Pages

Oct 17, 2010

abang? erk.

aku pelik.nape eh kawan-kawan aku tak pernah setuju dengan niat aku yang suci murni nak seorang abang? huhuh.teringinnn nak ada abanggg..kan best ada abang.seorang abang akan mengambil berat tentang adik perempuannya.seorang abang akan tolong adik perempuannya dan yang paling penting seorang abang akan manjakan adik perempuannya.yeah.itu yang kita cari.

ok.disebabkan hal itu.aku telah dapat seorang abang! abang angkat ye adik-adik.abang angkat masa aku.,..form 1! yeah! form 1! haha

aku tak ingat detik-detiknya.sebab tak penting kot.oh ingat lagi tak entri yang lepas? pasal isu kegatalan kami bertiga? aku ati n faja? ya.kira 'abang angkat' aku tu sekali dalam kelompok jejaka tu.haha aku dulu suka lelaki kurus.tinggi.puteh.smart sumelah.so kira abang angkat aku tu termasuk dalam ciri-ciri jejaka tersebut.

siasat-siasat.rupanya 'abang' aku ni pengawas pusat sumber.oh nonono...dia bukan sebab untuk aku jadi pengawas pusat sumber.sebabnya.aku memang nak jadi pengawas pusat sumber.no other reason.aiceh.

serba serbi siasat.kira aku stalker yang berjaya ketika itu.majalah sekolah yang lama-lama siap geledah.haha.carik la info pasal 'abang' aku tu.sungguh tak ada keje.

aku ada kawan.nama kawan aku raid.raid hanis.kalau ikutkan dia adalah kawan lelaki pertama yang form 2 disekolah itu.ya sebab dia sorang pengawas pusat sumber lelaki melayu yang berpakaian pengawas pusat sumber.jangan tanya kenapa.baju pengawas pusat sumber kitaorang warna pink kelabu.no wonder budak lelaki lain lebih rela pakai baju biasa berkasut hitam je.

so bila dah kenal raid.kebetulan dia ni sekelas dengan 'abang' aku.so kadang-kadang risik la pasal 'abang' aku ni.haha bila tanya je! terus si raid ni buat muka.muka tak suka la.aku jadi pelik.

satu hari tu raid ni cerita.oh rupanya dia selalu gaduh dengan abang aku ni.bila dia tau je aku ni macam 'minat' kat 'abang' aku tu.terus dia macam 'ah tak yah la weh...' 'arip tu poyo...'
oh arip nama dia...haha! *suka sikit*

dipendekkan citer.satu hari tu aku masuk pertandingan bercerita.menang tempat kedua.tajuk dia..'pak pandir menjadi raja mambang' tak ada rezeki nak menang tempat pertama.minggu kedua lepas pertandingan tu.cikgu mintak aku buat kat tempat perhimpunan.mak aii...dah lama kot aku tinggalkan cerita tu.daya ingatan pun tak cukup stabil untuk ingat semua cerita.tapi alhamdulillah.berjaya.hoho

nama aku melonjak naik lepas tu.abang-abang form 2 semua sibuk cakap aku adik comel.hoho.malu tokseh cakap la.populariti menaik secara mendadak.terima kasih cikgu! hehe

bila dah mendadak populariti..baru si 'abang' ni terhegeh-hegeh nak kenal kat aku.podah.kelas aku depan pondok.selalu gak aku lepak situ sebelum cikgu datang.satu hari ni si 'abang' ni lalu.

siyes aku dah tak ingat dia tanya apa.dia cakap besday bila kot.2 3 kali aku hah! hah! hah! sudah sudah dia blah.adoi.kecik kecik dah pekak.hish.bukan pekak.loghat kelate kot.gua tak faham beb.sori bro.faja ngan ati dah gelak-gelak dah.masa tu faja yang tolong translit.'eh dia tanya besday bila la' pastu aku selamba nya jawab..oh tanya besday ke? haha..aku pun jawabla..dah si 'abang' blah.kitaorang gelak gila-gila.siap ajuk kot.hish hish hish.

subjek yang paling membosankan? geografi semestinya! ada sekali tu.aku dok tongkat dagu.pandang cikgu dengan tak ada perasaan.muka toksah cakap.bosan gila kot.tengah-tengah menguap.aku pandang belakang.tempat duduk aku dekat dengan pintu belakang.tengah menguap ni.tiba-tiba ada makhluk 2 orang lalu.adoi! spoil! 'abang' aku lalu.

tu satu hal.ni adal lagi kepoyoonnya.

dulu ada sesi bagi-bagi hadiah tau.dulu raid pinjam aku 50 sen.tak bayar.muka masa nak pinjam tu.toksah cakap.kelam kabut.alah.si raid tu memang popular dengan kelam kabut dia.

masa tu lama dia tak bayar.aku pun bagi dia lolipop beserta pesanan 'weh, hutang 50 sen ko kat aku ritu aku halalkan la..'

yang aku pelik.lepas beberapa hari selepas penghantaran.baru aku sedar.nape aku bagi dia lolipop? bukan 50 sen da.rm 1 ringgit dah!

selaku ketua pengawas pusat sumber sesi petang masa form 2 dulu..aku kadang-kadang turun la tengok kerja-kerja anak buah.lagi-lagi masa sibuk friendship day ni.acara paling terbesar la kononnya.tengah sibuk-sibuk buat spotcheck tu.sempat lagi tanya budak junior.

Aku: 'ada gula-gula untuk akak x?'

Student A: 'tak adalah kak..'

Aku: 'ala..tak ada ke? tak ada sape minat akak ni..' *tak habis habis perasan*

Student B: ' eh kak ecah eh? ada-ada..tadi ada nampak..'

Aku: 'hah, ada! sape-sape?'

Student B: 'arif kot nama dia'

Aku:'hah!'

wah selongkar beb..gilalah.ntah hape-hape je perangai.

sekali jumpa.haha

'study hard for your future'

gila kentanggg~~
berbunga kejap je.kejap je pun.sebab feeling tak da lebih mana.haha dulu masa friendship day ni.sibuk tulis dari sape dari sape.kawan-kawan kelas dah tau dah aku ni suka perasan.haha layankan aje beb... ;-p

bila cerita pasal ni.huh! gelak tak ingat dunia.perangai entah hape-hape.eiiiii..geli je dengar.nasib dah elok sikit perangai.haha!

No comments:

Post a Comment