Inilah aktiviti diawal pagi. bila ko sampai opis awal dengan perasaan nak buat keje tapi ko end up dengan baca balik penulisan ko sebab..
masih awal.
ramai tanya nape aku suka datang awal. entah. aku jenis tak suka bertembung dengan orang kat tmpt thumb print tu. tu salah satu la. sebab aku malas nak senyum senyum. mood pagi aku lain sebenarnya. aku tak bercakap (dengan orang luar) tak kisah la kawan ke apa. melainkan famili aku. pagi pagi dah boleh gelak membebel watsoever. tapi kat opis. aku prefer tak bercakap sangat.
entah.
lagisatu tujuan aku datang awal adalah untuk memstabilkan mood. mendatangkan mood keje. aku tak nak otak aku shock. ok ni alasan paling buat orang ketawa berdekah dekah la. eh betul. aku memang macam ni. aku kena ada masa untuk diri aku sesuaikan. kalau tidak...
aku akan jadi blur. hahaha
pagi tadi aku anta syira awalll...kul 7.20 dah anta. xda la dah anta. tapi dah gerak la. baru gerak. masa ni pasang lagu chandeliar. teruk gila perangai. pasang volume 12 pastu ko nyanyi seolah olah ko ni Sia adik ko sebelah cakap sorang sorang 'eh bulan la bla bla bla'
kira 2 orang buat aktiviti sendiri dalam 1 kete.
pastu tak lama baru aku sedar (lepas anta dia la) aku pasang lagu kuat kuat. eiiii. apalah pemikiran mak cik mak cik kat situ eh? hmmmmm (pejam mata)
lupakan. (shuh shuh shuh)
so!
ok kawan aku baru je lalu depan aku. weh tolonglah. jangan la tegur aku pagi pagi. aku tak suka perbualan secara live dipagi hari. biarlah secara maya (wasap/wechat) sebab korang akan tersentap dengan riak muka bo-layan aku.
termasuk jangan buat lawak dipagi hari. lawak dipagi hari secara live aku klasifikasikan as.
lawak bodoh.
ok semua! happy working. happy thursday! bermulalah OT sampai kiok minggu ini. huaaaaaa~ T-T
No comments:
Post a Comment