Pages

Dec 15, 2014

Isnin yang sibuk (sangat sibuk)

Manic monday.

hari ni boleh aku buat pengakuan yang ini adalah isnin yang parah. dimana otak aku dari malam tadi duk ingat keje apa yang aku kena setelkan hari ini.

keje banyak rasa nak benti. masa ni berangan nak student intern. nak laki. pastu tinggi. nak malay. t leh teman aku pegi makan sama sama.

lolol.

lupakan pasal student intern.

semalam aku baca entri blog aku yang lama lama. entri dulu macam lagi best dari sekarang. dulu memang teratur kot cara aku olah. atau banyak idea untuk aku lahirkan kata kata yang nampak hidup. means aku boleh tergelak bila baca penulisan sendiri. pastu aku terfikir. apalah yang aku fikir masa menulis entri tu?

hohoho.

ada satu entri. gambar afghan. sampai pagi ni aku fikir. sape kawan lelaki yang tanya lelaki idaman aku tu? peliknya. kenapa aku tak ingat langsung? dan kenapa benda tu jadi penting? penting sebab jawapan aku tak best. tak spesifik.  jawapan budak baik. alah lagipun aku dah state kat entri tu. aku tak ada mood nak cakap pasal topik tu masa tu. tu pasal la aku bagi point tak menyeluruh sangat.

siapa lelaki itu? sape je yang aku berkita kita? eh peninglah!

so ni isnin ketiga untuk minggu ni kan? ada lagi 2 minggu untuk habiskan tahun ni. dan ada lagi 1 minggu untuk dapat gaji ho yeah!!

jumaat ni aku pegi pengkalan. aku malas la nak pegi. tapi kalau rasa nak claim duit pastu nak masyuk sikit bulan ni. better ko pegi ecah.

hahahahaha.

lagi 15 minit. aku tak bleh main wasap pagi ni. kalau aku dah mula. aku kena tamatkan. tamatkan jam 5 setengah pulak tu. dan hari ni busy. so confim better aku syuh syuh hp aku dari awal pagi.

arghhhh. menggeliat sikit atas meja. shaun tak nampak. so ok lah. gila dia tak nampak. dia buat buat x nampak tu.

tak..dia tak nampak. komputer dia menghadap penjuru. lainlah macam aku. depan depan aku. aku hadap dia.

penatlah! baru aku sedar last week aku keje tujuh hari bekerja. penatnya.aku rasa sedih pagi tadi sebab aku kena bangun untuk pergi keje. aku macam. eh dah isnin eh? bila nak bangun lambat ni? pastu mekap mekap dengan slomo nya sampai mak aku tanya ko tak pegi keje ke? pastu tengok aku masih bermekap mekap padahal muka sama je ko mekap ke tak mekap.

comot.

hahahaha.

haris mana haris ek? dah bape hari dah ni dia menyepi je kat group. dia tu macam biskut. kejap ada kejap tak ada. aku syak dia pergi backpacking. korang rasa? no no. aku rasa memang rasa dia pergi jenjalan. kitaorang kecoh kat wasap group. dia tak balas pape pun. untunglaaa iaaa pegi jenjalan. jangan risau. aku dah mintak buah tangan dah. kalau pergi jalan jalan mestilah kena beli hadiah untuk kawan kawan kan? hahahaha. tu kalau dia bagitau sebenarnya. kan? aku pun tak tau. tapi kalau tak bagitau pun aku rasa ko pegi jenjalan. rasa rasanya macam kena belikan jugak je. aku rasa la. kalau orang lain aku tak tau.

ok semua. selamat menjalani isnin yang ceria!

bekerjalah dengan seikhlasnya...ewah!

No comments:

Post a Comment