Pages

Jan 31, 2015

Gentleman atau romantik?

 
kita tak faham kenapalah dorang ni susah sangat nak nice dengan perempuan. konsep macam ko keluar dengan mak ko. takkan ko nak mak ko tolak pintu mall. kalau kita keluar dengan mak kita. kita yang tolak tau. kita selalu berkelakuan mengada ngada bila keluar dengan adik lelaki kita. kita akan pura pura tak larat tolak pintu. so dia akan bukak atau tolakkan. memula dia kata kita gedik. lelama dia sedar yang bila kita buat macam tu. orang mungkin akan kutuk kita cakap ngada ngada tapi mungkin ada jugak orang cakap adik kita seorang yang bagus! - aku

kita membantu dia sebenarnya - aku

jumaat lepas aku keluar makan dengan aisyah kelig aku. aku membebel. aku ni minah bebel. aku tak ingat sebab apa aku membebel sedasyat ni. tapi tiba tiba aku ditanya soalan ni. 

antara gentleman dengan romantik. awak pilih mana? - Aisyah
gentleman - Aku
ic - Aisyah

ko bayangkan ko tengah bebel bebel ni. bebel pasal laki kena itu kena ini. sekali kena tanya soalan macam ni. tak ko tekelip kelip kena jawab dengan spontan. pastu baru ko sedar isu yang ko bebelkan adalah isu gentleman. so betullah jawapan aku. aku pilih gentleman. 

kenapa awak pilih gentleman? - Aisyah
sebab kita romantik - Aku

ok korang boleh ketawa berdekah dekah. Aisyah angguk. aceli konsepnya macam ni. ko tak boleh nak dapat semua dalam satu masa. kalau ko dapat yang gentleman lagi romantik. tu rezeki ko la.

kita rasa lelaki yang awak nakkan tak wujud dalam lelaki lingkuangan 20an. -Aisyah

aku senyum. ada betul ada tak. tapi mostly betul. hahahah. so apa pilihan korang? 

kenapa aku pilih gentleman? sebab aku ni lembik! lembik yang berganda ganda lembik. 

contoh... aku tak boleh jalan laju. tapi boleh jalan jauh. maksudnya. jalan dengan aku langkahnya sangat slow. kalau jalan laju. ko memang terpaksa slowkan jalan sebab aku memang slow. kalau aku kejar. ko akan dengar aku membebel keletihan. 

salah satu kejadian berlaku ketika di ioi mall. aku keluar dengan adik aku. adi. aku baru jalan dua kedai. brands outlet dengan padini. beberapa minit kemudian dia dah dengar aku cakap

"letih..letih.. aa penat tak larat"

sebabkan adik aku seorang yang penyabar. dia slowkan langkah dan katalah relaks la. no need to rush. jalan slow slow. 

tapi dia terdiam bila aku jalan laju ke arah sephora dan tak merungut keletihan. 

hahahahah. teruk!! ok tu iklan. contoh merepek tak ada kaitan. 

hahaha. pada aku. gentleman ni macam protective sikit la dari romantik. sejak dah tua ni. aku memerlukan lelaki yang protect aku. yang aku rasa selamat. yang jaga ko baik baik la. hahaha

contoh pegi kedai. beli barang. lelaki bawakkan barang. sebab berat. dia kasihani kau. dia rasa ko tak patut bawak barang dapur yang berat atau kalau ko beli sekotak air soya saiz besar pun dia bawakkan. 

wahh cair lah. 

susah nak jumpa lelaki gentleman. aku tak faham apa fikiran lelaki. ko takut pompuan perasan yang ko suka dia ke kalau ko berkelakuan gentleman? aku rasa jangan lah perasan sangat. dia konsep macam artis la. kalau ko berkelakuan baik. kami sukakan kau tapi tak ada lah sampai tahap nak memiliki ko. mungkin kami mahukan pakwe/lelaki lain berkelakuan seperti kau. 

ha kauu. 

hahahaha. betulla kan? 

kuar dengan perempuan ni sama konsep macam ko keluar dengan parents atau mak kau. kalau kau keluar dengan mak kau. mesti ada keadaan kau macam protect mak ko kan? macam tak nak dia susah angkat barang berat. tolak pintu berat. ko lintaskan mak ko. ko pegangkan dompet mak ko. ko halakan ekon untuk mak ko. 

isu ni amat kritikal pada lelaki melayu. serius weh. aku tak tipu. pada aku. lelaki bangsa lain lagi gentleman tau. kalau ko jalan ke lobby bersama lelaki bangsa lain. dorang bukakan ko pintu. dorang bagi ko jalan dulu kalau korang bertembung. kau tak boleh bukak penutup botol. mereka offer untuk bukak sebab tengok ko apehal lembik sangat ni weh, hahahaha. 

lelaki melayu ada jawapan tak? nak tau lah apa fikiran korang. serius nak tau. aku rasa untuk wanita tua macam aku ni. romantik tu ok jugak. tapi gentleman rank dia lagi atas la. standard tinggi gitu. haha tapi tak ada lah sampai kau kena keluar bukakan pintu untuk aku. tapi aku penah jugak berjumpa dengan lelaki yang dia keluar bila nampak kau. ntah. polite ke apa ek? aku pun tak tau. aku tak ada lah sampai nak jatuh hati. aku just bisik dalam hati. hmm not bad laki ni. sape awek dia ek? ha macam tu. pastu ko implement la. tapi sebab aku malas nak keluar kalau dah masuk kete. aku berkonsepkan senyum lebar tegur dengan penuh mesra la bila orang masuk kete ko. benda ni manners la. betul ke english aku guna ni? haha tak konfiden guna english kau ha. 

pada aku la. lelaki gentleman mungkin boleh jadi romantik. tapi tak semua lelaki romantik boleh jadi gentleman. gentleman ni macam bertanggungjawab lah. dia tau tu tugas dia sebagai lelaki. romantik ni macam ayat ayat manis je ni. 

ko rasa masak untuk isteri tu romantik ke gentleman? 

aku rasa gentleman. sebab dia kasihan dengan isteri dia yang kepenatan. so dia tak nak susahkan isteri dia. haaa. aku ni kemain berkata kata. sekali kena bang bang dengan lelaki lelaki diluar sana. 

lolol

mungkin ada yang fikir. mereka bukan begitu dan tak perlulah berlakon depan awek. aku tak suh ko buat kat awek ko. ko buat la kat adik adik ko. kat mak ko dulu. dah biasa. ko buat kat pompuan selain mereka. pastu jangan perasan ramai perempuan berebutkan kau atau ko rasa nanti ramailah pompuan perasan ko suka dia. ini masalah. sama ada ko berfikiran tipikal atau pompuan tu cepat perasan. bhahaha kuaja aku ni. tapi pada aku benda tu bagus. and aku tak rasa pun mamat suka aku kalau dia buat macam tu. sebab benda tu normal sebenarnya dibuat untuk pompuan. hahahaha. 

tapi ada markah jugak la dimata aku. contoh la ko buat baik. aku tak faham. aku rasa biasa je. tapi satu hari ko confess. ecah! aku suka ko! (wat la so drama la ecah siap skrip! tapi tolong jangan mengorat guna ayat ni ok. menakutkan) so aku akan fikirkan. oh dia ada bukakan pintu untuk aku hari tu. hahahaha so ok la! 1 markah untuk dia. 

lolol. 

dalam hati laki tu. kauuu aku beria gentleman depan kau. 1 markah je ko bagi aku? 

hahahahah! 

so korang? nak romantik ke nak gentleman? 

hahahaha

oh lately ada ramai tanya aku la aku nak laki macam mana pastu tanya aku ni cerewet sangat ke. aku rasa aku nak tulis satu lagi entri! tunggu ya! so aku nak tido la! bermask-kan timun. belilah! kat watson. bagus tau. tapi guna timun betul lagi segar kot. ni ko beria je letak timun. padahal kertas gambar timun. 

pui. 

gudnaite. 




Sesuatu

sesuatu yang lebih baik akan datang sendiri bila kau sabar hadapi ujian. sabar dan muhasabah diri (pada masa yang sama) bila ko sabar redha dan yakin dengan ujian yang Allah berikan adalah tak lebih dari had kekuatan diri kau. dan ko jalani semua tanpa rasa mengeluh (just go with the flow) serius sesuatu yang lebih baik akan datang pada kau. dia macam hadiah atas kesabaran kau.

pengajaran yang aku dapat yang dialami oleh seseorang terdekat. tumpang bersyukur and kagum. cemana dia hadapi ujian tu dengan positif and akhirnya sesuatu yang baik datang sendiri. Betullah. bila kita lepaskan sesuatu. sesuatu yang lebih baik akan datang. Alhamdulillah. Congratulations to both of us. May Allah ease. Amin.

Jan 27, 2015

optimis positif

suatu ketika dulu. aku dikatakan sangat optimis dengan sesuatu. ok bila aku berpaling tadah. aku fikirkan yang aku dah tak optimis. optimis ni.. macam berfikiran positif eh? korang rasa benda ni bagus ke? aku juga dikatakan seorang positif. and aku pun tak sedar benda tu.

tapi poin utam.  positif dan optimis adakah dua benda berbeza?

contoh. ko ada keje banyak. ko yakin kan team ko yang korg mampu setelkan.

itu optimis? atau

ko suka seseorang tu. dia tu tak ready bercinta sebab pernah kena dump oh kesiannya. tapi ko cakap ko sanggup tunggu. walau seribu tahun. ko yakin dia akan balas chenta ko.

itu optimis?

positif.

minyak naik. melambung suatu ketika dulu. ko pening weh bilalah nak kawin kalau macam ni weh. tapi ko cakap kat diri ko... hidup kena teruskan bebeh.

tu ke positif? ok lagisatu.

ah aku tak ada idea.

so skarang adakah dua benda ni berbeza? jen jen jengg.

selamat pagi

hai semua gudmorning!

saat aku menaip ni aku bertemankan lagu night changes. tapi pagi tadi aku drive nak ke tempat kerja aku tak ditemani night changes. aku ditemani danzakuduro. sepanjang perjalanan. setiap kali memandu dimana mana. aku sentiasa berdoa supaya tidak bertembung atau aku tak sedar yang aku tengah bertembung dengan kawan aku. kawan uni terutamanya. sebab apa tau. sebab aku rasa masa aku drive sorang. aku macam lain macam. drive sorang tau. bukan berdua. berdua tu watak ko dah kira lain. kalau sorang.

sebab aku rasa perwatakan seseorang tu kita boleh tau masa dia drive. tapi sorang ke berdua tu aku tak sure. hahaha. berdua pun boleh kot. sebab kadang kadang pemandu ni tak sedar apa reaksi spontan dia contoh ada orang lain main masuk tak bagi signal. apa respon dia. tapi kalau nak kira kelajuan. bila aku sorang baru aku melaju dengan ligatnya.

hahaha.

hari ni ada training. tak suka sebenarnya. sebab banyak keje. tapi ni dikira gateway la. (heh? kenot brain)

haah. gateaway tipu tipu sebab seharian ko tak duk meja ko buat keje pastu duk angkat tepon je. oh ya dan makanan sedap sedap untuk 2 hari ini. i loikee.

aku datang keje tadi ramai jugak dah sampai. aku rasa nak marah. kenapa dorang ni dah datang awal?? tiru eh? haha bertemankan beg sayur aku cepat cepat thumbprint.

beg sayur? haah. aku g keje pakai beg sayur je. senang. tak ada zip. terus bukak je. ko nak apa? kunci? hah terus carik. ko nak apa lagi? jap. selalu masalah aku carik pendrive. ok senang je kali ni. hahaha.

sungguh tak presentable. so korang tau la nape aku tak diambil perhatian di syarikat Y ni. aku ni kerek sikit kat production. jalan macam gangster ko tak tau. cakap dengan nepalian ko tak dapat imagine. muka ko jalan production orang senyum kat ko ko balas dengan senyum jugak tapi senget sikit. hahaha. (kadang kadang la bila mood aku malas nak bermesra) pastu dorang suka gurau. ok jujur. aku tak reti nak masuk dengan gurauan. aku tak tau nak fikir apa. makanya. bila orang production bergurau. aku gelak dengan gelak yang...seolah olah ko faham gurauan tu tapi ko tak faham. dia macam ni. oh...haha. pastu muka ko kembali serius dan ko tukar topik. so orang tu kena tukar topik sebab gurauan dia aku tak faham. hahahaha. ni situasi paling awkward sebenarnya. tapi aku rasa biasa je. sebab aku memang tak faham. dan teknik ni aku aplikasikan kalau aku tak suka dengan gurauan tu. ok aku faham apa yang ko sedang guraukan. tapi aku tak suka. so..aku gelak. pastu buat muka (senyum senget) and tukar topik. kadang kadang aku kuakan ayat yang..entah cemana aku leh tercakap. aku suka jugak diri aku kadang kadang. unexpectable. bhahha.

so saya sangat kurang popular dengan production people.

tadi datang opis. tembung ngan kak rajes. dia naik pangkat. aku ucap tahniah.

congratulations kak rajes (aku rasa aku buat keputusan salah dengan speaking diwaktu pagi) - aku
oh thank you! saya tak tau saya naik pangkat. - kak rajes
hah? seriuss?? - aku
iya..saya tak baca email - kak rajes

aku pun tak baca email. aku tumpang baca kat email orang je. pelik jugak pagi ni aku mampu berkomunikasi secara live. mood ok sikit. pastu aku dah amik gambar kaki pagi tadi. i mean ootd lah kononnya gedik oiii. hahah. boleh meh gambar ootd menceriakan harimu?

aku ni benda benda pelik yang lain pun boleh je ceriakan hari aku.

ok semua! selamat hari selasa! saya berharap jurulatih itu seorang yang ensem. ahhhh aku sorang pompuan hari ni. faham tak perasaan bosan bila ko sorang pompuan dalam satu event. bukan nak fikir ko akan jadi perhatian. pui aku tak pernah dijadikan perhatian cuma ko bosan. nak borak tak ada kawan. oh ya hari ni ada bos yang puji aku. dia puji cakap aku seorang yang soft weh. ko caya tak? percayalah ini pujian dari dia. aku macam wahhh...suka lah.

hahaha. sebab dia seorang yang outspoken and berkaliber.

ok aim late! sambung later. tata!

Jan 21, 2015

happy sugar day.

hai semua happy sugar day! hahahaha boleh tak macam tu merepeknya?

ok aku sekarang mood dengar lagu sugar. so aku akan senyum sorang sorang bila dengar lagu sugar. aku kan suka dengar lagu yang buat aku nak menari and tersenyum. kalau berjaya buat aku macam tu so aku ishtiharkan lagu tu berjaya.

dengar lah! best tau. ko akan rasa ceria je.

rasa macam tipu je kan yang ko memanjang happy. well takkan nak manjang tunjuk kesedihan, amik konsep semua benda (kesedihan terutamanya) akan berlalu pergi. takkan stay. dia jadi stay bila ko tak move on ha gittu ceramah pagi hari ni.

kiranya mood aku pagi ni ok. kalau layun tegur tu kira aku leh sahut dengan ceria sebab dia jarang tegur aku jam 8-9. selalu tegur jam 10. sebab dia tau aku tak berborak jam 8-9. hahaha aku kan tak suka perbualan live diwaktu pagi. aku rasa dah lama aku tak belikan sarapan pagi untuk dia. aktiviti ni aku akan buat balik la.

barulah hubungan bertambah erat.

cecewah.

ok happy sugar day! lolol

Jan 19, 2015

topik kawin adalah satu benda yang membosankan (sebenarnya). y bosan? sebab peratusan untuk angan angan kawin tu jadi sangat tipis. lagipun aku mmg rasa topik tu membosankan. tanda penuaan kot. idk

lagipun aku rasa aku xda ciri disukai. bhahaha. aku x pandai masak. pemalas. hmmm suka melepak dengan kawan kawan. suka berlumba dijalanan. i mean bawak kete laju laju la. seorang yg kasar dan cakap lepas (terutama kepada lelaki) so watak aku tak sama dengan penampilan aku. bhahaha. ah banyak lagi la. so perangai aku sgt teruk. so aku macam malas nak pk. hahaha. ni perasaan jujur ok. aku tak tipu.

xpela. just. let it goo let it goo

aku tanya soalan macan ilmiah sikit tadi kat fida. soalan dia berbunyi. oh aku hanya akan ajukan soalan kepada mereka yang aku rasa boleh jawab and aku teringat (ramai jugak yg layak utk jawab tapi tak nak mengganggu) soalan berbunyi.

'dot. kalau kita kehilangan seseorg macam putus cintalah kan? kita kena ingat yang allah s.w.t akan gantikan yang lebih baik kan? betul tak?'

fida jawab. 

'ya betul. y?'

aku tanya lagi

'kalau allah s.w.t amik nyawa seseorang tu. kalau ikut konsep tu. ko rasa cemana? '

ok korang rasa fida jawab apa? 

jen jen jenggg.. esok aku taip. nak dengar lagu sweater wheather. entah betul ke tak aku eja. haris tolong check. 

lolol. 

Jan 17, 2015

I will never be alone again~ (tajuk tiada kaitan dengan entri)

'and we will never be alone again coz it doesnt happen everyday kinda counted on you being a friend can I give up or give it away~'

ok semua selamat berhujung minggu.

aku tengah buat kira kira untuk scheduled waste. bersepah. bersepah meja aku. sambil sambil kira aku dengar la lagu instant crush ni. oh sedap. happy je. hahaha. aku tak tau pun maksud lagu ni apa. janji sedap janji mampu menceriakan aku. aku senyum aje.

sekali lagu sedih kan.

ah siapa pedulili?

jangan sedih sangat. apa apa rintangan kita kena amik sebagai satu benda yang positif. masalah ni berkat. bila ada masalah. maksudnya allah nak bagi lebih macam rezeki ke apa. tapi bergantung pada kita la cemana tengok masalah tu. hihi

so chill je. kalau stress. tak yah la tengok wayang ke shopping. stress ni sebab masalah. pe kata ko setelkan je benda tu. konfem hilang stress.

kalau stress keje. ok sebab apa? sebab audit? xpe. just faced it la. nanti lepas audit. ok la tu. ko just kena fikir. segala masalah atau apa apa! kena hadapi! dengan fikiran yang rasional.

cecewah.

aku pening buat kira kira ni. makin aku cek. makin aku jumpa salah. faham dah perasaan auditor. bila ko jumpa satu salah. ko rasa eksited. rasa lagi nak carik salah. hahaha. siot.

nak cakap pasal ape ek? ok bulan 2 ni ramai orang kawin. aku pening. pening nak carik baju. bulan 3 punya event pun tak beli dan jahit.aish. ramai cakap aku asik beli baju. ko tanya mak aku. aku selalu ke beli baju? mak aku je la yang cakap aku tak ada baju. dia selalu marah aku sebab aku tak beli baju. aku sebenarnya jarang keluar rumah. perjalanan aku hanyalah rumah-syarikat Y-rumah. kalau kawan ajak kua. baru aku kua. tu pun dah plan sebulan or seminggu awal. tak pun pegi metropoint. tapi aku sangat sangat malas. melainkan aku rasa nak makan kek creme brule cheese.

gaya aku nampak macam selalu kuar kot. maksudnya bila kawan ajak. aku ok. yela seminggu awal. boleh la arrange. aku keluar membeli belah bila ada sale hujung tahun atau bila aku terbukak igshop kegemaran. baru aku beli. masa tu aku just pilih pilih je hahaha belagak ko macam duit beribu ribuan. tak ada la. kalau aku beli bukan setiap bulan. dua bulan sekali. baru membeli. so fair la tu.

bila ramai orang kawin tahun ni. pastu aku cakap aku tensen. ramai salah anggap aku tensen sebab ramai kawin. no no. aku tensen sebab fikir baju.nak jahit baju. nak beli jubah. nak pakai baju kurung ke jubah. benda ni pulak tak ada kaitan ko nak menarik mata orang lain. nono. ini kepuasan. sama konsep baju sekolah aku.

aku tak tau la aku lembab ke apa. tapi why hah aku tak rasa loser pun bila nampak orang dating atau kawin. entah la. aku rasa biasa je. aku tak rasa apa apa. well kadang kadang aku saje je macam

'A pun dah ada pakwe wehh inikan aku'

statement macam ni gedik kan. tapi bila gedik aku sampai macam ni lah. tapi percayalah. aku tak rasa pape pun. kiranya benda ni just cakap dimulut. tak diperasaan. perasaan ko tak gambarkan apa ko keluarkan kat mulut. just..saje. aku tak terbawak bawak dalam kete ke. dalam tido ke. tak ada.

ada la yang suh bersabar. insyaallah ada nanti. bila aku terima mesej tu. aku just gelak. pastu fikir. adakah aku kelihatan pathetic? (gelak tutup mulut) entah la mungkin kadang kadang perilaku kita yang buat kita nampak pathetic dimata orang. tapi hakikatnya tak langsung. aku just rasa masa tu belum tiba.

oh ya. pernah la ada mak cik mak cik tanya aku bila nak kawin. dengan gelak dan berseloroh aku cakap la 'kalau ada orang sebelah saya (aku buat tangan " " ) boleh la saya tanya. 'awak bila ek kita nak kawin? hahah ini tak ada kak. so saya tak tau nak tanya sape hahaha'

mak cik tu diam.

betulla kan? tanya aku. mana aku tau. ce kalau aku ada pakwe. boleh la aku tanya pakwe aku. kalau mood aku tak ok. aku suh dia tanya gaji aku. sebab soalan tu lagi senang dari soalan bila nak kawin. aceli dabel meaning. gaji ko memang tau. jelas. kawin ni...rahsia tuhan. tak ada sape boleh jawab. so orang tu fikir sendiri la. lama lama dia faham kot yang dia salah soalan.

pasal kawin pakwe ni..entah la. ada yang kata aku nampak desperate. serius. aku gelak je weh. maybe dia tak tau kot aku tengah main main. tak apa. aku maafkan *tepuk bahu* sebab kalau orang perasan bila aku macam mengeluh ke apa ke. pastu dorang cadangkan suh carik ke apa. jawapan aku macam berdolak dalik. so nampak tak. aku memang tak serius dalam keluhan itu.

masa ko akan tiba. trust me. ada hikmah jugak lambat ni. banyak sebab. kadang kadang ko tak sedar yang ko sendiri tak ready. tuhan je yang tau ko ready ke tak. pastu percayalah. tuhan sedang aturkan yang terbaik untuk ko. aku selalu cakap kat diri. chill. benda baik selalu lambat. pastu senyum sorang sorang tanda ko gembira akan nasihat diri sendiri tu. hahahaha ok wattt.

aku nampak emo ke? hahaha no no. ada masa aku berfikir dengan rasional. selalu kat group ladies of venus watak aku tak sangat macam kat kedai kopi. watak aku masih lagi bubbly tapi setiap persoalan aku bagi pendapat yang serius. macam fida la. dia gegila. tapi bila ko perlukan pendapat. dia kemukakan dengan matang. well semua manusia macam ni kan. cuma orang la. percaya ke tak yang ko tengah bagi pendapat dengan matang atau percaya tapi tak endahkan sebab pada pendapat mereka ko bukan sematang mana pun dan mereka klasifikasikan diri kau as tengah emosi sebab jarang nampak ko bercakap panjang lebar dengan serius. lolol. well kadang kadang masa masa ni la ko nak tengok pandangan kawan kawan gelak ko terhadap ko. ada yang macam clap clap. ada yang sangat suka. ada yang kata ko bagus lah. ada yang kata ko ni kenapa weh. ada yang ah macam macam lagi lah. ada je yang buat bodoh. hahaha. like I care? so pastu ko pun tau la grup mana yang harus ko share pendapat ko. aku jarang share. aku share bila aku percaya kat orang tu je. and aku senang dengan dia. so ok la. share ni benda yang gembira je. aku jarang share benda sedih. pada aku benda sedih ni tak penting. ada benda yang ko kena share. benda sedih ni. meluatkan je. ada la share. tapi sangat jarang. kalau share pun sebab TERshare. pastu aku rasa bodoh. nampak tak egois gila? 

hahahaa

ah membebel. okay happy weekend semua!

Jan 16, 2015

Happy Jumaat!

Happy Friday!

Semalam aku call tirah. tirah ni kawan aku yang berkongsi tarikh lahir dengan aku. haha sampai sekarang aku ingat lagi saat saat kitaorang tanya tarikh lahir. biasalah pompuan. (ke kitaorang je?) aku ni la jenis usik usik cakap.

so kau apa citer sekarang? bila nak kawin?

hahaha. aku ni jenis tak suka orang tanya aku bila nak kawin. tapi aku suka tanya orang. tapi beza sikit la. cara aku tanya. tone. niat aku tanya pun. for fun. so aku tak rasa tirah terasa. so! bila dengar je soalan macam tu (untuk manusia yang faham aku) terus keluar keresahan. bhahah kira tu soalan untuk trick segala citer pasal percintaan dia.

lol

bila kitaorang tanya tanya pasal life memasing. (kitaorang suka sharing sebab aku suka pendapat tirah yang berbeza dari orang lain) lepas tu aku tanya.

besday ko bila?

dia cakap bulan 3. then tak tau la. normal kot. bila ko jumpa orang yang satu bulan dengan ko. dia macam terus rasa macam ada darah pertalian. bhahaha (over tak?) terus macam...

bulan 3?? eh aku pun bulan 3! (ke aku je yang eksited?

pastu dia tanya. hah! sama? bape hari bulan???

pastu lama..jap. masa ni aku tak ingat sama ada kitaorang lafazkan sama sama atau aku cakap dulu ke cemana. tapi yang paling korang agak ialah kitaorang menjerit seolah olah ko kehilangan kakak/adikberadik kandung ko untuk berpuluh tahun dan ko jumpa akhirnya.

over lagi tak? so kaki drama kan? no wonder la haris cakap aku hidup di alam FantaC.

cheh

so minggu depan dia akan ke sabah bah. tula aku kol dia semalam. cakap cikgu mumtaz ajak meraikan hari sabtu ni (terus aku cakap kat dia peh peh peh.aku suka macam act yang peh dasyat gila beb pastu tirah macam poyo aa ecah) so aku cakap kat dia. untungla iaa dapat sambut besday kat sabah bah. macam aku baruu nak sambut kat jepun arigato huzaimas. tapi tak da rejeki. lulz ini sangat perasan.

well biasalah pompuan. sekali lagi update pasal kisah diri. pastu aku ni kadang kadang selalu jadi pakar motivasi tak bertauliah. cewah. disaat dia menceritakan kisah calon calon dia. aku dengan tenang nya (tenang ke? ahahaha) bercakap.

aku rasa ada hikmah sebenarnya weh. ada sebab ko tak ada pakwe lagi ni. yela tengok ni nak merantau. in case la ko ada pakwe. benda ni akan mengganggu ko tau tak. cewah. ianya akan mengganggu hubungan korang! (korang boleh bayangkan tone suara aku yang macam menegakkan sesuatu)

'wah ecah...kata kata hang ni buat aku tenang sikit weh. bagusnya ang ecah...'

tanpa endahkan kata kata dia (macam..ala bukan ko sorang je puji aku dengan bagi ayat ayat macm ni *gelak tutup mulut) aku sambung lagi aku cakap.

'maybe nanti ko jumpa kat sabah ke. ok dia bukan orang sabah. dia orang semenanjung. tapi macam ko la. transfer ke sabah. ok kalau bukan sekolah sama. dia mungkin sekolah lain. oh ya! mungkin korang jumpa masa kursus ke apa ke? haaa....'

dia balas

'aah kan. 19hb tu kan berkumpul kan. dapat la aku cuci mata. kot sangkut ke'

gelak gelak gelak

'ye betul!!!' hahahah so drama la! oh aku ni kalau buat drama. klise sangat. orang dah boleh teka. siap boleh sambung arahan aku.

so kami berdua sangat eksited dengan perjalanan hidup kami tahun ni. twenty15 kan? apa yang ko tak eksited pasal tahun ni? bak citer sikit. bia aku bagi kata kata positif.

hahaha.

ok hari tanpa kompromi hari ini (ye tema untuk hari ini adalah hari tanpa kompromi) dimana hari ni kalau aku cakap hitam. hitam. putih. putih. tanpa kompromi ni juga wujud ke atas diri. contoh. aku tak bagi kompromi kepada diri untuk makan lunch selagi ada keje tak siap. (ye semalam aku buat. dan aku kena lunch kul 12.30)

xdala hitam putih sangat. just masa ni ketegasan diri terserlah. orang memandu macam tahi pun aku hon kan aje.

ok happy jumaat!

Jan 15, 2015

Happy Thursday!

Inilah aktiviti diawal pagi. bila ko sampai opis awal dengan perasaan nak buat keje tapi ko end up dengan baca balik penulisan ko sebab..

masih awal.

ramai tanya nape aku suka datang awal. entah. aku jenis tak suka bertembung dengan orang kat tmpt thumb print tu. tu salah satu la. sebab aku malas nak senyum senyum. mood pagi aku lain sebenarnya. aku tak bercakap (dengan orang luar) tak kisah la kawan ke apa. melainkan famili aku. pagi pagi dah boleh gelak membebel watsoever. tapi kat opis. aku prefer tak bercakap sangat.

entah.

lagisatu tujuan aku datang awal adalah untuk memstabilkan mood. mendatangkan mood keje. aku tak nak otak aku shock. ok ni alasan paling buat orang ketawa berdekah dekah la. eh betul. aku memang macam ni. aku kena ada masa untuk diri aku sesuaikan. kalau tidak...

aku akan jadi blur. hahaha

pagi tadi aku anta syira awalll...kul 7.20 dah anta. xda la dah anta. tapi dah gerak la. baru gerak. masa ni pasang lagu chandeliar. teruk gila perangai. pasang volume 12 pastu ko nyanyi seolah olah ko ni Sia adik ko sebelah cakap sorang sorang 'eh bulan la bla bla bla'

kira 2 orang buat aktiviti sendiri dalam 1 kete.

pastu tak lama baru aku sedar (lepas anta dia la) aku pasang lagu kuat kuat. eiiii. apalah pemikiran mak cik mak cik kat situ eh? hmmmmm (pejam mata)

lupakan. (shuh shuh shuh)

so!

ok kawan aku baru je lalu depan aku. weh tolonglah. jangan la tegur aku pagi pagi. aku tak suka perbualan secara live dipagi hari. biarlah secara maya (wasap/wechat) sebab korang akan tersentap dengan riak muka bo-layan aku.

termasuk jangan buat lawak dipagi hari. lawak dipagi hari secara live aku klasifikasikan as.

lawak bodoh.

ok semua! happy working. happy thursday! bermulalah OT sampai kiok minggu ini. huaaaaaa~ T-T

Jan 14, 2015

Sekolah

minggu ni minggu pertama persekolahan kan? maaf lah entri sekolah tak tulis masa hari pertama sekolah. hihi. sibuk la katakan.

kawan aku ada macam kemukakan soalan imbauan zaman sekolah. hari pertama. haha aku? eksitedd.
bila imbau balik hari pertama. aku terus recall cemana aku zaman sekolah dlu. menengah la eh. rendah lama sangat la.

ok masa sekolah menengah. form one. aku sekolah jalan bukit kajang. kalau nak glemer atau acah acah sekolah profil tinggi. gunalah perkataan hill street. peh. ala sama konsep high skul la. sekolah tinggi kajang.

masa form 1 ya. hmmm. aku sekelas dengan faja. kitaorg dafta sama sama. oh ya. aku dengan faja ni.. entah la. kitaorang selalu pape. dafta sendiri. tak macam budak lain. parents datang daftakan. kitaorang sendiri je. semua setel sendiri. just bagitau parents bape yuran kena bayar je. aceli until now aku tak tau nape parents kena datang (untuk sekolah menengah) hmmm. ntah.

ok lupakan.

bila citer pasal hari pertama sekolah. apa yang aku eksited adalah baju. tudung.

masa form 1. aku beli baju tudung dengan mak aku. tapii aku lebih cerewet. aku tak pakai tudung labuh. tudung nak ngam ngam paras dada. (ikut syarat) sebab aku ntah. tak nak gelebeh gelebeh kot. baju... tak nak lebih paras lutut. nak ngam ngan kat lutut.

so form 1 penampilan aku agak ok la. tak comot.

warna tudung kena sama kaler dengan baju. tak nak putih tudung lain. putih baju lain.
hal ini lebih menjadi jadi if ada event dengan coral speaking (tau tak sape join coral speaking sekolah jb dia konon konon bajet diri dia berprofil tinggi. over kan). kalau ada event (pertandingan atau jemputan persembahan atau persembahan kat sekolah jb) aku selaluuu atau wajib atau kena pastikan from head to toe aku perfecto muchacha! :* kalau tak sama kaler. apa awak buat ecah???

aku sanggup nila malam sebelum kejadian.

bila makin besar. aku makin gedik dan over dengan baju sekolah aku. tau apa aku buat?

aku anta tailor.

dulu kan ada satu musim. tudung dari kain cotton. pastu jahit tepi. pastu baju sekolah pulak jenis licin. kain licin. baju licin. tudung cotton.

aku beli kain n anta tailor. siap nak straight cut. tak nak too besar (sebab ada baju yang lebar dia besar)

poyo kan!!!

ni masa aku jadi pengawas pusat sumber. aku beli kain semua. tudung aku gunting sendiri. anta pegi jahit tepi. hahahha aku dengan faja. tapi yang over lagi. aku la. kemain cecantik. pegi sekolah je punnn.

so itulah sebab aku eksited pegi sekolah dihari pertama. dia macam hari raya tau. eksited pakai baju baru. hasil belian kau. tapi yang bezanya. semua pakai baju sama warna sama corak. hahaha tapi sape yang berbeza sikit tu yang wahhh.

over kan?

itula sebab nape aku terus offer aku je beli baju sekolah masa form 2. hahaha

untuk kelihatan cantik ni bukan nak ngorat laki. dia kepuasan. percaya atau tidak. aku kat sekolah bukanlah popular dikalangan lelaki. aku popular. kat sekolah. serius aku tak tipu. satu sekolah kenal aku. dia sampai macam.. sebut je aisyah ahmad. semua kenal. sampai kau tengah berkawad pun ada budak datang kat ko cakap.

kak aisyah. cikgu mumtaz carik kat bilik guru.

padahal ko tak kenal pun budak tu. dia sampai. kau mintak makanan budak sekolah tu macam..

dik! sikit naget! ok thanks!

beberapa minit tu ko sedar ko puasa (dah masuk perut pun naget tu)

tapi malang. tak pernah dapat kiriman salam. sebab aku pendiam ngan laki. aku kurang bercakap
ngan spesis ni melainkan dorang tegur aku. and lagipun muka aku kot yang macam kerek je. yang buat ko macam hmmm xyah ah tegur.

xpela untuk topik tu aku citer nantilah. hahaha

so kalau sape sape tanya apa perasaan first day sekolah and aku cakap  eksited.

korang tau lah nape aku eksited kalau tak sebab baju tudung kain etc. lolol


k gudnaiteeee







Hi?

pagi ni aku bangun awal. aku rasa rekod bangun awal aku makin baik dari sehari ke sehari. tapi walaupun bangun awal. persiapan ke tempat keje tiada bezanya.

masih 7.30 (atau makin lambat tak lebih dari 7.45) dan proses mekap mekap pulak jam 7.00 pagi (atau makin lambat tak lebih dari 7.15)

hari ni aku telah membuatkan adik aku syira nangis dipagi hari kerana lembab-pan aku. aku dah siappp. pastu aku buat air..aku bungkus makanan...aku amik pinggan..makan lagi...pastu sakit perut..pastu lambat seminit.

dia nangis.

aku kenot brain betul la. so adik aku adi yang anta dia naik motor vroom vroom.

payah jugak ada adik punctual. eh aku pun punctual jugak. tapi ni mmg tak dapat elak la kan lambat tu.

so esok tak leh la macam ni. 7.20 baru nak bungkus itu nak amik pinggan (gelak tutup mulut)

pagi hari. kegemaran aku adalah melayan perasaan ketika memandu. aku suka lagu lagu riang yang rancak. tapi tu macam lagu sia. lagu yang buat ko rasa megah atas kereta (ke aku je) aku kurang suka lagu terlampau happy pagi hari ni. aku suka lagu kemegahan. yang buat aku menekan brek dengan angkuhnya.

ha gittu. teruk kan? sebab tu la tak pakai honda! hahahahaha (ketawa berdekah dekah)

bila layan perasaan. masa ni aku muhasabah diri. macam tak kena je. ko dengar lagu megah megah pastu ko muhasabah diri. ah lantak la. janji aku ada masa muhasabah diri.

muhasabah diri ni macam...masa ni la aku berfikir pastu cakap dengan diri sendiri. aku selalu cakap dengan diri sendiri.

macam contoh ada masa aku cakap pasal kawin. aku fikir diam diam dalam kepala. pastu dah dapat jawapan. aku lafazkan kat mulut. macam tu la. korang pernah tak?

contoh hari tu aku fikir. macam mana seseorang tau boleh nak kawin? dia tak takut ke yang suami dia akan betray dia ke. kawin lain ke (ni pasal isu alyah yang buat aku fikir isu ni pepagi buta. poyo je kan) sekali jawapan yang aku rasa logik la. ialah yakin. well bila kita yakin. tuhan akan bagi lebih tau. macam...aku tak tau nak cakap macam mana. dia macam..bila ko dah letakkan keyakinan ko pada Allah s.w.t benda tu bagus la. bila bagus. sape tak suka. so automatik akan dapat lebih lebih dan lebih.

contoh kononlah aku dapat keje baru. pastu aku macma takut takut je kan. cemana tempat tu nanti? itu ini bla bla. so aku dah tak yakin. kita memang tak tau banyak benda kat dunia ni. but then just yakin and go with the flow. bila keyakinan tu ada. insyaAllah dipermudahkan.

entah betul ke tak aku merepek ni. susah la nak terangkan guna tangan. aku harus bercakap. hahaha.

ok la. selamat bekerja cuolls.

Jan 8, 2015

pagi yang indah

Pagi khamis yang indah...

hahaha. tajuk mukadimah nak sikit sikit poyo je kan? wek wek.

oh saya sangat happy pagi ni.

y aisyah y!

oh sebab...saya bangun awal.

:O

tak payah la tekejut sangat. aku tido lambat tau. dalam pukul 11 lebih. sebab tengok drama merepek apa ntah (kemain komplen tapi tengok jugak dengan alasan malas nak tukar citer dan yela.citer tu pun dah nak habis so aku ingat aku mampu bersabar tengok kemerepekan citer tu tapi malangnya...gagal.) sambil sambil makan megi tengok la citer tu. megi je?

itu je yang rajin aku masak selain telur.

hahahaha.

tapi aku bangun awal ke lambat ke. sama je. siap pukul 7 lebih gak. sebab bila bangun awal aktiviti aku jadi lagi slow mo. slow and steady jeeeee. hahah sekali amik kau.

ya allah! dah pukul 7! tak mekap lagi!

ha gittu.

teperanjat macam mana pun. mekap kena teliti. haha. ala natural je. (poyo tak) keluar awal sikit. dalam 7.25 (awal 5 minit je) sebab nak singgah beli roti canai. masa mekap tadi perut aku berbunyi2. nasib tak ada orang dengar.

bawak kereta ke syarikat Y dalam keadaan yang nyaman. bukak tingkap. jarang aku bukak tingkap. tapi lately cuaca macam best je untuk ko hirup. aku penah gaduh dengan kawan aku. nonol. dia jenis suka udara segar. aku tak. aku nak kesejukan. aku rasa udara luar iz so howt u now. well malaysia kan panas kan? hahaha. so dia macam hish ko ni asik ekon je. bukan elok  bla bla bla. ce bukak tingkap bla bla bla #yawn pastu aku cakap

ala udara luar tu bukan bersih pun untuk ko hirup hirup.

dia diam. like macam...

sukahati ko la ecah~

hahahahaahahahahahah!

sejak 2 menjak ni kan cuaca lepas hujan kan. cuaca lepas hujan kan macam best kan. so aku suka lah. haha. hari ni bawak 60 je. tak ada rasa nak berlumba. tak ada rasa nak hoi! ko cepat sikit boleh tak! tau la tak suka pegi keje tapi janganlah aniaya orang yang suka pegi keje awal (aniaya kauuu...over je)

hari ni mood baik.


ditambah aku berjaya potong jentolak dengan gaya sangat kool.

oh i loike.

tapi aku parking salah la. dalam belambak lambak parking kosong. aku parking kete kat tempat yang diluar kotak. malu. tapi malas nak betul kan. so..aku just biarkan wyt disitu.

ramai datang lewat pagi ni. sebab pukul 8 macam tak ramai je yang dah datang. pastu aku ni jenis suka lah sangat tengok cermin. so jalan nak ke lobi tu. bangunan tu ada cermin yang leh reflek ko tau. so sepanjang jalan aku tak tengok jalan. aku tengok cermin dan cakap sorang sorang

ya allah. ni ke gaya aku pagi ni? hmmm not bad. tapi kenapa tudung kat belakang macam..hmmm boleh la. cantik jugak (senyum)

so aku tak tau la orang kat cafe cakap aku apa. ah pedulilak aku. aku tak kisah pape orang cakap as long aku yakin dengan penampilan aku andddd family aku tak komplen. kira kata kata komplen dari family aku lagi aku amik kira. contoh aku kua akak aku cakap baju tak lawa. masa tu baru aku panik. pastu mak aku marah akak aku sebab bagitau aku baju tak lama sebab efeknya aku akan tukar tukar tukar sampai semua setuju yang baju tu ok! ko cantik! ko boleh pegi skrang!

sebab paksa semua orang campur tangan dalam urusan baju baju aku ni haaa.

macam tadi. malam ni aku ada date dengan faraha. so aku tanya mak aku.

aku- mak! malam ni kan nak jumpa faraha kan? pakai baju keje je ok tak?
mak- ok je..
aku- seluar ni ok tak? ke nak pakai seluar lain?
mak- nak pakai seluar yang mana?
aku- ni ha yang lebar bawah ni. so macam skirt la.
mak- selekeh je
aku- dah tu! pakai yang mana?
mak- baju la. tukar. simple simple.
aku- yang mana?
mak- kemeja hari tu?
aku- ala tak nak la hodohh je. tak ok ke mak macam ni? selekeh sangat ke?
mak- ko memang selekeh pun kan?
aku- alaaaa. tukar la. pakai seluar hitam. ok tak?
mak- ha ok la tu.
aku- nak pakai baju lain ke pakai je baju keje ni nanti?
mak- pakai je baju keje. ok dah ni.
aku- okayyy~

see. pagi pagi kena jugak layan aku kalau tak mulut aku tak berhenti bercakap pastu mengomel sorang sorang like 'ala ok x? ok ke? ok ke?'

sampai ada sape sape cakap ok. atau ok tu yakinkan aku.

hahahahaha!

ok happy thursday cuolls! keje baik baik k!

Jan 5, 2015

%€#£*

life mcm %€#£* gila. rasa macam nak stop gelak gelak. and perbincangan mata ke mata. rasa macam pathetnic gila bila gelak gelak sebab ko macam pura pura. sebab sebenarnya perasaan ko tak sehappy apa yang ko cakap apa yang ko tulis apa yang orang fikirkan pasal ko.

oh i need melo.

Jan 2, 2015

Twenty 14

sambil dengar lagu shower aku cuba kerahkan idea sebaik mungkin untuk hasilkan entri 2014 malam ni. aku suka ah dengar lagu ni. sedap. dia happy tau. hahahah. aku rasa entri lepas aku dah bagitau cemana aku menjayakan lagu ni. 

la de la da la daaa~~

hahahaha. 

permulaan yang ceria untuk 2015. tahun 2015 memang kena ceria. sepressure mana hidup ko dan aku (peh) kena ceria! 

year of happiness katanyaa.

nampak tak aku dah menyimpang sikit sikit dari tajuk asal? aku ni kalau tak dikawal. memang lari topik kelaut mati la weh. ok ehem. 

jadi marilah kita pecahkan poin poin hidup pada 2014 yang baru saja berlalu like angin lalu supaya lebih mudah untuk kita bebelkan. 

1. kerjaya
kerjaya di syarikat Y pada awal tahun 2014 berjaya melonjakkan gaji aku dengan banyak sikit sikit. tapi masih tak dapat tandingi target 5 tahun aku la. hahahah. sengal. kejadian kenaikan ni akan dirahsiakan sampai bila bila. haha. tapi ini adalah kesalahan paling bernasib baik la weh. stress keje? gila ke ada keje tak stress? kalau ko suka keje ko pun. mesti stress punyalah. cuma ceman ko handle stress kot. tahun 2014 aku kena hadap audit untuk pertama kalinya dalam hidup. ko tak tensen ke? tensen tau bila kena audit. hoohoo. tapi bos baik kan? yang positif yang tak pandang kesalahan ko as kesalahan tapi pandang as ko budak baru yang layak diberi pelajaran bukan hedikan. 

so ok la. 

aku harus bersyukur pada tuhan. 

2. kawan
aku nak buat entri satu pasal kawan. tapi dah masuk dalam list ni. so mungkin part ni akan panjang sikit (kot).

sampai sekarang aku tertanya. macam mana seseorang tu jatuh status as 'kawan?' apa ciri? apa indikator? contoh nasi ayam dikategorikan as nasi ayam bila ada kicap. sup. ayam yang diperap. nasi yang dimasak bersama sup ayam bla bla. so tu adalah. pup. 

nasi ayam. 

kalau kawan? macam mana seseorang tu ko kategorikan as kawan ko? benda ni subjektif. semua orang ada ceklist memasing. aku rasa ceklist aku paling simple. 

untuk tahun ni hubungan aku dengan kawan kawan agak kurang best. entah. ada yang aku dah putus. dulu kawan baik. but then tetiba putus. ada yang gaduh baik gaduh baik gaduh baik. tapi yang putus tu la sedih sikit sebab macam ko dah lost contact dengan dia. dia pun tak contact ko. bila mesej cuba la happy happy tapi tak ada respon. ada sesetengah orang tak ada sense. iye aku tau aku agak kasar atau terlalu berterus terang. tapi seseorang kata tu bukan weak poin aku. tu strong poin. i dono. tak semua rasa tu strong poin. oh ya! atau diri mereka tak cukup kuat atau strong (bukankah ini dua benda yang tiada beza?) untuk terima apa yang aku cakap. jenis aku. aku tak suka aku cakap. tapi well aku mungkin ada kelemahan dimana aku men cakapp je. tak cover.

tahun ni boleh la cakap tahun penat pujuk kawan. kawan kan? jauh jauh dia pun ko still rasa nak carik. tapi sedih tau bila ko citer sesuatu tapi tak ada respon. macam orang bodoh yang harapkan sesuatu. contoh ko dapat panggilan interview tapi tak ada respon. so macam tak best kan. tapi watodo. tapi yang makin menjauh tu..aku tak tau la nak buat apa. 

tu part tak best. yang best nya tahun 2014 ramai jugak la kawan aku yang tammatkan zaman bujang. tahun ni (2015) lagi banyak weh. bape banyak design baju aku kena buat aku punnn tak lah tau. sobs. malayang jauh jauh melayang duit aku. hahahaha. 

well benda benda ni banyak matangkan diri. dia macam ajar ko la yang manusia ni macam macam ragam. tapi faham tak? selama mana manusia mampu sabar selain adik beradik dia? dengan kawan yang senang je ada susah hilang ke mana? berbaloi ke ko nak bersabar? 

hahaha. 

3. hidup
kolum ni mungkin termasuk sekali diri sendiri. macam beberapa orang tahu. yang tahun ni aku kehilangan ayah untuk selama lamanya. ok meh sini aku cerita sikit apa perasaan. 

perasaan sampai hari entri ni ditulis. aku kadang kadang lupa. jujur aku cakap aku lupa arwah ayah aku dah tak ada. kadang kadang balik keje nampak motor dia. rasa macam eh ayah dah balik (hahah) tapi pastu terus istighfar. tekejut. dia lama lama terasa. hari pertama minggu pertama ko tak rasa sangat. lama lama ko rasa. masa tu ko akan rindukan suara dia. ko terbayang dia pernah duduk situ sini. dia selalu usik ko. 

tapi betul cakap gendut. tuhan tak uji ko kalau ko tak kuat. i mean dengan ujian sebesar ni kehilangan seseorang yang ko takkan jumpa dia dah selain ziarah kubur dan sedekahkan al fatihah.doakan untuk dia kat sana. kalau ko tak kuat. ko leh gila. ko leh murung.

alhamdulillah aku berjaya handle. 

mula mula aku rasa nak kaver depan adik beradik. tak nak nangis. pegi toilet baru nangis. tapi lama lama. aku boleh kawal emosi dah. orang kata kalau nak lepaskan. lepaskan je. tapi tak leh. aku kakak. aku tak leh lepaskan emosi sedih aku membuta tuli. walaupun aku seorang yang paling sayur dalam famili. hahaha (take note bakal suami) ego harus ada ma. 

ada ketika aku tak leh dengar lagu alleycat. sebab arwah selalu pasang lagu alleycat kat rumah. sedih tau.tuhan pun kalau uji ko. dia takkan tinggalkan ko sorang sorang. dia hantar sape sape atau apa apa medium untuk ko tengok dan dengar secara langsung atau tak langsung atau kebetulan untuk ko. bagi ko kuat semangat. contoh masa baru baru hari tu. tajuk kat tanyalah ustaz banyak yang pasal kematian la. macam apa ko nak buat kalau ahli keluarga ko meninggal. apa keadaan dia kat sana. apa yang ko boleh sedekahkan.

so benda benda tu membantu. 

mula mula ko memang perlukan sape sape untuk ko bercerita. masa ni ko nak borak dengan family semua tak ada mood. tapi sebab ko jenis nak borak. ko carik kawan kawan. masa ni mungkin ko banyak makan hati dan mula fikir benda yang tak penting macam penting. sebab ko nak bercakap tapi tak ada orang dengar. semua orang refuse tak nak dengar. sibuk kot. so masa ni ko sedih seorang diri sampai lah sorang tu cakap.

bila sampai masa semua akan kembali macam sedia kala. so jangan risau. jangan fikir pasal mereka. 

so baru nak masuk 2 bulan weh. dah nak 2 bulan lebih lebih la kot. kadang kadang aku lupa lagi. macam awal tadi aku cakap. aku masih lupa. bila mak aku ajak pegi kubur. aku terkejut. pastu tanya nak pegi kubur sape. ko tak rasa ke aku layak kena pukulan gulungan kertas? haha. bongok kan. 

so insyaallah jangan risau. dengan semua ni aku jadi semakin matang. dalam hidup. 

2014 temanya adalah year of money. yang membawa maksud aku harus pulun sepanjang tahun itu untuk mengumpul uang membeli apa yang aku rasa nak beli. Alhamdulillah. beberapa perkara berjaya aku beli (akhirnya). untuk beberapa perkara. boleh aku katakan 2014 adalah tahun dimana banyak perkara tak penting yang perlu aku sesalkan. haha ini macam pelik dan buang masa! kenapa ko nak sesalkan benda yang tak penting? well. benda yang tak penting pun boleh jadi pelajaran untuk diri sendir kan? so haruslah ada sedikit penyesalan dengan keputusan hampeh dari diri. in addition (pehh) tahun 2014 juga adalah tahun ketabahan. banyak pelajaran untuk jadi semakin tabah. baik ekonomi. kerja. hidup dan cinta.

cinta? jen jen jen~

2015 temanya adalah happiness! insyaAllah! 

hehe



Jan 1, 2015

2015

selamat tahun baru.

ucapan?

people change honey.

kawan pun boleh jatuh hukum

you just somebody that I used to know.

ok selamat tahun baru lagi.

ecah cun