Pages

Nov 3, 2014

Cheese

Jom makan kek.

Wassap dari J dipandang sepi D. Kemon la J. tengah bulan ko ajak aku makan creme brule cheese ko.

Aku banje.

J balas lagi. Wasap kali ni hadiahkan senyuman sedikit panjang dibibir D.

OK!

Laju. Kalau dibandingkan cahaya dan kilat. Taipan laju itu lebih pantas dari 2 perbandingan mana satu lagi pantas dari ahli sains. Dasyat.

So kita terus jumpa di sana ya. I need something cheesy meesy. I iz so stress.

J menambah. D masih tersenyum. D kenal J lebih dari sape sape kenal J. kecuali ibu ayah dia la.

D menyusun kertas kertas berselerakan dimeja sambil percepatkan aktiviti mengemas barang untuk segera ke Secret Recipe Metropoint. J konfem dah gerak ke sana. Dia bukan leh caya.

___________________________________________________________

Kegemaran D parking di basement. berbanding J yang gemar berjalan kaki dari KFC. sebab kena bayar RM 2.00 ke basement J kata. Kedekut. hari hari ko makan creme brule cheese ko. tak rasa membazir pulak. D pelik dengan pemikiran J.

Lewat 10 minit. J memang seorang punctual berbanding D. D senyum serba salah.

Sori lambat.

Mukadimah klise dari D dipandang dengan senyuman mesra dari J.

Aku dah order. Ko harus makan creme brule cheese. Ko takkan menyesal.

J balas dengan nada eksited tanpa rasa bersalah seolah olah semua makhluk dimuka bumi ni bercitarasa sama seperti dia.

Okay. tak kisah. ko banje kan?

jawab D.

beb. apa beza sahabat dan kawan?

D terdiam. 

ho ho ho. ada masalah dengan kawan atau sahabat ke? 

D membalas. Pertanyaan D dijawab dengan cebikan dibibir J. 

Relaks lah. jangan fikir yang kita ada sahabat atau kawan ke tak. fikirlah ada x kita cuba jadikan diri kita as sahabat or kawan untuk dorang.So. less pressure. huhu Simple.

nasihat D. D tak pernah gagal menghadiahkan nasihat yang sedikit positif. 

well. kelihatan nasihat seperti melangkau jauh dari jawapan yg dikehendaki.kalau exam ni. tak tau la bagi markah berapa. 

J berseloroh. 

Aku kenal kau. jawapan tu untuk masalah yg kau hadap. mustahil ko tak tau beza kawan or sahabat. ko dah tua. kot. 

kata kata D tepat ke muka J mengakibatkan kesedakan luar biasa dari J yang ketika itu sedang menghirup sedap Ice Lemon tea kegemarannya.


No comments:

Post a Comment