Pages

Jan 27, 2015

selamat pagi

hai semua gudmorning!

saat aku menaip ni aku bertemankan lagu night changes. tapi pagi tadi aku drive nak ke tempat kerja aku tak ditemani night changes. aku ditemani danzakuduro. sepanjang perjalanan. setiap kali memandu dimana mana. aku sentiasa berdoa supaya tidak bertembung atau aku tak sedar yang aku tengah bertembung dengan kawan aku. kawan uni terutamanya. sebab apa tau. sebab aku rasa masa aku drive sorang. aku macam lain macam. drive sorang tau. bukan berdua. berdua tu watak ko dah kira lain. kalau sorang.

sebab aku rasa perwatakan seseorang tu kita boleh tau masa dia drive. tapi sorang ke berdua tu aku tak sure. hahaha. berdua pun boleh kot. sebab kadang kadang pemandu ni tak sedar apa reaksi spontan dia contoh ada orang lain main masuk tak bagi signal. apa respon dia. tapi kalau nak kira kelajuan. bila aku sorang baru aku melaju dengan ligatnya.

hahaha.

hari ni ada training. tak suka sebenarnya. sebab banyak keje. tapi ni dikira gateway la. (heh? kenot brain)

haah. gateaway tipu tipu sebab seharian ko tak duk meja ko buat keje pastu duk angkat tepon je. oh ya dan makanan sedap sedap untuk 2 hari ini. i loikee.

aku datang keje tadi ramai jugak dah sampai. aku rasa nak marah. kenapa dorang ni dah datang awal?? tiru eh? haha bertemankan beg sayur aku cepat cepat thumbprint.

beg sayur? haah. aku g keje pakai beg sayur je. senang. tak ada zip. terus bukak je. ko nak apa? kunci? hah terus carik. ko nak apa lagi? jap. selalu masalah aku carik pendrive. ok senang je kali ni. hahaha.

sungguh tak presentable. so korang tau la nape aku tak diambil perhatian di syarikat Y ni. aku ni kerek sikit kat production. jalan macam gangster ko tak tau. cakap dengan nepalian ko tak dapat imagine. muka ko jalan production orang senyum kat ko ko balas dengan senyum jugak tapi senget sikit. hahaha. (kadang kadang la bila mood aku malas nak bermesra) pastu dorang suka gurau. ok jujur. aku tak reti nak masuk dengan gurauan. aku tak tau nak fikir apa. makanya. bila orang production bergurau. aku gelak dengan gelak yang...seolah olah ko faham gurauan tu tapi ko tak faham. dia macam ni. oh...haha. pastu muka ko kembali serius dan ko tukar topik. so orang tu kena tukar topik sebab gurauan dia aku tak faham. hahahaha. ni situasi paling awkward sebenarnya. tapi aku rasa biasa je. sebab aku memang tak faham. dan teknik ni aku aplikasikan kalau aku tak suka dengan gurauan tu. ok aku faham apa yang ko sedang guraukan. tapi aku tak suka. so..aku gelak. pastu buat muka (senyum senget) and tukar topik. kadang kadang aku kuakan ayat yang..entah cemana aku leh tercakap. aku suka jugak diri aku kadang kadang. unexpectable. bhahha.

so saya sangat kurang popular dengan production people.

tadi datang opis. tembung ngan kak rajes. dia naik pangkat. aku ucap tahniah.

congratulations kak rajes (aku rasa aku buat keputusan salah dengan speaking diwaktu pagi) - aku
oh thank you! saya tak tau saya naik pangkat. - kak rajes
hah? seriuss?? - aku
iya..saya tak baca email - kak rajes

aku pun tak baca email. aku tumpang baca kat email orang je. pelik jugak pagi ni aku mampu berkomunikasi secara live. mood ok sikit. pastu aku dah amik gambar kaki pagi tadi. i mean ootd lah kononnya gedik oiii. hahah. boleh meh gambar ootd menceriakan harimu?

aku ni benda benda pelik yang lain pun boleh je ceriakan hari aku.

ok semua! selamat hari selasa! saya berharap jurulatih itu seorang yang ensem. ahhhh aku sorang pompuan hari ni. faham tak perasaan bosan bila ko sorang pompuan dalam satu event. bukan nak fikir ko akan jadi perhatian. pui aku tak pernah dijadikan perhatian cuma ko bosan. nak borak tak ada kawan. oh ya hari ni ada bos yang puji aku. dia puji cakap aku seorang yang soft weh. ko caya tak? percayalah ini pujian dari dia. aku macam wahhh...suka lah.

hahaha. sebab dia seorang yang outspoken and berkaliber.

ok aim late! sambung later. tata!

No comments:

Post a Comment