okeh.
jijah dengan mus
tak ada gosip
atau bukan gosip
mus dah keje
kat melaka
aku tanya
'ko bila nak kawen mus?'
mus jawab
'kawen menda.awek pun tak ada'
aku cakap
'blahhh la ko tak ada awek.aku report kat tutt~'
mus pandang dengan pandangan yang sungguh menakutkan
diredakan jijah.
mus ngok ngek!
manusia paling menakutkan didunia!


huhu.
baru nak tanda tangan semua.


ini nanad~!
mata laksana cakaran harimau!
haha
terima kasih kepada contact lens.
tak sempat tanya jenama ape.



okeh.
ini jijah!
saya rindu banget sama dia!

kad bukti dah buat kajian.
aku baru buat malam tadi (sabtu)
thanks tu pah
jalan satu klang
nak siapkan menda ni
semua cc di klang
lebih tertumpu pada permainan game.
masuk kampung baru jumpa
cc ada printer.
hebat kan pah?
ceruk dunia semua dia tau.
artis~!


huah!
aku dah eksited da.
hehe



serius masa masuk bilik amik jubah tu
best sangat!
rasa semangat tengok jubah jubah.
sape sape yang belum grad.
belaja betul betul!
nanti korang rasa ape yang aku rasa!
hehe


jijah.aku.pah



huda.nanad

huda kami rindu jugak.
lama tak dengar cerita
masih kiut seperti dulu
ex roomate aku tu~!




kk(kamaliah kassim).aku.pah.mus


selepas amik jubah.
try jubah
rehat sebentar





sementara tunggu taklimat nak start.
kami sempat melaram dengan jubah masing masing
masuk kat bilik pameran jap
ni 3 orang ber'hud' tu
ijazah
kami tak kenal
depa suh kami bergamba sekali
bagi ramai orang
haha
cun~!



dah siap semua.
kitaorang gerak pegi dewan seri budiman
taklimat
lapar gilaaaaa.
sangat lapa
menyesal tak breakfast dulu
haiya
=_="


encik ni tak dikenali namanya
semangat je bagi taklimat
ada kamera tau
kamera tu arah audiens
semua semangat je bila kamera fokus kat muka depa
mula mula la
sebelum encik ni bagi taklimat

then
kami ke one utama~!
yay!
tahukah anda betapa mencabarnya perjalanan kami nak ke OU??
boleh pulak kami sesat kat shah alam
tahulah
shah alam kan sangat banyak roundaboutnya?
jadi
berapa kali pusing
berapa kali patah balik
jangan ditanya

amy.aku.pah
amy kelaka gila!
bukan main sudah pandai ini budak!
haha
siap bermanja dengan pah lagi kat kete.
haha!
gelak besar aku!
amyyyyy~!!



satu perkara yang sungguh tak cool!
kami sesat di OU!
oh aku tak sepatutnya bagitau.
kami sungguh tak cool
bila jalan satu tempat sebanyak 2 3 kali
sampai tersedar
kita bukan dah jalan kat sini?
kami sungguh tak cool
bila carik mcd sehingga perlu keluar dari OU
i mean jalan dari luar
oh kami sungguh tak cool
T-T
tapi lucu!
hahaha!

tahukah anda betapa bahagianya kami
bila jumpa MCD?
selepas punya kekuatan bertanya di kaunter pertanyaan
sungguh
wow!
alhamdulillah~
jumpa jugak
set besar ku order!
bukan dek tamak haloba
tapi kerna
kelazatan air ribena sungguh menggamit rasa
aiceh!


milik siapakah kaki ini?



sesi membeli kasut konvo di jusco~!



eh eh
hepi sangat ni
haha
gamba muka pah
tak boleh diupload
sebab
gegaran bumi sungguh kuat
sehingga
tak nampak tu sape.


tadaaaa~!
selesai sudah
lepak-king
so hari ini
sangat best!
sangat cool!
haha!
sangat lucu!
sangat happening!
sangat sangat sangat best!
saya suka keluar dengan mereka
otak karut marut selalu berlaku
pencak silat juga berjaya dibuka
harap dapat hang out lagi!
kali ni tak dapat balik lambat
sebab kami sesat!
haha
tak kisah
janji kita sama sama
jalan
sama sama
makan
dengan bahagianya!
terima kasih KAWAN!
anda benar benar menceriakan hari saya!
sungguh merindui mereka!
jumpa lagi!
^^,

























Nov 12, 2010

tamat sudah. (^_^)V





muka muka selepas tamat sudah paper wastewater.segala komen pendapat tentang paper tu.jangan ditanya pada aku.huhu tanyalah pada mereka yang hurm.bertuah mungkin.huhu.tapi dorang ni hepi lak lepas habis paper ek? huhu

dalam kepala fikir nak balik je kot.lagi lagi depa ni.haha jauh kot rumah.seberang laut disana! hehe

yela.dah tamat semua paper kot.sape tak hepi kot.so kawan kawan! all da best! doa semua dapat keputusan yang baik.jumpa lagi sem depan ya! InsyaAllah.. ;)

Photobucket

Nov 8, 2010

isnin terakhir sebelum paper terakhir.


okay.
paper terakhir datang jugak.
tapi kenapa takutnya lebih luar daripada biasa ye?
all da best untuk rakan rakan ku.
rakan seperjuangan sekalian.
all da best!
*takut*

Photobucket

Nov 7, 2010

serabut macam sabut



lihatlah betapa teruknya keadaan dekstop lappy aku.
serabut macam sabut.
serius.
management ecah.
management.
sedih tuan haji pozi tengok.
sudi melakukan untuk saya?
nasihat pelis.


Photobucket

5 perkara perlu tahu sebelum ke....korea?

okay! entri ini khas untuk mereka yang akan berhijrah.bercuti.ber-hunny madu.o membeli sayur ke sana dengan menaiki penerbangan tambang murah semestinya air asia! yeah! now evelibodi can fly~

okay!

1. Menunjukkan aksi asmara! hahaha! ada ke ini yang dia tulis dulu dalam buku ni.apada! lucah!
okay.kalau korang nak pegi korea selatan.jangan! jangan! jangan! menunjukkan aksi asmara kat tempat awam.Orang tempatan tak suka.tak digalakkan.pegang tangan tak suka tak suka.baik gak kan orang korea ni?

2. Jangan makan terlalu lewat ye! kepada haris dan faraha.ingat tu.kat malaysia hidup waktu malam.aku tau korang selalu makan malam malam.ada yang makan sambil tengok SAW lagi.sana tak tau! Pesan makanan makan malam sebaiknya sebelum jam 9! sebab banyak kedai dah tutup pukul 10.yeke?

3. orang korea suka transaksi wang tunai.

4. digalakkan kalau nak lepak sepanjang malam.pergi tempat tempat lain.jangan satu lokasi je.macam kat malaysia.kul 9 ko pegi kajang.10 ko pegi johor.11 ko pegi kelantan.sebab dorang akan pelik kenapa ko hanya lepak kat situ sepanjang malam.haha!

5.semua orang tau kot.depa suka KARA-OK.so kalau pegi sana kena cuba beribu ribu bar kara-ok kat situ.haha!

okay! aku saje je nak tulis hehe. maybe korang tau sudah.mestila korang dah tau dulu kan? oh siannya aku! haha

korang! nanti carik pulak untuk aku ke paris.paris ye.bukan parit.


Photobucket

Oct 30, 2010

TUNGGUSEKEJAPP


Sape ada minat noh hujan ye? tadi pagi.baru je ni.encik akmal post ini lagu kat wall saya.tungggu~~ sekejappp~ versi noh hujan.okla..sedap sedap.aku suka rentak dia.suara dia..tak tau la aku.haha ok kott..tapi aku suka lagi jac nyanyi.haha

suatu masa dulu aku memang gilakan kumpulan hujan.semua kompilasi lagu dia aku burn.burn ye.tak beli pun.dulu akmal rajin pegi gig hujan.rajin ke? sekali dua je kot.dia tau aku minat hujan.so tolong burnkan.tapi baju hujan yang aku gilakan.dia tak dapat tolong.kata tu dia punya! eiii! kedekut la lu mamat! haha

so nak dengar.tunggu sekejap klik je kat situ ye.

lirik lagu? alah sure dah hapal kan? potong kepala la kalau tak hapal.lagu p-ramlee dulu kott...

okay! selamat mendengar! ^^,

semakin hari semakin...

tadi pagi aku belek cermin.lama tak tengok muka sendiri. *gila tipu*

aku dapat merasakan aku semakin hari semakin cantik.boleh tak cakap macam tu?semestinya mampu meningkatkan keyakinan diri.hahahaah!

gila perasan.

Oct 29, 2010

hobin jang hobinnnn~!!

hobin jang hobiinnn!


haha.ni bukan alkisah dengan piala malaysia dimana kelantan melawan negeri sembilan ya.tuan tuan dan puan puan sekalian alam.memandangkan aku pernah menjadi rakyat sementara negeri sembilan.so semangat negeri sembilan tu ada la sikitttt..sikittt kot.haha

dulu masa duduk sini memula.aku tak faham apokobonda dengan hobin jang hobin ni.macam robin hood je..haha orang orang kat pkd asik citer cakap cakap antara dorang je.pastu selit.hobin jang hobin.bila dengar mata aku terbeliak.muka pelik.eii.ape tu?

sampai satu hari nak balik kuala pilah dari kajang.masa tu piala menda pulak ntah.negeri sembilan menang kot.nampak la papan tanda.cakap tahniah.pastu hobin jang hobin.wahaha!
maksud macam 'semangat jang semangat!'

yekott..macam tu kott..

so.aku tak tau esok 30hb kelantan lawan negeri sembilan.piala malaysia.ke hari ni? entah.

bila tau tu.aku terus cakap kat kawan aku.ina.

hobinnn jang hobinnn~~

tengok citer anime? gaya aku macam suara dorang la.macam ala ala pompom gegurl gitu.ina panas telinga.

haha!

memandangkan hari ni kami nak basuh rumah.satu hari ina dengar aku cakap.

hobinnn jang hobinnn~!!

"ecaaahhhhhhhh!!!!" jerit ina.

so.janji melayu pukul 10 setengah.siap2 pukul 12 kot.memang kentut ayam.aku dah siap awal kot..wa panas betullah tunggu orang ni.huhuh.

lepas tu makan.lapa kot..dari tadi ina dengar aku membebel.lapa lapa lapa.makan dengan nazir,sob dengan sape lagi sorang.din? ha din.dorang baru lepas jumpa madam shima.patut je semart benor mamat mamat ni.nazir kata nak madam kasi markah lebih kena pakai semart semart.haha senget la ko.

makan bapok pedas sambal ikan keli tu.nazir asik cakap kat aku pasal bukit broga.haha.aku tak faham sangat ape dia cakap.loghat kelate dia cukup pekat.lagisatu masalah aku.aku suka buat muka blur.tak faham ni.cakap haa je..pastu toleh kat nida.aku tanya.

'apa dia cakap weh?'

gila jahat.nida tolong transletkan.nazir ni macam tak faham-faham pulak.nak lagi borak loghat kelate ngan aku.ah sudah.tak faham.layankan ajelah labuuu.tapi aku faham la jugak ape dia tanya.cerita dan sebagainya.

misi diteruskan dengan.ke econsave.jarak ke econsave lebih kurang 100 meter.eh bukan.20 kilometer.eh yeke? eh entahla.econsave adalah kedai paling best untuk membeli belah.disini.yeke? yekott..

macam macam keperluan rumah perlu dibeli.banyak jugak beli.dari penyapu sampailah pencuci mangkuk tandas.macam orang baru kawin masuk rumah baru pulak rasanya! wohoo! macam ada pengalaman.oh gatal.

aku ada masalah.ya masalah.membeli bakul.

bakul je pun.haiya.memula amik satu bakul ni.rm 13.90 sen.tak jadi.mahal untuk sebuah bakul.pastu ina tanya.nak beli bakul ke.dia rekemen yang satu tu.besar.rm 15.nak dibandingkan dengan rm 13.90 sen punya.ok aku amik.

sekali ina amik satu bakul.besarrrr punya.rm8.dia tanya ni nak bakul untuk ape.aku cakap.baju kotor.semua menjerit.

ecah! ko tak nak basuh baju untuk 2 taun ke!

aaaaaa...besar sangat ke?

semua gelak.aish.pastu jumpa yang ni.




tak nak.mahal.rm 15.mengarut je...memula okayla kecik.suruh gee amik warna merah.

eh bukan merah.oren.susah payah dia panjat.keluarkan bakul yang ketat tu.sekali.

"tak nak lah gee.amik yang lain la."

"ecahhhhhh..."

last2 aku beli bakul rm3.90 senang cerita.


yeah.ini rumah kami.cantik tak? dealer rumah ni.abang ban.nak cakap bun pun okay.dia dah cat pagar rumah ni rupanya.hari tu kata tak nak.gedik.cantik tak? yeah ini pandangan dari depan.batu sungguh berselerakan.aii abang ban bun ni.buat la keje elok elok sikit.bila u mau bikin itu simen ha? haiya.

pandangan dari tepi.woho! apakah bertanda bulat itu? yeah.itu adalah penutup untuk lubang tengah yang telah kehilangan besinya.apakah ayat ini.apela abang ban bun ni.carikla papan molek sikit.hancur kete gee kot..suka sukii je..kemas la sikit abang ban bun oi.tak kan kami nak buat.

okay.rumah kami dekat fasa 3 puncak alam.dekat dengan jiran tetangga yang macam baik.mak cik sebelah sungguh peramah.sangat peramah.huhuh letih melayan.rumah kami dekat ngan rumah aron and the gang.rumah depa lagi murah.380 je kott..ikutkan itu rumah kami nak duduk.tapi bahaya untuk kaum wanita macam kami.tak apelah mahal sikit.nyawa lagi mahal kan? kan? kan?


aku sebilik dengan ina.hasil undian oooosomm! eh tak.lat tali lat tali tam plom punya kaedah.iyee..kaedah ini masih digunapakai lagi ya.jangan tidak percaya~
dengan kaedah ooosoom! yang membuatkan kami berjaya mendapat bilik master bedroom.yeah.berjaya! so ni pandangan dari bilik aku la.

lantai sungguh hitam.menurut abang ban bun.rumah ini tak pernah dibasuh sedari beli lagi.woohaa! bapoklah! pernah kami mengutarakan untuk mintak dia cuci.jawapan yang pasti.semestinya tidak.huh.menyampah aku.hasil basuhan menghasilkan air yang sungguh hitam.ya.sungguh hitam.

bilik air pun cuci beb.siap guna harpic lagi.aku memang percaya dengan kebolehan harpic.syabas harpic!


ni buih buih cinta ruang tamu kitaorang.kotor lebih kurang je.bukan lebih kurang! banyak kurang!belum aku zoom kat tangga.lagilaaa.


tadaaaa~! berkilat tak? fuh! penat weh.serius penat.tak nak aku pindah rumah lagi.kalau ada pun.aku nak orang tu basuh.isk isk isk T-T


dah penat kemas rumah.berehat la kejap.kami ada tetamu.tetamu tak dihidangkan air.haha anak jiran sebelah.nama aku tak ingat.depa rajin melayan.aku duk tengok je la.tak larat dik.akak nak tido.akak nampak katil.air dan sebagainya sebagai santapan.ya bantal termasuk juga.


aku tak tau la ape dia cerita.tapi nampak macam rancak.janji jangan mengumpat.aicehhh! wahaha! ada facebook tu beb! ada pakwe kott..budakbudakzamansekaranggg...

finally! alhamdulillah siap semua.berkat kata seru aku la hobinn jang hobinnn~!!penat tok seh cakap.air cendol pun tak dapat makan.haha semua rajin.bertungkus lumus siapkan.kemaskan rumah.huhu aku pun bertungkus lumus.hobinn jang hobinnn~!!

okay.jemputlah datang rumah.ada party masuk rumah baru.sesape yang rajin.boleh amik upah cabut rumput.sukarelawan lagi dialu-alukan.sangat dialu-alukan yee.hehe

hobinn jang hobinnn~!!! ^_^

Oct 28, 2010

IFITSLOVE




IF ITS LOVE

while everybody else is getting out of bed
i'm usually getting in it, I'm not in it to win it
And there's a thousand ways you can skin it

My feet have been on the floor flat like an idle singer
Remember winger, I digress
I confess you are the best thing in my life

But I'm afraid when I hear stories about a husband and wife
There's no happy endings, no Henry Lee
But you are the greates thing about me

It it's love
And we decide that it's forever
No one else could do it better

If it's love
And we're two birds of a feather
Then the rest just whenever

And if I'm addicted to loving you
And you're addicted to my love too
we can be them two birds of a feather that flock together

love,love
got to have something to keep us together
love,love
that's enough for me

took a loan on a house i own
can't be a queen without a bee throne
i wanna buy you everything except cologne cause it poison

we can travel to spain where the rain falls
mainly on the plain side and sing
cause it is we can laugh,we can sing
have ten kids and give them everything

hold our cell phones up in the air
and just be glad that we made it here alive
on a spinning ball in the middle of space
i love you from your toes to your face

ngantuk dah.malas nak tulis.hari ni banyak dah aku post kot.semangat berkobar-kobar.huhuh.yeah.itu yang kita carik.kalau semangat baca buku study macam ni kan bagos! sangat bagoss!lagu ni aku suka selepas hey soul sista.selalu melalak lagu ni kat bilik.huhuh.tanda-tanda keretakan rumah sudah mula berlaku.tak ape.nanti uitm upah orang plaster dinding lagi ye.

nota kaki

TO THAT ONE GUY THAT'LL ALWAYS BE IN MY HEART,

i love you.always have.always will.but i'm not okay.and probably never will.
i may seem happy but i'm not going to be okay.i'm sorry if i hurt you,
but i hurt myself too.i let you go,but hpoefully, if you love me too,you would come back.Its okay if you don't.
i just want you to know.i love you.

iloveyousomuch,
me :)
anon please!


aku jumpa ini kat blog kawan aku.
tatau mana dia jumpa.
yup2.
aku pun nak maksudkan benda yang sama.
yup2.
samalah kita ye.
rupanya bukan aku sorang je yang patah hati.
huhu
ada geng!
boleh ke cakap macam tu?
okay cau.

menonton ps i love u membuat hatiku kecamuk lalu remuk.
gedik ayam nak tengok
rasakan!
imisshim.
nape dia x macam dulu ek.
erm.
:(

Spongebong Hemppants

"weyh.. cuba ko tgk youtube... taip spongebong hempants! sumpah bangang... sponbob version nigga stoner"

memang ngok ngek pun! kentut punya gendut.perkenalkan spongebob hapentah ini.just klik je kat tajuk tu ye.untuk tengok.dengar lagu pun aku dah gelak kuat kuat.sungguh bangang! ahaha.kentut ayam la ko gendut.haha tak sabar nak balik kajang lepak dengan ko! nak buli ko.eh ke aku yang kena buli? ahhh persetankan.si gendut dah la exam habis lambat.yess! finally aku dapat habis cepat! wahaha! tula ko.dulu ngata aku lagi.

HOWTOHAVEALOVELYDAY



howtohavealovelyday?

1. drink tea
drink tea ye? how bout coffee? ribena? saya dinasihatkan doktor tak boleh minum teh la even saya memang peminum teh yang tegar.how meh? huhuh

2.wear something that make you feel good
yeah.warna warni punya baju memang make me fill sooo gud.tapi masyarakat kita memandang serong.mengandaikan aku 'tak matching' hey! fashion is not about the color okeh.huhuh

3.Say please and thank you
belanja saya makan McD dan movie maraton and pizza and bla bla bla and thankkkk u!

4.Tell someone you love them
haa..ni ramai ni.cemana ni? encik A.F !! hurm.iwillthinkaboutulater.encik fahrin! cepatlah pinang saya.awak mesti desperate nak kawin dengan saya! kan?kan?kan?en jay! saya akan memikir 2 3 4 5 kali pinangan awak.wahehehe!

5.eat desert first.
okeh.aiskerim cokelat.

6.watch the sunrise or sunset
best moment masa tengok sunset kat pd.really miss hari itu.huah!

7.wear perfume
saya ada perfume baru.nak exam hari hari pakai.biala.apo orang kato.janji hati bahagio.

8.smile [alot!]
masalah mata dan kedegilan untuk menjadi fulltime speaky gurl kadang kadang memustahilkan ini.saya akan senyum tekekeh kekeh lepas ini ya.

9.read a book!
yeah.the notebook by nicholas spark plus sungguh aku cinta by anis ayuni sungguh terbekkkk.

10.cook or baked for someone else!
teringin nak buat lagi! cuba resipi baru lagi!

11.wish others lovely day
selamat bergembira untuk anda.have a nicee day!

12.watch a good film
supernatural? nonono..saya dah jumpa yg baru.rahsia.

13.wish others lovely day
ni dua kali kott..maksudnya.ini penting! semoga menjalani hari yang baik untuk semua.doakan saya juga.terima kaseh!