'and we will never be alone again coz it doesnt happen everyday kinda counted on you being a friend can I give up or give it away~'
ok semua selamat berhujung minggu.
aku tengah buat kira kira untuk scheduled waste. bersepah. bersepah meja aku. sambil sambil kira aku dengar la lagu instant crush ni. oh sedap. happy je. hahaha. aku tak tau pun maksud lagu ni apa. janji sedap janji mampu menceriakan aku. aku senyum aje.
sekali lagu sedih kan.
ah siapa pedulili?
jangan sedih sangat. apa apa rintangan kita kena amik sebagai satu benda yang positif. masalah ni berkat. bila ada masalah. maksudnya allah nak bagi lebih macam rezeki ke apa. tapi bergantung pada kita la cemana tengok masalah tu. hihi
so chill je. kalau stress. tak yah la tengok wayang ke shopping. stress ni sebab masalah. pe kata ko setelkan je benda tu. konfem hilang stress.
kalau stress keje. ok sebab apa? sebab audit? xpe. just faced it la. nanti lepas audit. ok la tu. ko just kena fikir. segala masalah atau apa apa! kena hadapi! dengan fikiran yang rasional.
cecewah.
aku pening buat kira kira ni. makin aku cek. makin aku jumpa salah. faham dah perasaan auditor. bila ko jumpa satu salah. ko rasa eksited. rasa lagi nak carik salah. hahaha. siot.
nak cakap pasal ape ek? ok bulan 2 ni ramai orang kawin. aku pening. pening nak carik baju. bulan 3 punya event pun tak beli dan jahit.aish. ramai cakap aku asik beli baju. ko tanya mak aku. aku selalu ke beli baju? mak aku je la yang cakap aku tak ada baju. dia selalu marah aku sebab aku tak beli baju. aku sebenarnya jarang keluar rumah. perjalanan aku hanyalah rumah-syarikat Y-rumah. kalau kawan ajak kua. baru aku kua. tu pun dah plan sebulan or seminggu awal. tak pun pegi metropoint. tapi aku sangat sangat malas. melainkan aku rasa nak makan kek creme brule cheese.
gaya aku nampak macam selalu kuar kot. maksudnya bila kawan ajak. aku ok. yela seminggu awal. boleh la arrange. aku keluar membeli belah bila ada sale hujung tahun atau bila aku terbukak igshop kegemaran. baru aku beli. masa tu aku just pilih pilih je hahaha belagak ko macam duit beribu ribuan. tak ada la. kalau aku beli bukan setiap bulan. dua bulan sekali. baru membeli. so fair la tu.
bila ramai orang kawin tahun ni. pastu aku cakap aku tensen. ramai salah anggap aku tensen sebab ramai kawin. no no. aku tensen sebab fikir baju.nak jahit baju. nak beli jubah. nak pakai baju kurung ke jubah. benda ni pulak tak ada kaitan ko nak menarik mata orang lain. nono. ini kepuasan. sama konsep baju sekolah aku.
aku tak tau la aku lembab ke apa. tapi why hah aku tak rasa loser pun bila nampak orang dating atau kawin. entah la. aku rasa biasa je. aku tak rasa apa apa. well kadang kadang aku saje je macam
'A pun dah ada pakwe wehh inikan aku'
statement macam ni gedik kan. tapi bila gedik aku sampai macam ni lah. tapi percayalah. aku tak rasa pape pun. kiranya benda ni just cakap dimulut. tak diperasaan. perasaan ko tak gambarkan apa ko keluarkan kat mulut. just..saje. aku tak terbawak bawak dalam kete ke. dalam tido ke. tak ada.
ada la yang suh bersabar. insyaallah ada nanti. bila aku terima mesej tu. aku just gelak. pastu fikir. adakah aku kelihatan pathetic? (gelak tutup mulut) entah la mungkin kadang kadang perilaku kita yang buat kita nampak pathetic dimata orang. tapi hakikatnya tak langsung. aku just rasa masa tu belum tiba.
oh ya. pernah la ada mak cik mak cik tanya aku bila nak kawin. dengan gelak dan berseloroh aku cakap la 'kalau ada orang sebelah saya (aku buat tangan " " ) boleh la saya tanya. 'awak bila ek kita nak kawin? hahah ini tak ada kak. so saya tak tau nak tanya sape hahaha'
mak cik tu diam.
betulla kan? tanya aku. mana aku tau. ce kalau aku ada pakwe. boleh la aku tanya pakwe aku. kalau mood aku tak ok. aku suh dia tanya gaji aku. sebab soalan tu lagi senang dari soalan bila nak kawin. aceli dabel meaning. gaji ko memang tau. jelas. kawin ni...rahsia tuhan. tak ada sape boleh jawab. so orang tu fikir sendiri la. lama lama dia faham kot yang dia salah soalan.
pasal kawin pakwe ni..entah la. ada yang kata aku nampak desperate. serius. aku gelak je weh. maybe dia tak tau kot aku tengah main main. tak apa. aku maafkan *tepuk bahu* sebab kalau orang perasan bila aku macam mengeluh ke apa ke. pastu dorang cadangkan suh carik ke apa. jawapan aku macam berdolak dalik. so nampak tak. aku memang tak serius dalam keluhan itu.
masa ko akan tiba. trust me. ada hikmah jugak lambat ni. banyak sebab. kadang kadang ko tak sedar yang ko sendiri tak ready. tuhan je yang tau ko ready ke tak. pastu percayalah. tuhan sedang aturkan yang terbaik untuk ko. aku selalu cakap kat diri. chill. benda baik selalu lambat. pastu senyum sorang sorang tanda ko gembira akan nasihat diri sendiri tu. hahahaha ok wattt.
aku nampak emo ke? hahaha no no. ada masa aku berfikir dengan rasional. selalu kat group ladies of venus watak aku tak sangat macam kat kedai kopi. watak aku masih lagi bubbly tapi setiap persoalan aku bagi pendapat yang serius. macam fida la. dia gegila. tapi bila ko perlukan pendapat. dia kemukakan dengan matang. well semua manusia macam ni kan. cuma orang la. percaya ke tak yang ko tengah bagi pendapat dengan matang atau percaya tapi tak endahkan sebab pada pendapat mereka ko bukan sematang mana pun dan mereka klasifikasikan diri kau as tengah emosi sebab jarang nampak ko bercakap panjang lebar dengan serius. lolol. well kadang kadang masa masa ni la ko nak tengok pandangan kawan kawan gelak ko terhadap ko. ada yang macam clap clap. ada yang sangat suka. ada yang kata ko bagus lah. ada yang kata ko ni kenapa weh. ada yang ah macam macam lagi lah. ada je yang buat bodoh. hahaha. like I care? so pastu ko pun tau la grup mana yang harus ko share pendapat ko. aku jarang share. aku share bila aku percaya kat orang tu je. and aku senang dengan dia. so ok la. share ni benda yang gembira je. aku jarang share benda sedih. pada aku benda sedih ni tak penting. ada benda yang ko kena share. benda sedih ni. meluatkan je. ada la share. tapi sangat jarang. kalau share pun sebab TERshare. pastu aku rasa bodoh. nampak tak egois gila?
hahahaa
ah membebel. okay happy weekend semua!
No comments:
Post a Comment