kepada bakal suami saya.
saya tak tau siapa awak tau.tapi saya tujukan surat ni untuk awak.huhu.ehem.ok.saya aisyah.ok saya teruskan.saya anak kedua dari lima orang adik beradik.dan saya paling garang.saya sangat bizibody dengan adik adik saya.kakak saya tak la.over pulak kan adik nak busy body kat kakak dia.adik lelaki saya paling saya bizibody.saya akan mula bertanya macam macam kalau dia sibuk berbalas mesej.dengan siapa dia mesej.perempuan atau lelaki.n bla bla bla.saya akan call dia semata mata tanya mana motor dia.sebab saya tak nampak motor dia.
saya suka masak.tapi saya tak pandai masak.saya akan masak sukahati saya je.masak main main adik saya cakap.tapi kalau nasib awak baik.lauk main main saya tu sure sedap gilers.saya suka buat kek.kuih.bla bla bla.tu bagusnya saya! saya harap awak tak suka makan makanan bercangkerang.ala macam ketam, kerang, kepah bla bla bla.sebab saya tak suka makan benda benda tu.kalau tak suka makan.acane pulak nak suka masak kan? lagisatu saya suka makan megi.tapi saya tak tau masak megi.selalu saya masak megi.kuah dia cair.tak sedap.tak macam dalam imaginasi saya.kadang kadang pekat sangat.sampai terasa keras mee tu.oh saya tak faham lah konsep masak megi ni.semua tak ada dalam imaginasi saya.ok mohon gelak.jadi awak jangan risau.saya tak akan hidangkan awak megi.tapi saya mungkin akan mintak awak masakkan megi jikalau saya rasa nak makan megi.tapi tak selalu la kot.jikalauuu.
saya suka bersukan.tapi sukan yang bukan joging.saya lemah! dengar ayat joging.lutut saya akan menggigil! saya suka main badminton.sebab dulu saya berkenan dengan hafiz hashim.ala yang pernah menang all england tuuu.saya tengok tau dia menang tu.kat tv la kan.oh memori tu masih segar dalam ingatan.dialah pencetus semangat badminton saya.ha..
ok sambung.
ehem.saya tak tau main boling.awak! tolonglah bukan peminat boling.saya seorang yang loser main boling.markah paling loser saya pernah dapat adalah 56 point.hahaha.bukti loser.kalau awak nak ajak saya main boling.tade hal.ok je.tapi sila lah pura pura kalah.so saya takkan end up dengan baling bola boling yang berat dengan lembikkk sangat sebab dah give up.so saya takkan rasa nak balik lepas tengok sayalah orang paling sikit yang jatuhkan pin.saya tak suka main boling! berat dan lenguh my tangan u noe! dah la lenguh.kalah teruk pulak tu.oh boling bukan jiwa saya kesimpulannya.
saya harap awak suka lipat kain, basuh kain.sebab saya malas buat kerja tu.tak best.leceh.angkat kain lagilah malas.sebab panas.saya bercita cita nak beli mesin pengering kain dan mesin lipat kain.rasa rasa ada tak? ke awak rasa acane? mak saya kata saya pemalas! eh tu bukan pemalas kan? tu bagus! guna teknologi yang ada.saya berterima kasih pencipta mesin mesin tu.baguskan macam tu.dunia semakin hebat! ai loike~
ok awak.saya nak tengok nona.nanti bebila saya sambung surat awak ni la ye.buhbyee~
dari,
saya cun.
amboiiii, tetibe terasa nak buat surat untuk bakal husband pulak. Boleh tak? hehe :)
ReplyDeletehehe..boleh2.haha.feeling2 jap. =P
ReplyDelete