Pages

Mar 30, 2011

Day FOUR: TEN things I want to say to ONE person


okay.selalu orang nak cakap kat parents dia.tapi aku rasa aku nak cakap kat adik aku.nama dia.
nurul alea ahmad or aku panggil dia uyun.

*aku tak boleh nak upload pic dia.sebab tengah dalam penjimatan speed limit.aku benci mesej bertalu talu datang yang bagitau speed aku dah terlebih limit.argh.kecoh.*

1.semoga rajin memasak dan masaklah tanpa dapur kelihatan seperti tongkang pecah.
dia bila masak.agak pelik.satu rumah gelak.sebab bukti yang dia adalah orang terakhir yang perlu masak.selalu kejadian berlaku.bila aku kakak aku mak aku.orang orang kedua ketiga terpenting untuk masak tak ada.masa aku balik johor dengan mak plus kakak aku.dia masak.so terkejut.
''uyun masak~ huiyo~''
tapi aku suka dia duduk tengok anime.sebab kalau dia masak.ko rasa penat gila.kuali.batu lesung.bawang.merata rata.jelas kekabutan dalam diri dia.
2.study rajin rajin
dia ni terlalu relaks.relaks sangat dalam hal study ni.mulut sampai tak cukup buih nasihat.nasib dia dapat keputusan yang baik dalam spm lepas.tak sangka pun.sebab kalau tengok dia study.rasa nak nangis je.huhu relaks sangat.dah la tak dengar cakap orang lagi senior dari dia.aku rasa semua atas doa kami sekeluarga.cikgu2.kawan kawan.serta kucing kucing kami.

3.dah keje jangan lupa belanja kakakmu yang super duper cute makan
oh ni pesanan selalu aku pesan.
''kalau dah keje nanti.aku tak ada duit.aku nak pinjam duit ko tau.tapi ko kena la keje best best.''
haha kakak yang amik kesempatan
4.segeralah berfashion
hurm.kalau keluar dengan aku.dari atas sampai bawah aku cek.sebab dia.hurm.susah nak ditafsirkan.haha.biasalah.budak sekolah.tak reti berfesyen.dia tak suka pakai selendang.tudung sarung.gemar pakai crocs yang besar kott.seluar jeans yang macam otai sesat mana ntah.tudung pun main pakai je tak kisah senget atau ada gelembung udara.sorry to say.selekeh weh! tapi dia tak kisah pun ko cakap selekeh.sebab dia tak kisah.tapi kua ngan aku dia ada 2 pilihan.sama ada nak selekeh.atau dengar khutbah 2 hari 2 malam dari aku tanpa henti.nasib dengar.dia bukan tak cantik.tapiiii...oh uyun.segeralah berpesyen.haha
5. bercita citalah setinggi langit
cita cita dia memang tinggi.bagus bagus.kadang kadang mengarut dan terlalu murni.haha.mungkin pengaruh dari anime.haiyah.=.=" kalau murni pulak.bila dia semangat memikirkan hal masa depan.contoh nak beli rumah besar.so nanti leh duduk ramai ramai.nak kereta besar.so boleh pergi jalan sama sama.pastu nak bawak parents jalan jalan keliling dunia kalau dia dah keje n kaya.huhu nak bawak pergi haji umrah n sebagainya.huhu kadang kadang rasa macam aku tak pernah fikir macam tu pulak.
6.jangan cepat gelabah
ni perangai dia yang menyusahkan orang.dia tak leh orang pandang dia.atau orang ramai sangat ke apa.nanti dia gelabah.gelabah kalau tak tercicirkan apa apa.okla kan? ni sampai tercicir duit.adoi~ pening jugak kitaorang.penah satu hari tu.lepas spm.dia nak kua dengan kawan kawan.disebabkan terlalu gelabah sebab da lambat.dia pergi ke mines tanpa bawak sesen duit pun.tepon aku suruh adik laki anta duit.adik laki dah sampai ktm nak bagi duit.dia dah selamat sampai mines dengan alasan.kawan dia sapot.selamba gila minah ni.aku jugak pening.=.="

7.hati hati pilih kawan
kalau ada rezeki dia dapatlah sambung belajar.harap harap begitulah.so aku harap kalau dia dapat sambung mana mana.tolong tolong tolong pilih kawan.sangat penting untuk ko succes.

8.janganla fanatik sangat dengan anime
dia selalu tido 2 3 pagi untuk tengok anime yang berjuta juta episod.dan aku adalah mangsa yang kena teman dia tengok anime dengan alasan takut hantu.tak salah tengok anime.tapi...membazirrr~

9.jangan terlalu murah hati
murah hati tu bukan tak boleh.tapi kena berpada.jangan at the end of the day.ko jugak yang susah.dia sangat baik.suka belanja.IF dia ada duit.dapat gaji atau apa apa.percaya atau tidak.kalau dia ada duit.keluar mana mana.dia belanja.suruh order yang paling mahal.tak boleh blah.aku gak yang malu plus risau nanti dia habis duit.lagilah malu.selalu pesan dengan dia.simpan simpan simpan duit.tapi alasa.bukan selalu.alah dah janji.last last.aku jugak tak reti nak cakap ape.huraian dia panjang lebar gila.last last.apa apa lah uyunnn~

10.terima kasih jadi adik yang baik!
adik yang sangat baik.kalau aku balik.dia orang paling eksited.rajin belikan macam macam untuk aku.pergi karnival buku pun ingat nak dapatkan tandatangan kouru sebab aku minat gila dengan pelukis tu.dia tau aku minat gila sebastion dalam kuroshitsuji.sampai belikan aku cd ori dia.huah.TERharu aku =') besday aku pun dia bagi hadiah mahal gila padahal aku bagi hadiah biasa je.huhu sedih je.

Mar 29, 2011

DAY THREE: TEN things I HATE

1.Teddy bear
oh aku kurang sikit bab bab teddy bear ni.entah.aku tak reti nak tidur dengan teddy bear.yang ada pun satu.patung mr bean.tu pun aku baringkan dia kat tepi.kadang kadang jadi alas tutup mata.haha sadis kan kisah hidup teddi? selalu hadiah hadiah yang aku dapat masa besday ke.hadiah buah tangan ke.aku prefer simpan kat atas meja.dalam almari.haha buat peluk peluk ni.erk.tak sesuai.gegurl.haha =P

2. Binatang tak ada kaki
cacing.lipan.ular dan apa apa yang sewaktu dengannya,aku tolak tepi.euw.cannot cannot.pacat lagi! huh! tu jangan la.ada kata pacat comel la.ape la.no no no.itu bukan untuk aku.sejak tengok kaki kawan aku alami kegatalan dibahagian kaki sejurus digigit pacat.aku tak sudi memandang pacat.lintah.euw.tu kejam.menangis aku kalau nampak dia bertenggek kat badan aku.nonono.this is not gud.aku selalu bayangkan macam mana kalau dia masuk dalam badan kita? oh tu tak leh.ngilu aku bayangkan.full stop. macam mana nak survive masa survivor camp nanti.memang pacat keliling pinggang punyelaaaa.

3.Doktor
aku takut sangat jumpa doktor so kalau demam aku tak akan  jumpa doktor.entah.jumpa doktor gigi pun aku berdebar.haha gilalah.kalau sakit pape aku rela amik ubat dari jumpa doktor.entah.seramlah.nanti dia kata.kamu ada sakit ni sakit ni.mau pengsan aku ditempat kejadian.doktor? tak leh.sampai sekarang aku tak berani jumpa doktor tau.

4. Perkara sedih
oh part sedih sedih ni.aku tak suka.cerita sedih.lagu sedih dan sebagainya.t aku pun tumpang kaki sekali nangis.hah tu yang perlu dielakkan tu.pastu terbawak bawak.pastu emosi.pastu tacing secara tiba tiba.tak suka tak suka.

6.Lalu lintas sesak
aku bukanlah pemandu yang selalu memandu.lebih ke arah jadi mak datin.tapi bila jem.aku tensen.macam tertekan tu lain macam.kadang kadang akmal tegur.nape aku pulak nak tensen.aku bukan bawak kete.duduk sebelah.kadang kadang tertido.*jahat gila kan* tapi entah.rimas la duduk diam diam je.buat aku lagi rasa nak kejar masa.

7.Laksa
uh.ni aku tak minat.tatkala ramai manusia memuji laksa.aku bukanlah dari golongan itu.hummm..aku tak minat laksa sebab.aku ada peristiwa hitam dengan laksa.hoho.pada aku.laksa akan beranak.atau membanyakkan bilangan diri dia dalam kuah ikan tu.dulu masa beraya.raya dengan sedara mara.ada satu rumah tu hidangkan laksa.aku dengan semangatnya amik la laksa ni.makan makan makan.tapi lama lama.aku perasan.aik.nape tak habis habis ni.beranak ke? makin banyak pulak.menakutkan.so sekarang.kalau ada rumah hidangkan laksa.aku amik 3 4 je mee dia.yang lain adalah kuah.senang cerita.


8. Naik tangga
lemah! lemah! lemah! lemah lutut aku bab naik tangga ni.dulu berupaya lagi.tapi sekarang.naik tangga masuk bilik pun macam ya allah~ penatnya! last last.mintak tolong ina urutkan kaki.macam orang tua kan? tapi.hello.sape je suka naik tangga? semput weh~


9. Lipat kain
bukan maksud aku tak lipat kain baju aku.tapi macam terpaksa buat la.tak ada kebahagiaan masa buat tu.terpaksa u noe? aku harap aku dapat seorang suami yang rajin suka cintakan aktiviti  lipat kain.wah.bahagianya hidup.


10.Ubat
huaaaaah.ni sangat dijauhkan.percaya atau tidak.kalau demam.aku jarang sangat makan ubat.sebab pahit! tak sedap! aku ingat lagi masa sekolah dulu.aku sakit tekak.ayah aku paksa suruh makan ubat.depan adik beradik kena marah.nangis nangis tak nak.muka kakak adik aku.macam kesian je kat aku.adik laki aku siap geleng geleng kepala.hahaha pastu kalau makan ubat pil pun sama.aku selalu makan tak sempat masuk tekak.pastu dah rasa pahit dia dah.blerghhhh.muntah balik.habis basah satu baju.makan ubat guna gelas tingggiiiii punya tau.fuh~ berpeluh.sekarang dah terkawal sikit.haha aku lagi rela kena suntikan dari makan ubat.

Mar 28, 2011

DAY TWO: TEN things I LOVE

1. Durian
aku sungguh gilakan durian.makanlah bape biji.bukan ulas ye.biji.makan bape biji pun.badan aku tak panas.hebatkan?? hahahah so aku gelarkan diri.puteri durian.kahkah! =P

2. Kamera
pegi mana mana aku selesa bawak kamera.tapi sejak kamera pulih dari sakitnya.aku jarang bawak dia.sebab riso dia sakit lagi.lagisatu perangai yang membengangkan orang.aku suka amik gambar tapi malang.aku malassssss gila upload gamba.

3. Henpon
hah.ni nyawa.dulu aku tak pernah kisah pasal henpon ni.ala bukan penting sangat.kalau hilang pun.bukan apa apa pun.tapi selepas kejadian malang henpon putih aku masuk ke lohong hitam.baru aku sedar.betapa pentinggggnya henpon.hahahah jelas.kita akan memerlukan dia bila kita kehilangan dia,aiceh.

4.Gelang
hah.ni koleksi baru yang aku suka.aku suka gila gelangggg...sebelum ni aku gilakan baju dengan beg.but now keadaan ekonomi kian meleset.so aku lupakan minat aku demi menyara diri sendiri.lagi lagi bab makan.i kuat makan u noe.so sapot la aku dengan belikan gelang baru.HA HA HA

5.Makan
 ahahahah.malu beb.nak tau cita cita aku kalau aku dah keje?? aku nak spend masa satu hari dengan makannnnn je.cita cita pelik.kalau akmal dah keje pun *if jodoh panjang* kalau dia dah gaji.aku ingat nak suruh dia belanja makan banyakkkkk sangat.yang boleh order macam macam makanan.hah.penuh meja.bestnyaa! *tak senonoh kan dah fikir nak mintak belanja apa sebelum dia keje.ish ish ish*

6. Laptop.
hah.ni nyawa terbesar ni.aku tak dapat bayangkan kalau dia hilang.lagi lagi duk rumah sewa ni.kalau dia sakit pun aku dah cuak gila.aku tak kisah sangat hal hal lain.melainkan gamba di dalam lappy itu sendiri.risau di amik orang.bukan mintak.tapi tula kan.imaginasi tinggi.tapi risau risau pun.berani jugak aku simpan laptop time dorang sume dah balik.bajet berat bawak balik umah.

7.Eyeliner
haha.ni penting bagi aku untuk muka aku nampak bermaya.kalau tidak.
"ecah,tido kul bape malam tadi?''
aku tido lambat pun.bukan study. =.="

8.jalan jalan
aku tak pasti ni termasuk ke tak dalam kategori ni.haha ah tak kesah.janji benda aku suka jugak.aku suka jalan jalan! sangat suka.satu hari berjalan pun aku tak kisah.memang eksited habis la.lagi lagi bila makan makan.jalan kaki macam kat bukit bintang pun dah ok.tapi silap sikit.aku kuat jalan tapi aku cepat penat.kadang kadang pening.haha lepas makan baru bertenaga.pastu tak larat balik.stamina lemah!! 

9.Masak
hahaha.ni pelik.tak sure korang percaya ke tak.tapi aku sukaaaa masak.masa form 1 selalu duk rumah sorang sorang.so macam macam benda aku masak.paling hebat masa tu.nasik ayam la.leceh gila masak nasik ayam ikut resipi.tukar tukar periuk la.guna sup itu la ini la.masa tu la.pirst time.minat yang mendalam dalam masak ni.membuatkan aku berani masuk apa apa bahan dalam masakan.ingat lagi masa form 3 tak silap.bajet habis sekolah nak masak nasik goreng spesel.masak masak.semua bahan plus macam macam bahan aku masuk.dengan bangga.
'alah, bukan mati pun..'
sekali! lepas makan terus lalok lalu tidur dengan tak sedar diri.huish! tu resepi buatan sendiri last aku buat.

10.Menari
ni sangat suka.dulu zaman sekolah.rajin menari.masuk kelab bagai.tarian lilin or piring feveret aku sampai sekarang.best best.mencabar kelembutan jari jemari la.haha sekarang dah gian menari.sampai rasa nak carik pusat tarian kat kajang.aku dengan kawan aku faja.tapi bayaran bapok mahal.so bila persembahan dinner nanti.kelas aku buat tarian.so macam.wah! gian dapat dilepaskan! tu menari secara rasmi.kalau kat rumah.menari lain.macam kelab kelab tu.haha aku sorang je yang macam ngeng sikit.pandang cermin.amik penyapu.pasang radio kuat kuat.menari macam hape je.adik lelaki tengok.hanya mampu geleng kepala.redha je kakak macam ni.hahahah  =D korang try la.best! hahaha eksasais tau!

entri ni patut berterusan.tapi aku busy busy busy women.haha sori ya!

Mar 26, 2011

Day ONE: TEN things about ME



1. sukakan warna kuning! tapi tak banyak koleksi warna kuning.



2. tak suka cokelat tapi suka semua kek coklat! nyum! nyum!


3. tak makan benda bercangkerang.siput? lala? kerang? ketam? sila lupakan.tak minat.


4. tak pernah berjaya masak megi dengan lazat.semua misi gagal.selalu suruh adik lelaki masakkan.kepada future husband.masakan megi tak mungkin akan disajikan untuk hidangan kita bersama.janji.


serius menangis suami aku tengok maskan megi aku.tak sanggup.


5.kalau makan luar.MCD contohnya.menu yang sama je selalu order.iaitu Mc Chic.kalau makan nasik campur.lauk yg sama aku amik sepanjang bulan.tahun.semester.bajet setia.haha bosan? nope nope.

6.seorang yang emosional.sensitif.kuat menangis.cry baby cry. =P


7. sangat cintakan ayam.tanpa ayam.tak berseri hidup.oh ayam!


8. cepat menggelabah.blergh.tak cool langsung!

9. tak pernah ingat jalan.even da pegi satu tempat beratus ratus kali.banyak kali dinasihati encik akmal.tapi buat tak tau.mungkin aku short memory.oh dem.


10. kakak yang garang.kuat membebel.roar!



sekian.

Mar 13, 2011

terpengaruh drama.

ramai ke orang suka tengok drama? aku suka.sangat suka! lagi lagi drama korea.aku bukanlah peminat fanatik korea macam kawan aku.haris ngan faraha.tapi pada aku.drama dorang sangat best even pelakon agak stereotaip.semua gaya lakonan macam sama je.hah! tau sangat! tapi walaupun sama.ianya sungguh mendatangkan kesan dijiwa.means macam mempengaruhi aku.atau memang mudah meninggalkan kesan kat hati aku.cewah!

berbalik pada kisah drama.semalam aku borak dengan kawan aku.faraha.pasal drama.drama melayu dekat tv sekarang.haha macam samsons dan delaila? *euw* begitukah cinta? *ok jugak* 

yang stress di sini.bila drama yang kat tv tu.jalan cerita nak superb je.macam begitukah cinta.matahariku *agnes monica*.cerita orang miskin jumpa orang kaya.yang orang kaya ni pulak jenis sayangg gila la kat orang miskin ni.sanggup hidup susah sama sama *begitukah cinta* hah! masuk lagi.cerita korea tu.full house
 *sebab mood full house melanda balik* perempuan sebatang kara.jumpa ARTIS dalam pesawat.huaaaaa. TAPI...

kenapa kat real life tak da ek? memang susah gila la.tak ada pun orang kaya bagi bunga? epal? kat aku? *begitukah cinta* tak jumpa pun artis kat dalam bas? *full house-kita ubah ikut keadaan diri* 

tau tau tau.ni hanyalah jalan cerita.yela..nak dijadikan cerita..rekaan semata mata.tapi alangkah bertuahnya badan kalau bernasib baik! kalau tengok drama.mesti fikir.

bestnya dapat lelaki macam ni! *rain-full house* 
seronoknya main basikal sama sama! so suwittt! *full house lagi* 

nila penangan bila tengok drama.bila tengok drama korea aku sebenarnya terpengaruh sikit.sebab watak hero tu mesti wahhh! memang memahami kehendak wanita la katakan.ayat tak boleh belah.memang boleh buat
"quotation'' kot.nampak citer my girl bagi bekas yang ada lagu tu.rasa suwitt! nak bagi jugak! tengok full house makan ais kerim sama sama.nak makan jugak!
 
sebab tu encik akmal melarang kerass saya menonton drama! iye.melarang keras! sebab! drama drama ini akan mempengaruhi kehidupan harian saya! wahahah! kadang kadang cerita kat encik akmal.aku tengok cerita tu cerita ni.jawapan dia?

''hah, nanti moody la tu.terpengaruh.''

waaaa....tertusuk jantung ku.terpengaruh tu.hurm.cemana ek nak explain?

hah! macam ni.contohlah.kalau ada watak lelaki tu macam main pompuan ke apa.aku citer kat akmal.pastu macam huish.membebel la.bebel bebel.pastu akmal dengan gigihnya nak terangkan kat aku.itu hanya cerita.real life tak semua macam tu.hah! memang jenuh gila nak terangkan kat aku untuk satu drama.tu baru satu contoh.banyak lagila.selalu cerita melayu.sebab dah nama pun drama.so jalan cerita pun agak 'drama' la.

tapi aku nak selitkan satu citer yang bila aku ingat balik.lawak gilaa.ni bukan drama.tapi movie.tapi memang mendatangkan kesan untuk aku selama beberapa jam.

citer a nightmare on elm street.okay.cerita tahun lepas.seperti yang kita sedia maklum.cerita ni gila seram.pada aku la.aku tensen tengok citer ni.aku tau citer ni pernah kuar dulu.lama dah.aku tau tangan tangan besi tu ada dalam citer ni.tapi aku TERlupa ketragisan citer ini.So aku tengok dengan agak tenang pada mulanya.Encik akmal banyak kali tanya.okay x? betul ke nak tengok ni?

dan aku yang selalu penuh keyakinan menjawab.

"iye!"

bila dah masuk wayang.scene first aku dah stress.baru minit minit awal! aku diam.diam diam dan diam.lama lama nak nangis.stress.rasa nak lari keluar dari wayang.biala encik akmal tengok sorang sorang.tapi fikir duit.duit wehh.rugi rugi.bagus jugak fikir duit ni.semangat dan tekad tu menjadi menyala nyala.cewah!

bila dah habis.aku diam.diam diam diam.bape lama aku diam.tu kita tak pasti.dalam kereta aku diam.sampai encik akmal cakap.

''lain kali tak payah la tengok citer macam ni lagi.apelaa..''

aku blur.dan.aku jadi cepat terkejut.

 ah.lagila dia malas layan! sekali dengan gigihnya dia menjelaskan.itu hanya cerita.tak yah takut.tak ada orang jari macam tu zaman sekarang.haha 

bahaya kan?? korang ada tak mempengaruhi kehidupan seharian? kalau tengok cerita hantu tu? terpengaruh tak? hah! ini memang melibatkan imaginasi tinggi.aku harap bukan aku je terpengaruh sorang sorang macam ni.nanti boleh eksyen kat  encik akmal.

''bukan sya sorang je tau mudah terpengaruh tengok drama!" HAHA  = B

grah! grah! grah! adiosss~! 

Mar 10, 2011

sekolah lagi.

seperti yang dijanjikan.aku nak cerita perihal alam semasa di tingkatan tiga pulak kan? ha ha ha.tak sabar ni nak citer.entri ini mungkin panjang.semoga anda masih bersemangat nak baca ye?

masa tingkatan tiga.populasi melayu meningkat di kelas aku.masa ni ramai masuk.ati, yonadey,hani farahin,hazwani, and nonol tak silap.yang 8 orang yang dulu tu.dah kurang dua orang.iaitu anne dengan teya.depa dah tukar sekolah.bila bertambah sikit.macam best la.semangat belaja tu kira membara la kononnya.hoho.semangat nak main main pun menyala nyala.muhaha.

cikgu asingkan tempat duduk kami semua.dia nak kami duduk campur berbilang bangsa.tak nak puak puak ni.tak nak ada isu perkauman la kononnya.kira nak merapatkan plus nak eratkan hubungan kami sekelas.aku rasa aku duduk jauh dari ati.sebelah Megala dan Megi ops.salah.aku tak pasti ejaan sorang budak cina ni.Meggie? Meggi? Ah lupakan.

okay.memula sekali kisah presentation english.aku ingat lagi.tak silap aku.buat grup.semua orang buat lakonan je paling koman.tapi tidak bagi kami.haha dengan mengada ngadanya kami buat CORAL SPEAKING! haha padahal bape orang je.memang hancus la kalau nak buat pun.tapi ngada jugak.ingat lagi berlatih last minit dekat padang sekolah tu pun banyak la konflik dramanya.semangat je buat coral spreaking.ain jadi conductor.pasal kisah epal dan pai epal.aku ada teks nya lagi korang tau tak! haha kenangan gila! aku lah yang bertanggungjawab melukis topeng epal yang perlu digayakan setiap orang.hahah! last last masa presentation.macam haremmm je.

sama macam tingkatan 2.bila cikgu tak ada.kami suka buat bulatan kat belakang kelas.ah aku rasa ni aktiviti wajib untuk semua pelajar perempuan kat malaysia ni.haha masa ni nonol! hah dia memang pencerita terbaik.sekali action semua dia bantai buat.eksited gila kami dengar cerita dia.selalu tak silap aku.pasal lelaki.hah! topik paling hangat untuk diceritakan.haha!

kelas kitaorang jadi tumpuan cikgu cikgu.sebab selalu buat bising.satu hari cikgu penolong kanan tak silap.round sekitar bangunan.malang bagi kami.kami diserbu dari belakang kelas.kelas masa tu dah macam tongkang aku rasa.dengar cikgu tu bersyarah semua.aku ingat ayat dia.

''kamu semua ni pelajar harapan sekolah, kamu harus gunakan masa yang ada buat ulangkaji.jangan menjerit jerit bergelak ketawa.''

pergh.terdiam kami semua.diam berlanjutan hanya 5 minit.

lagisatu yang tak boleh lupa! bila keluar rehat.hah! rehat ada 2 sesi.sesi pertama untuk budak form 3 kot.lupa dah.kelas aku kat atas.so nak pegi kantin mestila turun tangga kan? xkan nak guna lif? gila kaya sekolah ada lif untuk bangunan 2 tingkat.okay.seingat aku.kelas bawah tu.kelas budak mekanikal.abang abang form 4 punya kelas.aku tak pasti la ape dalam fikiran kami semua masa tu.perempuan ni.perangai ntah hape hape.kat tangga bawah tu.sebelah kelas abang abang ni.ada satu peti besi tau.aku tak ingat peti besi apa.tapi kawan kawan aku selalu ketuk besi tu bila lalu.

macam mana ketukan tu berlaku? lompat dari tangga dan hayunkan tapak tangan anda pada peti besi itu.bunyik dia gila macam ape je.bila dah lakukan itu.buatlah muka selamba dan abang abang tu akan nampak dan memberikan muka yang gila geram.haha aku tak pernah pandang pun muka abang abang tu.tapi kalau ko kena.sure ko geram kan? nasib baik tak pernah kena marah dengan cikgu yang ajar kelas abang tu.hahaha nasib baik kot.yang suka buat ni.aku rasa ayu.kecik kecik cili api! aku ada la buat 2 3 kali.hahahahah

lagisatu.aku tak tau nape suka sangat pedajal abang abang tu.bila lalu kelas dorang je.kitaorang gelak besar.haha.memang gila annoying la aku cakap.kadang kadang kat tangga dah gelak gila.yang memekak memekak gila tu.pastu bila lalu depan kelas abang abang tu.diam.buat muka selamba.haih.serius mesti tensen gila abang abang tu

kejadian yang seterusnya adalah.bermain.kami sangat suka bermain.ada satu permainan tampar tapak tangan ngan peha.aku tak ingat game dia macam mana.tapi bila dah pukul pukul tu.lebam gak la tangan dengan peha ko.merah merah.aku risau urat aku putus akibat main benda tu.dan ini adalah semua ajaran nonol! haha maafkan aku nonol.tapi aku rasa ko yang muka evil gila masa main ni.hahaha selalu kami ajak hani.hah hani ni sopan orangnya.baik je.lembut suma la.sesuai dengan nama hani.sampai jalan pun macam menonong je.sebab dia tak suka pakai spek mata.bila kami ajak dia.dia dengan baiknya geleng kepala.tak nak.pujuk pujuk.pun tak nak.last last masa form 4 baru aku diberitahu yang dia takut tengok kitaorang main macam tu.ganas.hoho!

kelas aku masa form 3 ni pelik sikit.kalau musim exam.tak kisah la exam ape ape.seminggu sebelum exam.mesti kelas kami kosong.konon nak study kat rumah la.apela.poyo je~ aku pernah je datang kelas dengan hanya 4 orang dalam kelas tu.masa form 3 la.teruk kan? aku dengan ayu.2 laki 2 perempuan.cikgu sampai buat annoncement kat perhimpunan bagitau kat student suruh datang sekolah.mana tau cikgu bagi hint.sebab kedatangan sangat kritikal.haha!

banyak lagila kisah nya.merayau sume tak masuk lagi.yang aku geram.masa agama.kelas tu baru sekali aku TERtido.terus dengan nyaringnya ustazah jerit.

"dia tido pulakkkk...!!! ''

terus bangun dengan muka yang terkejut gila.korang tau tak suara ustazah noraini tu nyaring sangat sangat.haih.pertama dan terakhir aku TERtido waktu kelas dia.budak lelaki gelak macam hape je.tak sempat ternak taik mata lagi kottt...

 macam macam aktiviti la kami buat.haha yang menggelabah gila study pergi library kajang.poyo gila.masa ni trend budak kelas aku pergi study kat sana.budak melayu je la.kami gadis gadis gatal.haha last last aku pun dengan gelabahnya study kat sana.poyo poyo.haha! macam la tak leh study kat rumah kan? haha

okay! form 4 tak tau nak citer ke tak.sebab masa ni masa sedih.semua budak kelas dah pindah sekolah lain plus masuk teknik.aku je yang degil dan terkontang kanting sesorang kat sekolah tu konon taat setia pada sekolah tu.padahal.macam ape je.haha! okay nak tengok 999! adios!

Mar 9, 2011

cubaan pertama

semestinya aku kan di hentam teruk mungkin bakal di hentam teruk.sebab aku bertekad nak pasang alarm clock yang gila annoying
aku tak pasti la ni boleh buat tergelak dalam tido ke apa.
nak dengar? 


hahaha.doakan aku selamat pegi kelas esok pagi.cubaan pertama ni!.haha
selamat malam! 
dengar lah bunyi alarm baru saya!

Mar 8, 2011

sekolah.

hari tu borak borak dengan kawan aku.atteya.dekat twitter.sume start bila dia post yang dia teringat dengan penggunaan istilah 'TEKAP'.Masa zaman sekolah dulu.penggunaan perkataan tu agak popular untuk macam macam tujuan.semestinya untuk melukis la kan? untuk orang orang yang malas plus yang hanya tau lukis pondok, rumput bunga.untuk menghasilkan lukisan yang baik untuk subjek sains, geografi dengan kemahiran hidup tak silap.amatlah malas.jadi bantuan sehelai kertas putih nipis tak silap.amatlah diharapkan.

aku pernah lukis secara terus dekat buku.hasilnya amatlah tak sedap mata memandang.

bila dah cerita part tekap tekap dengan teya.terbukak la citer perangai masa sekolah.aku tak sangka yang aku termasuk golongan dari budak budak nakal untuk kelas aku.form 1 tak ada nakal aku rasa.cuma gedik ayam lebih sikit.tapi tak gedik mana la.haha

okay.kali ni kita cerita pasal form 2 la ye? even tingkatan paling aku suka adalah form 3.heaven gila dat time.

masa form 2.aku tukar kelas.so macam bosan.dikelilingi budak pandai yang gila punya pandai.nak dibandingkan aku yang erk ni.oh ya! aku ditemani 'mak' aku iaitu fida.dia pun masuk kelas yang sama dengan aku.masa mula mula memang diam habis la.kelas tu macam seram gila.penuh dengan budak cina india di mana melayu adalah kumpulan minoriti.masa ni lah aku kenal

rozaini aka anne, ayu , teya, ain , dibot aka udani kapet plus shikin.hah! ni la golongan melayu kami.dan semua perempuan.campur aku dengan 'mak' aku.so jumlah semua ada 8 orang saja.yah.8 orang saja melayu dari 40 o 30 something dari kelas aku.

bila dah kumpulan minoriti ni.kena la buat perangai baik sikit kan? tapi tidak bagi kami.subjek paling tak memberikan perhatian adalah subjek english.dimana kami akan keluar beramai ramai.cukup 8 orang keluar kelas dengan alasan mahu pergi surau.surau dah la jauh gila.dari utara ke selatan la kiranya.memang betul pun kami sembahyang.cuma nakal.kadang kadang teacher belum masuk kami dah keluar.masuk kelas bila teacher dah siap bagi kerja rumah.jalan nak lambat lambat.belum kira berhenti kan vending machine beli air coke secawan.hahahah! heaven!

bila cikgu tak ada.cikgu lambat masuk.kelas memang riuh sekampung habis.ayam bertelur pun tak riuh macam ni.kami berkumpul 8 orang.ketuk ketuk meja.dalam 8 orang ni.ain paling pandai menyanyi.bab bab ketuk meja ni.atteya.selalu lagu yang dimainkan adalah.

we will we will rock you~!

tak tau la pulak aku ape tajuk dia.memang kecoh habis la.belum masuk si sathyvellu *kawan aku* gelak gelak lagi.tapi ada grup lain lagi nakal dari kitaorang.

lagisatu yang tak senonoh pasal aku.haha.malu sikit.semua ni atas ajaran ati.dulu masa form 1.Ati cakap kat aku.

ati: ecah, seronok tak kawan dengan aku
aku: seronok!
ati: kalau seronok.nak hadiah besday.

hahahah! dialog ni memang sampai sekarang aku ingat.so start form 2 aku dengan tak malunya.menggunakan dialog yang sama.aku mintak dorang hadiah.wah! pemberian hadiah masa ni memang banyak gila.tak putus putus.hahaha tak senonoh kan?
ingatan masa form 2 tak kuat sangat.tapi masa ni memang gila pemalas la aku.kalau kerja tak reti buat.atau malas buat.aku suruh rozaini buatkan.hahaha.semua masa ni kemetot lagi comel.paling comel adalah ayu.tapi aku rasa aku paling gelap.sebab sibuk dengan kawad KRS.tak berseri gila! hitam kot.saham memang turun dengan mendadak la masa ni.

paling pandai atteya dengan ain.aku tak tau la ape dorang makan.pandai sangat.tensen.hahaha.next entri nak citer pasal form 3 lak.feveret tu.nakal bertambah 2 kali ganda.

speechless




I can't believe what you said to me
Last night we were alone
You threw you hands up
Baby you gave up, you gave up

I cant believe how you looked at me
With your James Dean glossy eyes
In your tight jeans with your long hair
And your cigarette stained lies

Could you fix you if you broke?
And is your punch line just a joke?

I'll never talk again, 
Oh boy, you've left me speechless
You've left me speechless, so speechless
And I'll never love again, 
oh boy. you've left me speechless
You've left me speechless, so speechless

sungguh speechless.
blergh.
lirik tak full.tak perlu la kot.
bye! 




Mar 6, 2011

Coming Home



I'm coming home
I'm coming home
tell the world I'm coming home
let the rain wash away all the pain of yesterday
i know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
i'm coming home, i'm coming home
tell the World that I'm coming

Mar 3, 2011

march.fake smile.

bulan ni ramai orang hepi.ramai orang ternanti nanti.aku tengok kat facebook.ramai kawan kawan aku mengalu alukan kedatangan bulan march.bangga sikit.mestila bangga! bulan aku kott.tapi aku rasa orang yang like bulan ni.mesti semua semua tu lahir bulan ni jugak.haha orang march memang suka angkat bakul sendiri.

bulan ni tahun ni sure sangat besday aku tak best.tak da kenangan manis macam zaman diploma dulu.tak ada lagi orang buatkan suprise kek.hadiah and macam macam lagi.macam faraha,jijah, pah iffa, nanad amy buat masa zaman diploma dulu.yang penting tak da kua lagi dah dengan dia.

sibuk.sekarang musim sibuk.bulan march bulan sibuk.kalau uni swasta pulak.bulan march lagi sibuk.sebab dorang nak final dah.

masa orang lain hepi hepi sambut bulan march.aku fikir.bestnya kalau macam dorang.tahun lepas aku tak suka bulan januari.so masuk tahun ni.bila dah lepas bulan januari.aku lega sangat.tapi lega tu kejap je.jadi balik bulan ni.kenapa bulan ni?

aku ingat hal dulu dah tak jadi balik.tapi jadi jugak.sebab ego.sebab sellfiish.pelik la.aku memang memberontak kali ni.cuma aku akan mengawal dengan sedikit tenang.tolonglah kawan kawan.kalau nampak aku diam seribu bahasa.tak da mood makan.jangan lah tegur.jangan lah tanya.aku tak terdaya nak jawab.sedih.jiwa kacau.

entah la.kita tengok ajelah nanti.kadang kadang manusia ni pelik.sebab ada nilai bongkak dalam diri.pelik means kita selalu abaikan mereka yang prihatin dengan diri kita sehinggalah kita tinggalkan mereka.baru kita sedar.salah kita.kita selalu tak nampak permata depan kita tapi kita kejar emas di seberang sana.kita selalu sibuk carik salah orang depan kita orang yang dekat dengan kita tapi tak sedar kita pun bukan sempurna untuk judge semua tu.bongkak kan? manusia bongkak yang tak bersyukur.

aku pun bukan baik.aku pun pernah jadi manusia bongkak yang tak bersyukur.then no wonderlah tuhan turunkan benda yang sama dari orang yang sama untuk aku.then kat situ aku bersyukur jugak.sekurang kurangnya kena kat diri aku sendiri.bukan kat anak cucu aku.sebab ape yang kita buat kat orang.sure kena kat kita balik.kalau tak kena kat kita.mungkin kena kat cucu cicit kita.

tapi aku nak tekankan kat sini.semulia mana hati kau.jangan lah sellfish.mungkin aku sellfish.tak fikir perasaan orang.kita cuma perlukan kematangan dari diri untuk selesaikan satu masalah.bukan give up give up give up.nope nope.

aku suka dalam berpasangan tu.lelaki menunjukkan  sifat kematangan dalam diri.matang dalam uruskan masalah dalaman.bukan amik jalan mudah.tanpa fikir perasaan orang lain.bukan aku sorang yang alami masalah macam ni dengan mahkluk tuhan bernama lelaki.orang lelaki ni pelik.perempuan juga pelik.tapi dah nama kau lelaki.takkan kau nak setel prob macam orang perempuan?

sekarang bila umur dah meningkat.ramai la kawan kawan dah mula mendirikan rumah tangga.even bukan dari kalangan kawan kawan aku.tapi aku rasa hepi tengok orang lain kawin awal.pada aku tak salah dia kawin awal.then aku rasa nak bagi tabik hormat kat lelaki tu.aiceh.sebab bagusla dia nak mengahwini makwe dia dalam usia muda ni.

tadi masa tengah tunggu kelas nak start.ada seorang kawan aku.husna nama dia.cakap yang ramai kawan kawan dia nak kawin dah.dan semua tu lelaki.haha.kita yang perempuan ni pun tak kawin kawin lagi.baguslah.seru dah sampai.kita doa je la kan.kita semua mengikut jejak langkah mereka mereka yang bertuah tu.tak rugi pun kawin awal.

ada seorang kawan husna.aku rasa macam sweeeeeeeeeet sangat lelaki tu.dia dengan makwe dia study kat jerman.so dia fikir sebab selalu berdua means bersama.better diaorang kawin je.even tak kawin lagi ni pun dia dah anggap makwe dia tu macam isteri.bertuahnya badan dapat orang macam tu. :))

pada aku lelaki kena matang lebih dari perempuan lelaki kena kuat semangat lebih dari perempuan.lebih sabar dari perempuan.sebab korang ada 9 akal.betul kan? lelaki kena lebih tenang dari perempuan.pada aku lelaki pantang ego diusik.pantang marah dicabar.itulah lelaki ego yang hurm.entah.

aku tak pasti tentang isi entri ni sinonim atau tidak dengan tajuk entri ni.ah tak kisah la.