pagi ni aku bangun awal. aku rasa rekod bangun awal aku makin baik dari sehari ke sehari. tapi walaupun bangun awal. persiapan ke tempat keje tiada bezanya.
masih 7.30 (atau makin lambat tak lebih dari 7.45) dan proses mekap mekap pulak jam 7.00 pagi (atau makin lambat tak lebih dari 7.15)
hari ni aku telah membuatkan adik aku syira nangis dipagi hari kerana lembab-pan aku. aku dah siappp. pastu aku buat air..aku bungkus makanan...aku amik pinggan..makan lagi...pastu sakit perut..pastu lambat seminit.
dia nangis.
aku kenot brain betul la. so adik aku adi yang anta dia naik motor vroom vroom.
payah jugak ada adik punctual. eh aku pun punctual jugak. tapi ni mmg tak dapat elak la kan lambat tu.
so esok tak leh la macam ni. 7.20 baru nak bungkus itu nak amik pinggan (gelak tutup mulut)
pagi hari. kegemaran aku adalah melayan perasaan ketika memandu. aku suka lagu lagu riang yang rancak. tapi tu macam lagu sia. lagu yang buat ko rasa megah atas kereta (ke aku je) aku kurang suka lagu terlampau happy pagi hari ni. aku suka lagu kemegahan. yang buat aku menekan brek dengan angkuhnya.
ha gittu. teruk kan? sebab tu la tak pakai honda! hahahahaha (ketawa berdekah dekah)
bila layan perasaan. masa ni aku muhasabah diri. macam tak kena je. ko dengar lagu megah megah pastu ko muhasabah diri. ah lantak la. janji aku ada masa muhasabah diri.
muhasabah diri ni macam...masa ni la aku berfikir pastu cakap dengan diri sendiri. aku selalu cakap dengan diri sendiri.
macam contoh ada masa aku cakap pasal kawin. aku fikir diam diam dalam kepala. pastu dah dapat jawapan. aku lafazkan kat mulut. macam tu la. korang pernah tak?
contoh hari tu aku fikir. macam mana seseorang tau boleh nak kawin? dia tak takut ke yang suami dia akan betray dia ke. kawin lain ke (ni pasal isu alyah yang buat aku fikir isu ni pepagi buta. poyo je kan) sekali jawapan yang aku rasa logik la. ialah yakin. well bila kita yakin. tuhan akan bagi lebih tau. macam...aku tak tau nak cakap macam mana. dia macam..bila ko dah letakkan keyakinan ko pada Allah s.w.t benda tu bagus la. bila bagus. sape tak suka. so automatik akan dapat lebih lebih dan lebih.
contoh kononlah aku dapat keje baru. pastu aku macma takut takut je kan. cemana tempat tu nanti? itu ini bla bla. so aku dah tak yakin. kita memang tak tau banyak benda kat dunia ni. but then just yakin and go with the flow. bila keyakinan tu ada. insyaAllah dipermudahkan.
entah betul ke tak aku merepek ni. susah la nak terangkan guna tangan. aku harus bercakap. hahaha.
ok la. selamat bekerja cuolls.
No comments:
Post a Comment