Pages

Mar 6, 2013

Internship Story : SHO baru

Assalammualaikum!


lama gila kan tak update citer kan? lately sibuk gilers.nak citer panjang panjang pun tak mampu dah.makanya jadilah beberapa entri cendol yang bosan.huhu =P

ok ok.

masuk hari ni.genap seminggu sehari SHO baru melangkah masuk ke syarikat Y.Syarikat Y adalah syarikat aku ber-internship.apekah itu SHO?

SHO adalah singkatan kepada Safety Health Officer.atas dari SHO ni adalah SHE.SHE pulak merujuk kepada Safety Health Executive.Mr I adalah SHE dan SHO baru ini aku namakan dia Mr S.

aik banyak pulak coding ye.huhu

So last week Mr S masuk.masuk masuk terus minggu audit.audit ISO pulak tu.huhu.Mr S tua setahun dari aku.mula mula aku saya encik.lelama..faham faham lew.aku kau je.haha.tua setahun, sudah berpunya dan sedikit kelam kabut. =P

pengalaman keje aku dengan dia masuk hari ini.banyak.lebih lebih lagi ketiadaan mr I.ha kalau nak tau.Mr I dah selamat melangkah pergi pada minggu lepas.stress mr S pada hari pertama dia bekerja.bila dapat tau mr I nak benti.

Mr S bukan berlatar belakangkan bidang ni.dulu dia bidang lain.huhu.so bila dia kena kerja tanpa seorang ketua.so dia blur.

mestilah.kalau aku.gila kot.so masa dia masuk minggu lepas.ada 4 hari je dia belajar memacam dengan mr I.yang paling susah aku rasa adalah uruskan scheduled waste.sebab aku belajar pun tak faham dan asik menguap.haha.

pengalaman pertama aku adalah masa hari kedua dia bekerja. 

hari kedua dia bekerja aku dengan dia dah kena pergi ke hospital.hantar nepalian ke sana.so tugas aku untuk mengajar dia.eceh! mengajar konon..mengajar dia prosedur untuk ke hospital.sebenarnya tak ada lah aku ajar sangat.aku ajar ape yang aku tau je.basic je.ke hospital untuk hantar Yagya Raj.entri lepas ada aku ceritakan alkisah perihal yagya ni.so ke hospital untuk hantar yagya buat scan.ultrasound tak silap.woah. =O

sebagai pekerja baru syarikat y.dia tak tau apa apa tau.termasuklah prosedur isi minyak dengan guna kad shell.aku? lagilah tatau.tak pernah tolong isikan.menyesal tak belajar.sebab! yayayaya.adalah setengah jam tersangkut kat stesen minyak shell untuk isi minyak dengan menggunakan kad shell tersebut.huhu

mr S gigih call sana sini.mujur aku ada no tepong receptionist.oleh kerana gelabah kot sebab duduk kat pam 2 (contoh) lama lama.sampailah ada kereta turut berbaris sama.beliau cadangkan untuk ke shell lain.ok lah.tak mengapa.tapi! tapi ya tuan tuan dan puan puan.tiba tiba ada satu motor besar hon.masa tu nak kua dari shell tau.aku pelik dia pelik.sampailah dia cakap "ya allah!'' dan berhenti kat tepi jalan.dan motor itu berhenti depan kete dan bagi sesuatu.apekah itu?

penutup tangki minyak.

huaaaa.dia lupa nak tutup tangki minyak kete tu! gila lah! bahaya betul.aku terperanjat.nak gelak pun fikir dua tiga kali.tercengang dengan tindakan dia.fuh! nyaris nyaris je! =.=


tapi yang aku perasan yang dia ni bagus adalah.berani.aku ajak dia ikut pegi daily inspection.ini rutin.kena jalan satu kilang dan tengok pekerja pakai personal protection equipment tak? buat keje ikut keselamatan tak? contoh macam bawak forklift tu lelaju ke.ape ke.macam macam lah! so memula aku brief la sikit.eceh lagi! haha. sekali kau.aku tengok galak betul dia tegur orang.siap amik nama lagi.kecut perut la nepalian tu.aceli aku yang ajar dia amik nama.haha.sebab aku pernah nampak Mr I amik nama orang.hoho.mr S nampak je macam blur blur.tapi! tapi lagi..sangat fasih berbahasa inggeris.huhu.aku kagum gila.sampai aku tanya dia mana dia belajar.ada masuk kelas bi je.haha.dia gelak je.ceh! kedekut ilmu!

setelah beberapa hari buat daily inspection.pagi tadi masa round.dari jauh nepalian ni nampak kitaorang.dorang dah sibuk sibuk pakai ppe.bhahaha! rasa berkuasa wooo.tapi komfem lah bila kitaorang keluar dia cabut balik kan? tau dah.tak apelah.ada improvement sikit.huhu.

minggu lepas hari jumaat kabut sikit.sebab mr I dah benti.ada satu masa tu kami nak pi hantar duit.nak jumpa kak li (bukan nama sebenar).aku dah nak bawak dah dia ke hala tuju sebenar.sekali dia macam kelam kabut.untuk aku yang tak boleh control gelak.gelak la kat situ.aku tak tau kenapa aku gelak.tapi beria la.dia geram sampai ketuk kepala aku dengan board menda ntah sambil cakap 'ko gelak kan' haha.aku gelak lagi.serius lawak doh tengok orang kelam kabut ni.

haiya.

minggu ni lagi bizi.ada kebakaran berlaku di satu department tu.so hari isnin jadi banyak keje.kena buat report, call kontraktor suh cekidaut balik benda benda kat situ.hari isnin tu pun ada auditor dari DOSH pulak datang.nak cek LPG piping.huhu.

jadi aku tengok Mr S kelam kabut.time time ni pulak bos besar nak mintak rujuk fail masa audit ISO hari tu.bertambah kelam kabut beliau kuasa dua.huhu.

macam petang tadi.disebabkan banyak halangan dia.ke sebab kepala dia stress banyak keje sangat! mana satu aku pun tatau.dek kegagalan nama dia dikesan oleh sistem untuk dia order barang menambahkan kedukaan dia dan buat kesimpuan. 'kompeni ni tak nak aku keje kat sini doh..' terus gelak besar aku.hahaha.kesian pun ada dengan keadaan dia dan kesibukan dia.tapi aku tengok dia relaks je.haha.biasalah tu.dalam hati siapalah tauu.

aku rasa semua department perhati kesibukan kami.aku ngan dia asik turun naik ofis je.kadang kadang saje je turun kat production.sebab nak habiskan masa.hoho.kalau ada orang kata kelakar sebab student praktikal lagi senior dari pekerja baru.and lagi tau pasal kilang tu dari orang baru.aku rasa salah kot.sebab aku pun bukan tahu pape sangat.so kami sama sama belajar.cuma aku rasa mr S ni boleh berjaya lah.haha.

dia tanya aku.macam macam hal sejak dia masuk ni.aku jawab.'petanda suruh ko amik notis 14 hari tu.' bhahah! jahat kan aku? tapi dia layan je.dia kata 'tapi semalam aku menang boling.acane tu?' semalam syarikat y buat boling tournament.mr s menang dalam kategori banyak strike.haha.gila kentang lah kau! so dia rasa syarikat Y sedang pujuk dia.pelik.ada jugak orang macam ni eyh. aku pening dengan mamat ni.

ok semua.mau tido.penat keje.asik mengantuk.prestasi bangun pagi kain merosot dengan lajunya.wuuwuwuw.

nite! xoxo!



No comments:

Post a Comment