Pages

Nov 8, 2014

Feelings




setelah beberapa minggu ayah aku meninggal dunia. so hows life? 

faja tanya. macam mana family? macam mana adik beradik yang lain? masa aku drive dari shah alam dengan dia tadi.

they're just fine. cuma mak aku agak pendiam dan ya semua orang baik baik je alhamdulillah. cuma kau memang terasa sesuatu yang tak ada. selalu memang arwah tak da. i mean dia pegi mana mana. outstation ke. ko tau mana dia pegi. but now tak ada yang memang tak ada. terasa weh. 

haah. aku pun terasa. 

bila faja jawab macam tu. aku terdiam. haha. tekak aku rasa macam susah je nak keluarkan kata kata. aku kena cover tone suara. huhu biasalah. arwah ayah aku selalu duduk luar rumah. bila faja lalu atau jiran jiran lalu. dia akan tegur dan melambai. bukan faja je terasa. ramai orang.huhu

perancangan allah memang baik faja. dia dah preparekan kitaorang secara tak langsung sebenarnya. sebab beberapa bulan sebelum pegi. arwah dah keje malam. so kitaorang tak rasa kehilangan yang mengejutkan. aku bersyukur jugak. cuma tulah. pergi yang memang pergi. kau tak ada ungkapan untuk hal ni. 

aku jawab. sambil senyum. nah. egois gila. punya aku kaver tone suara untuk sembunyikan emosi sebenar. 

gila kau tak sedih.

redha. aku dah lama redha. masa arwah tak sihat. tapi tak seteruk beberapa hari/minggu sebelum dia pergi. tapi masa dia pergi. keadaan dia tak teruk. tapi aku tak tau la kalau dia memang dah sakit tapi dia cover depan kami anak beranak. 

hmmmm. 

ada soalan yang tak best sikit tapi aku balas dengan senyuman dengan sedikit ketawa halus. untuk cover kot. bila orang tanya. apa perasaan jadi anak yatim? 

hahaha. 

sedih. (jawapan aku)

tapi kenapa ko ceria? sekali lagi aku tersenyum. jawapan aku. life must go on. untuk jawapan bodoh macam tu. aku memang tak layan sangat untuk bagi jawapan yang tak setaraf dengan akal dia. (kau islam kot. ko memang kena redha. move on. muhasabah diri. dats all)

so biarkan dia. aku tak amik port dengan golongan manusia aneh ni. 

kawan kawan aku cakap. aku kuat. maybe ucapan untuk ya supaya aku percaya and ok ya. aku memang kuat. lolol. 

masa masa ni. banyak benda yang  buat kau fikir sape  kawan kau sape kawan enjoi kau. sape kawan dengar luahan kau. ada ketika. kau berselindung di balik tawa depan famili. kau tak nak nangis. kau kontrol. tapi pada masa yang sama kau perlukan seseorang untuk berborak. luahkan apa yang kau rasa. perasaan kau sebenar. kau akan cari seseorang. tapi trust me. tak semua orang mampu dengar.

kawan kau teman minum kopi. belanja kau makan goreng pisang. teman kau minum abc. kawan yang kau bagi coklat bila dia stress. kawan yang kau rushing dari rumah kau nak ke tempat dia sebab dia ada masalah dengan pasangan dia. 

no. 

tak semua membantu. atau semua tu takkan membantu. ko jangan mengharap kat dorang atau kau guna je ayat dorang tak boleh harap. 

even ko ada wasap group nama kedai teh o ke. wasap group yang kau guna untuk berceloteh ke apa ke. kalau kau buat luahan kat situ. no. jangan harap sorang dari mereka akan personal mesej tanya kau kenapa kau banyak cakap? are u ok? no. tak ada sorang akan tanya. kalau kau meluahkan rasa marah kau kat seseorang di wasap group tu. tak ada yang akan tanya kau kenapa. siapa yang buat kau marah macam ni sekali. melainkan masing masing post gambar aktiviti dorang atau apa apa je lah. takkan ada sorang pun yang melayan keadaaan kau walaupun dorang kawan ngan kau dah 4-5 tahun. melainkan kau left group pastu kalau ada kata kata yang kau luahkan sebelum ko kua tu sentapkan sape sape. baru la dia akan tanya. kau kenapa? 

haha. sedihkan life macam tu? 

kau jadikan group tu as kau punya group paling rapat la (kau rasa) ok mungkin kau salah. kau ingat tu la yang memahami. sebab kau dah terlalu aktif kat situ. tapi malang. kau je yang faham dorang. kalau dorang ada masalah. kau la nak jadi pendengar paling setia. pemberi pendapat paling baik. (walaupun ntah pape) penghibur dorang (dengan buat lawak bodoh nak mampos) tapi trust me. jangan harap orang yang sama akan buat apa yang kau buat kat dorang. sesetengah orang. hanya mampu jadi kawan untuk bergelak ketawa. bukan pendengar yang baik. untuk masa masa sedikit kritikal macam ni. tak semua faham. kau kena sedapkan hati sendiri. 

kau akan dimarahi oleh kawan lain. sebab tak share masalah kau dengan dorang. ok ini bermaksud kau salah salurkan masalah kau. bila tak ada yang mampu bagi bantuan (dalam saluran yang kau pilih) kau stress. kau sentap. kau sedih sangat sangat. sebab pada kau. kawan baik kawan rapat. bukan ada waktu seronok ketawa je. kawan  rapat dan baik perlu ada untuk mendengar masalah kawan dia. macam kau buat untuk mereka. 

no. 

bila jadi macam ni. kau boleh klas-kan. sape kawan yang mampu dengar dan hanya mampu teman berlibur. so next time. kau tak membodohkan diri kau menceritakan hal yang dorang tak rasa nak tolong. walau pinjamkan telinga. 

haha. 

tak semua orang alert. sensitif. faham kau. walau dah kawan 4-5 tahun. nama je kawan. kawan atas dasar kawan. biasalah tu. 

orang lain akan rasa he eleh. macam ni pun nak sentap ke. no sebab ni kau rasa kau rapat dengan dorang. opkos ko akan rasa sedikit sedih. atau banyak (kot) 

kau akan rasa penat. 

serius. untuk keadaan macam ni. emosi agak tak stabil. so memerlukan kawan untuk ya mungkin care pasal ko (lol). aku ramai yang aku kira rapat. tapi my bad. salah aku memilih siapa pendengar tu yang buat aku tambah stress. sebab kita ingat orang tu sama macam kita (even aku tak baik sangat tapi i do care tentang kawan kawan aku) atau mungkin aku nampak terlalu kuat kot. ya kuat semangat sampai tak yah la kisah sangat hal dia (aku) tu~ 

i dono. aku memang baik. aku tau aku baik. sangat baik. 

tapi ya. tuhan maha adil. kau diberi sekumpulan kawan yang buat kau sedih. dia lebihkan yang buat kau rasa positif. tapi mereka terlalu baik sampai kau tak sampai hati nak ganggu kehidupan mereka.

mungkin dah tiba masa aku kena guna perangai pilih kawan aku. 

mungkin. 

Al fatihah untuk arwah Ahmad Bin Samori. 

semestinya aku akan rindu masa masa digelakkan di ruang tamu bila perangai bapok poyo aku masa kecik dulu diulang cerita oleh arwah. skill memasak aku yang tak pernah improve! tak boleh bagi alasan untuk basuh beras je (arwah pandai masak. so aku selalu basuh beras je dengan alasan nanti lebih air. nasi lembik. tak ada orang makan)tak ada yang akan tiba tiba bangun waktu malam sergah kau yang tengah kusyuk fefeeling tengok channel 393. 

ah banyak lagi. tak mampu menulis. huhu. 

:'(

No comments:

Post a Comment