Pages

Nov 15, 2014

Nota Sabtu

Hari sabtu yang bertemankan matahari yang sangat kuat. oh well. sekuat semangat bercinta yang palsu. Aku memandu dengan tak berapa tenang sebab aku tak jumpa lagu yang aku nak pagi ni. lambat jugak la aku jumpa yang serasi. lagu yang serasi pagi sabtu ini adalah read all about it dengan separuh aku.

so mendayu dayu.

aku mengantuk gilers. apa yang aku perlu lakukan untuk tak mengantuk? adakah tido? hekhekhek.

takkan aku nak tido kat opis ek? teruk la gitu. hari ni nak pulun keje sebab next week aku sangat lah sibuk. serius sibuk. aduhai. seminggu depan yang menyibuk.

Semalam hani wasap aku. tiba tiba. dia kata dia ada baca satu cerpen ni dan teringat aku. aku macam hahhaha wat??? pastu aku mintak tajuk cerpen. tajuk dia. tumit tinggi dan cinta. aku pun eksited la gugel kan. oh dekat penulisan2u.com tak silap.

Gila tak eksited. ada cerita yang buat kawan kita ingat kita. ini sangat lucu ok! hahahahah =D

hani cakap bacalah. watak perempuan tu macam aku. seorang yang kalut dan selalu buli kawan baik dia yang lelaki.

ha ini mendatangkan shock shock shock (disebut sama dengan tone lagu beep). sebab...kita kalut ke? kita tenang la! kita buli lelaki? ya allah....kita ni seorang yang lemah lembut. TAK PERNAH buli lelaki. saya seorang yang peh baik gila.

muntah darah.

hahahaha!

ok memula aku lembut la. kali pertama ko lihat aku (lelaki ya) kau macam baik budak ni. hahaha. (yeke? sila muntah kalau rasa ini tak betul. well manusia kadang kadang memang suka syok sendiri) lama lama ko kawan aku. baru ko sedar tiada kelembutan dalam diri ecah. hahaha. kata haris aku mengalami sindrom genderisme yang sangat severe? ouh really? hahaha

aku rasa dengan lelaki kena kasar. pompuan kena lemah lembut. sebab yela pompuan kan jiwa sensitif. so sebab tu aku berlemah lembut kepada pompuan. aku penah gaduh ngan budak lelaki pasal isu genderisme ni. menggelabah gila. dia macam seorang lelaki yang konservatif. yang bongok rasa lipat kain adalah keje pompuan. basuh kain dan semua semua lah. lelaki keje dia potong rumput.

eh ko apehal. kata ecah kepada lelaki ittew dengan nada emosi.

pastu aku cakap lelaki tak boleh demam! pompuan takpe.

dimarah nya kitaaa...kita ni dah la macam cepat bengang bila kita bergurau dia sibuk amik serius pastu sindir macam hampeh. ah bagi la sedas.

so jangan tanya kenapa aku tak ada pakwe lagi.

hahahahaha. pastu mengomel. saya ni bukan takat orang naik kete pun tak pandang. yang naik motor lagilah tak pandang. (opkos la ko dalam kete. dia bawak motor. dia hanya akan pandang secara terkejut kat kau masa kat traffic light merah ko tetiba ketawa berdekah dekah sesorang mungkin sebab tengah dengar segmen Johara kat Era.fm.)

ehem. berbalik pada topik.

kasar tu standed la. harus la kasar. kalau lemah seperti sotong. tak berdaya aku nak mengharungi semua ni. haha tak ada kaitan. dah besar ni baru aku tau nape katak tak bagi aku nama gelaran sotong. agaknya dari sekolah aku memang macam ni ngan lelaki. dia bagi aku gelaran ubur ubur. sampai sekarang. aku tak tau. eh tak ada pulak aku nak tanya woi katak apesal ko panggil aku ubur ubur!

kasar aku pun aku baik wattt ( ceh nak puji diri well macam aku cakap kat atas. manusia memang ada perasaan syok sendiri ingat tu)

mak aku pun penah tanya nape kasar sangat dengan gendut? janganlah asik buli dia je... (dulu la)

aku diam. dalam hati aku tertanya tanya. kasar sangat ke? hahaha.

ala aku sempoi je. kadang kadang sebab dah biasa. atau aku kena buat buat kasar. untuk tak nampak terlalu ayu. terlalu ayu ni melemahkan kadang kadang. untuk aku la. aku rasa tu bukan diri aku. aku ingat lagi masa aku keje kat pizzahut. ada kawan lelaki nama nordin. dia masa last day pizza. dia ada bagi kata kata kat aku. ayat dia macam. perangai kau ni tak sama macam kawan kawan pompuan aku yang lain. sebagai budak budak yang baru lepas spm. aku macam blur je la. until now aku tak tau apa yang lain.

semalam aku borak borak dengan kawan laki aku. dia bercerita tentang cita cita. sibuk cerita cerita. aku pun  tunjukkan minat jugak. tapi ada satu part memang dia tengah eksited (aku suka matikan mood eksited seseorang dengan statement ntah pape) cerita pasal kereta kegemaran dia yang gila mahal yang dia akan dapat dalam 5 tahun lagi. aku tak tau la sebab memula dia kata kete kegemaran dia adalah toyota wish (contoh) so aku pun cakap la maybe dia akan dapat dalam tempoh atau kurang 5 tahun. pastu dia kata no! dalam tempoh 5 tahun dia akan dapat bmw X5 (contoh) so aku macam eh okay. nak up lagi plakk (tak tau kenapa aku macam bengkek bila salah I mean dia target higher dari yang aku teka) terus aku cakap..

orang target nak kawin la. apada.

terus kawan aku gelak dan kata itu opkos cuma tak tau bila dan tanya aku satu soalan dan blah sampai entri ini dipublish beliau hilang tanpa kabar.

hahahahah! mesti dia kata eh ecah ni..argh! hahahahah. pasni konfem topik cita cita tak ada dah. lolol.

jangan tertipu dengan kekasaran aku. saya seorang yang macam budak budak. ada kawan kata aku macam budak tadika. yang sukahati ikut apa yang dia rasa tanpa fikir apa yang orang rasa pastu suka melepak suka berlumba dijalanan. so aku sentap. terus macam.

ok fine.

terserlah kesayuran dalam diri.

ok nanti sambung lagi kot. hari ni banyak benda kena siapkan.

selamat berhujung minggu! muah ciked. kekeke

No comments:

Post a Comment