Pages

Feb 27, 2013

Perihal Baucer buku


Assalammualaikum.

ehem.last week dengan gigihnya aku ke palam semata mata untuk amik baucer buku.malas jugak.tapii sebab.yelah.mood shopping is cominggg.RM250 tu.banyak tuu.huhu kebetulan last saturday hari tu adalah hari yang baik kot untuk amik baucer buku.hehe

so dengan baucer buku yang bernilai tu.aku amik keputusan untuk shopping buku yang tak mampu kita miliki.eceh.poyo je.konon ja semua ni.

makanya! eceh makanya konon.entah betul ke tak penggunaan bahasa malaysia disini.maaf 150 juta kali kepada puan mumtaz.hewhew.so ahad lepas.aku ajak hani ke mph mid.kami ke sana nak shopping buku.bosan pegi sesorang.so ajak lah hani.kami naik ktm je.sebab aku tak ingat jalan ke sana dengan menggunakan keleta.sob sob sob. T-T sungguh..kasihan.sungguh jiwa hijau,.eceh! =D

drive sampai ke ktm kajang.macam biasa.pastu naik ktm ke mid.perkhidmatan ktm bagus.tak puas duduk lagi.dah sampai komuter nya.yang tak bestnya kan.ada lahh lelaki lelaki perasan pompuan.duduk kat koc wanita! hey tak malu ke! pergh.dah la kau duduk kat koc wanita.pastu duduk bersandar kat kerusi pulak tu.means duduk dengan selesanyalah kann.sampai pulak hati kau tengok penumpang sah koc ini berdiri.aku rasa..dia roh wanita yang tersesat dibadan lelaki kot.tu yang syiok sendiri masuk koc wanita.huh!

aceli ke mph ni ada mission.mestilah untuk membeli buku.aceli aku mencari buku fotogerafi.suatu hari yang lalu.aku rasa rasa nak survey buku apekah yang best aaa kan.bab bab fotogerafi ni.so aku pun google lah...

'best wedding photography books 2012"

maka jumpalah aku dengan laman web ini.


laman web best photography book sebenarnya.so pape jenis genre photography la ada.eh betul ke apa aku cakap ni?aku carik wedding photography punya.so dia tunjuk 10 buku terbaik pasal wedding photography ni.so aku baca satu satu sinopsis cerita dia.sinopsis menda.review sudah la kan.bajet novel plaks.hiks.

rambang mata kau.bukan rambang mata nak pilih buku mana yang terbaik.cewah.tapi rambang mata tengok gaun gaun pengantin yang dipakai pengantin.auww.mood berkahwin is cominggg.weks. =P



dan disebabkan terlampaulah eksited! maka aku terus bergegas ke mphonline untuk cekidaut pasal buku buku yang ada tu.ni namanya sindrome eksited.jantung berdebar debar kaw.tapi ini semua sebab kekangan masa lah.takkan aku nak hadap satu satu mph kat selangor n key el ni kan.untuk carik buku ni kann.so work smart lah beb.cewah!

No satu the best adalah buku berjudul On - Camera Flash Techniques for Digital Wedding and Potrait Photograpgy oleh Neil Van Niekerk berdasarkan sinopsis buku.aku tengok menarik.jadi dia adalah carian no satu aku di mphonline.terbelit belit lidah aku nak sebut nama author dia.mana nak menaip.nak ingat ejaan.nak menyebutnya.ouh ini sungguh mini multi tasking.eceh.

memula aku taip tajuk buku.tapi carian gagal.dan kita cuba carian nama penulis pulak.author.dan jawapannya.




no result found.. T-T

masih gagal jugak.punah harapan nak dapat buku no 1 best.aceli kena guna last name first name.baru tepat.aku try 2 konsep.last name first name, first name last name.but then.still gagals.

tapi takpee.jangan putus asa.kita teruskan carian kita.kita turun ke tangga ke dua.tangga ke dua the best adalah buku bertajuk Digital Wedding Photography: Capturing Beautiful Moments oleh Glen Johnson.aku study lah jugak pasal buku ni.bacaan online je lew.menarik menarik.aku suka.amboih.aku yang suka.huhu aku rasa menarik! aku rasa ini the best.baca review pun semua puji aaa.semua suh beli yang ni aaa.


thank god! this book are available! dia nak tengok available ke tak.kita klik kat tajuk buku tu.pastu dia kua lagisatu page yang tunjuk lah buku tu available or not.dan tengok price!  eh tak ada.ai dah padam.kekeke.terkulat kulat jugak biji mata aku tengok harga dia.tapi..itulah tujuan guna baucer buku.kan? buku tak mampu milik. =P tapi dimana mau carik buku ni? bukankah MPH kat malaysia ni banyak? so acane acane?

dengan semangat yang makin membara bara.maka aku berurusan terus dengan pihak customer service MPH.terus tak terus sangat lah.via email jugak.so aku dengan gigihnya.email la pihak sana.dua soalan aku tanya! book availability and kat store mana yang ada.and..boleh guna baucer buku tak? soalan bodoh je rasa.tapi risau! aku fikir buku belajar je boleh guna.yelah.ni buku ilmiah ke weh? buatnya tak boleh guna BB1M.terkulat kulat aku keluarkan cash masa tu.

baru aku tau.boleh beli buku secara online eyh? guna BB1M pun boleyh eyh? adalah step dia.menakjubkan.kehidupan menjadi lebih senang meh.tapi tak challenging la.no fuel burning maa.bhahaha! sungguh bukan jiwa bumi hijau lah kaw ecah!

dan tak lama tuu...pihak mph balas.wuhoooo.perasaan eksited bertambah berkali kali ganda.so dia bagitau lah mana store yang ada dan berapa yang tinggal.ok noted! dan dan dan.dalam kerabunan siang itu.aku dapati sesuatu..oh oh oh.




oh mai godd.apekah aku yang menulis BR1M tadi? bukan BB1M? lamunan terhenti. aku melihat ini.cik aisyah! yu aaa.aigoo! =.=''

jadi aku terus meluru ke email pertama yang aku hantar tadi.maka..


benarlah.aku tulis BR1M instead of BB1M.malunya!malunya! rasanya kan tersenyum sinis ke operator tu? nampak sangat aku manusia yang lalai! cuai! berangan! ape aku fikir.aku pun tak pasti.oklah kalau dia fikir aku cuai.aku rasa tu lagi better kot..kan?

bueknyo dia fikir.wats wrong with this gurl aaaa.BR1M dengan BB1M pun tatau ka? are u Malaysian? =.=

yes sir, i'm malaysian.truly asian. =P

buku ni aku beli untuk kazen gue.so last minit rupanya dia dah ada.siud.konon nak hadiahkan lah kan.eceh.ape baik aku ni.hoho.sekali dah ada dah.penat ai booking sama itu Mph seremban 2.terpaksa kensel.so last minit.aku cekidaut buku ditangga kelima dalam web yang awal awal tadi aku sebut tu.The wedding Photographer's Planner by Kenny Kim tak silap.tapi tak puas hati.sebab aku minat buku johnson tu kan.haiya.stress! 5 saat.




walaupun buku yang ko cari jumpa.tapi tak semestinya dia available tau.tu yang macam aku cakap tadi.kena klik kat tajuk dan disitu ko akan tau buku ni available ke idok.dan buku ni available.jadi! saya terus call MPH Midvalley.

ini ada ceriteranya..

aku call mph mid punya orang.terus dia sambungkan ke customer service.sampai customer service.aku tanya lah buku ni available tak? dia kata dorang ada..ok fine.hepi 5 saat.so aku terus cakap.saya nak book boleh ke? jadi! dia mintak nama aku and no tepon aku.

bagi nama.kachang je.siapalah manusia yang tak ingat nama sendiri kan? hohoho.tapi lain pulak halnya bila operator tu mintak no tepon kittew.aku tak pasti ini sindrom gelabah cap ayam atau apa.tapi! terus lupa no sendiri korang tau.bukti ram sudah rosak. T-T

dengan yakin aku cakap.

"zero one seven two five o three o XX "

yakin.yakin gila.siap suruh dia ulang 2 3 kali lagi.dah yakin.dia kata dia akan call me back lah yew.so okay okay.no prob.letak tepon.tiba tiba rasa macam salah je no aku tu...

cek balik.gigih sebut banyak kali.dan iye! salah! aaaaa.malu episod 2.rasa nak jerit satu rumah.terus kecoh kat mak aku.amagadd amagadd.malu nak call operator balik.so booking session aku terbatal begitu saje.maaf operator! saya salah bagi nombor..maaf pemilik no tepon palsuku! kalau ada orang call masa tu untuk bercakap dengan cik aisyah cun.itu adalah saya! T-T

alhamdulillah masa aku sampai mph sana buku ni still available.punya gigih suruh customer service cek kan.dia kata tak ada.eh yeke tak ada! semalam saya call dia kata ada.cewah..! pastu barulah nak mintak no ISBN kat aku.nasib dah buat persediaan rapi.so buku itu tinggal satuu je.fuh.rezeki engkau lah wahai tut.kenapa gigih sangat carik ni ecah? yelah.untuk orang.kenalah gigih.

shopping kat MPH sangat syiok wooo.belanjakan rm100 baucer buku.awak akan dapat kupon rm5.kupon ke eh nama dia? ke baucer mph? ok teruskan.pastu! awak dapat masuk lucky draw tau.haa.masa ni tiup tiup lah tangan tu.baca bismillah banyak banyak.t dapat lah tiket ke sunway lagoon untuk 6 orang.hehe.itu hasil pengintipan aku masa hari tu.ada budak dapat tiket tu.tapi muka dia jelas tiada kegembiraan.peliks.

masa aku tiup tiup tangan tu.aku dapat wendy ke wendy's? frust sikit ja.tapi gue obati dengan cakap kat hani.

"buku buku.."

yakin episdodo 2.amboih.kemain ko memain.yakin gila cakap wendy o wendy's tu adalah sebuah buku.sekali itu bukan buku ye tuan tuan dan puan puan.wendy o wendy's tu adalah nama restoran.dan aku dapat kupon free untuk dapat french fries n air soft drink.tiada jiwa gembira ketika itu.frust! rasa nak kejar balik budak yang dapat tiket sunway tu.tukar dengan akak dik! adik komfem tamau pegi kan? haha.wendy wendy's ni siapa mau pegi? aku komfem komfem lah tak pegi.aaaaaaaa.frust! hani pun tumpang frust!

yang paling best.yang buat ai eksited lebey adalah 10% akan dapat untuk setiap buku jikalau anda guna kad siswa.

before sampai mph tu.adalah aku ngumpat ngumpat dengan hani pasal kad siswa ni.aku katalah tak guna pun kad siswa ni.bla bla bla.sekali.amik kau.10% nilah yang aku dapat u noe.

inilah buku buku yang aku beli..

1.Little Ronnie and Magic The Horse
2.Wedding Photographer's Planner
3.Koleksi Kisah kisah 8 Nabi dan Rasul
4.Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada
5.Laugher, The Best Malaysian
6.The Happiness Project






tau ape motif letak 3 gambar buku yang sama je? aku pun tak tau.haha.buku ni semua hadiah untuk orang.aku punya happiness project je.little ronnie dengan kisah nabi tu untuk syira ma little sista,laughter tu untuk fida, untuk kita pendosa tu untuk hani.aceli hani yang pilih sendiri.yelah dah temankan aku pegi mid.so belanjalah dia satu buku.thanks hani sudi temankan ai.berkampung di mph berjam jam.hehe tenkiu sangat banyak!

so seronoks uolls shopping buku ni.rambang mata.so aku punya cita cita baru adalah.untuk spendkan duit sebulan dalam beberapa ringgit untuk beli buku! ya ya ya ya.bagus kan? lagi lagi kat mph.cakap haris.dia x heran sangat kupon rm5 dengan lucky draw tuu.diskaun 10% tu yang lebih menambat hati dia.wekss.poyo little kiddo.tak boleh ke pura pura eksited? blergh.semangat kot aku promote mph ni.hahaha.

so ada baki lagi baucer aku ni.selebihnya kita shopping nanti ye.ok semua selamat 
me-nyopping! kekeke oh ya.bukan BR1M tau.tapi BB1M.dan tau tak ape perasaan belikan orang hadiah dengan pencarian yang gigih? sungguh..best.puas.bla bla bla. =D tapi tak puas hati.kenapa dia dah ada buku johnson tu? aku lambat ke ape? haha.

p/s: oh bulan 3 is cominggg.welkam welkam. =P

xoxo!




Feb 18, 2013

SENYUM

'beep beep'
bunyi handphone bervolume satu.
tangan segera mencapai.
inbox  dibuka.

'tak perlu'

jawapan ringkas.nasihat atau arahan? siapa tahu?
ikhtisar? hurm.
helaan nafas berat dilepas.

hati degil.tegar membulat.
handphone kembali dicapai laju.
hanya demi sebaris kata.
ucapan biasa
melegakan jiwa
mungkin.

'take care'

mesej dihantar laju.
ke destinasi jauh dari kalbu.
delivered.

puas.
hati tersenyum.
kembali berlagu.
lagu syadu.

maaf pemilik 'tak perlu'.

Feb 17, 2013

#Empat


(#Np - Aku yang tersakiti by judika )







'You have the right to leave someone, but at least tell them why cause what's even more painful than being abandoned is knowing you're not worth an explanation.'

Feb 15, 2013

Internship Story: Outstation Semalam

"cuba teka saya dimana? saya dihospital menghantar nepalian berjumpa dokter"


itu mesej semalam.dari aku kepada ina risma hasmie.oh ye ye ye.saya semalam seharian outstation ke hospital kajang.nampak sangat kebosanan sampai hantar mesej entah ape ape kat ina.sendiri soal sendiri jawab.aceli nak bagitau ina.yang aku dihospital.keke

so outstation lah sangat kan?

boleh la kot.sebab dia keluar dari kompeni kan? pastu jauh jugak.berkilo kilo meter.so kita panggil 'outstation'.bhahaha.

okay.

jam 9 lebih lebihan.Mr I datang.memula aku mencari cari jugak Mr I ni.dimana beliau.kak Ayumi pun datang tempat aku mencari dia.aku fikir dia cuti atau half day atau apa apa lah.haih Mr I ni.susah benor nak jumpa.selang 5 minit kemudian.beliau datang dengan muka tak bersalah.selamba dan cool.cool? heh.geli.dia datang meja aku dan bagi satu borang suruh aku isi dan menyatakan.

'jom pergi jenjalan'

jenjalan! wahh! ai loike~~.aku memang terkenal dengan minat berjalan.kalau demam.terus baik dengar ayat 'berjalan'.temankan orang saje pun aku sanggup.tak ada duit tak pe! kita window shopping pun owrait.jalan lah sejauh mana pun.ai will ikut jugak! sebab saya suka jenjalan.tak caya? tanya ina risma hasmie.hehe so aku boleh konklusikan diri aku.peneman jalan yang bagus! ai will not merungut rungut tau.hehe

dan aku tanya.jalan ke mana? beliau jawab.hospital kajang.

terus mendung langit dikepala aku.kepala aku saje tau.orang lain cerah! mungkin ada pelangi jugak.dalam hati terus menjerit.hospital kajanggg?? aigOOO.

aku tak suka ke hospital.pada aku.hospital adalah kawasan paling bahaya berisiko dan memerlukan kesabaran yang super tinggi.iaitu.

menunggu.

ok lah.borang yang diberi Mr I adalah borang keluar.kena isi dan hantar ke pak guguard.saje nak gagap gagap sikit.menunjukkan kehepian sebab jalan jalan kan? =.=

jalan jalan lah sangat.weks.

so sampai hospital kajang.aku dah lama gila tak jejak kaki ke sana.last aku jejak masa uyun masuk ward sebab sakit perut.tu je lah kali terakhir.kira kira 2 tahun yang lalu.tu pun unit yang biasa aku pergi sedar kecik.tapi semalam.unit ape? klinik kaler biru? aku jamin papa S pun tak tau klinik biru tu wujud.

so papa S bukan anak jati kajang.aku dah separuh jati.sebab dah tau wujud klinik biru.kekeke.tibee lak kan.

tujuan ke hospital adalah untuk menghantar seorang pekerja nepalian berjumpa dokter.temujanji katanya.beliau bernama Yagya Raj Chopra.hahaha.sukahati aku je.nonono. Yagya Raj tu betul.Chopra tu aku reka.sebab aku lupa nama last dia.it's ok.tak penting pun.aku tak tau beliau sakit ape.tapi berdasarkan pemerhatian aku separa tajam seperti burung helang.aku dapati ada luka ditangan dia.dan berdasarkan pegamatan telinga yang agak tajam dek mencuri perbualan orang.aku rasa dia pernah alami kemalangan dan pernah dikejarkan ke hospital.dan kali ini.follow up lah kiranya.

so Mr I yang menjadi drebar ketika itu.Alhamdulillah.parking senang.bila dapat parking.Mr I tanya aku.

"haaaa..dapat parking.so ape maksudnya?"

aku terkulat kulat.sudahlah baru berangan.terus tanya soalan yang sempoi untuk memecah kekusyukan aku berangan.dan jawapan aku.

"nasib baik kot.hehehehehe"

gelak kambeng.terus tergelak besar Mr I.dan ulang ulang ayat 'nasib baik' aku tu.ada masalah ke Mr I? setelah menunggu selama setengah jam atau lebih sikit je aku rasa.kemudian! kemudian dia meninggalkan aku dan Yagya berdua tercungap cungap seperti ikan yang terjatuh ke daratan.

kejap.aku rasa ada ayat pelik diperenggan atas tadi.tapi..lupakan.

ok.sambung ye.ehem

dah dafta.tunggu.Mr I pulang ke kompeni.so aku.teruskan menunggu dengan main game Moto GP.berkerut kerut dahi main game tu.sampailah mood main game dah mati.ada mak cik sebelah aku.kira kira macam emak ina risma hasmie lingkungan usia.terus aku berbalas balas senyum dan mulakan perbualan.

aceli aku tak ingat apa ayat yang aku keluarkan untuk mulakan perbualan.sama ada aku mengeluh cakap 'lamaaanyaaa' atau tanya mak cik dari mana.lupa.

so borak borak.mak cik tu dari cheras.datang sebab gastrik.datang sorang.drive.duduk dengan anak.dan banyak lagiii.borak rancak jugak.dia tanya aku buat apa.praktikal sebagai ape? medikal ke? oh no no mak cik.saya tak layak untuk medikal.hikhik.

mak cik mengantuk.sebelum tu.dia baca buku tajuk 'hebatnya hari jumaat' tak silap.aku curi curi baca jugak.sampai naik juling baca.bila mak cik dah ngantuk.aku pandang pandang jugak buku dia.dengan harapan dia offer kat aku pulak.dan kemudian.

mak cik: nak?? *dengan menunjukkan buku ittew*
aku: nak! nak! *dengan mata yang penuh kepancaran bahagia*

so sementara nak tunggu no giliran.aku baca lah.bacaan pantas.tak lama tu selamat no dipanggil.so aku ikut jugak si Yagya ni jumpa dokter.baik kan aku? alah memang keje macam ni.nak tau jugak ape jadi.tapi Yagya kata tak yah.so okehlah.ai duduk balik main game.tapi tak lama tu.dokter panggil aku masuk.berdebar 5 saat.kekeke.

dokter ensem.tapi dah kawin.sebab ada cincin kat tangan dia.haha.sukahati aku je judge macam tu.oklah.dokter tu cakap.tak ada ubat.kena scan! sebab bahagian tu dah bengkak!

aku blur.bahagian apekah? bengkak? tangan dia yang luka tu? oh ok.

dokter: bahagian tu dah bengkak.so kita nak scan.telor dia. *sambil tekan kan ayat telor*

okay.guess what? aku sedaya upaya buat muka tenang.profesional.tapi! dalam kepala aku.aku bayangkan nak cari air dan nak jerit dalam air tu.telor! wat..? watss thattt! 

tapi cool.tarik nafas.aku tak bayangkan apa apa lucah.aku just bayangkan.mungkin jari dia ada lalat hinggap dan bertelor disitu.so telor tu.kena bedahlah.kena scan.

inilah imaginasi katun aku untuk menutup perasaan sebenar aku.so dokter cakap.kena amik urine test.dia kata harga sama macam kat private.so better buat kat private sebab tak yah tunggu.dan barulah aku tahu apa yang menyebabkan beliau ada appointment dokter.

so kesiannya Yagya.bahagian tu kot.aigooo.you know what? aku simpati dengan Yagya.dah la bangsa asing.hidup tak terbela je aku rasa.mak ayah jauh kot.so totally depends on diri dia sendiri ataupun rakan rakan.haih.begitulah kehidupan kesengsaraan seorang pekerja aseng.sakit yang kronik je aku rasa.haih.simpati.so next appointment maybe afta 3 month.so tunggulah dalam bulan 5 eh? maaf kalau salah kira.math bukan kegemaran saya.

untuk keterangan lebih lanjut perihal Yagya.aku tak tanya Mr I.malas.

masa ni.tak habis lagi.kena tunggu number giliran untuk ke kaunter pulaks.bila kat kaunter.dia suruh buat urine test jam 2.aigOoo.memang berkampung aku kat hospital.

so jam 4 baru balik.amik urine test sampai berjam jam.padahal keje nya 5-10 minit je.aish.sabar je lah.memang aku bersabar je pun.biasalah.public hospital ni.sistem entah apa apa.kaki kita kena berjalan tanya.kalau idok.jam 5 dia yang tanya.

"apa buat lagi? dah pukul 5.baliklah."

yang sadisnya lagi kan.dalam perjalanan pulang.Mr I cakap.

'next week hari selasa ada lagi tau.hantar lagi sorang pulak'

oh mai goddd.tau tak.kali ni awan beserta ribut kilat dalam kepala aku.dan harapan.janganlah kes kes macam hari ni.lepas ni nak bayangkan telor apa pulak.telor kutu dikepala? rama rama bertelor dihidung? dan aku bayangkan ape lagi? baucar buku.nak amik baucar buku dan membeli belah untuk persediaan hari selasa.aku mungkin kena beli buku yang tak berat.ringan.gelak gelak.

lawak kampus?




serius aku kena dapatkan jilid ke 16 ini.bigbang! bigbang! si kosong daesung? bhahahhaha!!!! =D


xoxo!

Feb 14, 2013

Wedding Nida 130202


Assalammualaikum.

ini kisah 2 weeks ago.aku kelewatan ya amat menceritakan kisah hari bahagia my housemate classmate.hasnida hamdan.hehe.

okay.hari terakhir perjumpaan pelajar semester 7 (masa tu).kad kawin hasnida hamdan diedarkan.okay okay.aku panggil dia nida ok.ehem.nida.kad aku lewat sikit! lewat beberapa minit.sebab tiba tiba carik nama aku dalam beg kad dia.tak ada.aku frust! hehe.konon je frust.aku syak kad tu malu nak jumpa tuan baru dia.tu la pasal nyorok nyorok pulak kan.hehe

kad nida comel.simple yet elegan.keke.dan dan je aku ni.dan aku menjadi terkulat kulat 5 saat bila baca kad nida.why baby why!? 

ecah dan partner?

menangis ai.siapakah yang layak jadi partner aku? amboih.ayat..haha.sedih oo.kita tak ada partner.ina dah terkekeh kekeh gelak dah.haha.hampeh ina! terus aku cakap kat dia.dia secara paksa! kena jadi partner aku pada hari kejadian!! 


Actually aku dah janji dengan ina.yang nak ikut dia pergi majlis kawan dia.sebenarnya kan.aku tak kenal pun kawan dia.farah.kan? ai will edit balik lah if salah.hehe. =P Sooo TAK malu kan? haha.dah la tak kenal.selamba je pergi majlis orang.aku pun..aish.no komen.tapi best.dapat kawan baru! dapat rasa suasana bertunang! heee. =P

ok sambung.so! pada hari kejadian.4 februari 2013.aku naik kereta dan park di ktm kajang.then dengan menggunakan ktm.aku menuju ke sungai gadut.rumah kawan ina kat nilai.jangan tanya kenapa aku tak drop kat nilai.sebab aku syak ina tak tau ke ktm nilai.hahaha! 


kami bergambar bersama pelamin.mana si petunang? petunang mana petunang? bukan yang tengah tu ye.yang tengah tu cik susu.syok sendiri je nak pegang bunga tu. =P jap.aku rasa petunang tu kot yang amik gambar ni.hahaha.hampeh je.ini dinamakan sesi bergambar dengan pelamin ok.

kira kira jam 12 lebih kami keluar dari nilai.atas atas sebab tertentu.susu tak pek ikut kami ke majlis nida.alamak! gambar hadiah kawin kitaorang..lupa nak amik buat kenang kenangan.oh ya.hutang haris.jangan lupa ecah, ina dan su.hahaha.

ke majlis nida.kami sesat. T-T berjam jam sesat.so rasanya dalam jam 3 baru sampai.ramai kawan kawan kami yang sesat.perempuan kebanyakkannya. T-T elehhh..normal la tu kan? 


masa ni tengah makan, haaa..cantikkan nida? gojes betul! ni membuatkan semangat kami semua membara bara nak kawin.hahaha! kami tak sempat lah tengok dia bersanding.tak apelah.janji dapat jumpa jugak! terima kasih kepada yna macaspac.sebab gigih gila tunggu kitaorang.terharu weolls.

nida selamat menjadi isteri kepada tarmizi azmin pada 3 februari 2013.tarmizi ataupun miji ni pun kawan aku jugak! kawan masa diploma dulu.haa...dorang ni bercinta sedari diploma lah.best kan! bercinta bercinta dan bercinta akhirnya sampai ke jenjang pelamin.hehehe.kuat jodoh mereka ni! 




gang gang sesat kecuali haris bergambar bersama sama.nasib ada jugak saki baki yang tak datang lagi.dapatlah kita bergambar dipelamin bersama sama pengantin.suka gambar ni.walaupun tak ramai.sebab ramai dah balik. T-T tapi masih terpancar kehepian masing masing.kekeke.1 happy famili at home.



gambar penuh kontroversi ina dan ayu.aku mesti gelak tengok gambar ni.why ha? jawapannya..fikir fikirlah.hahaha










masa ni semua berlumba lumba nak bergambar dengan props "me next" doakan la ye semua.me next! me next! me next! HAHAHAH! aminn! 




masa ni crowd dah tak ramai tau.aku rasa adalah dalam setengah jam jugaklah kami bergambar dengan props depan pintu gerbang ni.kalah bergambar dengan pengantin! hahaha.memang semua props tu kami yang punyalah.ada budak amik yang mana ntah.gigih pergi mintak balik.jahat tak? taksub gila dengan props props ni.hahaha.



majlis resepsi nida bersama sama dengan kakak dia.kak fizah.dua dua cantik! aaaaa.ni menambahkan semangat berkahwin 2 kali ganda! terbukti semangat berkahwin sangat dipengaruhi kecantikan fizikal ketika majlis sahaja.sungguh tidak memandang ke hadapan!




ni trend bergambar dengan pengantin nama dia.semua berebut bergambar dengan nida.hehe.mestilah.amik berkat jugakk.kekeke





so entri ini berakhir dengan gambar menggeletis kami bertiga.faraha, jijah dan aku.pah mana pah! ini yang mendatangkan murka ni.bila sorang tercicir entah ke mana! stress! ni lah geng rambutan dulu.hahaha.geli je nama kan? aku pun tak tau cemana nama tu boleh wujud.aigoOo.biasalah.zaman muda muda.mana kesah nama pelik pelik tu.hahaha

serius seronok pergi kenduri kawin kawan kawan kita ni.aku rasa macam nak turut serta kawin jugak! hahaha.berbunga bunga gitu kau.happy jumpa kawan kawan.happy tengok pengantin.muka pengantin pun hepi berseri seri.haha.

kepada nida aka nidot dan miji! semoga berbahagia hingga ke syurga! dan segeralah menimang cahaya mata.hahaha.selalunya yang eksited bab bab anak ni.tetamu je.pengantin pulak yang tersipu sipu malu.hahahaha. =D

weolss will follow u sooonnn~~ amin! 

p/s: jangan salah faham.aku naik ktm bukan dengan kain meleret leret tu ye.aku pakai seluar.huhu.pastu tukar kat toilet.kekeke.takkan la nak meleret leret macam tu kan.malu la.haha.oh ya.ramai tanya aku baju tu beli kat mana.aku beli kat mazlianulmaznan. baju dia sungguh gojes! baju tu lama gila dah.ikat perut nak beli.memula dapat tak muat ko tau.cuaks gila.ni kali pertama aku pakai secara rasminya.terkejut sudah muat! oh maiii. =O kekeke.

xoxo!
=D

Feb 12, 2013

Sindrom: Bosan

Assalammualaikum!


ini alkisah semalam.


bosan.bosan yang luar biasa.tak tau nak buat apa.so lepak bilik.baca segala buku yang ada.tak adalah baca semua.baca yang mana berkenan dimata je.tak sangka.tajuk buku 'monyet yang tamak' jadi pilihan.

monyet menjadi tamak mengisarkan tentang seekor monyet yang pemalas.punya rumah diatas pokok yang cantik gila.besar kot.berdasarkan gamabr yang dilukis.so setiap hari kerja dia adalah mencari makanan.dia malas nak cari makanan.so satu hari tu dia jumpa satu dusun yang banyakkkk gilaaa buah pisang.oh ya.sang monyet suka makan pisang.alah nama pun monyet kan? mula mula.dia bawak balik buah sikit je.keesokan harinya.dia bawak balik banyakkk buah pisang.lagi banyakkk dari semalam.sebab apa dia bawak banyak banyak? sebab.dia malas nak keluar amik buah pisang tu lagi.so harapan dia bawak banyak banyak tu.supaya dia tak payah keluar dah.bangun tido makan je.dan oleh disebabkan itu.pisang yang terlampau banyak.dia tak mampu makan.dan jadi busuk.dan rumah dia busuk.dan banyak lah lalat coming home.so dia pun pindah keluar dari mahligai istana cinta dia yang dahulunya cantik gilers.

ewah.rajin pulak aku menceritakan kisah monyet ni.bosan.sehinggakan sanggup baca buku kanak kanak.sebab buku lain semua dah berapa kali trip dah aku baca.katam dah.buku novel aku tak leh accept.itu pantang larang diri aku.nanti aku jeles.so tak boleh baca! kena baca buku ilmiah je! >.<

habis baca kisah monyet.baca siri salma pulak.popular kan siri siri penyiasatan ni zaman sekolah rendah dulu.terus tunjuk kat syira.adik aku.cakap kat dia.kalau dia pergi library.boleh baca banyak buku macam ni.bila aku offer buku tak bersaiz tebal.sibuk pulak dia tanya aku buku tebal macam kamus ada tak kat library.haih.nak menangis aku.

semalam.aku habiskan masa di rumah.petang plan nak berjoging dengan ain hamdan.tapi kensel.sebab dia ke kepong.nenek dia demam.aku pun sebenarnya rasa nak demam jugak bila nampak ayat 'joging' tu.haa..tu baru nampak.belum sebut.belum eja.belum buat.kalau joging.mau pengsan terus.haih.

bila dah kensel.kita lepak kat bilik je lah seharian.online pun malas dah.muntah muntah tengok fesbuk sendiri.hahaha.sungguh syiok sendiri.

malam tu borak dengan ina risma hasmie.ina gigih betul carikkan jodoh untuk aku.tegur dekat fesbuk.borak sikit.terus tanya.

"ape cer tempat keje? dah dapat pakwe baru? hahahah"

so memang tak ada la kan jawapan aku.nepalian nepalian je yang ada.okay la oversea punya orang kan? nanti anak jadi pandai kawin kacuk ni.pui la kan.geli je.muntah bergelen gelen.

ina sambung lagi.

ina: ada sorang budak tu..dia baru gak kat sana..baru dalam bulan 1 ke 2 agaknya..dulu dia praktikal sana gak..then mintak keje dapat lak...

belum sempat ina habis.aku potong.

aku: ooo.tapi dia da kawin?
ina: muka boleh tahan la..not bad..oh nonono..bukan yang itu.
aku: DAH KAWIN kan!
ina:tu dah lama keje..
aku: DAH TUNANG kan!
ina: bkn!!!!!!!!!!! ni yang lain!!!!!!!!
aku: DAH ADA AWEK kan!!!
ina:aku belum sempat nak siasat lebih lanjut lagi..lek luu.

gigih kan ina? hahaha.aku layan kan aje.layan kan aje semangat ina yang membara bara.aku berani jamin lelaki itu punya makwe.masakan tidak kan? hahaha.kelakar lah ina.aku terkekeh kekeh gelak kot.mujur uyun tak ada.kalau dia ada.sah sah dia label aku gila.

dah habis borak.uyun balik dari kerja.dia keje speedmart.ajak pergi rest one.sebab dari petang tadi aku merungut kebosanan.bosan sampai rasa nak tengok pondan dipekan kajang.masha allah.sungguh diluar tabii perbuatan itu.kajang ada lorong haji taib.aku rasa semua penghuni kajang tahu kewujudan kak bang kak bang disini.menjadi kelaziman dan perkara biasalah.untuk anak anak muda lelaki kajang pergi jenguk golongan ini espeselli.duduk dalam kete.pastu roundlah satu kajang.amboih.bagi tips lagi kau.teruk! teruk! ala biasalah kaedah macam ni kan.huhu

aktiviti melihat pondan kensel.sebab nak makan.pekena mee mamak.saje nak comparekan dengan dselera punya mee dengan rest one.aku rasa dselera menang dihati.lepak mamak dengan uyun and azmeer.bercerita tentang gadjet.tak habis habis.

balik online sekejap.tiba tiba ada orang tegur.hariz.dia bilang pada aku.dia ingat aku praktikal jauh dari kajang.maka tidaklah dia belikan apa apa untuk aku.buah tangan dari langkawi.oh hariz! y u so jujur meh? aigooo.ko buat aku tersusuk jiwa dek sembilu.hehehe.hariz kerja dilangkawi.dia balik kajang sempena cuti raya cina.hariz kawan sekolah menengah.form 5 kami sekelas.dia baik pandai dan..muda setahun dari aku.

so aku meroyan.cakap sampai hati dia tak belikan ape ape! sedih! sedih! terus dia offer lagisatu hadiah.kata nak tak? terus aku cakap.tak nak cekelat.hahaha.demand gila akak ni.so dia assume aku tak nak.so tak jadi lah dia bagi hadiah yang tinggal se tu.aku mintak dia belikan minyak angin untuk next time.dia pening.orang belikan ape je dari langkawi? sah sah cekelat? takkan belikan pinggan mangkuk untuk aku.then aku mintak sudu.

jahat tak? haha

so dia bercakap isu elaun.pui.sekarang ni trend nak habiskan duit elaun aku je.haha.terus dia cakap.tak apelah.dia tak masuk dalam list kot.haaa.tau pun.hahahaha.alah orang dah keje.dah kaya! kenapa nak mintak elaun dari ai! haha.aku cerita perihal kerja.dia nasihat untuk aku jadi seperti kopi.terus aku blur.korang tau cerita perihal kopi? karot dan telur? aku baru first time dengar.then hariz gigih ceritakan aku dari mula

mengisahkan seorang anak menceritakan kisah tekanan kerja dia ditempat kerja.so mak dia bawak dia ke dapur.tuang secawan air panas dan keluar kan tiga bahan tu.mula mula karot.karot jadi lembik bila masuk dalam air panas.dari keras ke lembik.kemudian telur.telur jadi keras.dari lembik ke keras.dan kopi.bila masukkan serbuk kopi.air menjadi kaler hitam.so mak dia tanya.which one are u? 

so secara konklusi.aku kena jadi macam kopi! tak kisah orang gelakkan kita sebab kita pakai mask.sebab at the end.sorang mesti akan ikut! hariz doakan aku jadi seperti kopi.oh terharu.isk isk isk.terharu jugak bila ada kawan ingat kita semasa diperantauan.isk isk isk.

baik hariz! tocey! 

cuti empat hari ni.aku betul betul merehatkan diri.sampai dah habis rehat dah.sampai rasa bosan seperti mahu meroyan.tapi tak ada lah bosan sampai nak maki orang.kekeke.mujur mak aku tak pekena pelempang sulung melayankan mulut aku terkumat kamit cakap bosan.huhu bosan.tapi malas nak keluar rumah.sebab no money.kenapa tak main badminton? lepak rumah kawan? kawan semua keluar.rumah aku tak ada orang.mengerti kau? haha

ok.sindrom bosan ni.menyesakkan jiwa lah.fuh.

esok keje.yayy! keje 3 hari je! yayy! 

Feb 8, 2013

Internship Story : Minggu Pertama setel.


Assalammualaikum.

hai hai haiii.malam ni bosan lah.super bosan.aku pelik.sebab apa tau.sebab petang tadi.aku jalan satu kilang kot.buat inspection.chekidaut pemadam api dalam kilang tu.oh very the tired you know.kekeke.

so! seminggu sudah aku berintern di syarikat Y.ok disini.sindrom bangun pagi zaman sekolah datang balik.aku tak sukalah bangun pagi.jujur tak? sekarang kena bangun jam 6 tau.tapi aku lambatkan jugak.bangun 6 setengah.tak sukalah.selalu bangun solat.pastu tido balikk.ni tak boleh tido balikkk. T-T memang sindrom bangun pagi zaman sekolah macam nak datang balik.sindrom apa? rahsia.suami aku je yang akan tau.itupun kalau mak aku cerita.

secara keseluruhannya.best jugak.meja aku depan Mr I.sebelah aku.bahagian admin.pasukan admin.tiga orang.bermula dari depan.india, melayu dan cina, so sebelah aku melayu.nama dia madiha.dia selalu sibuk buat kerja.so..jarang jugak dapat borak.selalu cakap hai masa datang.borak sikit sikit.pastu dia buat keje.busy betei...

dan aku!! banyak buat kerja kerja management.contoh..uruskan hal hal scheduled waste dia.call kontraktor, buat Safe Work Procedure punya chart, setelkan incident dengan investigation form.masukkkan data dalam DOE system dan banyakkk lagi.inspection?

jarang jarang. =P

ok aku di-supervise oleh Mr I.Mr I ni jawatan dia.Safety Heatlh Executive.so aku pun ikut cara dia kerja la.berdasarkan pemerhatian aku.exec ni keje dia duk opis je.so takkan Mr I je kan yang uruskan bahagian safety kat syarikat Y ni? sorang sorang? jawapannya. YA.

dulu ada.pembantu dia.junior exec.tapi dah berhenti.so tinggal dia sesorang.dan mendukacitakan untuk aku! dia pun nak mengikut jejak langkah bekas junior exec dia.iaitu meninggalkan syarikat Y.aku terkejut dan terkesima.dem jugak.haha.jahat gila.Mr I akan berhenti pada 28hb Februari 2013.beliau dapat kerja di Subang dan orang baru akan masuk pada 25hb Februari 2013.orang baru ni pulak.bukan ganti dia.baru cari pengganti pembantu dia.pengganti dia? Ai don no.

So! 

aku tinggal sesorang la kannn.sape entah yang bakal supervise aku.aku pun tak tau.

dalam seminggu ni..hari pertama dan siang tadi je aku berjalan keliling kilang.eh jap.hari kedua ada jugak.setelkan investigation form.kalau ada accident.kita buat investigation.yang aku buat hari tu.baki baki kerja Mr I yang tak siap lagi. =.= so hari ni kali ketiga la aku turun padang.hehe adalah masa masa yang aku serius bosan.duduk dekat meja setengah hari.apa aku buat entah.sampai aku rasa.aku je ke yang tengah bosan niiii..how about kawan kawan lain.tapi lepas cekidaut cekidaut.semua sama je! ada masa masa bosan jugak.tapi tak leh buang masa.kita setelkan task task yang kena dan wajibul buat.disediakan khas oleh lecturer.ngeee.

ok sambung.

Mr I dah kawin tau.so tak ada peluang nak carik jodoh.nak ngorat ngorat.sedih kitew.masa ni memang nyesal aku lambat tau pasal KPJ tuuu.kalau takkk.mesti dapat kenal dokter dokter cintan disana.hahaha.perasan lah.serius.ni berlebih lebihan.hahaha.konon je.weqq.dia sempoi je.macam aku cakap dulu.dia beraku kau je dengan aku.oklah dia macam abang abang sikit.muda lagi kot.tengok gaya muda je.aku pun selamba selamba je dengan dia.kekeke.

dia banyak jugak bagi tips.hari tu aku tanya pasal gaji.ada ke tanya gaji.tak senonoh kan? so dia brief aku dengan terperinci pasal gaji.pastu sengeh sengeh.pastu cakap.

"senang je keje safety officer ni.silap silap kau tak nak buat pulak."

aku tak percaya.tipulah! =P

aku pernah tanya dia.meeting tak ada ke? dia jawab.ada.tapi dia malas nak buat.kau nak buat? kau lah.

hampeh.malas aku nak tanya apa apa dah.weq.

so hari khamis semalam.aku tanya dia pasal daily inspection.dia sengeh lagi.dia kata.

"kau nak buat ke?''
''boleh jugak''
"bagus bagus.kejap ye.bulan bulan dulu Mr W buat.bulan 1 aku tak buat.sebab aku malas.''

sentap aku.sukahati dia jeeee.

dia printkan borang daily inspection dan bagi aku.aku tak tau tujuan dia bagi.tapi aku letak tepi.dengan azam.esok which is hari ini (jumaat) buat.

so! pagi tadi aku siap siap nak buat daily inspection.aku tanya dia.

''kena bawak ape je eh? kamera.borang.pen.tu je kan?''

soalan bodoh kan? tau dah.aku sambung lagi.

Aku: ada bahaya apa apa tak?
Mr I : bahaya? tak ada.forklift je la.kau kena tengok tengok
Aku: selamat tak? nanti kena culik ke? ape ke?

Mr I sengeh.dalam hati mesti monolog.apelah budak ni..=.=''

Mr I : tak ada lah.kat area plastic.ramai orang.bla bla bla..kau nak pergi sekarang ke?
Aku : aah lah
Mr I :ooo.aku ada nak buat ni *pemeriksaan pemadam api* nanti aku sekali turunlah.
Aku :haaa..boleh boleh.hari ni lah.next time saya pergi sorang sorang

konon je.saje je aku cakap bab culik culik tu.nak bagi dia rasa bersalah and ketakutan sikit.kekeke.sebab cuak kot tiba tiba terus suruh buat inspection sorang sorang!

so ape pendapat semasa buat daily inspection?

ok.keadaan tak seteruk satu kilang besarr punya yang aku pergi masa study dulu.yang kilang besar tu.panas gila.bunyi bising.besar gila.tapi yang ni besar jugak.cuma tak sebesar kilang aku pegi dulu.tapiii..chemical dia lah.banyak.bau acid kuat ah.dengan lead dia lagi.ni la yang high risk dia.so teruk jugak lah kan? 

safety dia bagus.cuma...prektis kureng.pekerja degil.pastu kita cakap.dia menjawab.kalau cakap dengan line leader.means ketua kat working area tu.banyaklah menjawabnya.yang tak jawab.ok la.yang duk jawab macam macam ni la malas layan.ala..safety officer.mana ada orang dalam kilang suka.sebab ada je hal yang salah la ape la.safety kan? kena lah jaga keselamatan pekerja.so selain cekidaut cekidaut keadaan tempat kerja, tengok personal protective equipment dia.sama ada dorang pakai ke tak.signage.housekeeping area tu.kami cekidaut jugak alat pemadam api dia.tengok pelan.lepas tu tengok tarikh.luput ke belum.lepas tu kalau dah luput.take note dan kena call kontraktor untuk setelkan.

so bila kita jalan.ada yang tak memuaskan hatii..kita amik gambar, ambik nama yang tak pakai PPE.lepas tu jumap supervisor area tu kasi tau sama dia.

Mr I cakap.

"senang kan kerja kita? tapi kenapa ramai nak berhenti? cari kerja lain?"

aku jawab.

"gaji kot.hehehehe."

gelak pun macam kambeng je masa tu.tapi dia pun gelak jugak.so betullah tu.

so aku risik risik lah kerja tempat baru dia yang kat subang tuuu.dia tekankan.yang situ tak ada chemical.

so dia lari sebab chemical la kan? boleh jadi.mungkin salah satu faktor selain gaji.hekhek.

dan...! bila aku dengan Mr I sibuk buat inspection keliling kilang pada jam 2.30 tuu.eh jap.hari ni hari jumaat kan? esok dah mula sibuk raya cina kan? ha...baru dapat tau.balik awal! jam 3.30.aku dah fikir nak balik dah.tapi memandangkan Mr I tak tau.dan kitaorang pun sibuk jalan satu kilang.so harapan je lah yang tinggal.

5.30 jugak aku balik.habis inspection.balik office.ada 3 ketul manusia je.aku, Mr I dengan Mr L kat office atas.jam menunjukkan jam 5.kakak aku kata dia balik 5.30.dia bahagian warehouse.office warehouse dekat area production.alah.area area situ lah.so sementara nak tunggu 5.30.aku lepak kat meja aku.dan Mr I mahu pulang.so tinggal aku dengan Mr L.balik surau.tengok aku sorang je dekat office atas!!! aigoOo.berani gila la pulak.sebelum tu jumpa kak Ada.dia nak pergi surau.dia pelik office aku sunyi sepi.dia kata sorang je ke aku kat atas.aku kata ada Mr L.ni sebelum Mr L tinggalkan aku keseorangan ok.so tak fikir pape.hepi je minum air keluar masuk pantry.sekali kak Ada cakap.kalau orang lain dah turun dah.

aku bau sesuatu disitu.ada pape ke office tu? tak ada kot..so bila sorang sorang.jam 5.30 baru aku turun kat pak guard.pukul 5.30 jugak balik ye? sungguh dedikasi. =.=

balik terus ke jusco.nak ingat jalan untuk aktiviti esok.aku ni esok.jalan dengan syira.memang kena hafal jalan.gigih je hafal jalan.kakak mithali kan? esok nak tengok wayang kat jusco balakong dengan syira.sebab jalan tu je aku rasa senang.nak ke alamanda? ah tengok papan tanda memang malas lah kan! papan tanda penipu kadang kadang.sian kan aku? hukhukhuk.syira je la pasangan ai lately.silap silap orang ingat tu anak akuuuu. T-T 

oh ya! tau tulisan kufi? pagi tadi sebelum makan.kira kira jaln 11 lebih.bosan sikit.so! saje belajar buat tulisan kufi.inilah hasilnya.comot sikit.and tak kemas.first try maa..ok kot.hehe.buat kerja ni sementara tunggu akak aku ajak makan masa lunch tadi.keluar lambat setelkan benda ni.sampai kena sindir dengan Mr I.

''tekun betul ko buat kerja ye.."

aku iyakan aje.cakap.

''tula, sampai lupa nak makan..''

kekeke.jahat.student yang gila.









so tulisan kufi.senang je tau.guna excel buat dia.saje buang masa main main benda ni.seronok bila jadi.alah.dah senang.masakan tidak jadi dong! hehe.so aku rasa next time bagi hadiah kawan kawan.handmade je lah.buat tulisan kufi ni.cantik kan? cantik tak aku buat? serius buat sendiri tau.rajin disitu. =P

so dalam lima hari ni.aku balik jam 5 setengah.sampai rumah jam 6.mandi tengok tv.jam 10 setengah secara automatik menjadi waktu tido.sejak kerja ni.penat dia lain lah.aku penah jugak keje yang lagi penat dari ni.tapi tak adalah tido jam 10 setengah.awal kott...memang life duduk rumah je la jawabnya lepas ni.no more lepaks lepaks.hehe.

bagus.jimat duit.

hehe.

malam ni bosan weyhhh.berapa kali aku menjerit jerit macam orang gila.sebab bosan.berapa kali cakap dekat mak aku yang aku kebosanan.ntah apa apa je.baby kucing aku pun dah tido.baby ni orang sayang sayang dengan dia.dia buat muka toya je.mata terkulat kulat pandang aku.aku borak borak dengan dia.dia buat tak tau je.panggil nama dia.lagilah.buat bodo je.semua nama aku panggil. baby. ami, sayang, yaya.semua lah! satu pun tak layan.hati dia dah mati kot.so tak ada perasaan.euw.ganjil.

so aktiviti minggu ni berakhir dengan tidak penat seperti biasa.ini luar biasa tau.sebab aku dah habis berjalan satu kilang hari ni.bangga 5 saat.kuat kuat.kekeke.dan minggu ini aku akhiri dengan membuat tulisan kufi.sendiri tau! sendiri

ok semua.cuti 4 hari! yahooo.nak tidoo nak tidoo nak ganti tidooo.

nite! xoxo! =D